Friday 29 March 2013

VIDEO : ASFAN_Tak Cuba Kembali

Assalamualaikum.

Ok, nak bagitahu aku tengah gila dengan lagu ni. Argghhhh kenapalah sedap sangat suara dia. Sedap sangat tambah pulak melodi lagu yang sangat best. Feeling2 terus dengar lagu ni. Hehe. 

Jom layan!!!



Nak bagitahu satu lagi sebab kenapa aku suka lagu ni. Hehe, sebab aku dengar Hubby nyanyi masa dalam kereta nak balik sini dari kampung ritu. Sama ooo suara dia. Serius.. dan terus meneruslah aku cair dengan lagu ni..Hihi....




Wednesday 27 March 2013

Mira, Mummy to be

Assalamualaikum.

Pagi ni aku dapat berita gembira housemate aku dulu, Mira dah pregnant. Dia kawin 9 Februari aritu, hmm  bunting pelamin la uollls kan. Hehe. Aku je belum ada rezeki lagi. Chaiok2 rynn, usaha tangga kejayaan. Hehe.

Mira dan suami, Rizal.
Suka sangat bila dengar kawan-kawan yang kawin dekat2 dengan tarikh kawin aku dah pregnant sumenye. Ada jugak la yang senasib dengan aku tapi aku pasrah. Boleh honeymoon lebih sikit dengan suami kan.

Dulu aku fikir senang je orang nak mengandung ni. Kawin je confirm mengandung. Rupanya tak semudah yang disangka. Selain usaha yang tak berbelah bagi, tawakal pada rezeki yang Allah nak bagi jugak penting. Kita dah usaha selebihnya kita berdoa dan bertawakal. Kalau Allah kata dah sampai masanya, InshaaAllah ada lah tu kan.

Cuma sebagai manusia biasa, walaupun orang kata aku baru lagi, baru 5 bulan kan tipu lah kalau aku kata aku tak sedih. Mengharap rezeki anak tu cepat sampai tapi belum jua kunjung tiba. Family dan kengkawan pun dah ramai yang tanya. Aku cuma jawab, In shaa Allah.

Masa mula-mula aku frust jugak la. Tapi sekarang aku lebih positif. Hubby jugak banyak bagi sokongan untuk kami menjalani hidup dengan lebih gembira. Yang penting jangan lupa untuk terus berusaha. 

Aku doakan semoga Mira diberi kesihatan yang baik dan diberi kemudahan dalam menjalani kehidupan sebagai bakal ibu. Bertambah-tambah lagi rezekinya dan bahagia dunia akhirat. Doakan untuk aku juge ye kawan. 


Tuesday 26 March 2013

DIY Baju Peplum

Misi menjahit baju peplum air tangan sendiri..hehe..
Hujung minggu ni nak buat pattern baju.
Harap2 la menjadi.
(^_^)


Demam

Assalamualaikum.

Harini mengupdate belog dengan keadaan badan yang tak berapa sihat. Dah 3 hari demam. Memula, masa kat rumah MIL sakit tekak je, bila balik sini terus demam. Memang dah boleh agak, aku kalau nak demam mesti dia serang tekak dulu. So, memang pasrah jelah. 

Ada jugak kengkawan opis yang suruh amik MC. Tapi aku ni jenis kalau dah teruk sangat baru pergi klinik. Memang dah terbiasa macam tu. Masa kecik-kecik dulu, kalau demam pun aku tetap pergi sekolah. Mak memang biasakan macam tu. Aku ingat lagi, masa aku darjah 3 kalau tak silap, memang aku demam panas, tapi masih pergi sekolah. Balik rumah pulak jalan kaki memang rasa nak pitam. Tapi aku gagahkan diri jugak. Dan sebab tu jugak aku tak biasa pergi hospital atau klinik.

So membawak la perangai tu sampai kerja, selagi boleh pergi kerja aku akan pergi jugak. 

Bila dah demam,
haruslah aku merengek-rengek kat Hubby.
Camni la rupa aku merengek kot. Hehe.

Baru baik dari sakit misteri minggu lepas dah kena serang demam pulak. Bersangka baik dengan Allah, mungkin ni salah satu cara Allah nak hapuskan dosa aku kan. (^_^) .


Friday 22 March 2013

VIDEO : TAUBAT DAN DOA

Assalamualaikum.

Jumaat yang penuh barakah, rasa ingin berkongsi lagi satu video yang aku rasa aku wajib kongsikan kepada pembaca blog ni. Aku tahu video ni dah banyak berlegar di facebook, banyak kengkawan fb yang share, tapi dalam hati aku nanti-nantilah tengok. Betapa lemahnya iman dalam diri. Mencari alasan bila hal berkaitan agama. Mana yang dah tengok tu Alhamdulillah, korang memang insan terpilih untuk mendengar, InsyaAllah akan terus memperbaiki diri kan.  


Kandungan ceramah dari Profesor Madya Dr Mohd Asri Zainal Abidin dalam video ni sangat menyentuh hati. Sedikit intipati dari video ini.

"hambaku itu tahu bahawasanya baginya Tuhan yang boleh mengampunkan dosa dan mengambil tindakan pada dosa dia,
Aku ampunkan dia, selagi mana dia ikhlas, 
bertaubat dengan sebenar-benar taubat"

"kamu doalah kepada Allah dalam keadaan kamu yakin kamu akan  diterima"

"ketahuilah Allah tak akan menerima doa daripada hati yang lalai dan alpa"

"Aku menyahut doa orang yang berdoa kepadaku
hendaklah mereka menyahut seruanku  dan beriman kepadaku
mudah-mudahan mereka mendapat petunjuk"

"Allah menghampakan hamba tidak sama sekali"


Terasa sangat kerdil diri ini, manusia yang tak lepas dari melakukan kesilapan. Ya Allah, sungguh kau Maha Pengampun. 



Wednesday 20 March 2013

Magic Whitening Repairing Cream


Hari tu beli Maixara, semalam beli Sabun Gluta + Magic Cream pulak. Semangat nak cantik kan muka. Hehe. 

Sabun gluta ni memang sabun harian aku pun. Sabun ni dah berapa minggu kehabisan kat rumah. Dalam beberapa minggu aku tak guna sabun ni aku pakai Safi Rania Gold je. Saja tak nak beli lagi sebab aku tengok muka aku macam dah immune dengan sabun ni. Jerawat tumbuh sesuka hati kan sejak 2 menjak ni. So tak nak kulit aku immune sangat dengan sabun ni aku jarak kan dulu.

Semalam aku order tengah hari tadi sampai. Yeay!!!.


Aku beli sekali dengan magic cream ni. Dah lama nak cuba krim ni tapi ntahlah macam malas. So disebabkan semangat nak cantik untuk suami, aku pun beli. Nak try 1 set, mana tahu hasilnya mengancam kan. Hehe.

Sabun memang dah terbukti bagus, krim pulak aku tak boleh nak cakap lagi sebab baru 1st time nak mencuba. Pape nanti aku update ye. 


VIDEO : Doa Taubat

Assalamualaikum.



Merdunya doa taubat yang dialunkan, menusuk hati nurani. Menitis air mata terbayang akan kekhilafan masa lalu yang telah aku lakukan. 

Ya Allah, ampunilah segala dosa dan kesalahan yang telah aku lakukan. Bantulah aku menjadi seorang hamba yang taat kepada segala perintahMu, suruhanMu, laranganMu. Bimbinglah aku, berikanlah aku, tunjukkanlah aku hidayahMu. Aku seorang hamba yang kadang kala lupa akan segala nikmat kurniaMu. Jadikanlah aku seorang hamba yang bersyukur dan redha dengan segala ketetapanMu. 

Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Agung lagi Maha Penyayang.


Monday 18 March 2013

Misteri Punya Penyakit

Assalamualaikum.

Hujung minggu aku dilanda penyakit aneh. Tak tahu nak cakap sakit apa, sendi-sendi tangan dan kaki ni rasa sengal aje, badan pulak rasa macam nak demam. Telan panadol nasib ok, cuma tu lah, sengal-sengal badan masih tak hilang dari hari Jumaat sampai ke harini. Nak bangun pagi memang rasa sakit, tapi bila lepas dah gerak-gerak badan kurang dah sakitnya.

Hari Sabtu, memang paling teruk sengal-sengal kat badan, tangan dan kaki. Aku berbaring je tengok tv, kadang-kadang merengek-rengek mintak Hubby urutkan. Dah terlantar, Hubby la yang buat kerja rumah. Dari kemas dapur, vacuum rumah, masak semua dia buat. 

Hari Ahad aku dah janji dengan opismate nak pergi 1 Million Women Purple Walk. Tak sedap pulak kan tak pergi, nak cakap alasan ape, demam, sakit badan, hmmm takpe lah aku kuatkan badan. Nasib dah kurang sikit bangun pagi tu. Nama event tu pun kan 'walk' so takda lah rasa sakit sangat kaki aku tu jalan-jalan sambil borak-borak, tapi berpeluh jugak la. 


Muka orang sakit yang macam tak sakit. Hehe

Balik rumah masak pulak. Sempat jugaklah aku buat donut sira sambal. Teringin nak makan, tapi aku malas nak buat donut tu, beli yang frozen punya tinggal sira je. Hehe. Hubby makan sampai menjilat jari. 



Harapnya cepatlah sengal-sengal badan aku ni baik. Nak genggam tangan pun terasa sakitnya ni. Kalau tak baik-baik nanti kena jugaklah aku pergi klinik. -_-"



Friday 15 March 2013

3.3.13_6 Tahun

Assalamualaikum.

Entry ni patutnya aku masukkan kat MEA 3.3.2013 haritu, tapi terlupa harini baru teringat.

Alhamdulillah, pada tarikh tu genap 6 tahun aku dan hubby berkawan, berkenalan, mengenali antara satu sama lain. Sebelum ni sambut sebagai kekasih, tahun ni sambut sebagai suami isteri. Harap-harap tahun depan sambut sebagai ibu ayah pulak. In Shaa Allah, doakan ye kengkawan.

Kami takda pergi candlelightdinner ke, kami just celebrate dengan kek coklat lembap aka Moist Chocolate Cake air tangan aku. Oh, nama omputih lebih membuatkan tekak terliur kan. Hehe. Dah lama aku save resepi nak buat kek ni, tapi oven takda. Bila dah ada ni, bolehlah aku korek resepi2 celah gerobok yang aku dah simpan tu. Hehe.




Saje letak ucapan tu kat situ sebab aurat. Hehe.
Apa yang penting Hubby sangat puas hati dengan kek ni. 


***
Semoga kehidupan kami sentiasa diberkati, dilimpahi kasih sayang, bahagia, kekal hingga ke syurga. ♥


Thursday 14 March 2013

URGENT - Jawatan Kosong_Clerk of Work

Assalamualaikum.

Kepada kengkawan yang masih tercari-cari kerja kosong, sesuai dengan kelayakan bolehlah mencuba. Mana tahu rezeki. Memang sangat-sangat urgent katanya ni. Detail seperti di bawah ye.

Jawatan : Clerk of work
Kelayakan : Diploma/ Sijil Kejuruteraan Awam
Projek : TNB di Segamat, Johor
- ada OT
- penginapan /kenderaan disediakan.
- gaji boleh dirunding

Tel : 0378450086 / 0378430653
Emel : info@vestech-projects.com.my


Selamat berjaya. (^_^)



Wednesday 13 March 2013

MAIXARA C-Sential

Assalamualaikum.

Harini aku nak share satu supplement yang baru aku beli dari fb. Namanya MAIXARA C-Sential. Sebab pertama aku nak cuba produk ni ialah aku suka packaging dia. Rasa macam sedap pulak strawberi tu kan. Hehe. Ramuan campuran yang terkandung dalam produk ni pun macam best. Antaranya Vitamin C, Kolagen Talapia dan Glutathione. Kolagen talapia? Apa tu?




1st time aku dengar tentang kolagen talapia dan aku pun buatlah sikit research pasal kolagen ni. Rupanya penyelidik dari UPM yang membuat kajian tentang kolagen talapia ni dan antara khasiatnya ia memelihara kecantikan kulit, mempercepatkan penyembuhan serta membantu memulihkan kekenyalan otot dan masalah sendi. Vitamin C dan Glutathione aku rasa semua dah tahu tentang kelebihan bahan-bahan tu kan.


Alang-alang nak beli aku beli sekali shiseido black mask.
2 sabun tu dapat free
.



Selepas mendapat keizinan Hubby, aku pon beli tru fb, Jumaat sebelum tengahari aku beli Sabtu pagi dah sampai. Memang sangat efisien si penjual dan pos laju ni kan. Tabik springgggg!! 

Aku pun baru makan 5 hari. Apa-apa feedback nanti aku update ye. 


Tuesday 12 March 2013

Aku VS Jerawat

Assalamualaikum.

Muka naik jerawat lagi. Sodih. Kejab hilang kejab datang. Ingat lepas beberapa bulan kawin ni pergilah jerawat ni membawa diri. Rupanya tak jugak. Sekali sekala dia merindui aku, dia datang. Kadang-kadang tu bawak sekali dengan kawan-kawannya 5 6 orang tolong memeriahkan muka aku ni. Sob sob.


Tapi tapi aritu sorang-sorang kawan jerawat pergi. Belek-belek muka kat cermin toilet, eh macam dah kurang la sambil senyum-senyum kambing..

Keluar toilet tanya kat Hubby, Syg...muka ayang ada kurang tak.

Hubby jawab, takde pun yang kurang, bertambah ada la.

Ha????bertambah???aku dah nak kecewa ni, aku tanya balik apa yang bertambah???

Sekali beliau jawab bertambah cantikkk.... 

What????Really??? kembang kempis dah aku. Heheheeee.... baru nak tarik muncung 15 inci kan.

Tak sangka beliau jawab jawapan spontan macam tu. 


***
Tiada apa yang lebih membahagiakan selain dari pujian Sang Suami.
Oh!!! bahagianya. 


Friday 8 March 2013

Kekejaman Pengganas Sulu

Assalamualaikum.

Sakitnya hati aku bila baca berita di utusan ni. Nak menitis air mata. Sampai macam tu sekali penceroboh tu buat pada pejuang-pejuang kita. Kurang ajar punya Kiram. Korang memang kejam. 

Sebelum ni aku ada dengar orang cakap-cakap tentang apa yang pengikut Kiram buat pada pejuang kita dan aku percaya sebab kalau dah namanya penjahat tu diorang sanggup buat apa saja, tapi bila Hubby tanya aku dapat sumber dari mana, terus aku terdiam.

Semoga pejuang negara yang terkorban ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. 

Al Fatihah.


LAHAD DATU 7 Mac - Ditawan kemudian dipenggal kepala merupakan antara kekejaman yang tiada tara dilakukan pengganas Sulu ke atas anggota keselamatan negara.

Bukan itu sahaja, seorang anggota pasukan keselamatan yang turut ditawan dirodok perutnya menggunakan parang Sulu atau barong sebelum dadanya dibelah dan dikeluarkan segala organ dalaman.

Badan wira negara juga ditetak sehingga bercerai beberapa anggota badan sebelum dicampak ke laut manakala ada antara mereka maut kerana kedua biji mata mereka dicungkil menggunakan senjata tajam.

Seorang lagi anggota pasukan keselamatan walaupun terselamat menjadi cacat apabila kedua-dua belah tangannya kudung akibat ditetak dan kepalanya dikelar menggunakan kerambit.

Kesemua wira negara itu diperlakukan sedemikian selepas diserang hendap pada 2 Mac lalu di Kampung Sri Jaya, Simunul, Semporna.

Perbuatan yang sangat sadis dan tidak berperikemanusiaan itu menimbulkan tanda tanya apakah mereka ini di bawah pengaruh dadah atau ilmu hitam.

Malah, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak juga menyatakan beliau amat dukacita apabila niat suci Malaysia untuk tidak membenarkan setitik darah tumpah di bumi Sabah dibalas dengan kekejaman oleh pengganas Sulu terhadap anggota keselamatan.

Dalam pada itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi Facebook hari ini mengesahkan, selepas operasi menyelamat dibuat anggota komando VAT 69, mayat anggota polis ditemui dalam keadaan diperlaku dengan penuh kejam.

"Apabila tiba di Kampung Simunul, pasukan polis diserang hendap oleh penceroboh. Enam anggota polis terkorban manakala dua yang lain cedera. Enam penceroboh bersenjata telah dibunuh pihak polis.

"Polis menghantar pasukan penyelamat untuk membawa keluar mayat wira-wira kita. Mayat anggota polis ditemui dalam keadaan diperlaku dengan kejam oleh penceroboh bersenjata tersebut," katanya.

Dalam serangan itu, enam anggota polis maut iaitu Supritendan Ibrahim Lebar, Asisten Supritendan Micheal Padel, Sarjan Baharin Hamit, Sarjan Aziz Sarikun, Koperal Salam Togiron dan Lans Koperal Mohd. Azrul Tukiran.

Semua mereka yang maut itu kemudian diberi kenaikan pangkat berkuat kuasa serta-merta sebagai menghargai jasa dan pengorbanan wira yang diumumkan sendiri oleh Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Terdahulu, pada 1 Mac lalu, pengganas Sulu juga bertindak keji apabila berpura-pura menyerah diri dengan mengangkat bendera putih sebelum menembak mati dua anggota komando VAT 69 dan mencederakan tiga yang lain di Kampung Tanduo, Lahad Datu.

Allahyarham Asisten Supritendan Zulkifli Mamat, 29 dan Sarjan Sabarudin Daud, 46, yang menyangka pengganas Sulu ikhlas kemudian bangkit daripada posisi meniarap menyebabkan kedua-dua mangsa maut ditembak di kepala. -UTUSAN




***
Ya Allah Ya Tuhanku...
Engkau lindungilah para pejuang tanah air yang berjuang mempertahankan bumi Malaysia yang tercinta. Sematkanlah semangat juang yang tinggi dihati mereka. Permudahkanlah urusan mereka agar tiada lagi korban nyawa.

Ya Allah Ya Tuhanku..
Engkau rungkaikanlah permasalahan yang melanda Malaysia. Semoga kedaulatan Malaysa terus terpelihara.

Amin.


GAMBAR : Majlis Persandingan Part 2

Assalamualaikum.

Ok, kita sambung lagi gambar-gambar di sekitar dalam dewan pulak ye. 
Pelaminku di celahan.
Pelamin yang simple tapi gojes. Hehe, puji pelamin sendiri.
Inilah kami. Azlan ♥ Sazrina



Sesi menepung tawar. My Father in Law yang ensem.
My Mother in Law yang cantik lagi baik hati.
Mak mertua abang aku, Ali.
Sesi makan damai. Memang aman damai sungguh. Hehe.




Lepas makan kita posing lagi.



Us with Mak dan adikku, Udin.
My Big Family. Sorang abang aku takde, Erol.
Dia dah salin baju time ni. 
Anak-anak buah kesayangan. Ramai lagi sebenarnya ni.
Kabur la pulak pic ni.
Hmm, copy from fb OP, camni lah jadinya. Hehe.


Banyak lagi sebenarnya, tapi aku pilih yang aku rasa aku patut masukkan jek la ye. Lepas ni gambar di majlis bertandang menyusul. Daaaa.....


Thursday 7 March 2013

Add FB @ Mukabuku

Assalamualaikum.

*tukar kata ganti diri kepada 'saya' kejab.. (^_^)

Untuk makluman kawan-kawan semua, saya ada meletakkan link fb saya di sini. Jika ada sesiapa yang ingin meng'add' saya sila maklumkan ye kengkawan dari blog. Sebab saya tidak meng'approve' orang yang tak saya kenali di fb. :)




Perancangan Allah sebaik-baik Perancangan


Sabarlah duhai hati..

Perancangan Allah adalah sebaik-baik perancangan..

Aku akan terus berusaha, berdoa dan bertawakal....


In Syaa Allah







Tuesday 5 March 2013

Friday 1 March 2013

Bunga Kincam Goreng Tepung_Cameron Highland


Lagi entry pasal Cameron Highland.

Orang kata kalau ke Cameron tak beli sayur2 segar kat sana memang rugi. Dah la murah. Kira aku pun tergolong dalam orang-orang yang rugi tu jugak la sebab aku pun tak beli sangat sayur2 kat sana. Hehe. Aku kalau hari bekerja ni jarang masak memasak. Takot lama sangat dalam peti ais jadi tak elok kan. So tak nak membazir aku tak beli. Hehe.

Tapi, disebabkan akak opis aku ni ada kirim sayur, aku pun beli la jugak. Dia kirim bunga kincam. 1st time aku dengar pasal bunga ni. Berbekalkan nama bunga ni aku pun aku terima pesanan dari dia. Tak teringat pulak nak google.

Sampai di Pasar Malam Brinchang tu terus aku cari bunga ni. Cari kat gerai2 jual sayur. Ha, yang ni la kot sayang. Macam ye je. Aku cakap kat Hubby. Sebab sayur tu aku tak pernah nampak. Tanya kat tuan kedai tu memang betul. Hehe. Terror kan aku.

Sebab aku 1st time nak cuba aku beli 4 peket saja. 1 untuk aku 3 lagi untuk akak opis yang kirim tu.

Malam tadi aku baru try masak. Aku buat kincam goreng tepung je. Sedap jugak rasa dia, manis-manis camtu. Ditambah salutan tepung yang rangup lagi sedap. Peh, hehe...


Ni la rupa bunga kincam tu. Katanya ni kudup bunga lily.
Masa kudup dia adalah sayur, dah  kembang jadilah dia bunga lily. Bunga lily tak boleh makan tau. Buat perhiasan cantik. Hehe.
Kincam goreng tepung.
Kalau korang nak tahu ni la 1st time aku buat goreng tepung ni, tepungnya sangat rangup dan sedap. Hubby pun cakap camtu. Hehe.
Yeay, aku dapat cipta resepi sendiri untuk buat goreng2 ni.
*Padahal aku main campur2 tepung je. Hehe.

Ok lah, selamat mencuba pada yang belum mencuba. Heheee.