Thursday 26 December 2013

Baby Kick2

Assalamualaikum.

Pagi tadi macam biasa aku bangun untuk gosok baju lepas tu aku sambung golek2 atas katil. Masa aku tengah landing tunggu jam pukul 6.40pagi untuk mandi, aku rasa perut aku lain macam. Eh, nape dengan perut ni. Aku letak tangan atas perut, lepas tu aku rasa something tolak tangan aku. Hik3.

Aku terus kejut Hubby. Syg, cuba letak tangan atas perut ayang ni. Dalam 2 3 minit macam tu, Hubby cakap ha'a la. Baby dah tendang-tendang. 2 kali pulak tu. Oh, macam ni rasanya baby kick2 dalam perut. 1st time aku rasa. Excited gila. Hehe. 1 perasaan yang tak boleh nak digambarkan dengan kata-kata.

Alhamdulillah, baby ibu aktif.

Harini jugak besday Idah. Ingat nak wish malam tadi sekali aku tertidur. Hihi, pagi tadi sebelum pergi kerja aku dan Hubby wish lah besday Idah. Terharu sangat katanya. Semoga Idah selalu success dengan apa yang dilakukan.


Peyut macam dah nampak sikit kan. Hehe.

Oklah, daaaa...





Tuesday 24 December 2013

Checkup 18 minggu

Assalamualaikum.

Baby, semalam ibu bawak baby pergi appointment klinik.
Sekarang baby dah 18 minggu 6 hari tau.
Pagi2 lagi ibu dapat rasa perut ibu macam mengeras, 
ayah cakap agaknya baby takut nak jumpa doktor.
Dah jumpa nurse, amik darah semua, 
nurse bagitahu berat ibu naik mendadak.
Ibu tahu sebab ibu selalu timbang berat ibu. 
Nurse suruh ibu berjaga-jaga.
Kang nanti baby besar susah pulak nak bersalin.
Lepas tu hb ibu pun menurun, 
tapi masih di paras selamat.
Dan disebabkan itu, ibu kena jumpa doktor.
Takut jugak ibu, kang doktor marah ibu. 
Rupanya doktor tak marah pun.
Cuma 2 minggu lagi ibu kena bawak baby ke klinik lagi.
Nak tengok berat ibu over lagi tak.
Lepas tu doktor scan perut ibu nak tengok baby kat dalam.
Baby dah besar tau, panjang baby 14.3 cm, berat pulak 256g.
Doktor cakap baby normal dan sihat.
Syukur Alhamdulillah.
Ibu tengok baby gerak2, ibu nak nangis tapi ibu tahan. 
Malu dengan doktor.
Ibu tanya doktor boleh tak kalau nak tengok baby ni girl or boy.
Doktor godek2 tapi baby tutup baby punya tut. 
Baby malu ek.
Tapi doktor nampak sipi2.
Nantilah awal lagi nak tahu baby ni girl or boy kan.
Yang penting baby sihat, membesar dengan sempurna..
Baby baik2 aje ek dalam perut ibu.. :)



Monday 16 December 2013

sign the petition : Sejuta Ummah Menolak COMANGO

Assalamualaikum.

Korang pernah dengar tak tentang tuntutan COMANGO. Aku terbaca mengenai tuntutan COMANGO ni kat fb. Sebelum ni aku buat endah tak endah, tapi bila dah buat sedikit pembacaan apa tu COMANGO, aku tanpa ragu-ragu untuk sign petition SEJUTA UMMAH MENOLAK COMANGO.

Comango (Coalition of Malaysia NGO) ni merupakan pertubuhan-pertubuhan yang mendakwa diri mereka sebagai pejuang Hak Asasi Manusia terdiri daripada 54 NGO yang tak sah seperti Suara Rakyat Malaysia (SUARAM), SIS Forum (Sister in Islam) dan Merdeka Seksualiti.

Antara tuntutan yang dibuat oleh Comango adalah,

  • Membenarkan kebebasan untuk murtad
  • Mengiktiraf budaya hidup LGBT
  • Menuntut hak keistimewaan orang Melayu dalam perlembagaan dipinda
  • Mengiktiraf ajaran sesat Syiah di Malaysia
  • Menuntut agar mana-mana ibu bapa yang memeluk Islam tidak diberi hak penjagaan anak
  • Mendesak penghapusan hukuman syariah.

Oh apa nak jadi dengan Malaysiaku. Risau, takut dengan cabaran hidup akan datang. 

Dengan demikian, aku ingin mengajak korang semua untuk sama-sama sign petition SEJUTA UMMAH MENOLAK COMANGO. Aku rasa bertanggungjawab untuk berkongsi petition ni dengan semua. Mungkin kita tidak dapat membantu dari segi tenaga dan wang ringgit tapi sekurang-kurangnya kita telah membuat satu langkah untuk mengelakkan perkara-perkara tersebut daripada berlaku.

Kepada yang ingin Sign The Petition klik ya.

Semoga ISLAM terus mekar di bumi Malaysia. 

Wednesday 11 December 2013

Teringin Kepingin Ketam Goreng Celup Tepung

Sekarang ni tengok je sebarang jenis makanan yang dicelup tepung membuatkan aku telan air liur. Lagi2 yang banyak2 serdak tu. Dan yang paling membuat aku teringin sangat sekarang ni ketam goreng celup tepung. 

Dah 2 hari aku teringin, tapi tak tahu nak cari kat mana. Kalau boleh aku nak yang dibeli bukan masak sendiri. Teringat pulak seafood2 goreng tepung dekat pasar malam Cameron Highland tu. Dapnyeeee. Tapi takkanlah setakat nak makan tu aku nak naik Cameron kan. Tak berbaloi langsung.

Andai nasib tak menyebelahi nampaknya kena masak sendiri jugak la kot. Huk3.


Bilalah beliau akan sampai kat perut ni.. T_T
Terbayang kelazatannya. Uhuk3.

inforesep-pisang-goreng
Pisang nipah goreng. Huh, makan dengan sambal kicap. Peh!!!

Sambil menaip ni pun telan-telan air liur dah. Adoyaiiii........



Pengajaran Sikap Bertangguh

Assalamualaikum.

Aku dibebani rasa rugi disebabkan sikap suka bertangguh. Bukan sikit2 tau kerugian yang aku tanggung, hampir dekat juta. Hehe. Peh, juta tu. Walaupun tiada kerugian harta benda atau wang ringgit, tapi aku kerugian satu peluang untuk menjadi senang tanpa bersusah payah. Mesti korang ingat MLM kan, oh tidak. Biarlah rahsia. Bila teringat aduhaiiii, menyesal tak sudah. Mungkin bukan rezeki aku dan Hubby. Pasrah.


Tuesday 10 December 2013

HOMESTAY D'GUNUNG BERLUMUT @ MELATI HOMESTAY

Assalamualaikum.

Kepada yang mencari homestay untuk beriadah bersama keluarga di Hutan Lipur Gunung Berlumut atau dijadikan rumah bersanggah perkahwinan dan sebagainya, ayah mertuaku ada menyediakan homestay di Felda Ulu Dengar, Kluang, Johor. 


Homestay D'Gunung Berlumut @ Melati Homestay. 

Jangan salah faham ya, 2 nama tapi 1 homestay yang sama. Nama Homestay D'Gunung Berlumut abang ipar yang letak di mudah.my dan nama Melati Homestay tu ayah mertuaku letak nama pada papan tanda homestay bersempena nama jalan alamat rumah beliau.

Click to view the next image.

Homestay D'Gunung Berlumut @ Melati Homestay dilengkapi dengan pelbagai kemudahan untuk keselesaan penyewa. Antaranya,

LOKASI yang strategik
  • 1.5km dari Hutan Lipur Gunung Berlumut
  • 26km dari bandar Kluang

KADAR SEWA yang sangat berpatutan
2 hari 1 malam = RM160.00
  • check in = 2.00 petang
  • check out = 1.00 petang

KEMUDAHAN
  •  ruang tamu - tv astro
  • 2 bilik tidur - bilik tidur utama beraircond, disediakan bantal dan tilam tambahan
  • dapur - boleh memasak, mesin basuh

NO. UNTUK DIHUBUNGI
  • Encik Rasol bin Hj Abdul Aziz - 0197759023
  • Boleh juga lihat iklan di mudah.my

Jangan malu-malu dan segan untuk hubungi ayah mertuaku ye..pasti akan berpuas hati.

Gambar akan diupdate kemudian..asal balik kampung lupa je nak amik gambar... :)


Monday 9 December 2013

DIY Langsir, akhirnya....

Assalamualaikum.

Yeay, akhirnya siap jugak langsir rumah aku yang lama dah terperuk kat almari. Hehe, sebenarnya lama dah beli kain langsir tu tapi mood nak menjahit tak mari-mari. Sekali dia dah mari setengah hari je dah siap. Tu pun aku jahit sambil-sambil masak Mee Hailam dan berkat pertolongan Hubby. Hehe..

Siap jahit terus pasang. Terus macam rasa oh rumahku syurgaku. Hehe. Sebelum ni macam rumah tak siap je. Nak share gambar rumah sebelum pic takda pulak dalam simpanan. Layan gambar selepas je la ek.

Nyum3. Jemput makan. Hehe...
In progress. Berapa kali jarum patah daaa.. hehe
Taraaaaa... lepas ni nak beli barang-barang perhiasan pulak.
Semangat nak menceriakan rumah sendiri. 


Thursday 5 December 2013

Menu untuk Besday Boy

Assalamualaikum.

Semalam tengahari aku dengan gigihnya beli barang dapur untuk masak tomyam permintaan Hubby sempena besday dia. Aku kalau nak ikutkan jarang sangatlah nak keluar pejabat time2 rehat tengahari tu. Malas, lagi satu masa pendek kan, tau2 je nanti dah pukul 2. 

Pusing satu eonbig tu cari bahan, tapi pes tomyam dan sotong takda. Sotong tu Hubby suruh masak goreng tepung. So, petang balik kerja aku singgah pasar presint 16, nasib ada. Kalau tak kempunanlah Hubby. Hehe.

Balik rumah terus bersilat kat dapur. Hubby balik lambat sikit semalam, dekat pukul 7 camtu. Tu pun aku tak siap masak lagi. Ingat nak suruh dia duduk berehat je, tapi disebabkan mcm banyak lagi tak settle, aku mintak jugaklah tolong dia. Tolong sikit je. Hehe. 

Hubby cakap dia sanggup ikat perut kat tempat kerja makan roti je semata-mata nak makan masakan aku. Hihi, terharu tau.

Nilah hasil berperang semalam.
Hubby kalau tak puji memang tak sah.
Alhamdulillah sedap kat tekak dia.

Rehat-rehat lepas solat maghrib, aku buat puding caramel pulak. 1st time buat ni, nasib jadi. Cuma lepas ni aku kena kurangkan gula sikit. Manis sangat, ada kang yang kena potong kaki sat g. Hehe.

Memula ingat tak jadi. Sekali dah keluarkan dari loyang,
eh cantik la pulak. Hehe..

Cam sedap je cam cantik je. 

Sejak-sejak dah boleh masak ni membuak-buak pulak semangat aku nak memasak. Suka sangat. Pagi tadi Hubby cakap, aku dah boleh masak so solat maghrib bolehlah dia solat kat surau. Alhamdulillah, sejuk hati aku. Boleh sayang, lagi bagus. Yang baik ayang sokong 200%. :)



Wednesday 4 December 2013

Happy Besday Sayang

Assalamualaikum.

Hari ni genap suamiku 25 tahun. Hik3, aku lagi tua dari suami aku kan, takpe angka tak penting pun. Yang penting kematangan, betol tak. Walaupun suami aku tu time datang keanak-anakkan dia pening jugak nak layan. Hehe.

Hadiah aku tak sempat cari lagi, tapi semalam balik kerja aku bagi dia relek2 je. Aku masak tau. Eh, aku dah boleh masak la. Hehe. Hubby ucapkan tahniah kat aku, yelah beberapa hari nak masuk 4 bulan ni aku dah boleh masak dengan jayanya. Takde masak apa pun, aku masak ayam masak kicap je. Tapi Hubby punya pujian melambong2. Terawang-awang je rasa. Hik3. Almaklumlah 4 bulan tak rasa air tangan aku kan. 

Jam 11.30pm. Wajiblah aku orang pertama yang wish besday Hubby kan. Dalam sebok2 Hubby study untuk exam dia Sabtu ni, aku bukak youtube, aku cari lagu happy birthday. Aku on. Haha, terkejut Hubby. Hubby pun tak ingat esok besday dia. Tak sangka boleh jadi surprise. Hik3.



Hubby pun dah mengantuk terus tidur. Aku tahan mata lagi. Nak tunggu pukul 12am pulak. Masa dah time. Aku bukak video firework lak kat youtube. Hehe, memula tu tak sedar jugak, aku goyang2kan badan dia baru dia bangun. Bangun dengan muka ada senyum. Hik3.

Walaupun biasa2 je apa yang aku buat ni, aku harap dapatlah menggembirakan hati Hubby. Ucapan Ayang untuk Sayang,


Semoga sayang dipanjangkan umur, 
dikurniakan rezeki yg melimpah ruah, 
diberikan kesihatan yang berpanjangan, 
menjadi suami dan ayah yang sentiasa menjadi kekuatan untuk kami. 
InsyaAllah, ayang akan sentiasa memperbaiki diri untuk menjadi yang terbaik pada syg dan bakal zuriat kita nanti.
LOVE YOU SO MUCH.




Wednesday 20 November 2013

Lepas sudah 1st Trimester

Assalamualaikum.

Nak share ke tak ek? Nak mula ayat dari mana. Hehe. Binggung jugak bila dah jarang-jarang update belog nak karang ayat pun jadi tak reti dah.

Oklah, disebabkan aku pun dah melepasi trimester pertama, maka aku pun ada keberanian untuk berkongsi berita kehamilan aku pada pembaca MEA. Alhamdulillah, sekarang dah 3 bulan aku melalui fasa kehamilan ni. Sekejab je dah 3 bulan, aku jadi takut nak bagitau orang lain tentang kehamilan aku sebab pengalaman pertama aritu. Awal-awal aku dah bagitau orang tapi akhirnya Allah lebih menyayangi dia. Takpalah, Allah dah gantikan aku dengan yang lain kan. Alhamdulillah.

Sepanjang 3 bulan ni, aku pun tak terlepas dari mengalami morning sickness. Hehe. Pagi-pagi confirm aku akan muntah, petang pulak balik kerja melepek je depan tv. Bau bawang dan orang menumis memang tak boleh, automatik aku akan loya-loya. Tapi bila balik kampung aku sihat walafiat je. Hik3.

Aku bersyukur sangat Allah kurniakan aku seorang suami yang sangat memahami. Aku memang tak boleh nak masak, so Hubby lah yang akan masak untuk makan malam. Balik dari kerja terus dia berperang kat dapur. Kesian jugak kat dia, yelah penat-penat balik kerja terus masak. Tapi nak buat macam mana kan, aku memang tak boleh. Aku ada cakap jugak kat dia beli je, tapi dia tak nak. Kalau Hubby masak aku akan lari masuk bilik, nak elak dari baru tumis masakan. Hihi. Kerja rumah pulak semua dia yang buat, pendek kata semua hal rumah dia yang uruskan. Orang kata kalau nak dilayan macam permaisuri, mengandunglah..nanti kita akan dapat layanan 1st class. Hehe. Tapi tengok nasib jugaklah kan, dapat suami yang tak memahami, masak jugak. Hehe.

Sekarang pun aku masih mengalami morning sickness, tapi dah kurang sikitlah. Pening-pening, loya-loya pun dah kurang. 

Oklah, nanti aku kongsikan pengalaman dari hari pertama aku berteka-teki aku hamil sampailah dah confirm. Takot, risau macam-macam ada sebab takot jadi ectopic lagi. Tataaaa.....

Tuesday 12 November 2013

Apa Mana Sapa

Assalamualaikum.

Tak tahu nak mula dari mana, mula dengan apa. Lama sangat dah aku tak update MEA kan, aku sendiri pun dah naik jemu dengan entry yang tak bertukar-tukar. Perasaan nak update entry tu ada, tapi disebabkan kondisi badan yang tak berapa nak baik, mood ke laut, aku pendamkan.

Banyak yang nak aku coretkan sepanjang dekat 2 bulan aku tak update apa-apa entry. Mungkin lepas ni aku akan lebih rajin berkongsi cerita, tengoklah bergantung pada mood dan keadaan cuaca semasa. Hehe.

Ada berita gembira yang nak aku kongsikan, next entry aku cerita ek. Oklah, ni sekadar mukadimah setelah sekian lama aku mentapakan diri. Hehe, ada ke ayat tu. Sampai berjumpa lagi..



Wednesday 25 September 2013

Padan Muka Kau Penjahat

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, debaran, ketakutan, kerisauan aritu dah terjawab petang semalam. Tu nanti aku cerita lain ek. 

Sekarang aku nak cerita pasal penceroboh rumah aku aritu dah berjaya ditangkap. Padan muka. Tahulah nasib korang nanti duduk dalam penjara tu. Kecik-kecik dah menyusahkan orang. Huh. Sakit hati tak hilang lagi. 

Lagi pulak barang-barang kitorang yang dicuri aritu dah takda, polis kata mungkin diorang dah jual. Sedih. Nampaknya memang bukan rezeki kami. Harap-harap diorang dikenakan hukuman setimpal.


 Terima kasih dan tahniah PDRM atas usaha dan kejayaan dalam membenteras jenayah. 


Monday 23 September 2013

Sakitnya Menanti

Assalamualaikum.

September, bulan yang penuh dengan penantian, ketakutan, kegusaran dan bermacam-macam rasa lagi. Kami sedang menunggu satu keputusan. Ya Allah, kau tenangkanlah hati kami. Kau berilah peluang kepada kami. Kau makbulkanlah doa kami. 

Serius aku takut. Takut keputusan tak menyebelahi aku. Aku takut aku akan hampakan harapan suami yang setinggi gunung. Ya Allah, tiada tempat lain selainMu untuk aku memohon pertolongan. Hanya Engkau Maha Mengasihani Lagi Maha Penyayang.



Wednesday 4 September 2013

Soon - Pulau Langkawi

Assalamualaikum.

Minggu lepas dengan tak sengaja aku terbooking tiket flight. Ter tau, bkn sengaja. Hehe. Dah lama sebenarnya rancang nak ke Pulau Redang la Pulau Langkawi la Pulau Tioman la, last-last Pulau Langkawi menjadi pilihan. Kebetulan pulak tengok tiket tengah murah, terus aku tersambar. Hehe. Sebelum tersambar tu aku tanya dekat Hubby dulu, dia pun ok aku pun teruskan saja. Nampak sangat bukan ter kan. Hihi.

Kitorang tak nak tangguh-tangguh dah. Kang lagi ditangguh tak jadi-jadi. Lagipun ni jugak percutian untuk 1st anniversary kitorang. Hihi. Kejab je nak setahun dah.

Aku booking tiket Malindo Air.  Aku dapat RM 244 untuk 2 orang siap pilih seat pergi balik. Pada aku paling murah nak dibandingkan dengan penerbangan lain. 1st time nak cuba naik Malindo Air, banyak jugak aku baca feedback positif, harap-harap kitorang pun bernasib baik juga.




Dan pagi tadi aku saja survey website Malindo Air, harga tiket dah naik. Wehuuuu......nasiblah aku cepat sikit. Hihi. Yang tak bestnya time bertolak dilambatkan sikit. Tak kesahlah labu, asal jangan korang batalkan tiket sudah. Hehe.

Sekarang aku tengah pening nak cari hotel. Hubby serahkan bulat-bulat untuk pilih hotel ikut citarasa aku, tapi pening dah. Nak yang murah tapi cantik. Boleh??? Hihi...


Tuesday 3 September 2013

PPA1M : Tidak Berjaya untuk Fasa 1

Assalamualaikum.

Sedih kan result untuk permohonan PPAIM aku aritu. Kengkawan opis yang sama-sama apply pun tak dapat jugak. Sedih. Kitorang kalau boleh memang nak yang fasa 1 ni sebab dekat nak ke opis, fasa 1 ni perumahannya di Presint 17, kalau 2 fasa lagi di Presint 5 dan Presint 11, agak jauh jugak la nak ke opis. Tapi takdalah jauh sangat. Hehe. Boleh ek nak pilih-pilih, padahal belum tentu dapat. Kih3.

Korang yang belum check tu boleh tengok sini k.

Harap-harap adalah rezeki untuk fasa yang akan datang. 


Fasa 1 - Presint 17 sudah GAGAL.
Tunggu untuk cabutan undi fasa 2- 30 Disember 2013.




Monday 2 September 2013

Lambat Terlambat Sengaja Lambat

Assalamualaikum.

Ada ke yang menanti update terbaru dari aku, kalau ada sila angkat kaki. Hehe.

Baca belog orang baru semangat nak update belog sendiri. Agaknya aku perlukan seorang inspirasi kot nak menaip belog ni. Jeles tengok belog orang entry dah beribu-ribu. Nak macam tu jugak, tapi malas. Boleh gitu. Hehe.

Rasanya aku tak wish Selamat Hari Raya lagi kat korang, ish teruk betol kan. Oklah, walaupun dah 26 Syawal hari ni aku nak wish jugak, Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada pembaca MEA semua. Maaf zahir batin andai ada tulisan yang mengguris rasa dan perasaan korang semua ye. 

Sekarang ni macam biasa bahagian-bahagian di kementerian aku sebok buat 'open department'. Hehe. Memang jimatlah 2 minggu ni, Alhamdulillah, rezeki di bulan Syawal. Rasanya sama je kot dengan tempat kerja korang, mesti meriah kan. Department aku pun dah selesai buat majlis raya 2 minggu lepas. Open House pulak entah bila nak buat. Rasanya tahun ni tak kot, rumah macam belum sedia untuk terima tetamu ramai-ramai. Hehe. 

Oklah, sekian entry pertama untuk bulan syawal ni. Daaaa....

Gambar: Selamat hari raya aidilfitri dari kami. Maaf zahir & batin
Member fb tanya kitorang 2 orang minum aurawhite ke??
Tak perlu semua tu..
Camera 360 kan ada. Hahahaaa...




Tuesday 30 July 2013

Masih ada Sinar

Assalamualaikum.

Sunyi je kan belog ni, lepas kejadian tempoh hari aku diuji lagi dengan dugaan lain. Ya Allah, memang berat dugaan Ramadan tahun ni. 

Semangat aku selama 2 minggu ni memang takda. Ramadan tahun ni aku lalui dengan perasaan yang sukar untuk diluahkan. Balik kampung 12 Ramadan aritu, cermin belakang kereta pecah seribu terkena batu. Adik aku tak sengaja ketika memotong rumput. Aku beristighfar panjang, niat pulang ke kampung berikhtiar untuk mendapatkan balik barang yang hilang, rupanya dugaan lain yang datang. 

Aku cuba untuk menerima Qada' dan Qadar dariNya. Semalam aku dah dapat kembali semangat aku. Bangun pagi dengan satu rasa dan perasaan sangat bertenaga. Pergi ke pejabat dengan semangat yang baru. Tapi tiba saja di pejabat aku dikejutkan dengan dugaan lagi. Hubby telefon katanya dia dan adiknya terlibat dengan kemalangan jalan raya. Ya Allah, nak terduduk rasa. Dalam keadaan aku cuba untuk bangkit, datang lagi dugaan lain. Bertimpa-timpa. 

Rasa tak mampu tapi bila memikirkan ada lagi insan yang lebih tidak bernasib baik dari aku, hati jadi lega. Cuba untuk mempositifkan diri. Cuma sebagai manusia biasa, kadang kala hati tak kuat. Menangis, mengadu, memanjat doa kepada Yang Maha Esa agar semua dugaan ini berakhir dengan hikmah yang hanya Dia yang tahu. Sekiranya ini cara untuk Dia menghapuskan dosa-dosa aku yang lalu, aku pasrah.

Dan alhamdulillah, pagi ni aku dapat berita gembira oleh Ustazah di pejabat aku. Aku diberitahu, aku boleh membuat permohonan bantuan musibah daripada Baitulmal atas kes pecah rumah tempoh hari. Dia minta aku sediakan dokumen yang diminta, selebihnya serahkan pada dia untuk diuruskan. Lapang sikit rasa hati ni, mungkin bantuan ini tidak dapat menggantikan apa yang hilang, tetapi dapat membantu sedikit kerugian yang kami tanggung.

Sinar masih ada untuk kami. Doakan permohonan kami berjaya ye. 


Friday 19 July 2013

Dugaan 8 Ramadan, 17713

Assalamualaikum.

Terduduk aku bila balik-balik kerja haritu tengok katil di bilik tidur sedikit berselerak dengan kotak-kotak brooch dan minyak wangi yang sepatutnya berada di dalam almari. Almari pulak terlopong je semuanya. Aku cuak. Terus aku cari ipad Hubby dan gadget2 yang lain. Takda. Hp lama Hubby jugak takda. Aku cari lagi barang-barang berharga lain. Kamera Digital Sony jugak tak dapat dikesan, baru 2 bulan beli. Laptop pun takda. Uhuk3. Aku tengok dalam almari yang terbuka tadi, Ya Allah duit mas kahwin aku jugak kena kebas. Tinggal frame je, memang kurang ajar punya manusia. Rantai tangan batal air sembahnyang aku jugak hilang. Aku tengok ruang tamu, tabung beruang kesayangan aku dan Hubby jugak takda. Aku berlumba-lumba dengan Hubby siapa penuh dulu, sekali durjana tu kebas. Eeeee geramnya. Dengan kotak-kotak ipad sekali orang tu ambik. 

Ya Allah, terus terbantut nak masak juadah berbuka. Hubby memang tak tahulah nak cakap apa, Ipad kesayangan dia dah kena kebas kan. Ngamuk jugaklah dia. Lepas tengok apa yang hilang lebih kurang pukul 6.30 kami terus ke Balai Polis Presint 7 untuk buat report. Selesai report pukul 8.00 malam kena datang lagi untuk sesi siasatan. Tapi kami sampai lambat sikit, sebab berbuka dan solat maghrib dulu kan. Minum air dengan kuih je. Tu pun nasib Dila ada beli kuih kalau tak, tak tahulah berbuka apa. Tu pun makan untuk alas perut sebab lapar kan, sebenarnya takda selera pun.  Selesai sesi siasatan tu polis ikut ke rumah untuk tengok keadaan rumah dan ambil cap jari. Tapi tak berapa nak jelas sangat dan banyak bertindih. Plus cap jari akulah yang banyak, rumah aku kan. 

Dari segi cakap-cakap polis bukan orang jauh dan kemungkinan orang yang buat ni dah biasa sebab tak banyak tinggal kesan. Pegawai polis tu ada cakap berkenaan rantai tangan aku, katanya mungkin tak hilang. Tapi aku pasti aku ada letak dalam 1 beg ni, bila cek takda. 

Rupanya memang betol. Hebat betollah polis tu. Aku balik rumah tengah hari tadi, tengok tv sambil muhasabah diri ditimpa musibah kan. Aku teringat nak tengok barang dalam almari, sekali aku terpandang cawan kat situ. Aku belek-belek rupanya memang rantai tangan tu ada dalam tu. Ya Allah, syukur sangat. Orang tu tak perasan sebab dalam cawan tu aku letak pensel, gam dan benang. Mungkin yang ambil tu tak expect kat situ ada barang berharga. 

Yang lain-lain aku tak pastilah, boleh dapat lagi ke tidak. Kalau dah tertulis barang-barang tu bukan rezeki kami, kami terima. Cuma kami mengharapkan hikmah disebalik dugaan ni. Mana tahu Allah nak bagi yang lagi baik kan. InsyaAllah.

Solat hajat memang kami buat nak bagi orang yang ambil tu panas.

Doakan kes kami cepat selesai ye. Nak tahu siapa yang durjana menganiaya insan comel seperti kami ni. Semoga si kurang ajar ni mendapat balasan setimpal. Kalau tak dapat di dunia tunggulah di akhirat nanti. 


Wednesday 17 July 2013

Jom Bayar Zakat Fitrah

Assalamualaikum.

Hubby : Sayang dah bayar zakat tau. 

Aku : Sayang punya je ke. Ayang???

Hubby : Eh, Ayang bukan bayar sendiri ke? 

Aku : (Dalam hati sampai hati tak bayarkan isteri sekali) Hmmm...

Hubby : Hehe, Sayang dah bayarkanlah...

Aku : Hehe..yeke..maceh Sayang...(Alhamdulillah, untuk tahun ni dan tahun2 seterusnya)

Sebelum ni kan aku bayar sendiri, suka bayar last minute. Time-time tinggal berapa hari nak balik kampung baru aku terkejar-kejar cari Amil, biasanya kat Alamandalah. Hehe. So untuk tahun ni dan tahun-tahun seterusnya, aku dah tak payah risau. Hubby yang akan uruskan. Hihi....




***
Sebaik-baiknya menunaikan Zakat Fitrah di awal Ramadan bagi membolehkan agihan kepada golongan yang layak disempurnakan sebelum menjelang Hari Raya Aidil Fitri.


Tuesday 16 July 2013

Resepi Udang Goreng Butter

Petang-petang camni rasa macam nak share resepilah..

Hehe..bukan apa manalah tahu boleh dijadikan menu berbuka untuk korang nanti. Tak payah pening-pening nak masak apa kan, iooolllsss dah bagi idea. Hihi.

Ok, resepi yang sangat simple tapi sangat sedap. Antara menu favourite Hubby. Dila 1st time makan dah request suruh aku masak lagi. Hehe.

Ni resepinya ye.

Udang Goreng Butter

Bahan-bahan 
(anggaran masakan untuk 8-10 ekor udang)

  • Udang
  • Butter
  • Susu Cair
  • Cili
  • Bawang Putih
  • Kuning Telur
  • Garam
  • Gula
  • Minyak


Cara-cara

Pertama sekali, kita buatkan sarang telur dulu. Sarang telur ni kalau nak buat 1st atau last sekali pun boleh tapi aku prefer buat 1st skali sebab nak toskan minyak dia.

Untuk buat sarang ni, ambil kuning telur sahaja kacau sampai sebati. Kalau nak lebih sarang guna 2 biji kuning telur ye. 

Panaskan kuali, masukkan 1 sudu minyak masak dan 2 sudu butter. Butter dah cair kecilkan api, tuang kuning telur tadi sikit-sikit dalam kuali. 
*masa tuang tu biar tinggi sikit biar halus je dia turun. Lepastu tangan sebelah lagi dalam masa yang sama kacau guna sudip laju2. Nanti akan keluar buih yang banyak. Jangan risau ye memang macam tu. Dah keperangan sikit angkat dan toskan guna tisu. Ketepikan.

Kedua, goreng udang dengan minyak, jangan overcook ye.

Ketiga, dengan menggunakan minyak gorengan udang tadi, kurangkan kuantiti sehingga tinggal lebih kurang 2 sudu kemudian masukkan 2 sudu butter. Bila dah cair masukkan bawang putih yang dah diracik halus dan cili yang dah diketuk. 

Apabila dah naik bau masukkan lebih kurang setengah cawan susu cair. Nak lebih kuah masukkan lebih ye. Biarkan seketika. Kalau agak pekat masukkan sedikit air. Tambahkan perasa, garam dan gula. Kalau aku suka manis-manis sikit, udang kalau dimasak manis lebih sedap.

Bila rasa dah sedap masukkan udang yang dah digoreng tadi. Kacau sebati. Siap.

Last sekali masukkan dalam mangkuk dan taburkan sarang telur tadi. 

Sedia untuk dimakan bersama nasi. Nyum nyum.

Yang atas tulah sarang dia.
Aku tak tahu orang lain panggil apa. Hehe

Close up sikit.
Gerenti sodap.

Selamat mencuba dan selamat berbuka puasa. :)



Hubby dah balik

Assalamualaikum.

Yeay, Hubby dah balik.

Ahad pagi pukul 4.15am dia sampai kat KLIA. Itu gini itu gini 5.15am kot baru selesai semua urusan. Aku dengan Dila dah sampai KLIA 4.30am. Tunggulah kat balai ketibaan menanti suami tercinta. Hehe. Lepastu kelam kabut kami bertiga bersahur kat sana. 

Oh bahagianya bila suami dah balik ni. Jumaat lepas aku dah standby beli ketam kat pasar tani untuk masak berbuka bila suami balik nanti. So berbuka Ahad tu dengan berlaukkan ketam masak cili api, sotong goreng tepung, kacang panjang goreng dan ulam petai, Hubby makan siap tambah. Suka aku tengok dia makan. Hehe. Sedap sangat katanya ketam masak lemak aku tu. Hihi, kombang den sokojab. 

Sorry dengan periuk2 naik atas meja. Hehe. 

Jumaat dan semalam aku kena jadi pengganti PA kepada KSU. PA KSU cuti rehat, last minute mintak pengganti dan takda orang lain yang free terpaksalah aku yang dikorbankan. Bukan bermaksud aku takda kerja ye, tapi aku kan PA dekat HR so memang nak tak nak akulah yang kena ganti. Cian boss aku kesebokan disebabkan ketiadaan aku Jumaat lepas. 

Tak kesahlah, semua tu pengalaman untuk aku, orang kata pengalaman jaga boss lain. 5 tahun aku jaga boss yang sama je kan.

Petang ni pulak Along aka abang Hubby dengan keluarga dia nak datang berbuka kat rumah. Hohohooo, ape yang aku nak masak untuk berbuka ni ek. Fikir-fikir yang senang bihun sup je kot. Hehe. Nanti tambah sikit dengan dessert lain. Lagipun isteri Along dalam pantang lagi, so sup mungkin selamat kot untuk dia makan. Nampaknya petang ni aku kena balik awal sikitlah dari biasa, nak pergi pasar cari ayam dan bahan-bahan nak masak bihun sup. 

Daaaa.....

Tuesday 9 July 2013

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadan 2013

Assalamualaikum.



Selamat menjalani ibadah berpuasa kawan-kawan. Semoga tahun ni kita diberi kesihatan yang baik untuk menunaikan puasa hingga ke akhir. 

Aku berazam nak puasa penuh tahun ni, kalau bolehlah. Hehe.

Alhamdulillah, tahun ni berbeza dengan tahun-tahun lepas, aku puasa berdua dengan Hubby sebagai suami isteri. Dan akan bermulanya giliran untuk balik raya. Harap-harap tahun depan sebagai ibu ayah pulak. Hehe. Doakan ye kawan-kawan.

Tapi esok sampai hari Sabtu aku akan berpuasa dengan Dila, Hubby kena extend lagi kat sana sampai hari Sabtu. Pasrah. Nasib ada Dila, kalau tak nangislah aku sorang-sorang masa nak sahur dan berbuka nanti.

Oklah, beku pulak idea nak menaip petang-petang ni. Internet pc aku dah ok, boleh update belog dengan girang. :)


Tuesday 2 July 2013

Hubby ke Australia

Assalamualaikum.

Wahaaa, nasib jek ni boleh update belog kat opis. Internet opis boleh bukak fb je..macam tut kan. Entry lepas pun update pakai ipad, gila susah nak update pkai ipad tu. Ke aku yang tak reti. Hehe.

Oklah, nak cerita pasal Hubby sebenarnya. Hehe.

Minggu lepas Hubby cakap company dia ada tanya kat staff, ada sesiapa tak nak join rework kat oversea, so ramailah yang bagi nama. Hubby tanya aku tapi aku cakap kat dia terpulanglah. Disebabkan tak nak meninggalkan aku keseorangan, Hubby tak hantar nama.

Tapi boss Hubby pilih dia yang pergi walaupun Hubby tak hantar nama. Yang hantar tak dapat pulak. Boss dah suruh kenalah pergi jugak. Aku yang kena tinggal. Uhuk3. Ingat nak ikut Hubby jugak ke sana, tapi Hubby confirm kena pergi Jumaat lepas. So idakle aku sempat nak booking flight dan buat passport segala. Takpelah, lain kali kalau ada rezeki aku nak ikot jugak. Hehe.

Hubby pergi 2 orang dengan boss dia. 10 hari kat sana dan 1 Ramadhan aku tak dapatlah nak puasa bersama untuk pertama kalinya sebagai suami isteri. 

Gambar: Sampai sini je dpt hantar Hubby..take care dear.. <3
Sampai sini je hantar Hubby,
Aku nak cepat takot lambat sampai opis. 

Alhamdulillah, malam tadi dapat facetime dengan Hubby, siap nak tunjuk asap keluar dari mulut dia, tapi tak nampak pun. Hehe. Sejuk sangat katanya. Bila dah dapat facetime rasa Hubby dekat je. Semua dihujung jari kan. Hehe.

Semoga urusan Hubby dipermudahkan di sana. Selamat pergi dan selamat pulang. Jaga diri bebaik tau Hubby. Ole-ole jangan lupa. Hehe. 

LOVE U.


Thursday 27 June 2013

Ulangbulan ke 8

Assalamualaikum,

Semalam genap usia perkahwinan kami 8 bulan. Wow, cepat betol masa berlalu. Seronok melalui bahtera rumah tangga ni, dugaan yang datang rasa ringan sebab dipikul bersama. Sedih pun ada bahu untuk dilabuhkan, pendek kata semua bersama. Makin bertambah usia perkahwinan, perasaan sayang makin menebal. Perasaan cinta pun makin mekar.

Sayang, semoga suatu hari nanti kita dikurniakan cahaya mata sebagai tanda ikatan cinta kita. Tiada lain yang ayang pinta cuma kebahagiaan dan kesetiaan hingga ke hujung nyawa.

Love u so much SAYANG.






Friday 21 June 2013

Habatus Sauda MINSYAM

Assalamualaikum.

Hoho, internet kat opis ni macam ntah papelah seminggu 2 ni, tu yang tak berupdate belog aku. Kat rumah ada internet, tapi macam tak reti pulak nak update. Nak mengarang-ngarang ayat macam tak berapa nak jadi. Hehe.

Minggu ni 4 hari berturut aku puasa, nak dekat-dekat masuk Ramadhan baru nak gantikan. Memang kena marathon la. Hehe. Dan yang bestnya Hubby pun puasa sekali.

Risau jugak masa 1st day puasa aku letih ke apa kan, yang ajaibnya aku tak rasa letih langsung. Boss takda 4 hari ni, so aku boleh balik awal. Balik dalam 5.15pm camtu sampai rumah terus masak lauk untuk berbuka. Sampai Hubby pun pelik tengok tenaga aku yang luar biasa tu. Masak siap boleh joget-joget lagi. Hubby tanya puasa ke tak, bertenaga semacam je. Hehe. Aku pun hairan.

Aku rasa salah satu penyebab aku tak letih aku amalkan habatus sauda. Baru ni je aku amalkan habatus sauda ni, kebetulan boss aku jual. Aku beli dalam 20 biji je, untuk cuba. Dah rasa sedap kat badan InsyaAllah akan diteruskan, lagipun habatus sauda kan makanan sunnah.

Nabi Muhammad s.a.w bersabda : 
"Tetaplah kami dengan Habbatus Sauda. Sesungguhnya padanya terdapat ubat bagi segala penyakit kecuali mati"
(Hadis riwayat Bukhari)

Gambar: Mukhzanee Muhamad>Habatussauda Original
2 hours ago

"salam...sy berasal dr penang...dah hampir setahun lebih sy amalkan produk habbatus sauda n minyak zaitun minysam nie.... diamalkan jugak madu..... alhamdulillah..kolestrol sy yg dulu tinggi sekarang ni dh jd normal kembali....penyakit gout yg bertahun2 dah xkena lg..... ubat darah tinggi pun jarang2 makan walhal kena makan tiap2 hari tp tekanan darah sy jugak dah normal......sekadar berkongsi pengalaman.....amalkan memakan habbatus sauda madu kinyak zaitun ni secara istiqomah maka lupakan segala vitamin2 yg ada..yakin n percaya lgpun ada disebut hadis n al quran..... kesihatan lebih bermakna ...ada duet xguna kalau badan xsihat..... selamat beramal....
Nilah rupa habatus sauda tu.
1 pek ada 2 papan = RM 12.00
Kalau sekotak ada 240 softjel = RM144.00

Senanglah nanti bulan Ramadhan takda lesu takda lagi rasa letih. Macam iklan lah pulak. Hehe.


Wednesday 12 June 2013

Seram yang tak seram

Assalamualaikum.

Tadi pagi lepas boss pergi meeting aku pun dating. Hoho, berani kan. Takdelah, aku pergi hantar mertua ke TBS. Dah 5 hari diorang kat sini. Adik Hubby, Dila praktikal kat Bangi, duduk rumah kami. So MIL dan FIL nak tengok anak bongsu kesayangan dapat sesuaikan diri tak kat sini, bila rasa dah ok tu yang diorang nak balik. Tapi Floria nanti diorang datang lagi, nak jenjalan kat sana katanya. Sebelum balik sempat jugaklah aku shopping tudung dan baju kat TBS tu, sesorang pun jadik. Hehe.

Malam tadi aku pergi Jamuan Jasamu Dikenang untuk mantan menteri kementerian aku, Tan Sri Peter Chin Fah Kui kat Marriot Hotel. Dalam pukul 11 lebih baru sampai rumah, seram jugak sorang-sorang dari parking nak ke blok rumah. Tengah aku otw nak sampai blok, aku terdengar ada perempuan menangis. OMG.

Aku dah seram, dah lah balik memalam dengar pulak orang menangis teresak-esak. Aku pandang kiri kanan. Takde orang. Pandang atas. Jeng jeng jeng. Rupanya tangisan tu datang dari salah satu rumah dari blok C. Aku duduk blok B. Memang kuat gila perempuan tu menangis. Aku agak gaduh-gaduh manja suami isteri. Tapi dah tahap nangis teresak-esak rasanya tak manja dah kot. Hehe. Lepas tu cepat-cepat aku naik lift. Takot jugak kot-kot suara yang aku dengar tu bukan suara orang. Hohohoooo..


Gambar: antara geng BPSM yang sempat disnap gambar sempena Majlis Jasamu Dikenang...xoxoxo..smua mau lari balik..hihih
Asyik2 chinese food. I tekak melayu so kurang sikit makanan2 cina ni. Tapi masih boleh telan la. Hehe.




Thursday 6 June 2013

Dilema seorang adik

Assalamualaikum.

Aku dalam dilema sekarang ni. Akak aku mintak jadi penjamin untuk dia buat loan kereta. Hoho. Korang tahu jelah kan, risiko jadi penjamin, penjamin ni tanggungjawabnya sama macam peminjam. Kalau peminjam ok kira selamatlahkan, kalau peminjam buat hal masaklah si penjamin. Bukan aku tak percaya kat kakak sendiri, tapi entahlah. Tak tolong kakak sendiri, tolong kang takot akan datang sendiri jugak yang pening kepala.

Aku tanya adik beradik yang lain, diorang pun dilema macam aku jugak. Hahahhaaaa. Suami macam tak berapa nak setuju, yelah pape hal jadi kang dia jugak yang susah kan. Ya Allah, kau berilah aku petunjuk. 

Arghhhh..buruk no muka aku dalam dilema kan.
2 hari dah muka aku bertukar jadi macam ni.
Uhuk3. 



Tuesday 4 June 2013

Mudah Rupanya Jalan Untuk Aku

Assalamualaikum.

Semalam cuti, arini dah masuk kerja. 3 hari ke Terengganu, tak dapat berjalan sangat. Almaklumlah jalan berkonvoi kan, perjalanan jauh, badan dah penat dengan budak-budak asyik meragam, last2 banyak duduk rumah dari berjalan. Tapi takpa, yang penting aku dapat beli keropok leko yang sedap. Hehe. Tapi aku terkilan sikit sebab tak dapat makan sata. Hubby cakap takpe nanti kita beli dekat Ana Ikan Bakar Petai ea. Kenapa kat sana sebab aku ada cerita kat dia, boss aku cakap sata kat situ sedap. Tu yang dia pujuk camtu. Hehe. 

Dalam aku kalut-kalut buat kerja kat pejabat ni, sempat jugaklah berborak dengan akak opis aku, Kak Zi. Dia cerita biras dia pun mengalami nasib yang sama macam aku. Mengandung luar rahim. Cuma yang membezakan kami, dia mengandung anak ke empat dan kandungannya pecah dalam perut.

Ya, Allah, masa dia cerita biras dia sakit perut yang amat sangat aku dah syak mesti dah pecah dalam perut ni. Sebab banyak info yang aku baca, bila sakit perut macam tu kompem dah pecah. Lagi dia cerita luka jahitan panjang, sama macam orang czer. Pembedahan mula jam 10 malam sampai jam 4 pagi. 5 hari baru boleh keluar wad dan doktor bagi mc selama 6 minggu.


“Lihatlah orang yang di bawah kamu dan jangan melihat orang yang di atas kamu karena dengan (melihat ke bawah) lebih pantas untuk kamu tidak meremehkan nikmat Allah yang dilimpahkan-Nya kepada kamu.” 
(HR. Al-Bukhari dan Muslim)


Berat ujian yang Allah bagi pada aku berat lagi ujian untuk dia. Aku bersyukur sangat-sangat Allah memberi gerak hati tentang kandungan aku. Mudah untuk aku lalui semuanya. Aku tak rasa sakit perut, pembedahan aku cuma amik masa lebih kurang 2 jam, mc 2 minggu, duduk wad 2 hari, dan luka di perut hanya 3 tebukan. Kalau aku terlambat, mesti nasib aku sama macam tu jugak. Ya Allah, kau tunjukkan semua hikmah tu depan mata. Kau tunjukkan ia tak lama. Alhamdulillah.

Aku doakan biras Kak Zi cepat sembuh dan dikurniakan rezeki anak yang lain. InsyaAllah. Doa untuk diri sendiri jugak. (^_^)


Friday 31 May 2013

Ke Kuala Terengganu

Assalamualaikum.

Sekarang ni nak update belog rasa macam kosong je. Banyak sebenarnya cerita nak update tapi entahlah. Hmmm.

Pagi esok, sebelum subuh kami akan ke Kuala Terengganu, MIL ajak ke sana tengok kakak dia aka makcik suami yang sakit. Majlis kahwin kitorang aritu pun dia tak dapat datang, yelah jauh perjalanan kang jadi pape tengah jalan susah pulak. Kami bertolak dari Putrajaya, MIL bertolak dari Johor. 

Dah alang-alang sampai Terengganu tu, rasanya nak cuci-cuci mata sekali kot. Kitorang dah sewa homestay kat sana, sehari je, sehari lagi stay kat rumah mak cik suami. Sewa homestay 1 hari RM 180.00. 3 bilik semua aircond. Ok lah kot, nak cari yang ok sikit semua dah penuh. Almaklumlah sekarang tengah cuti sekolah. Kalau ok nanti aku review kat sini ye homestay tu.

Harap-harap perjalanan kami dipermudahkan dan selamat pergi dan pulang. Amin.


***
Oh, esok genap sebulan aku dioperasi oleh doktor.
Luka dah makin sembuh.
Tapi pagi ni luka rasa lain macam pulak.
 Haih, janganlah dia buat hal.
 Nak jalan jauh ni..


Monday 27 May 2013

Madu sebagai penyembuh luka

Assalamualaikum.

Selama 2 minggu ni aku amalkan jeli gamat, nak masuk 2 botol dah katanya untuk mempercepatkan luka pembedahan. Akak opis ada jugak bagi pati ikan haruan, tapi aku tak boleh nak telan. Bau dan rasanya masyaAllah, enak sekali. Hehe. Aku makan Jeli gamat Luxor, jeli gamat ni takda rasa apa-apa pun, tapi aku mengengada, ubat semua nak sedap kan so campur la dalam air kordial berperisa blackcurrant dan strawberi. Hehe.

Baru sekejab ni sajalah google2 pasal nak cepatkan luka sembuh, selain menggunakan pati ikan haruan dan gamat, madu juga amat bagus dan lebih bagus dari kedua-duanya tadi. Madu menyembuhkan luka pembedahan secara semulajadi dan menjadikan luka dalaman dan luaran nampak cantik dan bersih. Oh, baru ku tahu. 


Hati-hati ye, ada jugak madu tak asli di pasaran.

Rasanya belum terlambat kot untuk aku amalkan madu ni, selain untuk sembuhkan luka, banyak lagi khasiat madu yang patut untuk aku amalkan. Kat rumah memang dah ada madu, cuma kadang-kadang je aku makan. Hmmm, suami tolong ingatkan ayang ek nanti. Hehe.


***
Info sikit, nak banyak lagi boleh baca sini dan sinun ye. 

Sebagai Antiseptik, madu merupakan agen yang mengeluarkan racun dari gigitan atau sengatan atau luka berjangkit dan merupakan antibiotik dalam merawat ulser perut, gangrene, jangkitan luka pembedahan, pemotongan pembedahan, dan melindungi cantuman kulit (skin graft), kornea, saluran darah dan tulang ketika dalam penyimpanan dan penghantaran.

Madu Asli secara dalamannya sangat efektif sebagai anti bakteria dan parasit. Madu itu sendiri merupakan antibiotik semulajadi yang membantu membunuh mikrob secara terus. Madu, apabila digunakan pada luaran, akan mempercepatkan proses penyembuhan pada tisu yang rosak disebabkan jangkitan kuman dan/ atau kecederaan. Ianya mempunyai vitamin, mineral dan enzim, juga gula ringkas, yang semuanya diperlukan dalam membantu penyembuhan luka.