Tuesday 14 August 2012

Merdeka Raya 2012

Assalamualaikum.

Fuh, berpeluh jugak arini nak mencari idea dan menghias pejabat untuk pertandingan Kibar Jalur Gemilang Peringkat Bahagian/ Jabatan di kementerian aku bersempena Kemerdekaan Negara ke 55 Tahun. Bahagian lain dah sibuk menghias dan ada yang dah siap, tapi bahagian aku masing-masing macam takda mood nak menghias. Sekali kena perli dengan KSU baru nak tergapah-gapah. Padan muka. Keh3.

Setiap bahagian dibekalkan dengan bendera. Mak datuk sekali dia bagi macam boleh balut 1 pejabat. Punyalah banyak. Sampai tak tahu nak gantung dan hias kat mana. Jangan ada yang buat baju raya sudah la ye. Keh3.

Gigih ye korang

Posing kejab

Mashi tukang buat butterfly.

Tahun ni jgk tahun ke 2 aku akan sambut besday dalam bulan raya. So maknanya aku akan sambut 3 event dalam 1 hari yang sama, besday, merdeka dan raya. Tahun lepas kalau tak silap raya ke 2 kot besday aku. Family aku buat suprise kek. Hehe. Tahun ni pulak, time besday aku kena pergi Perhimpunan Janji Ditepati Sempena Sambutan Kemerdekaan  ke 55 di Stadium Nasional, Bukit Jalil. Sambut besday kat sana la aku. Hehe. Sebenarnya aku rajin nak join ni sebab nak baju dia aje. Hehe.





No comments: