Tuesday 30 July 2013

Masih ada Sinar

Assalamualaikum.

Sunyi je kan belog ni, lepas kejadian tempoh hari aku diuji lagi dengan dugaan lain. Ya Allah, memang berat dugaan Ramadan tahun ni. 

Semangat aku selama 2 minggu ni memang takda. Ramadan tahun ni aku lalui dengan perasaan yang sukar untuk diluahkan. Balik kampung 12 Ramadan aritu, cermin belakang kereta pecah seribu terkena batu. Adik aku tak sengaja ketika memotong rumput. Aku beristighfar panjang, niat pulang ke kampung berikhtiar untuk mendapatkan balik barang yang hilang, rupanya dugaan lain yang datang. 

Aku cuba untuk menerima Qada' dan Qadar dariNya. Semalam aku dah dapat kembali semangat aku. Bangun pagi dengan satu rasa dan perasaan sangat bertenaga. Pergi ke pejabat dengan semangat yang baru. Tapi tiba saja di pejabat aku dikejutkan dengan dugaan lagi. Hubby telefon katanya dia dan adiknya terlibat dengan kemalangan jalan raya. Ya Allah, nak terduduk rasa. Dalam keadaan aku cuba untuk bangkit, datang lagi dugaan lain. Bertimpa-timpa. 

Rasa tak mampu tapi bila memikirkan ada lagi insan yang lebih tidak bernasib baik dari aku, hati jadi lega. Cuba untuk mempositifkan diri. Cuma sebagai manusia biasa, kadang kala hati tak kuat. Menangis, mengadu, memanjat doa kepada Yang Maha Esa agar semua dugaan ini berakhir dengan hikmah yang hanya Dia yang tahu. Sekiranya ini cara untuk Dia menghapuskan dosa-dosa aku yang lalu, aku pasrah.

Dan alhamdulillah, pagi ni aku dapat berita gembira oleh Ustazah di pejabat aku. Aku diberitahu, aku boleh membuat permohonan bantuan musibah daripada Baitulmal atas kes pecah rumah tempoh hari. Dia minta aku sediakan dokumen yang diminta, selebihnya serahkan pada dia untuk diuruskan. Lapang sikit rasa hati ni, mungkin bantuan ini tidak dapat menggantikan apa yang hilang, tetapi dapat membantu sedikit kerugian yang kami tanggung.

Sinar masih ada untuk kami. Doakan permohonan kami berjaya ye. 


Friday 19 July 2013

Dugaan 8 Ramadan, 17713

Assalamualaikum.

Terduduk aku bila balik-balik kerja haritu tengok katil di bilik tidur sedikit berselerak dengan kotak-kotak brooch dan minyak wangi yang sepatutnya berada di dalam almari. Almari pulak terlopong je semuanya. Aku cuak. Terus aku cari ipad Hubby dan gadget2 yang lain. Takda. Hp lama Hubby jugak takda. Aku cari lagi barang-barang berharga lain. Kamera Digital Sony jugak tak dapat dikesan, baru 2 bulan beli. Laptop pun takda. Uhuk3. Aku tengok dalam almari yang terbuka tadi, Ya Allah duit mas kahwin aku jugak kena kebas. Tinggal frame je, memang kurang ajar punya manusia. Rantai tangan batal air sembahnyang aku jugak hilang. Aku tengok ruang tamu, tabung beruang kesayangan aku dan Hubby jugak takda. Aku berlumba-lumba dengan Hubby siapa penuh dulu, sekali durjana tu kebas. Eeeee geramnya. Dengan kotak-kotak ipad sekali orang tu ambik. 

Ya Allah, terus terbantut nak masak juadah berbuka. Hubby memang tak tahulah nak cakap apa, Ipad kesayangan dia dah kena kebas kan. Ngamuk jugaklah dia. Lepas tengok apa yang hilang lebih kurang pukul 6.30 kami terus ke Balai Polis Presint 7 untuk buat report. Selesai report pukul 8.00 malam kena datang lagi untuk sesi siasatan. Tapi kami sampai lambat sikit, sebab berbuka dan solat maghrib dulu kan. Minum air dengan kuih je. Tu pun nasib Dila ada beli kuih kalau tak, tak tahulah berbuka apa. Tu pun makan untuk alas perut sebab lapar kan, sebenarnya takda selera pun.  Selesai sesi siasatan tu polis ikut ke rumah untuk tengok keadaan rumah dan ambil cap jari. Tapi tak berapa nak jelas sangat dan banyak bertindih. Plus cap jari akulah yang banyak, rumah aku kan. 

Dari segi cakap-cakap polis bukan orang jauh dan kemungkinan orang yang buat ni dah biasa sebab tak banyak tinggal kesan. Pegawai polis tu ada cakap berkenaan rantai tangan aku, katanya mungkin tak hilang. Tapi aku pasti aku ada letak dalam 1 beg ni, bila cek takda. 

Rupanya memang betol. Hebat betollah polis tu. Aku balik rumah tengah hari tadi, tengok tv sambil muhasabah diri ditimpa musibah kan. Aku teringat nak tengok barang dalam almari, sekali aku terpandang cawan kat situ. Aku belek-belek rupanya memang rantai tangan tu ada dalam tu. Ya Allah, syukur sangat. Orang tu tak perasan sebab dalam cawan tu aku letak pensel, gam dan benang. Mungkin yang ambil tu tak expect kat situ ada barang berharga. 

Yang lain-lain aku tak pastilah, boleh dapat lagi ke tidak. Kalau dah tertulis barang-barang tu bukan rezeki kami, kami terima. Cuma kami mengharapkan hikmah disebalik dugaan ni. Mana tahu Allah nak bagi yang lagi baik kan. InsyaAllah.

Solat hajat memang kami buat nak bagi orang yang ambil tu panas.

Doakan kes kami cepat selesai ye. Nak tahu siapa yang durjana menganiaya insan comel seperti kami ni. Semoga si kurang ajar ni mendapat balasan setimpal. Kalau tak dapat di dunia tunggulah di akhirat nanti. 


Wednesday 17 July 2013

Jom Bayar Zakat Fitrah

Assalamualaikum.

Hubby : Sayang dah bayar zakat tau. 

Aku : Sayang punya je ke. Ayang???

Hubby : Eh, Ayang bukan bayar sendiri ke? 

Aku : (Dalam hati sampai hati tak bayarkan isteri sekali) Hmmm...

Hubby : Hehe, Sayang dah bayarkanlah...

Aku : Hehe..yeke..maceh Sayang...(Alhamdulillah, untuk tahun ni dan tahun2 seterusnya)

Sebelum ni kan aku bayar sendiri, suka bayar last minute. Time-time tinggal berapa hari nak balik kampung baru aku terkejar-kejar cari Amil, biasanya kat Alamandalah. Hehe. So untuk tahun ni dan tahun-tahun seterusnya, aku dah tak payah risau. Hubby yang akan uruskan. Hihi....




***
Sebaik-baiknya menunaikan Zakat Fitrah di awal Ramadan bagi membolehkan agihan kepada golongan yang layak disempurnakan sebelum menjelang Hari Raya Aidil Fitri.


Tuesday 16 July 2013

Resepi Udang Goreng Butter

Petang-petang camni rasa macam nak share resepilah..

Hehe..bukan apa manalah tahu boleh dijadikan menu berbuka untuk korang nanti. Tak payah pening-pening nak masak apa kan, iooolllsss dah bagi idea. Hihi.

Ok, resepi yang sangat simple tapi sangat sedap. Antara menu favourite Hubby. Dila 1st time makan dah request suruh aku masak lagi. Hehe.

Ni resepinya ye.

Udang Goreng Butter

Bahan-bahan 
(anggaran masakan untuk 8-10 ekor udang)

  • Udang
  • Butter
  • Susu Cair
  • Cili
  • Bawang Putih
  • Kuning Telur
  • Garam
  • Gula
  • Minyak


Cara-cara

Pertama sekali, kita buatkan sarang telur dulu. Sarang telur ni kalau nak buat 1st atau last sekali pun boleh tapi aku prefer buat 1st skali sebab nak toskan minyak dia.

Untuk buat sarang ni, ambil kuning telur sahaja kacau sampai sebati. Kalau nak lebih sarang guna 2 biji kuning telur ye. 

Panaskan kuali, masukkan 1 sudu minyak masak dan 2 sudu butter. Butter dah cair kecilkan api, tuang kuning telur tadi sikit-sikit dalam kuali. 
*masa tuang tu biar tinggi sikit biar halus je dia turun. Lepastu tangan sebelah lagi dalam masa yang sama kacau guna sudip laju2. Nanti akan keluar buih yang banyak. Jangan risau ye memang macam tu. Dah keperangan sikit angkat dan toskan guna tisu. Ketepikan.

Kedua, goreng udang dengan minyak, jangan overcook ye.

Ketiga, dengan menggunakan minyak gorengan udang tadi, kurangkan kuantiti sehingga tinggal lebih kurang 2 sudu kemudian masukkan 2 sudu butter. Bila dah cair masukkan bawang putih yang dah diracik halus dan cili yang dah diketuk. 

Apabila dah naik bau masukkan lebih kurang setengah cawan susu cair. Nak lebih kuah masukkan lebih ye. Biarkan seketika. Kalau agak pekat masukkan sedikit air. Tambahkan perasa, garam dan gula. Kalau aku suka manis-manis sikit, udang kalau dimasak manis lebih sedap.

Bila rasa dah sedap masukkan udang yang dah digoreng tadi. Kacau sebati. Siap.

Last sekali masukkan dalam mangkuk dan taburkan sarang telur tadi. 

Sedia untuk dimakan bersama nasi. Nyum nyum.

Yang atas tulah sarang dia.
Aku tak tahu orang lain panggil apa. Hehe

Close up sikit.
Gerenti sodap.

Selamat mencuba dan selamat berbuka puasa. :)



Hubby dah balik

Assalamualaikum.

Yeay, Hubby dah balik.

Ahad pagi pukul 4.15am dia sampai kat KLIA. Itu gini itu gini 5.15am kot baru selesai semua urusan. Aku dengan Dila dah sampai KLIA 4.30am. Tunggulah kat balai ketibaan menanti suami tercinta. Hehe. Lepastu kelam kabut kami bertiga bersahur kat sana. 

Oh bahagianya bila suami dah balik ni. Jumaat lepas aku dah standby beli ketam kat pasar tani untuk masak berbuka bila suami balik nanti. So berbuka Ahad tu dengan berlaukkan ketam masak cili api, sotong goreng tepung, kacang panjang goreng dan ulam petai, Hubby makan siap tambah. Suka aku tengok dia makan. Hehe. Sedap sangat katanya ketam masak lemak aku tu. Hihi, kombang den sokojab. 

Sorry dengan periuk2 naik atas meja. Hehe. 

Jumaat dan semalam aku kena jadi pengganti PA kepada KSU. PA KSU cuti rehat, last minute mintak pengganti dan takda orang lain yang free terpaksalah aku yang dikorbankan. Bukan bermaksud aku takda kerja ye, tapi aku kan PA dekat HR so memang nak tak nak akulah yang kena ganti. Cian boss aku kesebokan disebabkan ketiadaan aku Jumaat lepas. 

Tak kesahlah, semua tu pengalaman untuk aku, orang kata pengalaman jaga boss lain. 5 tahun aku jaga boss yang sama je kan.

Petang ni pulak Along aka abang Hubby dengan keluarga dia nak datang berbuka kat rumah. Hohohooo, ape yang aku nak masak untuk berbuka ni ek. Fikir-fikir yang senang bihun sup je kot. Hehe. Nanti tambah sikit dengan dessert lain. Lagipun isteri Along dalam pantang lagi, so sup mungkin selamat kot untuk dia makan. Nampaknya petang ni aku kena balik awal sikitlah dari biasa, nak pergi pasar cari ayam dan bahan-bahan nak masak bihun sup. 

Daaaa.....

Tuesday 9 July 2013

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadan 2013

Assalamualaikum.



Selamat menjalani ibadah berpuasa kawan-kawan. Semoga tahun ni kita diberi kesihatan yang baik untuk menunaikan puasa hingga ke akhir. 

Aku berazam nak puasa penuh tahun ni, kalau bolehlah. Hehe.

Alhamdulillah, tahun ni berbeza dengan tahun-tahun lepas, aku puasa berdua dengan Hubby sebagai suami isteri. Dan akan bermulanya giliran untuk balik raya. Harap-harap tahun depan sebagai ibu ayah pulak. Hehe. Doakan ye kawan-kawan.

Tapi esok sampai hari Sabtu aku akan berpuasa dengan Dila, Hubby kena extend lagi kat sana sampai hari Sabtu. Pasrah. Nasib ada Dila, kalau tak nangislah aku sorang-sorang masa nak sahur dan berbuka nanti.

Oklah, beku pulak idea nak menaip petang-petang ni. Internet pc aku dah ok, boleh update belog dengan girang. :)


Tuesday 2 July 2013

Hubby ke Australia

Assalamualaikum.

Wahaaa, nasib jek ni boleh update belog kat opis. Internet opis boleh bukak fb je..macam tut kan. Entry lepas pun update pakai ipad, gila susah nak update pkai ipad tu. Ke aku yang tak reti. Hehe.

Oklah, nak cerita pasal Hubby sebenarnya. Hehe.

Minggu lepas Hubby cakap company dia ada tanya kat staff, ada sesiapa tak nak join rework kat oversea, so ramailah yang bagi nama. Hubby tanya aku tapi aku cakap kat dia terpulanglah. Disebabkan tak nak meninggalkan aku keseorangan, Hubby tak hantar nama.

Tapi boss Hubby pilih dia yang pergi walaupun Hubby tak hantar nama. Yang hantar tak dapat pulak. Boss dah suruh kenalah pergi jugak. Aku yang kena tinggal. Uhuk3. Ingat nak ikut Hubby jugak ke sana, tapi Hubby confirm kena pergi Jumaat lepas. So idakle aku sempat nak booking flight dan buat passport segala. Takpelah, lain kali kalau ada rezeki aku nak ikot jugak. Hehe.

Hubby pergi 2 orang dengan boss dia. 10 hari kat sana dan 1 Ramadhan aku tak dapatlah nak puasa bersama untuk pertama kalinya sebagai suami isteri. 

Gambar: Sampai sini je dpt hantar Hubby..take care dear.. <3
Sampai sini je hantar Hubby,
Aku nak cepat takot lambat sampai opis. 

Alhamdulillah, malam tadi dapat facetime dengan Hubby, siap nak tunjuk asap keluar dari mulut dia, tapi tak nampak pun. Hehe. Sejuk sangat katanya. Bila dah dapat facetime rasa Hubby dekat je. Semua dihujung jari kan. Hehe.

Semoga urusan Hubby dipermudahkan di sana. Selamat pergi dan selamat pulang. Jaga diri bebaik tau Hubby. Ole-ole jangan lupa. Hehe. 

LOVE U.