Wednesday 8 August 2012

Wishlish 1 : Tambah Berat Badan

Salam 19 Ramadhan.

Hati tengah sedih sekarang ni. Ramai yang cakap aku dah kurus. Bukan kurus macam Erra Fazira, tapi macam papan. Wawawawaaa. Alan pun cakap juga. Rasa macam kena hempap dengan batu je atas kepala tau bila dengar orang cakap macam tu. Bulan puasa ni aku dah turun 3 kg. Dah la nak naikkan berat punyalah susah. Nak turun punyalah senang, 2 minggu pun boleh.


Aku memang dapat rasa berat aku dah turun mendadak.


Aku perlukan petua-petua untuk tambah berat aku. Aku ni memang semulajadi kurus. Ni berat turun lagi bertambahlah kurus dibuatnya. Jangan kena tiup angin melayang-layang sudah. 


Aku berazam lepas bulan puasa ni aku nekad nak naikkan berat badan aku. Berat aku setakat ni paling tinggi 43 kg. Wat?? Ringan kan aku. Wawaaa. So sekarang dah jadi 40 kg la kan. Macam berat budak skolah darjah 3 je. Aku nak berat aku jadi 45-47 kg. Memang aku kena paksa diri aku untuk makan, makan dan makan. Setahu aku tu jek la cara-cara untuk gemuk. 


Tapi aku kena la buat research jugak kan. Hasil pakcik google takda cara mudah untuk gemuk. Antara yang aku jumpa :-


Langkah-langkah yang aku patut lakukan di antaranya:


1. Makan makanan yang berlemak tapi jangan terlalu banyak ikut 
diet permakanan seimbang.contohnya ayam,daging lembu.
2.Minum susu sebelum tidur
3.Makan buah-buahan dan sayur-sayuran yang banyak
4.Minum air masak/mineral minimum 10 gelas sehari
5.Tidur 8 jam sehari.
6.Bersenam(tidak kisahlah sukan apa. contoh jogging)

p/s 1 bulan akan menunjukkan hasilnya. Katanya

Selain makanan, pola rutin seharian juga mempengaruhi meningkatkan berat badan, katanya aku juga boleh cuba cara dibawah ini.

  1. Perbanyak mengambil protein.Protein adalah salah satu sumber makanan yang cepat menjadi daging serta mempercepat proses pertumbuhan.Jika dibandingkan dengan memakan makanan berminyak dan berlemak, protein akan membuat anda gemuk berisi daging, bukan gemuk berlemak.
  2. Hidup santai dan senang,jangan stress. Stres itu adalah salah satu keadaan paling sia-sia yang menghabiskan banyak tenaga anda. Jadi, hindari stress, segera selesaikan masalah yang ada, dan jauhi tempat-tempat yang mungkin membuatkan anda stress.
  3. Duduk dirumah maksudnya tidak keluar rumah, ini dapat mengurangkan pengeluaran tenaga.Kalau boleh, kurangkan aktiviti yang kurang bermanfaat di luar rumah. Alihkan ke kegiatan yang lebih bermanfaat di dalam rumah.
  4. Banyak minum Air kosong. Jelas ini akan memperlancar semua proses yang dilakukan dalam tubuh. Sehingga tubuh kamu akan lebih sihat untuk menggemukkan diri.
  5. Banyak mengambil snack sebelum tidur.Tetapi bukan sembarang snacks.Pilihlah Snacks yang mempunyai kalori tinggi.
  6. Minum susu sebelum tidur. Jelas sangat sehat dan memperbanyak protein. Setelah makan snack dan minum susu,jangan lupa gosok gigi!
  7. Jangan suka berjaga.- Hindari kopi.Berjaga dan kopi adalah salah satu punca yang mudah sekali membuat kita menjadi kurus.
  8. Alternatif yang lain adalah melalui fitness dan bersenam dengan pola makan bergizi, cara ini memang agak memerlukan kos sedikit, tetapi kaedah ini dapat menjadikan berat badan yang sihat dan ideal.
Mesti ada yang kata aku tak bersyukur kan, bukan macam tu. Tapi aku kenalah berusaha untuk kebaikan diri aku, untuk kesihatan diri aku. 
    Kalau berat dah naik, nak pakai baju pengantin pun cantik nanti. Hehe. Ni pun salah satu sebab nak gemuk. Hihi
So aku harap impian aku nak mendapat berat badan ideal ni akan tercapai. Amin. 










2 comments:

Appyloque said...

contact me if you are serious to gain some weight.. 0137903468
http://facebook.com/appyloque

Cik Puan Azfar said...

boleh try vitamin b complex ye..sy dah naik 7kg dalam 2 bulan makan vitamin ni.better cuba. sms sy 013 4257476 atau layari https://www.facebook.com/VitaminBComplexNaikkanBeratBadan?ref=hl utk order ^_^