Tuesday 27 November 2012

Gelabah

Assalamualaikum.

Ok, majlis sanding tinggal 3 minggu lagi. Aku dah start gelabah. 
Doorgift untuk tetamu tak deside lagi. Ohh, heaven nyeeeee. Mak, tulunnnnn..

Aku boleh senang lenang lagi kat rumah kan. Tido awal la macam dah selesai je majlis aku kan. No!..mulai hari ni, aku kena kerja keras. Kau ni tak amik iktibar lagi ea masa majlis nikah ritu. Huhu. Nak wat camno, perangai aku memang suka buat last minute. Lepas tu suka lah susahkan orang. Hohohoooo. Apa la nak jadi kan.

Tak tak...aku kena mula balik kerja ni jugak. Full stop.




Monday 26 November 2012

1st Month Already



Alhamdulillah...

♥ Special for Hubby ♥

Senyummu adalah bahagiaku
Ceriamu adalah dambaku 
Gelisahmu adalah kebimbanganku
Air matamu adalah kesedihanku
Kau penglipur lara dukaku
Kau pengiring suka citaku
Bersama kita dalam hari-hari keberkatan
Ikatan ini berawal dari hati atas nama cinta
Jalinan ini bermula dari rasa atas nama sayang
Pertautan ini berasal dari angan atas nama rindu
Sungguh ini adalah cinta, sayang dan rindu
Cinta, sayang dan rindu atas nama pengabdian kepada 
Rabbul Izati
Malam ini bintang bersinar cinta, bulan tersenyum sayang, 
angin mendesir rindu
Wahai bintang, bulan dan angin
Sampaikanlah salam cinta, sayang dan rinduku kepadanya
Sungguh Aku Sangat Mencintaimu kerana Allah




Mabuk Durian Agaknya.

Assalamualaikum.

Malam tadi aku tengok bola sambil buat durian crepe. Tapi banyak aku buat crepe dari tengok bola sebab.... korang paham-paham je la ye. Hehe. Tapi aku tetap sokong Harimau Malaya. 2 hari berturut-turut aku mengcrepekan diri. Aku guna resepi baru. Fuh, jadi tau. Hubby kata lagi sedap dari makan kat restoran yang kitorang makan sebelum ni. Nak tidur pun sempat Hubby bedal seketul. Sarapan pun dengan durian crepe jugak. Dasyat betul penangan durian crepe ni kan...

Disebabkan aku gigih post gambar durian crepe Jumaat lepas kat fb, ramai la kawan-kawan opis aku yang mengidam. Tak sampai hati, tu yang aku buat malam tadi. Siap terus tertidur depan tv. Bila tersadar terus kemas-kemas barang buat crepe. Tapi aku rasa tak larat. Mula-mula perut rasa sakit sangat. Pastu rasa macam nak pitam. Aku tahankan aje. 

Eh, tak boleh jadi ni, terus aku pergi toilet buang apa yang patut. Ya Allah, aku rasa macam nak pitam je dalam toilet tu. Dengan sakit perut lagi. Tekak pulak mula loya-loya. Hmm, ape kena dengan aku ni. Dalam hati 'aku mengandung ke'. Hehe. Lepas tu, terus ke singki, keluar semua apa yang aku makan petang tu. Macam nak terkeluar isi perut. Tak larat berdiri aku duduk. Muntah kat lantai pulak. Jerit-jerit panggil Hubby ambilkan minyak angin. 

Lepas Hubby sapukan minyak angin, terus aku berselubung. Hubby tanya sambil gelak-gelak, aku mengandung ke??Hmm,rasaya tak kot. Sejuk minyak angin tu lama-lama buat aku rasa selesa. Lepas tu terus aku tertidur. Bangun pagi dah ok. 


Alhamdulillah, kakak opis aku kata sedap.
Ramai yang cakap aku dah boleh amik order. Huh, tak larat rasa nak mengadap durian crepe ni. Sampai nak makan pun tak larat dah. Bau pun macam dah kembang tekak. Nampaknya sampai sini saja cerita aku dengan durian crepe. Heheheeee..



*** 
Tak tahu lah mabuk sebab durian atau keracunan.
Ada baby pun bukan. Hehe. 
Cukup cukup sudah..cukup sampai di sini sajaaaaa...
(^_^)


Thursday 22 November 2012

JOM DERMA UNTUK RAKYAT PALESTIN

Assalamualaikum.

Jom rakan-rakan semua kita sumbangkan sedikit bantuan kepada rakyat-rakyat Palestin yang sedang menghadapi kekejaman dari pihak zionis laknatullah. Sumbangan akan diakaunkan ke tabung AMAN PALESTIN.

Caranya:

Taip PALESTIN RM1/3/5/10 hantar ke 39111


Photo: Jom SMS : PALESTIN RM1/3/5/10 hantar ke 39111

Save GAZA!

Semoga dengan sedikit sumbangan daripada kita dapat membantu mereka di sana.


***
Doa untuk rakyat Palestin.

" Ya Allah, 
sebagaimana engkau pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah musyrikin
maka kami memohon kepada mu ya Allah, 
turunkanlah bantuanmu kali ini kepada 
orang-orang islam di Palestin
hancurkanlah rejim zionis yahudi sedahsyat-dahsyatnya"
Amin 



Wednesday 21 November 2012

Homemade Durian Crepe

Assalamualaikum.

Yeay..akhirnya berjaya jugak aku buat durian crepe sendiri. Hehe. Hari Isnin aritu dah try buat, tapi crepe dia dan whipping cream dia tak berapa jadi pulak. So malam tadi aku try untuk kali keduanya. Tengok resepi  macam senang je, rupanya rumit jugak nak buat dia. Patutlah mahal. Berbaloi dengan kos dan tenaga yang keluarkan untuk membuat durian crepe ni. 

Gigihlah aku dan Hubby ke Carrefour balik kerja semalam beli Mixer untuk buat whipping cream. Aritu aku pakai Magic Bullet. Kat buku panduan yang dia bagi boleh guna untuk whipping cream, sekali buat tak jadi pulak. Agaknya tangan aku keras kot. Hehe. Balik rumah makan2 terus mulakan operasi.

Sementara aku tebar crepe kat pan, Hubby lak tolong pukul whipping cream. Sebelum buat aritu aku tanya dia dulu samada dia nak makan ke tak. Kalau tak aku malas nak buat. Yelah kan, kang kalo aku buat takda yang nak makan membazir pulak. 

Jom tengok hasil durian crepe aku ek....


Tadaaaaaaa....hehe..
Nampak sedap tak?

Hubby kata sedap. Cuma crepe dia agak tebal sikit. Kalau yang aku beli sebelum ni crepe dia nipis je, makan tak terasa. Apa lah resepi yang diorang guna ek.... ^_^ 


Tuesday 20 November 2012

Perabot dah sampai

Assalamualaikum.

Semalam perabot yang aku tempah aritu dah sampai. Alhamdulillah, setakat ni barang-barang yang dihantar takda masalah. Yelah, takut jugak kan bila baca review pasal perabot Cavenzi ni. Aku ada tempah katil kat kedai lain, sampai pun semalam jugak. Tilam pun cari kat kedai lain, dah sampai 3 hari lepas kot. Tilam ni aku beli yang display kat kedai. Kedai tu dah nak pindah, so dia nak jual semua perabot display kat kedai dia. Tilam tu aku tengok kat kedai lain harga dalam RM1600++. Tapi kat situ aku dapat RM 799. Walaupun display punya tapi memang macam baru. Sangat puas hati. Bila dah tidur macam tak nak bangun pulak. Hehe. 


Divan ni sampai dulu.
Jangan memain uolls, yang pasang katil aku ni org BMW. Keh3 
Tengok Hubby jadi pemantau kat belakang tu. 
Aih, sopan santun pulak diorang ni buat kerja.
Aku koyakkan sendiri la.


Malam tadi sebok la kitorang menyusun perabot dan mengemas rumah. Aku kepenatan, last-last Hubby buat sorang. Hehe.



***
Lega hati bila tengok rumah dah lengkap. 
Barulah boleh rasa macam rumahku syurgaku. 
^_^



Friday 16 November 2012

Jalan-jalan IKEA

Assalamualaikum.

Semalam aktiviti aku penuh betul, bawak Mak Pak mertua dan adik ipar, Dila jalan-jalan. 1 hari berayap kat IKEA. Dengan bersesak-sesak lagi, huhu memang ohsemm. Takut jugak diorang bosan jalan-jalan kat sana, rupanya diorang suka. Tapi yang tak syoknye aku tak dapat nak makan meatball. Ramai gila orang, tak sampai hati nak biar MIL dan FIL tunggu lelama. Kalau aku berdua je dengan Hubby, harus aku paksa dia beratur jugak. Hehe. So aku simpan je la hajat aku tu lain kali. Dah pesan awal-awal kat Hubby, nanti kita datang lagi tau makan meatball pulak. Hehe.


Ni je pic kat IKEA yang ada kt hp..lain2 pic kat ipad Hubby.
Habis shopping, sebelum balik sempat beli durian pancake aka durian crepe kat Sumptuous Dessert. Peh, memang terbaik. Lagi sedap dari Sweetchat Cafe. Meleleh uollsss. Memang tak cukup seulas tu. Haha, macam makan durian betul lak kan panggil ulas.


Awat pic ni taknak rotate...geram tau..
tapi memang sedap gile durian pancake ni. Meleleh.
6 ulas ni RM 10.00. Memang berbaloi.
Balik rumah semua kepenatan. Dan lagi pulak, FIL nak rasa masakan aku. Ha????OMG. Hehe....Bukan ape aku tak berapa kondifen nak masak untuk diorang. 1st time masak untuk mak mertua uolllss. Sape tak gigil kan. Hehe. Tapi aku kuatkan jugak semangat. Semalam jugak besday FIL. So dia request nak makan siakap 3 rasa. Rabu malam kitorang dah shopping barang dapur kat Pasar Borong Seri Kembangan. Malam tadi tinggal masak je.


Dey machaaa..mau juga masuk dalam gamba ka.. Hehe
Alhamdulillah, diorang kata siakap 3 rasa aku sedap. Legaaa..Hik3. Nak snap gambar kang MIL dan FIL fikir aku buang tabiat lak kan. So korang bayangkan je la sendiri ek. Hehe.


Wednesday 14 November 2012

Terpaksa>paksarela>redhasaja

Assalamualaikum.

Aku baru balik dari kampung. Penat tapi seronok. Balik kampung pun tak duduk rumah. Ahad gerak dari Putrajaya pukul 11.00 pagi untuk ke wedding kawan sekolah Hubby di Kluang, petangnya terus ke rumah aku di Kota Tinggi. Pagi Isnin pulak ke bandar untuk uruskan hal pelamin dan cari baju untuk family masa majlis nanti. Malam pulak ke Kluang balik. Pagi Selasa terus pulang ke Putrajaya bersama MIL, FIL, dan adik Hubby. Hehe, bukanlah aku yang drive, tapi penat habiskan masa dalam kereta. Tu lah kan, dah ada 2 family sekarang kena la bagi-bagi masa yang ada. Hehe.

Majlis sanding aku bertukar tarikh lagi. Aku malas nak kecik2 hati dah. Mengalah dan terus mengalah. So aku ikutkan saja. Nasib la Mak Andam aku boleh dengan date baru ni. Tapi yang jadi masalah sekarang, photographer aku tak free. Nak cari photog lain macam dah tak sempat. Tau2 je la kan, bulan 12 mesti dah fully booked punye. Ok rynn, jangan stress ye.

Sekarang ni aku tengah tunggu penyelesaian dari photog aku. Katanya kalau dia tak boleh, dia akan hantar kawan. Dia dah cakap awal-awal dia tak sure kawan dia boleh tak amik pic macam mana yang dia amik. Hoho. Nak nangis...



***
Semua perancangan awal untuk majlis aku bertukar.
Lebih awal dari date sepatutnya.
Kita hanya merancang Allah menentukan.






Friday 9 November 2012

MIL & FIL nak datang...

Pssstttt......

Hubby bagitahu MIL dan FIL nak datang rumah....haaa????

Kalau kitorang jadi balik kampung minggu ni, mereka nak ikut balik sekali. Katanya nak jemput sedara mara yang ada area sini.

Aku tak kesah pun mereka nak datang. Suka lagi ada. Tapi yang aku risau ni, rumah aku takda pape. Kesian pulak kalau diorang datang nanti tidur atas toto je. 

Hmm..sorry ye mak ayah, segala kekurangan harap dimaafkan. 


2 weeks Already

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, hari ini genap 2 minggu aku bergelar isteri. Aku bersyukur kerana dikurniakan seorang suami yang penyayang, memahami dan menerima diri ini seadanya.

Pic beberapa hari selepas majlis pertunangan.
Saja jalan-jalan di JPO. 

Sebenarnya kalau ikutkan perancangan awal, kitorang akan bernikah pada hari ini lah tau, Jumaat, 9/11/2012. Tapi disebabkan Hubby dijadualkan ke Jepun pada tarikh ni, pernikahan kitorang terpaksa dipercepatkan. Sekali last minute trip ke Jepun tu ditangguhkan pada bulan 12. Tak kesah lah, janji semuanya dah selamat.

Malam tadi aku ke rumah housemate lama aku, Ekin Dan. Dia dapat pindah balik Johor mengikut suami. Bestnya, selepas pengorbanan beliau PJJ dengan husband, akhirnya dapat jugak pindah Johor. Sebenarnya niat lain jugak nak jumpa si bujang Hadif ni. Sejak Ekin bersalin aku tak jumpa lagi anak dia. Tak puas aku bermain dengan si kecik ni. Comel sangat. Siap nak ikut aku balik lagi. Haihhh..tiba-tiba rasa tak sabar nak ada anak sendiri. Hik3.

Pandai Hadif tengok kamera kan.
Alololoooo.....Hadif sama bambam dengan uncle la. Keh3.
Alamak, kalo Hubby baca statement ni.
Harus dia tak makan seminggu.
Heheheee......

Borak punya borak, pukul 10 lebih jugak baru balik. Hmm, bila dah lama tak jumpa kan, ada aje la yang nak digosipkan. Hehe.



Thursday 8 November 2012

Shopping perabot Cavenzi

Assalamualaikum.

Dah setahun aku pindah kuarters baru, tapi satu perabot pun takda. Kesian kan. Hehe. Masa dapat kuarters tu habis kedai perabot area Putrajaya dan Bangi kitorang pusing. Last2 nanti dulu la. Bukan tak nak beli, tapi masa tu tengah kumpul duit untuk kawin kan. Sekarang ni dah lega sikit. So boleh la mintak Hubby beli. Hehe. 

Dah plan dari minggu lepas nak cari perabot. Asyik takda masa je. So malam tadi terus ajak Hubby cari perabot. Tak boleh tangguh2, kang ade je hal lain. Hubby cadangkan tengok2 kat Cavenzi Dengkil.

Sampai sana memang meriah depan Cavenzi ni dengan bendera-bendera kecik dan tulisan Jualan Murah segala. Masuk je terus tengok sofa. Alamak mahal-mahal pulak semuanya. Macam terlebih budget. Hehe. Sekali salesgirl tu tunjuk satu sofa ni, harga asal RM 1200++ camtu la. Kalau tempah malam tu, ada potongan 50%. Wow, murah dah tu. Hubby pun berkenan dengan design dia ala-ala macam moden gitu. Lepas tu naik tingkat atas tengok set bilik tidur dan meja makan pulak. Dipendekkan cerita, kami beli sofa, set meja makan, kabinet tv dan meja kopi. Semua sekali RM 1300++. Set katil dan tilam takda yang berkenan. Nak cari kat tempat lain nanti. Kesian kan, pengantin baru tidur atas tilam bujang je. Keh3, lagi mesra uolllsss. Hahahhaaaaa...

Untuk sofa aku dapat 2 bantal free. Macam-macam warna salesgirl tu keluarkan. Aku dah pening nak warna apa. Last2 aku ambil warna coklat gelap. Tapi nak jugak warna merah. Pening lagi. Sekali salesgirl tu cakap ambik la dik yang merah tu sekali. Eh, betul ke kak. So, aku dapat 3 bantal. Hehe.

Haih tak sabar nak tunggu barang sampai.


***

Tadi pagi aku search2 pasal perabot Cavenzi ni. 
Alamak, ramai bagi review tak best.
 Hohohooo. Camno ni.
Pasrah......




Tuesday 6 November 2012

Doa dikurniakan Keluarga Bahagia

Assalamualaikum.

Sejak 2 menjak ni mood mengupdate entry memang ke laut. Banyak nak save cerita tapi ntah la. Ni pun aku paksa-paksakan jugak jari jemari aku yang disaluti inai ni menaip. Hehe. 

Saja nak share dengan korang semua doa dikurniakan keluarga bahagia. Kita boleh berusaha bagi mendapat keluarga yang bahagia, dan selebihnya kita bermohon pada yang Esa. Ada banyak sebenarnya doa untuk keharmonian keluarga dan rumahtangga, tapi aku share yang ni dulu ye. 


InsyaAllah, semoga perkongsian ini bermanfaat untuk kita. Amin.






Friday 2 November 2012

1st Lauk untuk En. Hubby

Assalamualaikum.

Sejak bergelar isteri ni, aku jadi rajin memasak. Dengan automatik, balik kerja terus sengseng lengan ke dapur. Terus tenggek nasi dalam periuk karen. Keh3. Orang kata nak pikat suami kena dari perutnya kan. Tak tahulah kalau semangat orang baru kawin, tapi harap-haraplah berkekalan semangat ni sampai ke akhir hayat. 

Lauk kat bawah ni aku masak simple2 je. Hari kerja kan, kalau hari minggu boleh la masak special sikit. Banyak sikit masa nak kelentang kelentung kat dapur. Aku masak apa yang MIL bagi masa balik dari kampung ritu. Pucuk manis masak air, udang masak sambal, dan ikan masin. Pucuk manis tu MIL yang bagi, fresh tanam kat depan rumah. Ikan masin tu pun MIL diy sendiri. Sup tulang tu pulak MIL bekalkan, aku just panaskan balik. 

Aku ada baca info kat blog abg Abil Fikri, katanya kalau nak masakan kita lebih sedap dan suami sentiasa ingat kat isteri, amalkan baca nama Allah, AL WADUD dari mula memasak sampai masakan dihidang.


Abaikan bulu2 yang ade ek. Hehe

Alhamdulillah, En. Hubby makan bertambah-tambah. Sedap katanya. Hihi. Suka tengok dia berselera makan. Siap tanya lagi, Ayg ada kangkangkan ke lauk ni. Hahahaaa. Ade ke patut. Dia tanya lagi gemuk tak makan macam ni. Haih la En. Hubby, takda gemuknye pun. Sihat je. Keh3. Beliau ni nak jaga badan tak nak nampak gemuk masa sanding nanti. Syg2.