Thursday 9 August 2012

Aku Suka Dia

Assalamualaikum.

Wah tajuk. Hehe. Tu sebenarnya tajuk lagu Ainan Tasneem. Aku suka dengar lagu tu. Part yang main viola ke ape ntah nama dia. Best je dengar.

Lagi satu, lagu ni mengingatkan aku pada zaman skolah tenkik dulu. Masa aku mula-mula nak berkenalan dengan Alan. Hehe. Tapi takda lah 100% sama. Part mula-mula tu je. Haih, malunya.  Aku bagitau kat sini jek tau. Hehe.

Dulu masa kat asrama, kalau yang lebih kurang sebaya aku mesti tau MES ni. Nama singkatan untuk MESSAGE. Dia macam nota kecik kita tulis kat kertas, lipat cantik2 kemas2. Kat asrama mana boleh bawak hp, so MES ni la yang selalu dak asrama guna. Sama ada lelaki bagi perempuan atau perempuan bagi lelaki. Diorang ni dipanggil Secret Admirer (SA), sebab tuan punya badan tak tahu sapa yang bagi MES tersebut.

Alan ni memang kiut la masa skolah dulu. Hahhahahaa. Kembangla dia baca entry ni. Aku suka tengok dia. Tengok jek la. Tak berani la nak bagi MES2 segala ni. Kang kata gatal pulak kan. So aku diam je la. Bila aku cerita kat kawan aku, Ekin, dia terus suruh aku bagi MES kat Alan. Mula-mula tu malu la kan, tapi dia kata camni ' Ala bukan dia tahu pun sapa yang bagi' kita tengok dia respon ke tak. Heheheeee. So aku pun beranikan diri buat MES, buat ayat tacing sikit, tapi tak ingat ayat dia camna, lebih kurang macam ni kot ayat dia ' takpe la kalau awak tak sudi nak kawan dengan saya'. So nak hantar MES ni mestilah ada POSTMEN kan, tapi aku pakai POSTGIRL, Ika. Dia satu kelas dengan Alan. Hehe

Beberapa hari kemudian, jeng jeng jeng.........

Balik dari sekolah, Ika jumpa aku. Dia bagi aku balasan MES dari Alan. Ingat dia tak sudi nak reply kan sebab dia reply 2 3 hari lepas tu. Fuh,berdebar-debar nak bukak MES ni. Hahhahahaaa. Dia kata masa tu ramai jugak la dak pompuan lain hantar MES kat dia, tapi dia tak balas. Tapi tang aku ni dia rasa macam nak balas pulak. Kih3. Tak tau la kalau dia tipu aku ke kan. Lelaki. Masa aku kat poli aku simpan lagi MES pertama Alan ni, tapi bila dah renovate rumah kg, tak ingat dah kat mana MES ni. Tapi Alan masih simpan lagi tau MES aku bagi kat dia sampai sekarang. Ada kat dalam dompet dia.

Lama jugak la aku jagi Secret Admirer (SA) Alan ni. Masa nak kemas-kemas meja nak exam SPM barulah aku bertentang mata dengan Alan. Malu woooo. Ni kerja Wanie la, kalau tak kerana dia mungkin aku tak face to face kot dengan Alan. Hehe. Lepas SPM kitorang contact kejab, lepas tu kitorang tak berhubung dah. 

Beberapa tahun kemudian, kitorang contact balik. Ntah macam  mana boleh tercouple  dan sampailah sekarang dengan status yang lain. Dia tunang dan bakal tuan empunya tulang rusuk kiriku. Hehe


Aku lihat dia disana
Aku ingin mendekatinya
Aku cuba menghampirinya
Lalu aku menyapa dia

Dia pun membuka bicara
Dan aku mulai mengenalnya
Kita mulai bermain mata
Mula timbul rasa bahagia

Bila dia, mendekati diriku
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu

Kekadang hati ku bertanya
Adakah dia dah berpunya
Kerana diriku berasa
Aku jatuh hati padanya

Aku ingin memilikinya
Aku ingin menjaga dia
Aku ingin mencinta dia
Aku ingin hidup dengannya

Bila dia, mendekati diriku
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu

Mungkinkah aku, kan berjumpa dengannya
Untuk meluahkan rasa
Mungkinkah aku, kan berdiam diri saja
Menunggu cinta darinya

Ku terima satu nota darimu
Yang tertulis ‘Aku suka kamu’

Bila dia, mendekati diriku
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu

Akhirnya kini ku kan mampu ceria
Diriku sangat gembira
Akhirnya kini, aku mulai bahagia
Menerima cinta darinya




Zaman cintan-cintun






No comments: