Thursday 31 May 2012

♥ ULANGBULAN ♥

Assalamualaikum.


Pagi ni rasa nak senyum je walaupun pagi2 lagi telinga aku dah kena dengar benda2 yang tak sepatutnya.  Alan mesej cakap cik tunang jangan nak main blog je.  Kih3. Rasa cam kelakar lak bila dia pesan camtu.  Tu la encik tunang aku, selalu menceriakan aku disaat aku kesusahan.  Hehe, susah la sangat.  Aku bagi tau dia aku ada blog, tapi tak bagi tau apa nama blog aku ni.  Hee, malu nanti dia baca.


Semalam aku celebrate ulangbulan pertama pertunangan kitorang.  Ulangbulan tu Alan yang bagi nama.  Haha.  tak sedap langsung kan bunyinya.  


Ha tengok, siap bunga api lagi tu.  Haha



Kitorang makan kat Coffee Village Cafe Putrajaya. 1st time makan kat situ.  Ok la.  Makanan boleh tahan sedap.  View pun menarik, boleh tengok orang mancing ikan kat kolam.  




Kitorang order Siakap Masak Masam Manis, Tomyam Seafood, Kailan Ikan Masin, Telur Dadar dan of course Nasi Putih.  Kitorang mintak siakap yang agak2 untuk makan 2 orang, sekali takda. Semua besar2, so tukar ikan kembung je.  Kesian kan.  Hee.  Yang penting semua sedap.  Pasni boleh datang lagi.


Nak cerita lagi, tukar mood jab.  Malam tadi aku mimpi pasal album tunang lagi.  Aku kan tak ambil lagi daripada Haris.  Apa lah agaknya rupa album aku tu kan.  Sampai 2 kali mimpi ni.  Dua2 mimpi yang tak berapa nak sedapkan hati. :(


Aduh, tak sabar nak tunggu hari Isnin.  

Ok2, kembali kepada mood senyum. :)





Wednesday 30 May 2012

Gigi Geraham Bongsu

Assalamualaikum.


Hmm, dah dekat seminggu gusi belah kiri atas dan bawah bengkak.  Tapi takda la sakit sangat rasanya tu. Sedang-sedang je.  Aku ingat bengkak2 biasa aja lah. Tapi pagi ni, aku main2kan lidah aku kat bahagian atas yang bengkak tu. Sekali aku rasa something wrong somewhere.

Ade benda keras kat hujung tu. Aku tekan2 pakai jari. Macam ada gigi nak tumbuh. Tu ke gigi geraham bongsu ek. Orang kata kalau nak tumbuh geraham bongsu ni sakit. Kalau teruk biasanya orang kata kena buang. Dah lah aku ni penakut sikit nak jumpa Dentist.

Aku godek2 kat google pasal gigi geraham bongsu ni, biasanya dia akan keluar ketika umur kita 18 - 25 tahun.  So sekarang umur aku 24.  Memang dah kena sangat dah tu.  Dan biasanya gigi geraham bongsu atas tak banyak masalah, tapi gigi geraham bongsu bawah lebih rumit kerana tidak cukup tempat untuk keluar, terbenam atau keluar mencondong dan akan menyebabkan kesakitan yang melampau.

Harap2 lah gigi bongsu aku ni baik2 je kalau betul dia nak keluar.  Takot nak jumpa dentist.  :(



Petua Hilangkan Rasa Sakit Gigi
Cara cara menghilangkan sakit gigi : Rebus garam, air dan limau nipis yang di belah empat sehingga mendidih. Kemudian biarkannya sehingga suam dan berkumurlah sekerap yang boleh. Lakukan setiap hari sehingga sakitnya berkurangan.



Tuesday 29 May 2012

UMAR ABDUL AZIZ - BAYANGAN KHALIFAH AL RASYIDIN

Assalamualaikum.


Hari tu kan aku ada beli buku novel Umar Abdul Aziz.  Macam ni lah rupa novel tu.  


Aku menghabiskan masa 2 hari untuk menghabiskan novel ni.  Nak ikutkan 1 hari pun boleh sebenarnya, sebab aku kena balik Kluang minggu lepas, tak dapat la nak abiskan, plus novel ni tertinggal kat rumah.

Malam tadilah aku habis baca novel ni.  Sambil2 tengok tv aku bace.  Tapi bila dah baca novel ni apa rancangan kat tv tak masuk dalam kotak fikiran aku. 

Umar Abdul Aziz, Amirul Mukminin seorang pemimpin yang amat disegani bukan setakat oleh kaum muslimin tetapi juga yang bukan islam.  Aku amat mengkagumi ketokohan beliau dalam menjadi  pemimpin.  Beliau sangat adil dalam menjatuhkan sesuatu hukuman. Mempunyai isteri yang sangat taat kepadanya. Aku terfikir, kalaulah pemerintah Malaysia boleh melakukan apa yang Amirul Mukminin ini lakukan, Malaysia mesti menjadi sebuah negara yang aman, makmur, selamat dan tiada siapa yang miskin di Bumi Malaysia ini.

Aku menitiskan air mata disaat membaca saat-saat kematian Amirul Mukminin. Bagaimana seorang yang sangat baik dibunuh oleh orang upahan dikalangan keluarganya sendiri. Beliau telah diracun hanya kerana harta.

Sangat sebak sehingga aku menangis teresak-esak. Insaf menguasai diri. Kerdilnya aku nak dibandingkan dengan beliau. Imanku sebesar zarah.

Ya Allah, Umar Abdul Aziz memang layak mendapat syurgamu.






Pedas Linggi - Kuala Pilah

Alhamdulillah,


Hari ini aku dah start kerja balik.
Semalam memang perjalanan yang penuh dengan pengembaraan. Hee..
Tapi Alhamdulillah, kitorang semua sampai ke destinasi dengan selamat.


Kitorang stay rumah Kak Ct dulu malam tu.
Pagi sebelum gerak, aku tanya kat abg ipar aku, Daus agak2 jauh tak nak ke Matrik Kuala Pilah ni.  Dia kata dalam 40 minit camtu. So rancangnya nak lalu Simpang Ampat macam yang dalam map yang pihak Matrik bagi.  Tapi ayah Aling, Abg Mahat ada kawan opis dia orang N. Sembilan. Kitorang ikut jalan yang dia tunjuk by fone. Kami gerak dalam kol 7.45pg camtu.


Kawan Abg Mahat memang baik gila. Sepanjang perjalanan dia telefon dah sampai mana. Sampai bila tiba satu simpang ni dia macam tau2 je kitorang dah sampai situ dan dia suruh belok kiri.  Kalau dia lambat sikit mesti kitorang dah terlepas simpang.


Kitorang keluar tol Pedas-Linggi untuk ke Kuala Pilah. Jalan punya jalan, mak oiiii die punye jalan punyalah mencabar keimanan. Jalan memang muat untuk 1 kereta, dengan bengkak bengkok nye lagi. Paling kesian kat MyB, semput bila tiba kat satu bukit ni. Berhempas pulas dia meraung mendaki bukit tu. Siap ada tahi lembu kat tengah2 jalan. Memang terbaik. 


Masa dalam perjalanan meredah bukit2 tu, Abg Mahat cakap kawan opis dia kata, ramai orang tadah air gunung kat tepi2 bukit tu untuk buat ubat. Tapi kitorang tak berhenti pun. Lalu je.


Sampai je kat simpang tiga masuk ke Matrik tu, aku tengok kereta dari arah Bandar Kuala Pilah dah jem. Nasib baiklah kitorang lalu jalan tadi. Kalau tak kitorang pun mesti stuck sama.


Urusan Aling untuk pendaftaran kolej dan asrama siap dalam pukul 1 camtu. Penat gila + panas lagi. Fuh, berasap. Lepas makan semua, kitorang pun gerak meninggalkan Aling kat sana.  Study bebaik ye cayang.  :)


Lepas tu, aku hantar Kak Ani, Abg Mahat, Noh dan Aina ke Terminal 1, Seremban.  Sampai sana lebih kurang pukul 3.30ptg camtu.  Dah lama tak ke bandar Seremban, sesat sekejab.  Hehe. Pusing punya pusing jumpa dah.  Turunkan kat tepi jalan je sebab tak jumpa parking. Aku pun terus balik ke Putrajaya. 


Sampai Putrajaya pun dah petang, dalam pukul 4.30ptg. Lega semuanya dah selamat.


Noh mesej pukul 8.47 mlm cakap diorang pun dah sampai rumah. 


Belajar rajin2 ye Aling. 
Biar jadi doktor.. :)











Monday 28 May 2012

Kolej Matrikulasi Kuala Pilah

Assalamualaikum....


Ok seperti yang semua maklum. 
Arini aku akan hantar Aling pergi matrik.
Tapi masalahnya sekarang ni.
Aku sure tak sure je jalan nak pergi sana.
Hari tu aku pergi wedding tatin pun lalu Seremban.
Kalau dari Melaka lak lalu mana ek.
Memang pihak matrik ada bagi map.  Tapi yakin tak yakin jek ni.




Harap2 la aku tak sesat nanti.  ;)


Friday 25 May 2012

Ape dah jadi????

Argghhhhhhh......


Ape dah jadi dengan blog aku ni...
Tengok kat signature kat bawah tu..jadi nama penuh.
Aduh..ape aku dah godek2 ni..
Camne nak bagi dia kembali asal????
Arghhhhh hilang mood aku dah.. :(


Tapi aku suke tulisan baru ni..
Rasa macam budak sekolah pulak..hee


Tapi tak dapat nak menandingi rasa x puas ati aku ni..
Camne ni...nak tanye orang yang terror malu. 
Kang nanti diorang tau aku ade diari maya ni.


Waaaaaaaa.................




update : settle!! semua dah kembali kepada asal.  :)

"Ibu & Ayah, Raudhah di Hatiku Selamanya"_Cr. Hj. Hushim bin Hj. Salleh

Assalamualaikum....


Sapa kenal nama kat atas yang aku tulis tu.  Hee.  
Sapa2 yang rajin tengok ceramah Motivasi Pagi kat TV3 mesti familiar dengan nama tu kan.
Ha ni la tuan empunya badan. Handsome, kacak segak bergaya. Hee







So, pagi tadi aku telah mengikuti satu slot ceramah beliau di surau pejabat aku.
Untuk makanan rohani dan jiwa aku.  Lama dah tak menghadiri ceramah2 kerohanian disebabkan faktor kerja.


Apa yang boleh aku ringkaskan mengenai ceramah tadi;


Kita sebagai anak mesti tahu tanggungjawab kita.  Ibu bapa tidak mengharapkan harta dan wang ringgit sebagai balasan pengorbanan mereka membesarkan kita semasa kecil, tetapi dengan rasa kasih sayang yang kita tunjukkan itu sudah memadai bagi mereka.


Adap dan tingkahlaku perlulah dijaga.  Setiap titisan air mata yang gugur kerana sikap kita akan merugikan kita dikemudian kelak.


Sebagai ibu bapa pula, haruslah menunjukkan role model kepada anak-anak.  Bagaimana cara mendidik anak-anak begitulah layanan mereka kepada ibu bapa ketika dewasa.


Jangan malu untuk menunjukkan kasih sayang kepada anak-anak.  Belaian merupakan aspek penting dalam mempengaruhi jiwa dan perkembangan mereka.


Lepas habis sesi ceramah, beliau ada membawa koleksi buku-buku terbitan beliau kepada yang berminat.  Aku  jarang membeli buku-buku motivasi ni, so aku beli sampai tiga.


Perkahwinan & Keluarga_semakin hari semakin sayang
Anakku Sayang
Umar Abdul Aziz_penulis Abdul Latip Talib

Sebagai persediaan aku untuk menjadi isteri dan ibu nanti.  Hee



Kau ke utara..Aku ke selatan..♥


Assalamualaikum...


Wah, tajuk.  
Macam drama TV3 pulak kan.  Hee
Esok aku akan balik Johor.  Hantar Aling anak buah aku menyambung pelajaran di Kolej Matrikulasi Kuala Pilah.
Alan pulak akan ke ke Kedah.  Kawan tempat kerja dia kawin.
Tengok, utara selatan gitu kan.
Semoga perjalanan dan urusan kami dipermudahkan dan selamat sampai ke destinasi. Amin..




Sebelum aku dan Alan ke destinasi masing-masing, Alan ajak jumpa dulu. 
So, malam tadi aku dating dan berbuka puasa bersama Alan kat Karnival Himpunan Sejuta Belia.  Rasa macam lama dah tak jumpa.  Padahal baru 3 hari.  Hee
Kitorang sebelum ni memang selalu berjumpa, tapi sejak Alan duduk di Bangi, jarang-jarang dah.  
Almaklumla, dah jauh sikit.  Hee
Jalan-jalan kat sana, takda apa yang menarik.  Mungkin banyak booth dan gerai2 yang dah tutup @ belum bukak.  Kalau datang Sabtu Ahad sure meriah punya.  Tapi nak buat macam mana.  Masing-masing ada rancangan sendiri.


Minggu depan nak balik kampung lagi.  Kawan Alan kat Johor pulak kawin.  Sekali nak ambil album tunang.  Haris cakap dah 3 minggu siap.  Tak sabonyeeee.. :)

Thursday 24 May 2012

Rejab, Bulan Allah

Alhamdulilllah,


Hari ini dah masuk 3 Rejab.  Orang lain dah sibuk berpuasa, aku baru nak start.  Hehe.


Aku jugak nak berebut-rebut macam orang lain untuk mendapatkan ganjaran-ganjaran yang telah disediakan oleh Allah untuk setiap hambaNya.  Tapi untuk permulaan ini, aku berpuasa ganti untuk yang terpaksa di tinggalkan Ramadhan tahun lepas.  Buat yang wajib dulu.  :)


Banyak kelebihan kita berpuasa dalam bulan Rejab.







Diriwayatkan bahawa Nabi SAW telah bersabda:
“Ketahuilah bahawa bulan Rajab itu adalah bulan ALLAH, maka barangsipa yang berpuasa satu hari dalam bulan Rajab dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH SWT.
  • Barangsiapa yang berpuasa dua hari dalam bulan Rajab mendapat kemuliaan di sisi ALLAH SWT.
  • Barangsiapa berpuasa tiga hari dalam bulan Rajab, maka ALLAH akan menyelamatkannya dari bahaya dunia, seksa akhirat, dari terkena penyakit gila, penyakit putih-putih di kulit badan yang menyebabkan sangat gatal dan diselamatkan dari fitnahnya syaitan dan dajjal.
  • Barangsiapa berpuasa tujuh hari dalam bulan Rajab, maka ditutupkan tujuh pintu neraka Jahanam.
  • Barangsiapa berpuasa lapan hari dalam bulan Rajab, maka dibukakan lapan pintu syurga baginya.
  • Barangsiapa yang berpuasa lima hari dalam bulan Rajab, permintaannya akan dikabulkan oleh ALLAH SWT.
  • Barangsiapa berpuasa lima belas hari dalam bulan Rajab, maka ALLAH mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barangsiapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH akan menambahkan pahalanya.”


Sabda Rasulullah SAW: “Pada malam Mikraj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari ais dan lebih harum dari minyak wangi, lalu saya bertanya Jibril as: “Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?
Berkata Jibril as: “Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau dibulan Rajab.”
Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita:
Ketika kami berjalan bersam-sama Nabi SAW melalui sebuah kubur, lalu Nabi berhenti dan Baginda menangis dengan amat sedih, kemudian baginda berdoa kepada ALLAH SWT. Lalu saya bertanya Rasulullah SAW: “Ya Rasulullah SAW, mengapakan anda menangis?”
Lalu Rasulullah SAW bersabda: “Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kubur mereka, dan saya berdoa kepada ALLAH, lalu ALLAH meringankan seksa ke atas mereka.”
Sabda Rasulullah SAW lagi: “Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari saja dalam bulan Rajab, dan mereka tidak tidur semalam sahaja di bulan Rajab nescaya mereka tidak akan diseksa dalam kubur.”
Tsauban bertanya: “Ya Rasulullah SAW, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rajab sudah boleh mengelakkan dari seksa kubur?”
Sabda Rasulullah SAW: “Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan solat malam sekali dalam bulan Rajab dengan niat kerana ALLAH, kecuali ALLAH mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan solat malam satu tahun.”
Sabda Rasulullah SAW: “Sesungguhnya Rajab adalah bulan ALLAH, Sya’ban adalah bulan aku (Rasulullah SAW) dan bulan Ramadhan adalah bulan umatku.”
Semua manusia akan berada dalam keadaan lapar pada hari kiamat, kecuali para nabi, keluarga nabi dan orang-orang yang berpuasa pada bulan Rajab, Sya’ban dan bulan Ramadhan. Maka sesungguhnya mereka kenyang serta tidak ada rasa lapar dan haus bagi mereka.
KELEBIHAN BULAN REJAB
Beberapa hadis lagi Rasulullah saw menunjukkan kelebihan bulan rejab:
1. Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah memuliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari Qiamat.
2. Bulan Rejab bulan Allah, bulan Sya’ban bulanku, dan bulan Ramadhan bulan umatku.
3. Kemuliaan Rejab dengan malam Isra’ Mi’rajnya, Sya’ban dengan malam nisfunya, dan Ramadhan dengan Lailatul-Qadarnya.
4. Puasa sehari dalam bulan Rejab mendapat syurga yang tertinggi (Firdaus). Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.
5. Puasa 3 hari pada bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang yang menghalangnya ke neraka (panjangnya setahun perjalanan).
6. Puasa 7 hari pada bulan Rejab, ditutup daripadanya 7 pintu neraka.
7. Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga, dan menjadi orang yang pertama menziarahi Allah dalam syurga.
8. Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan ialah seperti kelebihan Al-Quran ke atas semua kalam (perkataan).
9. Puasa sehari dalam bulan Rejab seumpama puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari syurga.
10. Bulan Rejab Syahrullah (bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada-Nya. Puasa dalam bulan Rejab, wajib bagi yang berpuasa itu:
a. Diampunkan dosa-dosanya yang lalu.
b. Dipelihara Allah umurnya yang tinggal.
c. Terlepas daripada dahaga di akhirat.
11. Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan pada akhirnya, seperti puasa sebulan pahalanya.
12. Siapa bersedekah dalam bulan Rejab, seperti bersedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya pada setiap helai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjah, dihapus seribu kejahatan.

Insyaallah, untuk renungan kita bersama.  

Tuesday 22 May 2012

Persiapan Pertunangan

Assalamualaikum....

Lebih kurang seminggu lagi genap la sebulan aku menjadi tunangan Alan.  
Alhamdulillah, sepanjang tempoh ni tiada masalah yang berlaku antara kami.  Kami mengharapkan, hingga ke tarikh perkahwinan kami nanti tiadalah dugaan-dugaan berat yang perlu kami tempuhi. 
Semoga semuanya dipermudahkan olehNya. Amin.

Hari ini, aku nak mencoretkan pengalaman menguruskan persiapan majlis pertunangan aku. Aku mengidamkan majlis yang serba sederhana saja.  Almaklumlah, hanya majlis pertunangan.  Jemputan pun hanya saudara terdekat, kawan-kawan rapat dan jiran-jiran sahaja.

Sebenarnya, perancangan untuk bertunang ni dah lama. Rasanya start dalam bulan 5 tahun lepas macam tu.  Tapi kitaorang fikir lama lagi, so persiapan pun tak dibuat.  Mula-mula rancang nak buat bulan 12, tak jadi.  Tukar pulak bulan 3 anniversary kitorang pun tak jadi.  Lepas tu nak buat bulan 5, tak boleh jugak.  Last2 minute check kalendar, kami bersetuju memilih tarikh bersejarah 29/4/2012 (Ahad).  Mintak persetujuan kedua belah parent, diorang bersetuju.  Parent Alan memang tak kesah, diorang serahkan pada aku bulat2.

Dapat date tu pun sebulan sebelum majlis.  Mau tak terkejar kan.  Mane nak cari barang hantaran, buat gubahan, cari mak andam dan lain2.

Fuh, memang stress la time tu. 

Kita start dengan cincin dulu la ye.

Cincin ni kitorang dah cari awal.  Sebab yang ni kan mahal, so kalau keluar sekelepuk dengan barang hantaran lain mesti menangis. Hehe.. Cincin ni kitorang beli bulan 9, 17/9/2011.  Dua bentuk cincin kami pilih, untuk risik dan tunang sekali. Pastu simpan la kat rumah, sekali sekala berangan sekejab jari disarungkan cincin.  Haha.

Step kedua kami survey untuk andalam pulak.

Kami survey dalam bulan 2 kalau tak silap.  Yela budget nak tunang bulan 5 kan, rasa-rasa sesuai dah tu.  Cari punya cari kat Bandar Kota Tinggi semuanya RM 700++.  Fuh, mahal tu.  Last2 aku deside cari kat FB.  Jumpa ASH D ANDAMAN.  Siap mini pelamin+makeup+accesories+baju = RM 500.  Aku sangat puas hati dengan hasilnya.

Lepas tu barang hantaran.

Kami decide buat 7 berbalas 9.  
Hantaran pihak aku --->sireh junjung, cup cake, ipad, baju nikah, sejadah, kasut, set mandian, coklat dan samping
Hantaran pihak Alan --->sireh junjung, kek, baju nikah, cincin, telekung dan set mandian.
Gubahan hantaran aku buat untuk kedua2nya.  Penat otak cari idea.  Last2 siap jugak akhirnya.

Fotographer 

Yang ni pun cari kat FB jugak HMR FHOTOWORK.  Untuk majlis tunang hanya RM 450.  Berbaloi-baloi..hehe...haris datang sangat awal, dalam 12.30 tghari.  Takot sesat katenye walaupun dah bagi peta.  Hehe.  Hasil memang terbaik dan haris jenis yang tak kesah.  Sporting.  Kerja yang cepat.  Tapi album tak dapat lagi sebab belum sempat ambik takde masa nak jumpa haris lagi. 

Doorgift

Aku bagi simple2 je.  Ole2 sikit untuk semua yang hadir.  Coklat cadbury+air kotak+kek apollo+jajan jagung.

Makanan

Juadah di Majlis Pertunangan aku biasa-biasa saja.  Nasi Campur.  Lauknye Ayam Masak Merah, Labu Masak Lemak, Sayur Capcai, Sambal Belacan, Buah-buahan.  Memang aku decide nak hidang makanan kampung.  Serius bukan nak puji lauk sendiri, tapi bila aku makan, peh memang sedap sangat lauk2 yang mak n jiran2 aku masak.  Sumpah.  Aku makan ni pun dah malam sebab petang tu dah takda selera.  Rasa kenyang je.  Haha..

Okeylah, setakat ini dulu.  Penat dah taip ni.  Nanti aku share kan gambar2 kat dalam ni untuk tatapan diri sendiri jugak. Hehe..


Bagi tengok 1 dulu.  Adios.  Salam !






  






1st Entry









Alhamdulillah...


Selesai dah buat satu diari maya untuk diri sendiri. Sebenarnya ini bukanlah 1st blog aku,  tapi disebabkan sifat pelupa aku tahap dewa-dewa..tak dapat nak ingat nama n password blog lama..


Maka terlahirlah diari maya ni.


Harapnya diari ini akan menyimpan setiap detik kenangan hidupku selepas ini.


All the best ye MEAZRYNN.  Harap-harapnya aku bukan seorang yang hangat-hangat tahi ayam tuk menjadi seorang blogger ni..hee