Friday 31 August 2012

Epy Besday..Epy Merdeka !!!!


Epy Besday Rynn!!!!




Hehe..tu pic besday aku tahun lepas. Tahun ni takde dapat lagi. Hehe. Sekarang aku dah melangkah genap ke umur 24. Muda lagi rupanya aku ni. Hee.

Hasil nukilan anak-anak buah tersayang

Tengok betapa kreatifnya diorang ni. Wish pakai pinggan yang diorang dah  guna buat makan kek. ♥ u olls.

Tahun lepas aku celebrate masa raya ke 2 bersama keluarga kat kampung. Diorang buat surprise kek untuk aku. Terharu tau. Menangis aku masa diorang suruh aku bagi ucapan. Mana tak touching kan, diorang susah payah buat tu untuk aku. Tak silap aku ni 1st time sambut besday. Kecik2 dulu tak mampu.

Tahun ni pulak aku sambut besday kat Stadium Nasional Bukit Jalil sempena Perhimpunan 55 Tahun Kemerdekaan, Janji Di Tepati. Meriah kan 1 Malaysia sambut gitu. Keh3

Apalah hadiah yang aku akan dapat dari En Tunang nanti kan.

Semoga aku diberikan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki, bahagia dunia dan akhirat serta perancangan yang telah dibuat berjalan dengan lancar. Amin.








Thursday 30 August 2012

Persiapan Kahwin 4 : Photographer (DONE)

Untuk photographer lak, aku malas nak search banyak-banyak. Malas nak pening-pening. Aku survey 2 je. Kang kalau aku survey sampai 5 6 ade pulak yang masuk tanjung rambutan nanti. Hee. Malas nak cerewet-cerewet dah. 

Yang 1 ni aku terjumpa kat fb kawan. Boleh tahan jugak gambar-gambar yang dia ambil. Yang 1 lagi pulak aku pernah survey untuk majlis tunang dulu, tapi tak jadi amik.

Tanya punya tanya, dua-dua ada kelebihan masing-masing. Tapi yang 1 ni dia ada sediakan video sekali lebih kurang dalam 5 minit camtu. Aku tanya Alan video 5 minit tu ok tak. Dia kata ok. 

So, macam dah nampak sinar di situ. Hehe. 


Sapa lah yang bertuah tu kan. Hehe


Nanti dah confirm aku bagi tahu kat sini photographer mana yang aku ambil ye.


Rehatkan otak sekejab

Assalamualaikum.

Dalam aku sebok-sebok search photographer untuk kedua-dua majlis semalam, Alan mesej ajak sambut ulang bulan yang ke 4. Hehe.

Ape lagi kan, aku pun jom aje la. Nak rehatkan otak sekejab dari memikirkan majlis aku yang tak berapa nak siap lagi tu.

Takde la celebrate macam mana pun, just pergi makan sama dekat Umai Lake D' Cafe. Sebenarnya teringin nak makan kat Perantau Hill, dia punya Chicken Chop dia memang terbaikkkk. Sekali belum beroperasi lagi daa sempena cuti raya. Kempunan aku, last2 pergi Umai. situ sedap jugak. Tapi lagi sedap dekat Perantau.



Kebetulan duduk meja pun no 4. Hehe

Hilang sikit rasa penat otak ni. Hilang jugak rindu kat Alan. Heheheeee.

Rasanya photographer macam dah nak settle. Yahoooooo... :)



Wednesday 29 August 2012

Persiapan Kahwin 3 : Baju Nikah (DONE)

Assalamualaikum.

Owh, sibuk2 aku fikir untuk uruskan borang dan kursus nikah, rupanya baju nikah belum tempah. Bukan baju aku sorang, Alan pun sama.

Matilaaaaa....

Nak pakai baju apa nanti kan. 

Kain aku dah beli buat hantaran masa tunang haritu. Ada ke lagi ek tailor nak amik tempahan baju aku ni. Tinggal 2 bulan lagi ni. Nasib badan laa tak nak tempah awal2. Padan muka sendiri. -_-"

Lagi masalah aku tak tahu tukang jahit yg ok dengan harga yang berpatutan. Hehe, nak yang ok tapi nak murah. Tak nak lari budget.  


Ohh cantiknye baju pengantin ni. 

Minat design kain dia

Antara 2 baju ni..aku minat yang atas. Tang baju la..tang kain aku minat yang bawah. Ntah la. Tengok la macam mana nanti.  Kalo dah jumpa tailor yang ok, aku try la mintak design macam ni. Mana yang bersesuaian dengan jenis kain yang aku beli tu.Kalau tak boleh aku buat baju kurung moden biasa jek la. 

Harap-harap aku dapat jumpa tailor dan tempah dalam minggu ni jugak. 

Update, 3/9/2012

Puas aku tanya dgn pakcik google pasal tailor kat area Bandar Baru Bangi, akhirnya aku jumpa banyak yang review pasal 1 butik ni. Nama butik dia Dzihni. Katanya buatannya cantik dan kemas, harga pun berpatutan. So semalam aku try tengok butik ni. Alamak, macam dah tak beroperasi lagi. Ala mana lagi aku nak cari butik ni kan. 

So, baru kejab tadi aku call no yang aku ambil kat website dia, rupanya masih beroperasi lagi, leganya. Ahad dia tutup. Mungkin malam ni aku nak hantar baju nikah aku. Lagi cepat lagi bagus.

Apa-apa nanti aku review k. 

Update, 6/9/2012

Rupanya ramai ye yang cari tailor utk baju nikah korang, yelah baru   bape hari entry pasal baju nikah ni dah masuk top 5 dlm blog aku yang tak seberapa ni. Hehe.

Just nak update, malam tadi aku dah tempah baju nikah di butik Dzihni. Sampai di butik aku tengok macam dah nak tutup, almaklumlah sampai pukul 9.10 pm macam tu. Alan ajak tanya dulu. 

Rasa macam panjang sangat dah entry ni. Sambung kat sini k. ^_^








Tuesday 28 August 2012

Ya Allah Permudahkanlah Urusanku


Ya Allah,

Tiba-tiba aku rasa buntu/stress sebab aku kena terkejar-kejar untuk persiapan kahwin aku. 

Tengok countdown kat sebelah tinggal 2 bulan 1 minggu  5 hari. 
Ohhh.

Masa tunang pun aku ambil masa lebih kurang 2 bulan 
untuk siapkan semua, inikan pulak kahwin. 

Boleh ke aku. 





Ya Allah, aku bermohon kau permudahkanlah segalanya.

Serius rasa nak menangis sekarang ni.






Persiapan Kahwin 2 : Borang Nikah

Assalamualaikum.

Harini aku nak cerita tentang borang nikah. Untuk aku yang takda pengalaman menguruskan semua ni, aku rasa macam Ya Allah, susahnya. Nak uruskan wali, saksi, ujian HIV dan interview tu semua. Tambah pulak aku duduk jauh dari kampung kan. Nak uruskan semua tu memerlukan cuti. Ye cuti ye cik-cik puan sekalian. Cuti tahun aku memang banyak, tapi nak mintak cuti dengan alasan uruskan hal kahwin macam malu pulak. Hehe.

Sebab aku takda pengalaman, aku kena lah tanya orang yang berpengalaman. So aku call kakak aku, Kak Ct malam tadi. Dia kata senang je. Pot pet pot pet, aku dah nampak jalannya.

Tapi aku terpaksa menyusahkan kakak aku yang ada kat kampung tu, Kak Eton. Aku tak tanya dia lagi, tapi harap-harap dia dapat bantu aku. Aku nak mintak tolong dia ambilkan borang nikah kat Pejabat Agama Kota Tinggi. 


Johor punya borang dalam tulisan Jawi

Aku pun memerlukan pertolongan Mak untuk wali dan saksi-saksi aku sediakan salinan I/C diorang. Nanti aku balik tinggal nak uruskan untuk dapatkan tandatangan diorang semua. 

Aku bukan nak lepas tangan, tapi aku kena buat macam ni sebab aku tak banyak masa nak selalu balik kampung. Kalau boleh memang aku nak uruskan sendiri. 

Lepas selesai urusan borang, aku kena buat ujian HIV. Aku cadang nak amik cuti hari Isnin untuk buat semua urusan. 

Semoga perancangan aku berjalan dengan baik. Otak aku berfikir je ni nak uruskan apa pulak lepas ni. Ok, lepas ni sesi searching Mak Andam + photographer lak. Harap2 jumpa yang berpatutan dan cantik.. :)







Monday 27 August 2012

Persiapan Kahwin 1 : Kursus Pra Perkahwinan (DONE)

Assalamualaikum.

Ok harini aku dah bersiaran dari pejabat. Hehe, dah naik kerja lepas seminggu bercuti raya. 

Harini aku dah memulakan langkah pertama untuk persiapan pernikahan aku. Semangat kan. Hehe. Bukan apa aku hanya ada 2 bulan je untuk uruskan semuanya. Tarikh pernikahan aku sudah ditetapkan, Jumaat 9 11 12. Persandingan pulak mungkin Krismas nanti. Tak sangka boleh jadi secepat ni. Sebenarnya perancangan kami bulan 2 tahun depan. Dup dap dup dap. Eh kalo aku amik date 10 11 12 cantik jugak ek. Baru aku perasan. Tu tak penting yang lagi penting keberkatan hari Jumaat. Sebab Mak Alan memang berniat nak kami bernikah hari Jumaat. 

So pagi-pagi tadi aku dah search tempat untuk kursus kahwin area Putrajaya. Jumpa AlShahir ni. Call Encik Rizal untuk urusan booking tarikh. Ni benda wajib ok sebelum uruskan borang nikah semuanya. Aku booked 8 - 9 September ni. Dia minta aku sms Nama dan Tarikh nak booking. Nanti datang just bawa salinan I/C dan yuran RM80.00. Biasanya kan ada yang pergi sendiri atau dengan kawan-kawan, tapi aku memang pilih untuk pergi bersama tunang aku. Nasib la Alan duduk area sini je, kalau tak payah jugak nak dapat pergi saing-saing kan.

Setakat ni, ni aje yang aku dah uruskan. Baru 1. Ada banyak lagi yang aku nak uruskan untuk nikah ni. 

Borang nikah - settle tempat Alan dulu.
HIV Test 
Interview kahwin
Batal air sembahyang - pening nak pilih rantai leher/tangan
Mak Andam - pening jgk
Photographer - pening jgk
Goodies Bag - tak pk lagi
Juadah makan/minum - mak uruskan, hee

Yang penting untuk majlis nikah ni, aku taknak bazirkan untuk benda-benda yang tak penting.



Sedikit info untuk pasangan negeri Johor..klik sini. :)







Thursday 23 August 2012

Cerita 3 bulan, 3 minggu, 3 hari

Assalamualaikum &  Selamat Hari Raya Aidilfitri.

Owh mood raya menyebabkan aku malas untuk mengarang ayat mengupdate mea ni. Banyak yang aku nak coretkan, tapi tunggu aku rajin ek. Hee

Dikesempatan ini, aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin kepada semua pembaca Mea. Kalau ada lah ye. Hehe. Tahun ni tahun terakhir aku beraya sebagai seorang single, sedihnye. Tahun depan InsyaAllah aku sudah bersuami. Hehe

Semalam, AZRYNN genap 3 bulan, 3 minggu, 3 hari bertunang. Dan semalam jugak, kami telah mendapat tarikh untuk melangsungkan pernikahan dan majlis persandingan kami. Kedua belah pihak sudah bersetuju. Panjang ceritanya, nanti aku ceritakan di lain entry ye.

Macam-macam perasaan aku sekarang. Takut pun ada, nerverse pun ada, sedih pun ada, seriau pun ada, suka pun ada, macam-macam ada.

Kami kena buat persiapan lebih awal dari apa yang dirancang. Inilah yang dinamakan 'kita hanya merancang, Allah yang menentukan'. 

Aku berharap inilah yang terbaik untuk kami berdua.

Ya Allah, kau permudahkanlah urusan hambamu ini. Sesungguhnya hanya Kau yang Maha Mengetahui tiap-tiap sesuatu.








Thursday 16 August 2012

VIDEO : SPARTAN PUASA..sumpah lawak

Assalamualaikum.

Saja nak share dengan korang pasal video ni. Alan yang tunjuk video ni kat aku. Memang lawak abis. Terkekeh-kekeh aku nengoknye. Aku tengok doploh kali pun still nak gelak lagi. Memang salute la kat orang yang buat video ni. 


Siapa puasa sila angkat tangan dan jerit HAU HAU HAU...hahahaaa

sumber : Ayampenyek

Wednesday 15 August 2012

Baju Raya, Tudung Raya

Assalamualaikum.

Alahai sedih rasa. Baju raya baru ada sepasang. Tu pun lama dah tempah kat kampung. Nasib la teringin nak beli ritu, kalo tak mungkin sepasang pun takda. Bukan takda duit nak beli, tapi semangat nak beli tu takda. Tengok2 kat kedai baju semua tak berkenan. Alan pun sama. Camna ni, raya tingal 2 3 ari jek lagi.

Kasut raya pun takda, tudung pun tak cari lagi. Haih, sempat lagi ke nak shopping2 ni.  
-_-"





Tuesday 14 August 2012

Merdeka Raya 2012

Assalamualaikum.

Fuh, berpeluh jugak arini nak mencari idea dan menghias pejabat untuk pertandingan Kibar Jalur Gemilang Peringkat Bahagian/ Jabatan di kementerian aku bersempena Kemerdekaan Negara ke 55 Tahun. Bahagian lain dah sibuk menghias dan ada yang dah siap, tapi bahagian aku masing-masing macam takda mood nak menghias. Sekali kena perli dengan KSU baru nak tergapah-gapah. Padan muka. Keh3.

Setiap bahagian dibekalkan dengan bendera. Mak datuk sekali dia bagi macam boleh balut 1 pejabat. Punyalah banyak. Sampai tak tahu nak gantung dan hias kat mana. Jangan ada yang buat baju raya sudah la ye. Keh3.

Gigih ye korang

Posing kejab

Mashi tukang buat butterfly.

Tahun ni jgk tahun ke 2 aku akan sambut besday dalam bulan raya. So maknanya aku akan sambut 3 event dalam 1 hari yang sama, besday, merdeka dan raya. Tahun lepas kalau tak silap raya ke 2 kot besday aku. Family aku buat suprise kek. Hehe. Tahun ni pulak, time besday aku kena pergi Perhimpunan Janji Ditepati Sempena Sambutan Kemerdekaan  ke 55 di Stadium Nasional, Bukit Jalil. Sambut besday kat sana la aku. Hehe. Sebenarnya aku rajin nak join ni sebab nak baju dia aje. Hehe.





Monday 13 August 2012

Free Sabun Gluta Kojic


Tak sia-sia rupanya aku buat testimoni Sabun Gluta ni. Hehe. Haritu aku inbox tuan kedai, nak beli sabun sebab sabun kat umah dah tinggal cenonet. Nak raya ni kang ade aku pakai sabun mandi je kat muka. Hehe. Aku bagi tau sekali pasal testimoni kat blog ni. Rupanya kalau kita share testimoni@gambar kita kat pengeluar, kita boleh dapat 1 ketul sabun free. Wah, sapa tak nak kan. Jimat dah duit 2.  Tapi malu la jugak nak share testimoni@gambar kat fb, akak tu cakap dia share link blog. Ok kak, saya setuju. Hehe.

So sabun tu akan dipos harini. Mungkin esok@lusa aku dapat. Yeay. Mari kita beraya dengan sabun gluta. Keh3. 



sumber : google
Kepada sesiapa yang ada testimoni menggunakan sabun gluta, boleh share kat akak tu k. :)

14/8/2012 : Yeay...parcel dah sampai. Jom beraya dengan sabun glutaa. Hihi


(^_^)


KUIH RAYA : Almond Cluster

Assalamualaikum.

Memang dari sebelum puasa aku rancang nak buat kuih raya ni untuk mak dan future MIL aku. Memang senang kacang goreng la buat dia. Sebab utama aku pilih untuk buat kuih ni ialah dia tak menggunakan mesin pengadun dan oven. Haha. Berangan nak buat kuih tapi malas nak beli alatan segala. Apa punya orang daa. 


Aku amik resepi ni dari blog Kak Ana. Housemate aku dulu pernah buat, tapi aku takda perasaan nak buat, tapi bila aku tengok blog Kak Ana ni, nampak sedap pastu siap bagitau coklat apa yang dia guna aku terus rasa nak cuba. Sebab yang buat kuih ni sedap adalah coklat dia. Jika sedap coklat dia, maka sedap jugaklah hasilnya. Haha, dah macam hipotesis sains lak kan.



Coklat ni makan macam tu pun sedap.
Lagi-lagi White Compound tu. 

So gigihlah aku ajak Alan pergi cari bahan-bahan kat kedai. Aku pergi kedai Yummi kat Bangi. Sebelum tu aku survey sekali harga kat kedai MakCik. Kedai Makcik ni kecik sikit, dan harga barang lebih mahal. Kedai Yummi adalah pilihan terbaik, dengan harga jauh lebih murah dan kedai ni memang besar. Macam-macam barang ada. 1st time masuk kedai bahan kuih, memang teruja sangat. Benda yang aku tak pernah jumpa semua ada kat situ. Lepas ni kalau nak cari bahan kuih memang aku cari kat sini la. Aku share perbezaan harga yang aku tengok ye. 



Kalau ada yang tak tahu kat mana kedai Yummi boleh rujuk sini k.


Chocolate Milk/ Dark Compound 1kg

Yummi - RM 12.00
Makcik - RM 15.80

Almond potong, 1/2 kg

Yummi - RM 12.50
Makcik - RM 13.50

Aku tengok untuk 2 barang ni aje. Yang lain-lain tak sure. Teruslah aku beli bahan-bahan dia. Chocolate Milk Compound, Dark Compound, White Compound, Almond potong, Paper Cup, Balang kuih dan Piping Bag. Total semua, RM 71.10.


Pagi Ahad terus aku mulakan misi. Aku sangai Almond dulu. Aku guna 1kg. Selesai sangai. Aku susun paper cup dulu kemudia baru cairkan Milk/Dark Coklat. Aku guna separuh2 macam resepi Kak Ana. Jangan lupa guna kaedah double boiling ye. Dah cair terus masukkan Almond tadi, aku buat 1/2kg Almond dulu. Gaul sampai rata dan masukkan dalam paper cup. Kuantiti tu agak-agak, jangan penuh sangat, jangan sikit sangat.



Almond yang tengah disangai
Sesi menyatukan MILK n DARK menjadi 1. Hehe
Gaul sampai sebati ye puan-puan.
Tadaaaa..sedia untuk dimasukkan dalam paper cup.

Dah siap, aku cairkan White Compound untuk sesi menghias, kaedah sama macam nak cairkan Milk Coklat tau.




versi orang beso
versi orang kecik

Hehe, saje je aku tambah warna-warni ni. Nak bagi budak-budak suka. Dengan menggunakan 1kg Almond aku dapat 4 balang. Kuantiti dalam 300+ camtu la. So 2 balang untuk orang beso 2 balang lagi untuk orang kecik. Hehe.


Harap-haraplah family aku suka. 


Projek untuk kerepek pulak menungguuuuu.... :)





Friday 10 August 2012

DUIT RAYA raya rayaaaa

Assalamualaikum.

Pengumuman untuk anak-anak buahku yang tersayang, duit raya korang dah selamat ditukar ye. Sampul pun dah ada, tinggal nak masukkan je. Tahun ni aunty tukar RM 900.00 tau. Nampak tak betapa gigih aunty kesayangan korang ni tukar duit raya untuk korang semua. Hehe. Tapi sebenarnya bukan untuk korang ye semua duit tu. RM 400.00 tu nenek punya, RM 200 tu Uncle Lan dan RM 300.00 tu baru la aunty punya. Keh3. Ok la tu kan. Korang pun tahu, Aunty kena berjimat cermat, simpan duit untuk kawin. Ngeh3. Tapi jangan risau ye jumlahnya tak kan kurang dari tahun sebelum2 ni. 


Pecah rekod tukar duit paling banyak kat opis. Hehe


Kakak aku, Siti cakap banyak kira beri banyak jugak la kita akan terima. Masalahnya duit pun tak berapa banyak. Nak bagi banyak camna kan. Hehe. So berpadanlah dengan keadaan diri sendiri. Mungkin kalau tahun depan korang dapatlah lebih sikit kot, sebab aunty dah berdua. Hehe. InsyaAllah. 

         


INFO : Tarikh Luput Tong Gas Memasak

Assalamualaikum.

Untuk semua yang belum tahu, harini aku nak kongsikan info yang aku dapat dari fb. Serius sebelum ni pun aku tak tahu langsung pasal ni. Thanks pada rakan fb yang berkongsi maklumat ye.

  • Sengaja letak besar senang nak tengok. 


Balik ni nak tengok lah tong gas kat rumah tu. Kita kena berjaga-jaga sebelum perkara tak diingini berlaku dalam hidup kita. 

Mencegah kan lebih baik dari mengubati. :)




Thursday 9 August 2012

Aku Suka Dia

Assalamualaikum.

Wah tajuk. Hehe. Tu sebenarnya tajuk lagu Ainan Tasneem. Aku suka dengar lagu tu. Part yang main viola ke ape ntah nama dia. Best je dengar.

Lagi satu, lagu ni mengingatkan aku pada zaman skolah tenkik dulu. Masa aku mula-mula nak berkenalan dengan Alan. Hehe. Tapi takda lah 100% sama. Part mula-mula tu je. Haih, malunya.  Aku bagitau kat sini jek tau. Hehe.

Dulu masa kat asrama, kalau yang lebih kurang sebaya aku mesti tau MES ni. Nama singkatan untuk MESSAGE. Dia macam nota kecik kita tulis kat kertas, lipat cantik2 kemas2. Kat asrama mana boleh bawak hp, so MES ni la yang selalu dak asrama guna. Sama ada lelaki bagi perempuan atau perempuan bagi lelaki. Diorang ni dipanggil Secret Admirer (SA), sebab tuan punya badan tak tahu sapa yang bagi MES tersebut.

Alan ni memang kiut la masa skolah dulu. Hahhahahaa. Kembangla dia baca entry ni. Aku suka tengok dia. Tengok jek la. Tak berani la nak bagi MES2 segala ni. Kang kata gatal pulak kan. So aku diam je la. Bila aku cerita kat kawan aku, Ekin, dia terus suruh aku bagi MES kat Alan. Mula-mula tu malu la kan, tapi dia kata camni ' Ala bukan dia tahu pun sapa yang bagi' kita tengok dia respon ke tak. Heheheeee. So aku pun beranikan diri buat MES, buat ayat tacing sikit, tapi tak ingat ayat dia camna, lebih kurang macam ni kot ayat dia ' takpe la kalau awak tak sudi nak kawan dengan saya'. So nak hantar MES ni mestilah ada POSTMEN kan, tapi aku pakai POSTGIRL, Ika. Dia satu kelas dengan Alan. Hehe

Beberapa hari kemudian, jeng jeng jeng.........

Balik dari sekolah, Ika jumpa aku. Dia bagi aku balasan MES dari Alan. Ingat dia tak sudi nak reply kan sebab dia reply 2 3 hari lepas tu. Fuh,berdebar-debar nak bukak MES ni. Hahhahahaaa. Dia kata masa tu ramai jugak la dak pompuan lain hantar MES kat dia, tapi dia tak balas. Tapi tang aku ni dia rasa macam nak balas pulak. Kih3. Tak tau la kalau dia tipu aku ke kan. Lelaki. Masa aku kat poli aku simpan lagi MES pertama Alan ni, tapi bila dah renovate rumah kg, tak ingat dah kat mana MES ni. Tapi Alan masih simpan lagi tau MES aku bagi kat dia sampai sekarang. Ada kat dalam dompet dia.

Lama jugak la aku jagi Secret Admirer (SA) Alan ni. Masa nak kemas-kemas meja nak exam SPM barulah aku bertentang mata dengan Alan. Malu woooo. Ni kerja Wanie la, kalau tak kerana dia mungkin aku tak face to face kot dengan Alan. Hehe. Lepas SPM kitorang contact kejab, lepas tu kitorang tak berhubung dah. 

Beberapa tahun kemudian, kitorang contact balik. Ntah macam  mana boleh tercouple  dan sampailah sekarang dengan status yang lain. Dia tunang dan bakal tuan empunya tulang rusuk kiriku. Hehe


Aku lihat dia disana
Aku ingin mendekatinya
Aku cuba menghampirinya
Lalu aku menyapa dia

Dia pun membuka bicara
Dan aku mulai mengenalnya
Kita mulai bermain mata
Mula timbul rasa bahagia

Bila dia, mendekati diriku
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu

Kekadang hati ku bertanya
Adakah dia dah berpunya
Kerana diriku berasa
Aku jatuh hati padanya

Aku ingin memilikinya
Aku ingin menjaga dia
Aku ingin mencinta dia
Aku ingin hidup dengannya

Bila dia, mendekati diriku
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu

Mungkinkah aku, kan berjumpa dengannya
Untuk meluahkan rasa
Mungkinkah aku, kan berdiam diri saja
Menunggu cinta darinya

Ku terima satu nota darimu
Yang tertulis ‘Aku suka kamu’

Bila dia, mendekati diriku
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu

Akhirnya kini ku kan mampu ceria
Diriku sangat gembira
Akhirnya kini, aku mulai bahagia
Menerima cinta darinya




Zaman cintan-cintun






Wednesday 8 August 2012

MENU MENAMBAH BERAT BADAN

Sekarang ni aku punya semangat nak tambah berat badan memang dah tahap tertinggi dah ni. Hehe. Ingat diorang boleh nak cakap2 aku ye.Takpe2 nanti badan aku dah persis neelofa baru diorang tahu. Hahahaaa.

So dari post yang sebelum ni, sebab aku ada masa tadi, aku dah buat 1 jadual menu. Harap2 aku boleh ikut la itu jadual. Mungkin aku tak ikut 100%, lebih kurang. Ikut mood aku nak makan apa tapi tak lari dari segi kuantiti@jenis makanan tu. 

Ni dia. 

Menu semua ikut selera tekak sendiri.

Dan, semua ni memerlukan modal ye kawan-kawan. Memang kena berkorban duit sikit untuk membuat stok makanan kat rumah. Senaman pun kena buat jugak kan, ni yang payah. Hee

Lepas raya nanti aku nak cabar diri aku untuk naikkan 3 kg balik dalam masa sebulan. Harap-harap berjaya la. Kalau dapat lebih lagi bagus. Hehe.






Wishlish 1 : Tambah Berat Badan

Salam 19 Ramadhan.

Hati tengah sedih sekarang ni. Ramai yang cakap aku dah kurus. Bukan kurus macam Erra Fazira, tapi macam papan. Wawawawaaa. Alan pun cakap juga. Rasa macam kena hempap dengan batu je atas kepala tau bila dengar orang cakap macam tu. Bulan puasa ni aku dah turun 3 kg. Dah la nak naikkan berat punyalah susah. Nak turun punyalah senang, 2 minggu pun boleh.


Aku memang dapat rasa berat aku dah turun mendadak.


Aku perlukan petua-petua untuk tambah berat aku. Aku ni memang semulajadi kurus. Ni berat turun lagi bertambahlah kurus dibuatnya. Jangan kena tiup angin melayang-layang sudah. 


Aku berazam lepas bulan puasa ni aku nekad nak naikkan berat badan aku. Berat aku setakat ni paling tinggi 43 kg. Wat?? Ringan kan aku. Wawaaa. So sekarang dah jadi 40 kg la kan. Macam berat budak skolah darjah 3 je. Aku nak berat aku jadi 45-47 kg. Memang aku kena paksa diri aku untuk makan, makan dan makan. Setahu aku tu jek la cara-cara untuk gemuk. 


Tapi aku kena la buat research jugak kan. Hasil pakcik google takda cara mudah untuk gemuk. Antara yang aku jumpa :-


Langkah-langkah yang aku patut lakukan di antaranya:


1. Makan makanan yang berlemak tapi jangan terlalu banyak ikut 
diet permakanan seimbang.contohnya ayam,daging lembu.
2.Minum susu sebelum tidur
3.Makan buah-buahan dan sayur-sayuran yang banyak
4.Minum air masak/mineral minimum 10 gelas sehari
5.Tidur 8 jam sehari.
6.Bersenam(tidak kisahlah sukan apa. contoh jogging)

p/s 1 bulan akan menunjukkan hasilnya. Katanya

Selain makanan, pola rutin seharian juga mempengaruhi meningkatkan berat badan, katanya aku juga boleh cuba cara dibawah ini.

  1. Perbanyak mengambil protein.Protein adalah salah satu sumber makanan yang cepat menjadi daging serta mempercepat proses pertumbuhan.Jika dibandingkan dengan memakan makanan berminyak dan berlemak, protein akan membuat anda gemuk berisi daging, bukan gemuk berlemak.
  2. Hidup santai dan senang,jangan stress. Stres itu adalah salah satu keadaan paling sia-sia yang menghabiskan banyak tenaga anda. Jadi, hindari stress, segera selesaikan masalah yang ada, dan jauhi tempat-tempat yang mungkin membuatkan anda stress.
  3. Duduk dirumah maksudnya tidak keluar rumah, ini dapat mengurangkan pengeluaran tenaga.Kalau boleh, kurangkan aktiviti yang kurang bermanfaat di luar rumah. Alihkan ke kegiatan yang lebih bermanfaat di dalam rumah.
  4. Banyak minum Air kosong. Jelas ini akan memperlancar semua proses yang dilakukan dalam tubuh. Sehingga tubuh kamu akan lebih sihat untuk menggemukkan diri.
  5. Banyak mengambil snack sebelum tidur.Tetapi bukan sembarang snacks.Pilihlah Snacks yang mempunyai kalori tinggi.
  6. Minum susu sebelum tidur. Jelas sangat sehat dan memperbanyak protein. Setelah makan snack dan minum susu,jangan lupa gosok gigi!
  7. Jangan suka berjaga.- Hindari kopi.Berjaga dan kopi adalah salah satu punca yang mudah sekali membuat kita menjadi kurus.
  8. Alternatif yang lain adalah melalui fitness dan bersenam dengan pola makan bergizi, cara ini memang agak memerlukan kos sedikit, tetapi kaedah ini dapat menjadikan berat badan yang sihat dan ideal.
Mesti ada yang kata aku tak bersyukur kan, bukan macam tu. Tapi aku kenalah berusaha untuk kebaikan diri aku, untuk kesihatan diri aku. 
    Kalau berat dah naik, nak pakai baju pengantin pun cantik nanti. Hehe. Ni pun salah satu sebab nak gemuk. Hihi
So aku harap impian aku nak mendapat berat badan ideal ni akan tercapai. Amin. 










Monday 6 August 2012

Mengidam Nasi Lemak

Assalamualaikum.


Kekeringan idea nak update mea. Ada cerita tapi malas betol nak menaip. Ish takley jadi. Kate nak jadi blogger yang berjaya kan. Haha.....


Ok, nak cerita pasal Nasi Lemak. Hari Sabtu lepas, tiba-tiba nak masak nasi lemak. Bukan nak makan nasi lemak, kalau nak makan aku beli je kat bazar kan. Aku teringin nak masak sebab kat peti ais ada udang, so fikir2 kalau buat sambal tumis udang makan dengan nasi lemak sedap jugak kan. Sambil fikir dah terliur dah. Ish kurang pahala puase aku kan. 


Tapi masalahnya, aku tak pernah masak nasi lemak. 1st time ni nak try. Tanpa berlengah, aku telefon chef terkenal, sapa lagi kalau bukan my mum. Hehe. Mak, camna nak buat nasi lemak. Ala senang je. Tengok, chef terkenal jawab, relek je kan. Yela senang camne mak. Harini rasa nak masak nasi lemak la, hehe. Mak aku pun gelak sekali. Ala sama je macam masak nasi biasa, tapi guna santan. Sukatan santan tu pun sama macam sukatan air. Masukkan sikit halia dengan bawang putih sekali, garam jangan lupa. Bagi lemak-lemak sikit. Tu versi mak punye nasi lemak la. Ok mak, nanti dah jadi kite tepon k. Bye. Assalamualaikum.


Jam dah pukul 4.30 ptg, aku pun gigihlah siang udang, buang segala kulit dan potong kecik2 bagi senang nak makan. Hehe. Settle buat sambal tumis udang aku terus masak nasi. Boleh je kalau nak masak sambal sambil  masak nasi lemak tu kan, tapi disebabkan aku tanak la nasi lemak aku kurang kasih sayang, aku masak asing-asing. Hehe. Lagipun 1st time kan, takut tak tertengok nanti. 


Macam biasa, aku berbuka di luar dengan Alan kat taman dekat PICC tu. Kat situ senang ada surau, lepas makan takyah nak cari surau jauh2 kan. Aku bagi Alan rasa dulu. Camna sayang ok x? Hmm, sedap. Napa ayang masak nasi sikit sangat. Hoho. Ala takut membazir, selalu kalau masak lebih nanti buang je. Lagi pun 1st time takut tak sedap. Hehe, tak sangka lak kan ley sedap. Kih3. Alan cakap ala ayang kalau 1st time masak mesti jadi punya. Hehe. Kembang jab. Kih3.


Dah habis makan baru teringat nak snap gambar. Rugi tol. 

    Sumber : Pakcik Google

Tak tepon mak lagi cerita hasil nasi lemak aku tu. Jangan mak request masak kat kampung sudah. Hehe.