Friday 12 August 2016

The Junni Pinkish White Skincare

Assalamualaikum.



Haa cer teka apa ada dalam bungkusan ni. Hehe, opkos la korang dah tahu kan. The Junni. Ha? Ada yang tahu ke apa tu? Aku masa memula pun macam pelik dengar jenama tu, tapi sebab dia pelik buat aku tertarik nak cuba. The Junni ni skincare. Aku jumpa produk ni masa jalan2 kat youtube.

Malas nak cerita panjang2. Nilah rupa The Junni ni.


Tengok kotak luar macam sayang nak guna. Comel sangat.
Aku tertarik nak cuba The Junni ni sebab cream dia lain dari skincare yang kunyit2 semua tu, harga pun mampu milik. Testimoni pulak ramai yang cakap bagus. Muka aku ni bekas jerawat banyak, ada jugak jerawat tumbuh tapi tak macam dulu2 la yang jenis kat dalam tu kan. Nak pegang muka pun rasa tak sanggup. Dari segi bahan pulak katanya 100% bebas hydroquinone.

The Junni ni ada 3 set. Normal, Acne dan Basic. Aku share gambar pada penjual, dia suggest aku amik set normal tapi sabun tukar untuk jerawat. RM60 saja ya untuk set normal. Basic dan Acne RM45 kalau tak silap.


Dah tengok dalam eh lagi comel..
Set normal ni ada Sabun, Cream 2 in 1 dan day cream.
Bau sabun dan cream dia ala2 bau strawberi. Best.
Sabun tu jadi separuh sebab aku potong dua sebelah untuk letak kat opis sebelah lagi untuk rumah. 
Kat kotak tu dia siap bagitahu tips penggunaan mengikut masalah kulit. Senang kan.

Sabun dia ni setakat aku guna baru beberapa kali dia tak mengeringkan muka. Harap2 The Junni ni serasi la untuk muka aku. Nanti lepas 2 minggu aku share lagi feedback pakai The Junni ya. Kot2 dah boleh jadi flawless macam dia punya duta, Zakirah Zainal. Hihiiiii.........

Tuesday 9 August 2016

#1st Day Hubby Diet

Assalamualaikum.

Encik Suami mengadu berat dah tahap obes. Perut pun dah nampak muncit katanya. Hehe. Aku ok je, kan orang kata suami muncit ni penyayang. Perut flat pun dah penyayang tambah pulak muncit lagi penyayang kuasa dua lah kan. Heheheee. 

Baguslah tu, wife nak gumuk, husband nak kurus. Kalaulah lemak tu boleh ditransfer2 macam bluetooth kan senang.

Semalam balik kerja, suami tanya nak masak apa. Harini satu hari dia tak makan kat tempat kerja. Aku tanyalah kenapa, dia cakap diet. Hehe. Aku ingatkan nak masak asam pedas favorite dia, tak jadi lah kekdahnya. Kang kalau ada asam pedas, mau hilang diet makan nasi tambah berkali-kali. Encik suamiku memang macam tulah, kalau lauk favorite dia, makan memang tak ingat, selagi ada nasi dalam periuk mesti akan ditambahnya. Hehe.. lepas dah muncit perut camtu baru nak sado diri kan. Kih3.

So, malam tadi punya menu diet En suami...taraaaaaa....



Gigih menggugel resepi2 diet. Senang je kan menu orang diet ni, sedap pulak. Orang dulu2 kalau diet bukan sampai pengsan2 ke. Hehe.

Semoga impian encik suami nak dapat berat yang diimpikan tercapai. Aku sokong je mana yang terbaik. Lagipun bagus kan untuk kesihatan. 

Good Luck Hubby. ukenduit. dongibap. :)

Wednesday 3 August 2016

Jamu Kunyit Asam

Assalamualaikum.

Sejak 2 menjak ni, aku rasa aku patut amik jamu/supplement untuk kesihatan dalaman. Siang ok je, bila malam tu rasa cepat ngantuk. Kadang-kadang tu pukul 9 aku dah terbongkang. Areesh sapa jaga, hehe..ayah dia lah sapa lagi. Cuba jugak tahan mata ni tapi tak mampu, dengan sendirinya terlelap. Kui3.. Tambahan pulak aku pun baru sebulan lebih keguguran, elok jugak ambik jamu untuk pulihkan dalaman. Aku nak cari jamu yang sedap2 je ade tak. Hehe.

Tengah2 aku memikirkan jamu apa yang sedap tu keluarlah kat newsfeed fb pasal jamu kunyit asam ni. Sebelum ni ada je keluar masuk timeline aku ni sebab kawan sekolah aku ada jual tapi aku buat biasa je. Bila rasa memerlukan ni jauh pulak nak membelinya, dia duduk Joho, boleh je nak mintak dia pos, tapi aku rasa macam tak berbaloi pulak. Aku google2 jumpalah resepi jamu kunyit asam ni. So gigihlah Sabtu aritu membuatnya. Senang je uollss, tapi kuning2 tulah yang leceh sikit. 

Meh aku share ya. 

Bahan2 dia semestinya kunyit & asam jawa. Nak sedap tambahlah gula melaka. Tapi aku tak ada stok aku buat kosong je, nak minum baru aku campur dengan madu.


Memula korang buang kulit kunyit tu bagi bersih dan masukkan dalam blender, masukkan air dan blend lah sampai halus. Dah siap masukkan dalam periuk renehlah kunyit tu sampai mendidih. Jangan lupa air asam jawa masukkan sekali.

Dah siap tu tapislah dua tiga kali untuk asingkan hampas kunyit tu. Hampas tu aku simpan untuk letak kat muka. Hehe. 

Taraaaaaa, dah siap. Masukkan kejab dalam peti ais bagi sejuk. 

Kuantiti banyak mana tu aku main agak2 je. Air asam jawa tu aku letak sikit2 dulu, rasa cukup masam ke tak. Dah siap simpan dalam peti biar sejuk. Bila nak minum campur madu agak sesedap tekak nak telan. Ada rasa kunyit ada rasa masam2 ada rasa manis2. Rasa macam singgang pun ada jugak. Keh3.

Malam tu aku minum, pukul 3 pagi pun tak ngantuk lagi. Layan plak korea cerita 'Desendant of the sun', lagilah mata segar bugar. Hehe. 

Nak minum jamu ni pun ada cara dia tau. Kalau dalam tempoh period boleh minum segelas sehari maksimum 7 hari. Kalau untuk biasa2, minum seminggu sekali saja.

Oklah, selamat mencuba, jom sama2 kita back to nature

Tuesday 2 August 2016

Boss Baru

Assalamualaikum.

Alhamdulillah mood kerja dah kembali normal. Sebab apa, sebab boss dah masuk semalam. Barulah terasa lengkap hari hari pergi kerja boss dah ada. Kalau tak rasa macam kosong je. 


mestilah happy,  new boss, new office, new environment &
 the new me. hehe

Setakat 2 hari ni boss ok, harap2nya sampai bebila lah ok. Sebelum ni kan aku jaga boss perempuan, kali ni dapat boss lelaki rasa lain pulak. Dulu boss perempuan rasa macam mak mak sekarang ni rasa macam abang2 je, boss muda. Hehe..

Harap-harapnya aku serasilah dengan boss baru ni, jangan banyak kerenah dan jangan marah2 ye boss...