Tuesday 28 August 2012

Persiapan Kahwin 2 : Borang Nikah

Assalamualaikum.

Harini aku nak cerita tentang borang nikah. Untuk aku yang takda pengalaman menguruskan semua ni, aku rasa macam Ya Allah, susahnya. Nak uruskan wali, saksi, ujian HIV dan interview tu semua. Tambah pulak aku duduk jauh dari kampung kan. Nak uruskan semua tu memerlukan cuti. Ye cuti ye cik-cik puan sekalian. Cuti tahun aku memang banyak, tapi nak mintak cuti dengan alasan uruskan hal kahwin macam malu pulak. Hehe.

Sebab aku takda pengalaman, aku kena lah tanya orang yang berpengalaman. So aku call kakak aku, Kak Ct malam tadi. Dia kata senang je. Pot pet pot pet, aku dah nampak jalannya.

Tapi aku terpaksa menyusahkan kakak aku yang ada kat kampung tu, Kak Eton. Aku tak tanya dia lagi, tapi harap-harap dia dapat bantu aku. Aku nak mintak tolong dia ambilkan borang nikah kat Pejabat Agama Kota Tinggi. 


Johor punya borang dalam tulisan Jawi

Aku pun memerlukan pertolongan Mak untuk wali dan saksi-saksi aku sediakan salinan I/C diorang. Nanti aku balik tinggal nak uruskan untuk dapatkan tandatangan diorang semua. 

Aku bukan nak lepas tangan, tapi aku kena buat macam ni sebab aku tak banyak masa nak selalu balik kampung. Kalau boleh memang aku nak uruskan sendiri. 

Lepas selesai urusan borang, aku kena buat ujian HIV. Aku cadang nak amik cuti hari Isnin untuk buat semua urusan. 

Semoga perancangan aku berjalan dengan baik. Otak aku berfikir je ni nak uruskan apa pulak lepas ni. Ok, lepas ni sesi searching Mak Andam + photographer lak. Harap2 jumpa yang berpatutan dan cantik.. :)







No comments: