Sunday 30 September 2012

Encik Bambam off to India

Assalamualaikum.

Pagi tadi aku hantar En. Bambam ke KLIA. Ingatkan nak ajak Idah teman sebab baliknye nanti kan aku sorang..Takot la pulak. Tapi malas nak susahkan dia. Aku cakap kat Mr. Bambam takpe, ayang boleh. Hehe..

Flight nye pukul 8.40pg. Aku ada baca kalau international punya penerbangan kena ada kat airport 2 jam sebelum terbang, so bising la mulut aku kat Mr. Bambam suruh dia cepat. Haha, Aku lak yang takot dia kena tinggal flight. Dia macam biasa buat muka tenang padahal jalan nak ke KLIA tu ingat2 lupa.

Kitorang gerak dalam pukul 5.45pg camtu, sampai dalam pukul 6.30pg lebih kurang.  Terus self-checkin kat kiosk.

Lepas check in tengok2 kedai perfume. Mana tau ada yang berkenan untuk buat hantaran nanti. Mr. Bambam kata nanti dia dah balik dari India singgah lagi kedai tu beli mana yang berkenan. Ok, saya menurut perintah.

Boss Mr Bambam pun dah sampai, terus la dia masuk kat boarding. Sedih tau bila aku tengok dia dari atas masa dia nak check imegresen. Menitis air mata aku. Takot jugak mana tahu ni pertemuan terakhir kitorang ke kan. Ya Allah, mintak dijauhkan.

Eh!! Mr. Bambam nampak kurus dan tinggi laaaa. Keh3.

Lepas sesi bye2..terus aku ke parking. Nasib tak sesat. Jalan sorang2 ni kadang boleh jadi blur. Hehe.

Pukul 8.10pg aku sampai rumah.

***

Sekarang ni aku dah rasa bosan yang amat sangat.
 Tak sampai 1 hari pun lagi Mr Bambam ke sana.
Kosong betol hidup aku tanpa dia.
Nak mesej /call tentu2lah tak dapat
Oh lamanya 2 minggu..
Ya Allah kau permudahkanlah segala urusan dia di sana, 
berilah keselamatan dan kesihatan kepada dia.
Semoga SYG selamat pergi dan pulang.
{LOVE}


Friday 28 September 2012

Cucu Mak ke 19

Assalamualaikum.

Yeay...mak nak dapat cucu lagi. Yang satu tinggal tunggu hari aje, satu lagi baru tahu mungkin kata tuan punya badan baru 1 bulan. Alhamdulillah, cucu untuk yang ke 19. Sapalah yang dapat nombor 20 nanti ek. Hehe.

Kak Ct ada tunjuk perut dia masa balik kampung haritu. Memang nampak bulat, tapi katanya tak kompem lagi. Pagi tadi dia call katanya dah sebulan. Aku orang yang kedua tahu lepas mak. Wah, Cahaya nak dapat adik. Dah kena panggil kakak Cahaya la lepas ni. Takpun panggil kak long. Hehe.

Ayah + Cahaya + Ibu

Semoga Kak Ct diberi kesihatan yang baik. Dipermudahkan urusan sehingga ke tarikh bersalin nanti. Jaga diri leklok tau. ♥


Thursday 27 September 2012

Innershine : Pati Prune

Rezeki orang nak kawin ni kadang-kadang tanpa disangka-sangka kan.

Isnin lepas anak boss bagi aku innershine. Banyak pulak tu. Boleh buat stok sebulan. Katanya masa dia nak kawin dulu rajin la dia minum, lepas kawin malas pulak. Tu yang dari expired kat rumah, dia bagi aku. Malu la jugak nak ambil, tapi dah dipaksa-paksa, aku pun ambik la jugak. Hehe..


Sedap rasa dia. Masam-masam manis.

Semalam tengok kat Watson, 1 kotak, 6 pcs harganya RM 27++. Bayangkanlah berapa kotak dia bagi aku ni. Sekotak aku bagi kat akak opis aku. Yang dalam gambar tu sume aku punye. Hehe. 

Aku baru start minum malam tadi. Dia bagi petua, minum ni time nak tidur. Lepas minum ni jangan makan/ minum pape. Ok baiklah. 

Aku nak tengok bershine2 tak masa aku nikah nanti. Tak pun mana tahu muka boleh transform jadi Maya Karin ke. Keh3.


***


Tapi pagi tadi, ada akak opis tegur muka aku berseri-seri jek. 
Aik, takkan baru makan 1 botol dah berseri-seri kot. Keh3.



Persiapan Kahwin 8 : Hantaran

Assalamualaikum.

Minggu ni memang minggu takda rehat punya. Balik dari pejabat terus ke Alamanda. Disebabkan Mr. Bambam nak ke India ahad ni, so kami mesti membereskan misi mencari barang hantaran. Misi malam tadi dapat 2 barang. Malam ni kami akan meneruskan misi mencari lagi. Hehe. 

Alhamdulillah, perasaan aku sekarang ni walaupun dah tak berapa banyak masa lagi, aku rasa tenang. Tenang setenang-tenangnya. Tak macam sebelum ni. Thanks Mr. Bambam jugak kerana banyak memberikan kerjasama dan masa walaupun tengah sibuk dengan persiapan ke India. Sayang syg ketat-ketat. ♥

Malam tadi jugak shopping barang Mr. Bambam. Nak cari seluar dan baju katanya. Koleksi yang ada sume dah longgar. Mentang-mentanglah dah turun 10kg. Keh3. 


Sesi mencari seluar
Bukan senang Mr Bambam nak berkenan bila cari seluar ni.
Tapi yang ni, sekali tengok terus terpikat.
Nasib ada saiz.

Hmmm, dekat RM500 jugak lah habis shopping barang semalam. 
Oh seronoknya duit keluar macam air. Sob sob. ^_^

Wednesday 26 September 2012

Giveaway : Saya Nak Makeup


Melangkah setapak lagi dalam dunia berblogging..
Semalam join contest nak banyakkan follower.
Harini join giveaway pulak.
1st giveaway ni tau..



GA ni dari blogger oneniezuka
Haa jom ramai2 kita join.
Lelaki pun boleh join tau, 
dapat hadiah nanti boleh bagi makwe ke mak betul ke kan...
^_^

Semua hadiah memang menikam kalbu..
Foundation Liquid MAC
Eyeliner Twist MAC
Eyeshadow set dan macam-macam lagi.

Manalah tahu rezeki orang nak kawin. Hehe..

Semua syarat-syarat dah selamat ditunaikan.
Complete semua..

Kepada yang nak join boleh ke blog oneniezuka ye.
Daaaaaaa.........



Iktibar untuk aku

Dalam sebok-sebok aku menguruskan persiapan perkahwinan aku, aku dapat berita sedih. Kakak opis aku telah putus tunang semalam. Tersentak dada aku bila dia menceritakannya kepada aku. Ya Allah, dugaan apa yang kau turunkan kepada dia yang aku dah anggap seperti kakak sendiri. Tatkala dia pun telah mula membuat persiapan perkahwinan seperti aku. Ya Allah, sesungguhnya kau Maha Mengetahui tiap-tiap sesuatu.

Dia bertunang 2 minggu awal daripada aku. Majlis dibuat dengan penuh meriah dengan kehadiran sanak saudara dan sahabat handai. Tunangnya tidak hadir sama kerana bertugas di Jepun. 

Hari berganti hari, bulan berganti bulan. Apa yang aku perhatikan, sepanjang pertunangan mereka, banyak dugaan yang mereka lalui. Dugaan bertunang sebelum melalui fasa perkahwinan. Dugaan untuk menguji sejauh mana kuatnya cinta mereka. Dan akhirnya badai yang datang terlalu kuat untuk mereka pertahankan.  

Takziah untuk akak ye. Hanya Allah yang Maha Mengetahui hikmah disebalik semua ni. Anggaplah ini sebagai satu pengalaman hidup. Mungkin Allah nak bagi akak seseorang yang lebih baik dari dia. Tunjukkan yang akak kuat untuk lalui semua ini. Sayang akak.

*** 

Ya Allah, kau berilah kekuatan padanya. 
Aku tahu dia tak kuat untuk lalui semua ini. 
Semoga Kau turunkan hikmah yang berpanjangan untuknya. 
Amin.


Sebulan sebelum diijabkan

Assalamualaikum.

Lagi sebulan je lagi aku akan jadi milik Mr. Bambam. Sebenarnya, baru aku perasan aku akan dinikahkan apabila usia pertunangan kami genap 6 bulan. 

Dulu-dulu, aku berangan kalau aku bertunang, tak nak lama-lama. Paling lama setahun paling cepat 6 bulan. Orang kata bertunang lama-lama ni banyak dugaan. Tak sangka pulak jadi kenyataan. Hehe. Dan Alhamdulillah setakat ni kami menjalani tempoh pertunangan dengan baik-baik saja. Merajuk-rajuk sikit, gaduh-gaduh manja tu ada lah. Hehe.

Persiapan kahwin setakat ni 40% je. 40% je????? Gila tak gila kan. Orang lain agaknya kalau dah time2 macam aku ni agaknya dah releks je. Tunggu diakadkan je kan. Hehe. Banyak lagi perkara yang tak settle. Aku nak lepaskan majlis nikah dulu. Lepas ni baru fikir untuk majlis bersanding.  ^_^

Tuesday 25 September 2012

Persiapan Kahwin 7 : Andaman

Alhamdulillah.

Pencarian selama sebulan membuahkan hasil. Part nak cari Mak Andam ni la part yang paling susah sekali tau. Kalau korang nak kawin nanti korang tahu la macam mana. Orang dah kawin mesti tau macam mana. 

Nak tau sebab apa? Meh tengok sini. Ni hasil kajian diri sendiri je. 

  • Kena dengan budget
  • Makeup mesti cantik
  • Koleksi pelamin yang updated
  • Koleksi baju yang updated
  • Pakej yang menarik
  • Paling penting mak andam mesti berjantina perempuan
  • Layanan yang mesra

Ha tengok tu. Tu aku punya senarai. Nak kata aku cerewet tak jugak. tapi biasanya tu lah kriteria2 yang akan dilihat oleh bakal pengantin sebelum mengambil keputusan memilih mak andam untuk hari bahagia nanti.

Cerita pemilihan mak andam ni, sampai 2 minggu berturut-turut aku balik kampung sebab nak cari mak andam ni. Last2 apa pun tak dapat. 

Tadi, aku nekad call 3 nombor butik andaman kat bandar Kota Tinggi tu. Perkara pertama aku tanya tentang date. Available ke tak. Aku review sikit ye dari sesi menelefon, meneliti gambar2 di fb diorang.

Klasik Andaman 013-7541095
- makeup dan pelamin memang terbaik, lagi-lagi pelamin. Tapi untuk aku yang berpendapatan sederhana ni, majlis pulak kat dewan, harganya agak mahal. Lari budget oiiiii..

Iz De Bridal 013-7274680
- ramai kawan-kawan cakap kat sini murah dan cantik. Not bad la katanya. Tapi untuk date nikah diorang cuti, siapa suruh buat time Raya Haji kan, orang nak raya la mak cik. Apadaaaa....

Miza Collection 016-7572423
- 2 kali aku pergi survey butik ni, untuk tunang dan kahwin, layanan memang terbaik. Yang penting, harga sangat berpatutan dan makeup pun boleh tahan. Pelamin pun ok. 

Nurkaseh Bridal House 
-boleh tahan jugak tengok gambar-gambar pelamin dan pengantin kat fb diorang. Ingat nak datang kedai sekali tutup. 

So, rasa-rasanya korang tahu aku pilih yang mana kan. Hehe. Hasil mak andam akan di review selepas majlis ye. ^_^



***
Leganya...1 lagi perkara besar dah settle. 
berharap aku buat pilihan yang tepat.




SEGMEN : JOM TINGKATKAN FOLLOWERS SAMPAI LEBAM

Aku terjumpa satu segmen ni kat blog Nasuha
rasa macam nak join jugak..hehe
Yelah korang pun tahu, follower aku cuma sorang. Sedih kan..
Walaupun sorang, tapi tu blogger popular tau, Kak Ana. 
Thanks kak, follow blog saya. Hee
So disebabkan itu, aku join segmen dari blog MerepekGILA ni..


***



Meh aku printscreen follower aku ek. 
Tak boleh letak followers, sebab sorang je kan. Kih3



Ok lah sekian entry khas untuk mencari sesiapa yang sudi memfollow aku yang malu-malu meoww ni...

Untuk lebih paham sila ke MerepekGILA yep.. 

Daaaaaaaa...........


Doorgift Nikah

Assalamualaikum.

Cerita persiapan perkahwinan lagi. 

Sekarang aku tengah mencari idea doorgift untuk majlis pernikahan nanti. Rasanya nak bagi Yaasin, niat sedekah untuk arwah abah aku sekali. Tapi tengah fikir jugak, nak bagi yang custom made ke ready made yang jual2 kat kedai buku tu. Aduhai ni pun nak pening ke syg oiii. Opkoss la..tapi akak aku cakap, kita jangan fikir nak terlalu sempurna sangat, takut majlis tak seperti dibayangkan, sendiri jugak yang kuciwaaa ye tak... 


Cantik kan. Hijau lumut pilihanku.

Semua ni tentang budget jugak. Hasil pertanyaan dengan pakcik google, kalau beli yang ready made harga dalam RM0.90 - RM1.30, kalau nak custom made lebih kurang RM 1.50 dan ke atas. Custom made mestilah lagi cantik sebab boleh request nama kita kat situ kan.

Hmmmm, masih berfikir lagi. 

Mak aku pun cadangkan bagi Yaasin, lepas tu tambah Bunga Telur. Sebenarnya bunga telur ni dah ada kat rumah, recycle Kak Ct aku punya masa dia kawin ritu. Wah, jimat dah kat situ kan. Tang jimat-jimat ni aku suka. Heheheee..



Monday 24 September 2012

Blog Picisanku Sayang

Assalamualaikum.

Huh, letih je nak update blog, sign in lepas tu biarkan. Perasaan nak update cerita tu ada, tapi keletihan membuatkan aku jadi malas. Hehe.

Tapi tapi..bila aku tengok viewer blog aku bertambah dengan jayanya terus semangat nak taip entry. Wah dari mana pulak datangnya viewer2 comel aku kan? Terharu. *Tiba2 je kan. Tuan blog orang lain tak heran pun viewer sehari beribu2. Memang la diorang tak heran, sebab blog diorang popular, tak macam blog picisan aku ni. Jakun tau bila ada viewer datang baca blog aku yang tak diisytiharkan kat mana-mana paper @ majalah @ muka buku dan lain-lain. Hehe.

***

Minggu lepas aku balik kampung lagi. Ingat boleh survey dan booking terus mak andam, sekali tak dapat. Survey pun tak, booking pun tak. Takpe2, releks ye rynn. *Matilaaaaa...

Aku balik tumpang kereta Kak Ct, kereta aku tinggal rumah dia dan kami balik sekali. Menumpang kan, so nak ajak singgah banyak2 tumpang segan. Aku ni kalau bukan harta aku, hak aku, aku tak pandai nak memandai2. Last2 apa pun aku tak buat. Balik macam tu je. Tapi best la dapat jumpa mak. Hehe.

Sebulan 2 hari. Woot woot. Ting tong kejab tengok angka ni. En. Bambam dah la nak pergi jumpa ex dia, Si Kajol kat India sana, 2 minggu pulak tu. Hmmmm tinggal la aku sorang2 uruskan urusan aku yang tak selesai2 lagi ni. Hmmm kuat ek rynn.. ^_^



Friday 21 September 2012

Bowling time

Assalamualaikum.

Merdeka aku 2 hari boss takda. Dia ada meeting di Kota Kinabalu. Anak buah mana tak merdeka kalau boss masing2 takde kan. Hehe.

Merdeka merdeka jugak, kerja tetap diselesaikan, cuma takdalah rasa terkejar-kejar. Aman tenteram je nak buat kerja, tak payah rushing2. 

Tengahari tadi lepas settlekan satu urusan di Bank Islam, kakak2 opis dah ajak main bowling. Praktis katanya.  Minggu depan ada tournament. Bukan terror pun, main suka2 je.

Tadi kami main 2 game. Aku ni kalau main 1 game kira ok lah. Masuk game 2, tangan dah start lenguh sengal2. Almaklumlah tangan halus macam lidi kan. Mulalah asik nak masuk longkang je.

Penat sesi melongkangkan bola kita memenuhkan perut pulak.
Minggu depan lawan katanya main 3 game. Tak taulah betul ke tak. Matilaaaa....Cian kawan-kawan aku nanti kalau akulah penyebab kekalahan group kitorang nanti. Ala takpe kot, kitorang memang fikir nak enjoy je. Kalau menang rezeki, kalau kalah kami redha. Heheheeee..





Thursday 20 September 2012

Mimpi

Assalamualaikum.

Malam tadi aku mimpi, ada sorang yang aku kenal, tapi aku tak ingat siapa, bacakan satu doa. Dia kata tau tak doa tu. Aku cakap tahu. Memang doa yang biasa kita dengar. Doa tu dalam 2 - 3 ayat je camtu. Dia baca aku pun ikut baca. Dia kata baca doa ni bila lepas sembahyang macam tu la lebih kurang. Tapi bila bangun tidur pagi tadi, aku tak ingat doa apa yang dia bacakan tu. Aku cuba ingat tapi tak dapat jugak. 

Alahai, apalah agaknya doa tu ek. Nak tahu jugak pengertian doa tu. Tapi aku tak boleh nak ingat langsung. Hmmm...






Wednesday 19 September 2012

Minggu yang penuh dugaan

Assalamualaikum.

Harini aku dah start kerja. Tak jadi nak cuti 2 hari, sebab urusan borang nikah tak boleh siap. Eh, nape pulak?

Ha tu la, kawan-kawan nanti kalau nak kahwin jangan buat keputusan last minute ye. Rancang betul-betul nanti diri sendiri jugak yang senang. Macam aku kan, berangan nak settlekan semua perkara dalam 1 hari, tapi kita hanya merancang, Allah yang menentukan.

Uruskan borang nikah takda masalah, yang menjadi masalahnya HIV Test. Aku baru tahu rupanya  lepas raya haritu HIV Test ada prosedur baru. Kalau sebelum ni, hari tu jugak dapat result, tapi sekarang, kena tunggu 2 minggu dan ke atas. Ya Allah, rasa nak gugur jantung bila tahu perkara tu. Dah la aku tak banyak masa kan.

Mr Bambam pulak lagi dasyat, klinik kesihatan kat Kahang Timur cakap sebulan baru dapat result. Kami ada masa lebih kurang sebulan seminggu. Kalau result dapat lagi sebulan, masak lah. seminggu tu nak hantar borang ke Pejabat Kadi Kluang dan aku pulak nak hantar borang ke Pejabat Kadi Kota Tinggi.

Baru entry lepas aku cakap nak relek2 je uruskan semuanya kan, tapi aku manusia biasa. Tak lari dari tekanan memikirkan semua ni. Agaknya tu yang berat badan tak boleh nak naik balik ni. 

Ya Allah, kau permudahkanlah urusanku.


Friday 14 September 2012

Nak fikir yang positif aje....

Assalamualaikum.

Done apply cuti 2 hari. Yuhuuuu. Boss pun ok je. Yelah, urusan beso nak kena settle kan. 

Harap dapat disettlekan semuanya minggu depan. 

Check list yang nak dibuat balik kampung nanti (5 hari kat kampung kan) 
  • Borang Nikah
  • HIV Test
  • Andaman
  • Photographer
  • Survey goodies
  • Cari barang hantaran

Aku nak uruskan persiapan kahwin dengan rasa seronok. Tak nak fikir benda-benda yang boleh membuatkan aku rasa stress dengan segala urusan perkahwinan aku. 

Kang kalau asyik stress2 aje, hilang seri pengantin nanti..
Hehehehee...

^_^




Thursday 13 September 2012

HIV Test (DONE)

Assalamualaikum.

Harini pagi-pagi lagi aku dah call Klinik Kesihatan Putrajaya (KKP), Klinik Kesihatan Bandar Baru Bangi (KKBB) dan Klinik Kesihatan Kajang (KKK). Semua gara-gara nak buat ujian saringan HIV. Hoho..uolllsss nak tahu semua penuh.

Aku telefon KKP. Katanya kena buat appointment dengan Klinik Kesihatan Presint 11. Dia bagi no telefon dan tanpa berlengah terus aku dail, 03-88811732. Katanya untuk appointment, sekarang dah penuh, bulan 11 ke atas baru boleh buat. Mak aih, gila ramai rupanya orang nak kawin ek.

Lepas tu aku dail KKBB pulak, 03-89258707. Puan, saya nak buat appointment saringan HIV. Nurse tu jawab, 30 Oktober ke atas baru ada kosong. Lagi sekali, penuh. Aku dah la tak banyak masa. Aku tanya sekali, macam mana ya macam aku nikah di Johor, boleh pakai borang di klinik sana saja ke kena pakai borang dari Johor jugak. Katanya kena guna borang yang diambil dari Jabatan Islam Agama Johor jugak. Dia sediakan borang lain. Aduh!!!

Terus aku telefon Mr. Bambam pasal masalah tu semua, dia kata try call KKK pulak. Baiklah saya menurut perintah. 

Aku pun call KKK, 03-87395764. Katanya diorang tak amik appointment by phone. Kena datang ke klinik tu. Haaa!!! semata-mata nak buat appointment nak kena datang, malas pulak. Aku tanya pasal borang, dia jawab sama jugak kena guna borang dari JAIJ.

Harapan menipis. Ingat balik kampung minggu ni nak settle terus borang nikah. Sekali kena buat untuk HIV Test sekali.

Call balik Mr Bambam. Dia redha, terpaksa buat kat Johor jugak.


Wednesday 12 September 2012

Mr. Bambam




Ini budak bambam dah turun 10kg tau lepas dari tunang ritu.

Setiap kali jumpa mesti tanya dia dah kurus kan. Dia dah kurus kan.


Hai la sayang..
intan payung..buah hati..pengarang jantung


Rasa macam nak cubit-cubit je bila sayang tanya macam tu tau.
^_^


Gemuk ke kurus ke tembam ke ayang tetap menerimamu seadanya,

Seperti mana sayang menerima ayang seadanya juga..

♥♥♥



Tuesday 11 September 2012

DIY Bunga Carnation

Hari tu kan aku berangan nak cuba-cuba buat bunga tisu. Malam tadi aku pun buat.

Hehe, mula-mula rasa macam tak jadi. Sekali dah siap, eh..macam comel la pulak. Hehe.


Comel kan.  ^_^


Cerita di sebalik Kursus Kahwin

Assalamualaikum.

Haaa!!! Mesti korang fikir aku nak cerita pasal kandungan kursus kahwin yang aku pergi Sabtu dan Ahad lepas kan? Hehe. Ala nanti korang pergi korang tau la apa yang diorang nak sampaikan untuk digunakan masa di alam perkahwinan nanti.

Yang aku nak cerita ni, memang keajaiban.

Dan yang aku tahu, Allah masih sayangkan aku.

Ceritanya begini, pagi Sabtu, macam biasa setiap hari bila pukul 5.30 pagi aku akan terjaga. Tengok jam pukul 5.30 pagi biasanya aku akan tidur balik. Tapi pagi tu aku tak boleh nak tidur. Pusing kiri pusing kanan pun tak boleh. Last2 aku bangun baring tengok tv kat depan.

Dalam aku tengok tv tu, hati ni rasa macam nak godek2 hp tengok mesej lama-lama dalam hp. Nak bagi mata ngantuk kan. Satu2 mesej aku belek. Sekali je, aku terbaca mesej yang En. Rizal, pegawai yang incharge kursus kahwin ni. Katanya datang ke Kompleks Kejiranan Tingkat 2 jam 8.30 pagi. Aik??biar betul ni. Aku dah konpius. Tengok jadual kat blog kursus start jam 2.30 ptg - 6.30 ptg hari Sabtu, Ahad pulak jam 9.00 - 6.30 ptg. Tapi kenapa kena datang pukul 8.30 pagi kan.

Tak puas hati aku terus call En. Rizal, sekali time kursus sudah ditukar, aku yang tak tahu. Katanya Sabtu start jam 9.00 pagi - 6.30 ptg. Ahad, 9.00 pagi - 1.30 ptg. Waawawaaaa, mau aku tak menangis kan kalau tiba-tiba datang pukul 2.30 ptg Sabtu tu. Orang dah start kursus separuh hari dah. 

Terus telefon Alan, sebab Sabtu tu dia dah amik half day. Terpaksa dia amik full day cuti disebabkan kelalaian aku sendiri. Cian dia, nasib tak marah. Sorry cayang. Hihi.


Modul kursus

Terus aku mengucap, terima kasih Ya Allah. Kalau bukan kerana Kau gerakkan hatiku tengok mesej tu mesti aku dah terlepas kursus untuk minggu ni. Kalau aku tak dapat buat minggu ni, makin lambatlah urusan borang nikah aku nanti. 

Sekali lagi, terima kasih Ya Allah, sesungguhnya Kau Maha Penyayang pada setiap hambaMu. 

Friday 7 September 2012

DIY Bunga Telur Tisu Paper

Rasa macam nak buat bunga telur sendiri la. 

Sekarang kan tengah in pasal bunga carnation guna tisu paper tu. Tertarik pulak tengok tutorial dia. Macam senang. Hehe.


Cantik kan..

Aku pun malam-malam tak buat apa-apa kan. Melantak tidur cepat aje. Persiapan kahwin ke mana tidur aje lebih. Kih3. Lepas tu sendiri menggelupur kan. 

Hmm, tengok lah. Kalau rajin nak cari bahannya nanti. Nak try2 dulu. Kalau menjadi baru boleh proceed angan-angan ku ini. 



Ku Tunggu Dikau Di Syurga

Assalamualaikum.

Aku masih menunggu keputusan En Alan tentang tarikh pernikahan kami. Alan mungkin akan ditugaskan ke India akhir bulan 10 dan awal bulan 11 ni. So dalam lingkungan minggu tu tak boleh buat apa-apa. Boss dia tak boleh bagi kata putus date sebenar dia kena pergi. Rancangnya kan 9/11/12, tapi takut pulak tarikh tu dia kena pergi sana. Kang ada orang ingat pengantin lelaki lari sebab tinggal pengantin pompuan sorang-sorang. Hehe.

Pause la kejab cerita persiapan kahwin aku, harini aku nak bercerita, bercerita sebuah kisah yang berlaku bermula di zaman 60an. Sebuah kisah percintaan dua orang manusia, Suliemah dan Saire. Dalam sebok2 bincang pasal tarikh nikah, mak menceritakan kepada aku kisah ceritera cinta romeo dan juliet, Suliemah dan Saire. Oppsss zaman tu mana ada cintan cintun ni kan. Masa mak cerita malam tadi aku bayangkan macam mana lah suasana zaman tu.  

Mak cakap masa kecik Suliemah selalu gaduh2 dengan Saire. Jarak umur diorang jauh, 10 tahun gitu. Kalau Suliemah main basikal nanti Saire kacau. Kecik-kecik mana ada perasaan lagi kan. 

Bila dah besar sikit, takda lah besar mana, dalam belas-belas gitu, Suliemah tolong jaga anak sedara Saire. Selalu la jumpa. 

Bila Saire dah kerja kat bandar, jarang-jarang dah jumpa. Sekali jumpa, Saire cakap kat pakcik dia, cantik Suliemah dah besar. Pakcik Saire kata, napa kau berkenan ke. Kalau berkenan aku boleh tolong rekemenkan. Pakcik ni memang suka kenen-kenenkan orang.

Lama lepas tu, Saire bertunang dengan makcik Juriah nama dia. Kawan Suliemah jugak. Suliemah tak kesah lah kan, masa tu memang takda perasaan kat Saire. Tak lama lepas tu, Saire putus tunang dengan makcik Juriah, katanya makcik Juriah ni ada sakit. Makcik Juria mintak putus sebab dia tahu dia tak kan hidup lama.

Suliemah pulak, ada jugak pakwe. Pandai jugak Suliemah pakwe2 ni dulu2 ek. Sepupu Suliemah jugak. Katanya nak datang meminang bila umur Suliemah antara 16@17@18. So Suliemah tunggu la pakwe dia ni. Hehe.

Sekali je, rombongan meminang keluarga Saire datang. Nak meminang Suliemah lah. Masa ni umur Suliemah 16 tahun. Suliemah kan dah ada pakwe, so dia tak nak. Dia nak tunggu pakwe dia datang minang. Dia merajuk kat bapak dia, Pak Yunus. Bapak kan, akhirnya Suliemah terima pinangan Saire. 

Tak lama lepas tu, mereka pun berkahwin. 

Pakwe Suliemah bawak diri dan berkahwin dengan orang Singapura.

Makcik Juriah pula telah meninggal dunia.

Suliemah pun memulakan hidup sebagai isteri kepada Saire. Susah senang  suka duka bersama. Dan akhirnya mereka dikurniakan 10 orang cahaya mata. 5 lelaki 5 perempuan. Handsome2 dan cantik2 semuanya. Hehe

Masa mak cerita ni aku menahan air mata. Takut mak terperasan dan confirm mak akan nangis sama. Sebab itulah kisah hidup mak dan abah. Dan sekarang, dah 9 tahun abah pergi meninggalkan mak menemui Ilahi. Hari Isnin, 26/5/2003 adalah tarikh yang tidak akan aku pernah lupa. Pemergian abah secara mengejut membuatkan kami sekeluarga sangat sukar menerima pemergian abah. Semoga abah tenang di sana. 

Semoga kasih mereka berkekalan hingga ke syurgaMu, Ya Allah.




Aku memang tak pandai bercerita, tapi cukuplah sekadar memori kasih mereka menjadi catitan di dalam diari mayaku ini. Supaya aku tak lupa dan cerita ini tidak menjadi seperti angin-angin yang lalu. 



Thursday 6 September 2012

Untuk Bakal Suamiku..

Butik Dzihni_tailor baju nikah

Assalamualaikum.

Kita sambung dari entry sebelum ni ye.

Mula-mula aku macam nak pergi lain kali, tapi Alan ajak jugak. Aku pun ikot aje la. Kak Dini kunci pintu, sebab dia sorang-sorang dalam butik tu. 

Kak Dini tanya nak amik baju ke. Eh tak baru nak tempah. Hehe. Kain ada bawak tak. Oh ada dalam kereta. Ingat nak tanya2 dulu kan, tapi takpe lah tempah terus. Malas nak fikir lagi. 

Kak Dini belek-belek kain ela aku tu, jenis lace dan satin. Dia tanya nak buat baju apa. Aku cakap baju kurung moden. Simple dan manis. Untuk nikah kan. Dia kata ok. 

Tang kain lak aku belek-belek baju-baju yang dah siap kat butik tu. Oh ada 1 kain aku berkenan. Cantik ooo. Kira macam berombak gitu. Kainnya ala-ala pic yang aku letak kat entry sebelum ni. Tapi kain satin aku tak sesuai sebab kena guna kain chiffon. Kak Dini kata kalau nak kena beli kain lain ataupun dia boleh carikan.

Oh aku terpikat dengan design kain tu. Hehe. Memang impian tu. Sebab aku fikir dah terbeli satin kan, kuburkan jek la impian aku tu. Tapi bila Kak Dini cakap nak carikan, aku terus tanya Alan, ok tak. Hee. Dia kata cantik. Terus aku mintak buat kain macam tu. Tapi macam biasalah kan, kena tambah upah. 

Terus Kak Dini amik ukuran badan aku dan Alan.

Baju nikah Alan pulak macam biasa, cuma tambah sulam. 

Selesai semua, aku tanya deposit, Kak Dini cakap tak payah pun takpe. Nanti masa nak amik baju bayar terus. Ok kak.

Lega yang teramat tau bila dah settle 1 perkara ni. Sebulan lagi tarikh ambil baju. Tak sabar nak tunggu siap. Hehe. Harap-harap takda masalah. ^_^

Kepada kawan-kawan yang nak cari butik ni, ni alamat dia k.


Dzhini Boutique & Bridal Gallery
No. 36, Jalan 3/70, Seksyen 3
43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Tel : 019-2767295/ 019-2248344







Wednesday 5 September 2012

Rynn sukeeee....(nada fifi)

Assalamualaikum.

Hehe, nak senyum je rasa. 

Tadi Alan telefon. Saja tanya napa aku tak angkat call dia malam tadi, jawapannya mestilah aku dah ngorok krok krookkk. (tido). Dia overtime kot semalam, malas nak tunggu, terus tido. Sebenarnya merajuk, sebab tak jadi pergi tempat tailor. Keh3. Malam je majuk siang ok dah.

Dah alang-alang dia tepon aku tanya sekali dia dah tepon mak ke belum pasal urusan kat rumah dia. Nak buat pelamin tak, tarikh bila dan macam-macam lagi. Dia boleh tanya pasal apa ek? Berasap jab tau. Grrrrr. Yela macam tak serius pulak kan.

Tapi belum sempat asap kat kepala keluar, dia kata Ayah dah telefon dulu. Wah yeke. Suka-suka. Ayah cakap nak buat balai la, mak andam tempah kat sana, tarikhnya bila. Ohhh lega. Kiranya aku tak payah nak fikir untuk majlis belah sana. Sediakan badan jek. 

Yipppiii..... ^_^

Tuesday 4 September 2012

INFO : Solat Sunat 2 Rakaat Selepas Nikah

Sekadar berkongsi.

Rujukan : FB

Sunnah selepas Ijab Qabul : Melakukan solat sunat 2 rakaat berjemaah suami dan isteri.

Cara untuk mengerjakannya ialah:

Lafaz niatnya

“Usolli sunnata ba’dan nikahi rak’ataini lillahi Ta’ala”Allahu Akbar”: 
Sahaja aku solat sunat sesudah nikah dua rakaat kerana Allah Ta’ala”

Rakaat pertama

Membaca surah Al-Faatihah dan surah Al-Kafiruun’

Rakaat kedua

Membaca surah Al-Faatihah dan surah Al-Ikhlas

Membaca doa berikut selepas salam:


“YA Allah, Engkau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, segala puji-pujian bagi-Mu, seru sekalian alam. Ya Allah, aku bersykur kepada-Mu, telah selesai pernikahanku ini, kami memohon pada-Mu Ya Allah Engkau berkatilah pernikahan –ku ini. Engkau jadikanlah aku dan isteriku orang-orang yang soleh. Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim, pada-Mulah kami memohon pertolongan. Engkau anugerahkanlah padaku isteri/suami yang soleh, Engkau berikanlah akan daku dan isteriku petunjuk dan hidayah agar kami sentiasa di dalam keredhaan-Mu dan tunjukilah kami ke jalan yang lurus sepanjang hidup kami. Engkau berikanlah kami kekuatan untuk memimpin isteri dan anak-anak kami ke jalan yang Engkau redhai. Engkau mesrakanlah kami, bahagiakanlah kami sebagaimana Nabi Muhammad s.a.w dan Siti Khadijah, Nabi Yusuf dengan Zulaikha, Nabi Adam dan Hawa. Engkau anugerahkanlah padaku dan isteriku anak-anak yang ramai dan soleh. Engkau anugerahkanlah kami kesihatan dan kesejahteraan pada isteri/suami dan anak cucu kami sepanjang hayat kami dan sepanjang hayat mereka. Engkau peliharalah kami daripada perkara-perkara yang boleh merosak kemesraan dan kebahagiaan rumah tangga kami”

“Ya Allah ,Ya Rahman, Ya Rahim, Engkau anugerahkanlah kepada kami akan rezeki yang suci dan baik, lindungilah kami dari mendapat rezeki yang keji dan haram. Engkau jadikanlah aku, isteriku/suamiku dan anak-anak kami orang yang rajin mengerjakan solat dan bertaqwa. Engkau berikanlah petunjuk dan jalan sekiranya aku,  isteri/suami dan anak-anak ku menyimpag ke jalan yang tidak Kau redhai. Engkau anugerahkanlah padaku, isteri/suami dan keturunan kami kekuatan dan keimanan untuk berbuat baik dan amal soleh sepanjang hayat kami. Engkau peliharalah kami, isteri/suami, anak-anak dan cucu-cucu kami dari sebarang mara bahaya,fitnah,dan malapetaka yang tidak diingini samaada yang lahir mahupun yang batin”

“Ya Allah,Engkau berkatilah umur kami, isteri/suami kami, anak-anak kami, cucu-cucu kami sehinggalah akhir hayat kami dan mereka. Engkau peliharalah kami, isteri/suami kami, anak-anak kami, cucu-cucu kami agar menjadi orang yang taat kepada-Mu Ya Allah, kepada kedua ibubapanya dan taat mengerjakan perintah-Mu dan taat dalam menjauhi larangan-Mu”

“Bahagiakanlah rumah tangga kami Ya Allah,(3 kali),

Engkau berkatilah rumahtangga kami Ya Allah (3 kali)”

Amin ya rabbal a'lamin...


En. Tunang, sila take note ye..  ^_^



Persiapan Kahwin 6 : Kad Kahwin

Assalamualaikum.

Mesti korang ingat aku sengaja buat persiapan kahwin last minute kan. Semua nak buat sekarang, sebelum ni buat apa? goyang kaki ke? nak tunggu orang suap?

Ish3, tak baik tau. -_-"

Sebenarnya kami merancang untuk melangsungkan perkahwinan bulan 2 tahun depan. Tapi bila dah bincang ke dua belah pihak atas sebab2 yang tidak dapat dielakkan, kami telah diputuskan untuk melangsungkan pernikahan bulan 11 ni. Nampak tak, aku kena rushing buat persiapan kahwin. Aku hanya ada 2 bulan untuk prepare semuanya. Tapi lega sikit sebab majlis sandingnya bulan 12. Ada masa bernafas untuk buat persiapan persandingan.

Dan sekarang, aku kena cari untuk kad kahwin pulak. Nak cari yang murah-murah aje. Sebab bukan apa, kad kahwin nanti orang akan buang jugak kan. Aku nak cari yang murah, tapi nampak mahal. Ade ke? Hehe. 


Agak-agak kad macam ni ok tak. Kena dengan tema kami berkawan masa sekolah dulu kan. ^_^

Kad kahwin tak boleh lambat2 sangat tempah. Sebab lebih kurang sebulan sebelum majlis dah nak kena edar kan. So aku memang tak banyak masa lagi. 

Masih searching2 dengan pakcik google. Kat bangi tu banyak aje aku tengok kedai kad kahwin. Tapi tak tahu murah ke tak. Tak sempat nak menyinggah lagi. Hmmm...





Monday 3 September 2012

Persiapan Kahwin 5 : Barang Batal Air Sembahyang (DONE)

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, selesai pencarian untuk barang batal air sembahyang. Akhirnya selepas aku pening nak pilih rantai tangan @ rantai leher, aku pilih rantai tangan. Semalam, jalan-jalan kat Metro Kajang, jumpa Kedai Emas Seri Pinang. Tengok harga segram RM 165. Wah murahnya. Aku survey kat Kluang, RM 175. Kat Kota Tinggi, RM 169. Tengok punya tengok berkenan dengan 1 design ni.


RM 165 dengan pembelian 8 gram ke atas kot. Tak ingat lak bape gram

Lepak kejab makan Leko-Leko. Nyum2.


Mula-mula macam malas nak beli dulu, tapi fikir-fikir balik, malas nak survey lagi. Terus ajak Alan beli. Dia ikut aje. 

Lepas tu, survey untuk tailor baju nikah pulak. Butiknya tutup pulak. Dah call tadi, boleh datang bila-bila masa. Harapnya aku buat pilihan yang tepat. Ok, dah nak settle dah 2 perkara. Sukeeeeeeee.......