Wednesday 24 April 2013

Teka Teki Terjawab

Assalamualaikum.

Alhamdulillah.

Harini adalah hari yang sangat membahagiakan aku dan suami. Teka teki yang melanda kami beberapa minggu ni terjawab jugak akhirnya. Hari ni jugak merupakan permulaan di mana aku dan suami akan bergelar seorang ibu ayah, Ya Allah hanya kau yang tahu bagaimana perasaan kami ketika ini.

Bulan demi bulan kami tunggu akhirnya Kau kurniakan zuriat ini kepada kami, Kau dengar doa kami, Kau terima usaha kami. 


Cerita detail nanti aku ceritakan ye. :)



Tuesday 23 April 2013

Teka Teki Teka Tekuk

Assalamualaikum.


Sekarang ni aku dan suami berada dalam situasi berteka-teki. Panjang ceritanya. Nanti dah pasti aku ceritakan ye.

Harap-harap teka teki ni berakhir dengan kepastian yang mengembirakan.

InsyaAllah..


Thursday 18 April 2013

Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M)


Tadi pagi aku pergi majlis pelancaran PPA1M ni di Hotel Everly bersebelahan dengan Alamanda. Jalan kaki je uolllss. Dato' Seri Najib yang rasmikan. Ramai yang hadir, semua penjawat awam seperti aku. Rumah ni dibina memang untuk yang bekerja di Putrajaya sahaja. Negeri-negeri lain dengarnya akan dibina jugak.



Kalau nak beli rumah area Putrajaya, Bangi dan sekitar memang kena fikir 2 3 kali, 5 6 kali pun takpa. Mahal kau, tak mampu mak. Hehe. So dengan PPA1M ni, orang kata masih mampu dimiliki oleh golongan seperti aku.

Syarat-syarat pembelian rumah PPA1M, 
  • Warganegara Malaysia
  • Pendapatan isi rumah bulanan tidak melebihi RM8,000.00
  • Mestilah Anggota Perkhidmatan Awam dan Badan Berkanun Persekutuan
  • Berkhidmat di Putrajaya
  • Tidak muflis

Harga rumah PPA1M dikategorikan kepada 3,
  • 1000sf  = RM 150,000.00 - RM 220,000.00
  • 1200sf  = RM 221,000.00 - RM 260,000.00
  • 1500sf  = RM 261,000.00 - RM 300,000.00

Dan yang paling menarik semasa ucapan Dato' Seri Najib, beliau beritahu projek akan siap dalam tempoh 18 bulan berbanding perancangan awal 36 bulan. Fuh, cepat gila kan. Dan 1 lagi, bayaran bulanan akan bermula apabila rumah siap dibina nanti.

Pemilihan pembeli pulak dibuat secara undian. Doakan aku ye kawan-kawan.



Nak info lebih boleh terus ke laman PPJ ye.


Yeayyy..berat dah naik..

Assalamualaikum.

Arini nak cerita pasal berat la. Hihi, sebenarnya aku happy sangat, haritu aku timbang berat, lepas makan pulak tengok-tengok berat aku dah 44kg. What?? 44kg?? biar betul ni, hehe. Aku bagitahu Hubby, dia kata lepas makan memang la berat naik. Hmm, ye tak ye jugak ek. Hubby cakap nanti perut dah senang-senang baru timbang balik. Ok.

Semalam balik kerja teringat nak timbang, timbang punya timbang 44kg jugak. Terus panggil Hubby tengok betul tak bacaan kat timbang tu. Ha'a memang betul. Memang melonjak kerianganlah aku kan. Hehe.

Punyalah susah nak naik berat, sebelum ni maintain 41 - 42 je. Caye tak. Huhu. Ni dah naik 44 rasa macam tak percaya,  kena maintainkan sebab badan aku ni jenis cepat turun jugak.

Agak-agak boleh tak aku capai berat idaman, 48kg. Hihi..ada lagi 4 kg nak kena tambah. Tengok angka 4 tu memang macam sikit kan. Tapi.......hoho, kena telan gula 4 kg kot baru dapat. Heheheheeeee.....

Ha tengok BMI korang, normal tak. :)

Monday 15 April 2013

Video : Gwiyomi Song

Assalamualaikum.

Semalam baru balik dari kursus di Perak, arini kepala pening sangat. Ntah kenapa ntah.

Tapi bila tengok video ni kurang sikit peningnya, sebab tersangatlah cutenye perempuan ni dengan Gwiyominyeee..

Jom tengok...


Tak silap aku Gwiyomi ni berasal dari Korea, tapi banyak-banyak video Gwiyomi dalam Youtube, yang ni aku rasa paling comel, Thailand mari. Hehe.

Kalau ada sesiapa yang nak buat muka comel macam perempuan tu, boleh ikut gambar ni k. Bye2.


gwiyomi dance guide


Thursday 11 April 2013

Ya Allah Kau Permudahkanlah Semuanya

Assalamualaikum.

Pagi tadi aku dapat call dari mak, kakak aku, Kak Ct nak bersalin. Terkejut aku sebab due bersalin dia bulan 5 nanti, aku terus call Kak Ct, dia kata memang dah rasa tanda-tanda nak bersalin. Kalau nak ikutkan kata akak aku dia ada sebulan lebih lagi, baby tak sabar nak keluar agaknya, masa aku telefon pun dia dah dalam perjalanan nak ke hospital Mahkota Medical Centre di Melaka. 


Masa ni Kak Ct pregnant anak sulung.

Rupanya baby dalam perut Kak Ct songsang, tambah pulak baby tak cukup bulan, so hospital swasta tu tak sanggup nak buat diorang suruh refer kerajaan. Ya Allah, berdebar jantung aku dengar, sebab dalam family aku semua bersalin normal, anak sulung Kak Ct pun normal, tapi bila dengar akak aku nak kena caesar, takut pulak. 

Tadi abang ipar aku, Daus call katanya akak aku dah masuk bilik operation. Ya Allah kau selamatkanlah kakakku dan baby, semoga pembedahan berjalan dengan lancar dan selamat. Amin. 


Wednesday 10 April 2013

Mee Bandung Special FIL

Assalamualaikum.

Heaven sangat semalam balik-balik kerja FIL dah masakkan 2 mangkuk mee bandung atas meja untuk kami berdua. Sedap wooo air tangan FIL aku ni, boleh bukak restoran. Hehe. Yang bestnya aku tak reti makan sotong getah, FIL beli sotong biasa untuk campur dalam mee bandung aku. Nampak2, special kan di situ. Hehe.


Ala-ala macam ni la rupa mee bandung tu.
Tak sempat nak snap pic, habis masuk perut.

Sebenarnya malu nak snap pic, kang ade MIL n FIL aku fikir buang tebiat apa menantu dia ni amik2 pic makanan. Hihi.
Sumber : pacik gugel.

Ni MIL, FIL dan SIL dah balik kampung semula. Pagi tadi mintak permission boss nak hantar diorang ke TBS. Sabtu dan Ahad lepas bawak diorang jalan-jalan ke Cameron Highlands. Dah lama MIL nak ke sana, baru berkesempatan. Honeymoon ritu tak boleh kacau daun kan. Hehe. Tapi kali ni rasa macam kurang best pulak. Mungkin sebab kitorang dah pergi, so semangat nak berjalan tu dah kurang. Hehe.

Pada aku Cameron ni takda apa sangat pun. Pergi sekali pun dah cukup, balik-balik tengok ladang strawberry. Kali ni aku duduk apartment kat Taman Royal Lily, cari kat mudah.my. Tu nanti aku cerita lain entry ye. Apartmentnya dari luar macam seram, dah masuk rumah wow cantik. Sesuai dengan harganya. Hehe.

Balik ni Hubby mintak mee bandung lagi, lebihan barang semalam ada lagi memang boleh buat. Tapi rasa sama atau tak macam FIL masak tu tak tahu lagi. Heheheheeeee. Kalau tak sedap telan jek la syg ye... 

Tuesday 9 April 2013

Muka terselit d' HMetro & Utusan

Assalamualaikum.

Tadi pagi aku dapat chat dari Umi, bff aku katanya muka aku masuk paper. Really??? Dia kata husband dia yang call tanya aku kerja mana sebab nampak macam muka aku kat paper Metro tu. Beria-ia husband Umi ni kan, teruja agaknya kawan isteri dia masuk paper. Heheheeeee.....

Glamour kejab mak..

Ni la gambar yang dicapture oleh wartawan HMetro tu...

Ha, nampak tak I yang mana satu???Hehe

Ni pulak aku baru copy dari fb kawan aku, Ita. Yang ni kat paper Utusan Malaysia pulak. Hehe.

Lebih jelas kan.
Beso betul aku senyum sampai penuh gigi nampak. Hihi

Monday 8 April 2013

APC - Anugerah Perkhidmatan Cemerlang

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, rezeki setelah berkhidmat hampir 5 tahun di KeTTHA, harini aku telah diberikan penghargaan yang ditunggu-tunggu oleh pegawai kerajaan iaitu APC, Anugerah Perkhidmatan Cemerlang. Cemerlanglah sangat kan. Hehe. Berdebar-debar nak naik pentas sampai sebelum dan selepas naik pentas aku ke toilet. Kengkawan batch yang sama lapor diri pun dapat, Mira dan Ita, Nurul pulak dapat Anugerah KSU. 

Alhamdulillah...

Sayang sangat hp aku tertinggal kat opis, so tak bolehlah nak berposing sakan. Hehe. Yang bestnya walaupun aku dah 5 bulan kawin ni masih ada yang cakap seri pengantin tak hilang lagi. Wohoooo dasyat, kembang kuncup sekejab. Hihi. 

Tadi jugak ada sorang boss ni amik gambar aku sebab berkenan sangat dengan design baju yang aku pakai, baju ni ala-ala peplum. Agaknya dia nak tiru design ni kot. Aku beli baju ni kat The Mines semata-mata nak naik pentas, kat bahagian aku ni kalau dapat APC memang tradisi beli baju baru.


Kat opis baru dapat snap pic.
Ni pun snap nyorok-nyorok kat stor aka tempat solat. Malu. Hehe.

Oklah, semoga dengan penganugerahan ni, aku lebih efisien dalam menjalankan tugas yang telah dipertanggungjawabkan. Kurangkan kontroversi tingkatkan prestasi. Bye!!!


Friday 5 April 2013

Kayuhan Patriotik 1 Malaysia

Assalamualaikum.

Walaupun sepatutnya entry ni dipost semalam, tapi tak kira nak post jugak walaupun macam agak dah basi. Hehe. Dapat saja emel jemputan dari pihak pengurusan kementerian mengenai program ni, aku, kak akma dan kak rosni semangat nak join. Dapat emel terus respond yes. Tak kira nak join jugak. Hehe. Dapat kelulusan boss kami pun lompat-lompat katak. Eh!. 

Dipendekkan cerita, sampailah hari yang ditunggu-tunggu. Huh, driver yang bawak kami ke tempat event cakap dapat basikal free. Oh, seriuskah??Kami pun rasa nak lompat katak lagi sekali. Tengok orang beratur punyalah panjang nak dapat basika free tu. Beratur lebih kurang setengah jam, habuk pun tarak. Ada yang cakap urusetia yang uruskan pengagihan basikal tu dah lari. Tak terkawal katanya sebab terlalu ramai orang.

Hampa disitu. Nasib pihak kementerian memang dah sediakan basikal sewa untuk peserta kementerian kami. 

Haha, yang tak boleh blaa nye, tak sampai 5 minit program bermula, aku pun memulakan kayuhan dengan lemah gemalai sambil mengibar-gibar bendera Malaysia, sekali PAPPP!!!..Eh, asal tak boleh kayuh ni, tengok bawak pedal sebelah kiri tercabut. Hahahaaaa...orang ramai yang tengok kat tepi-tepi jalan semua dah ketawakan aku. Makkkk...malunya. Hahahhaaaaaa..nasib jalan tak jauh lagi, patah balik kat tempat kami ambil basikal tu suruh diorang betulkan balik. Nasiblah diorang berdua sanggup menemani aku yang tersipu-sipu malu. Hehe. Thanks kakak2 sekalian.

Basikal dah ok, kami bertiga mulakan perjalanan balik, tapi kami memang dah kena tinggal jauh. So kami pun jalan-jalan cuci mata je  la kat tepi tasik tu. Nasib tak baik lagi, basikal kak akma pulak tercabut pedal. Hahahhaaaa...memang malang betol nasib kitorang haritu. Basikal free tak dapat, basikal sewa pulak buat hal. Keh3.

Kami pilih laluan CERIA.

Nilah basikal yang buat pasal tu. Grrrrrr......

Me + Kak Akma + Kak Rosni
Pape pun, kami sangat enjoy.... :)

Thursday 4 April 2013

Bahana Pakai Tudung Baru Arini

Assalamualaikum.

Pagi ni kat opis ada bacaan yaasin, pada kebiasaannya kami buat hari Jumaat tapi disebabkan kat kementerian aku sekarang ni setiap Jumaat diadakan bacaan Yaasin untuk wira-wira Lahad Datu so boss mintak ubah hari ni.

Aku nak cepat pagi tadi sebab kelewatan kepenatan semalam join Kayuhan Patriotik 1 Malaysia, so terus sarung tudung indon tu. Memang jarang-jarang sangat la aku pakai tudung pattern ni pergi opis, boleh dikiralah sepanjang dekat 5 tahun aku kerja sini. Aku adalah penggemar tudung bawal ye. Hehe. Aku rasa kalau pakai tudung indon ni aku nampak tua pulak.

Lepas sesi bacaan Yaasin tu, aku terus masuk bilik. Boss terus jumpa aku dan cakap macam ni.


I ingat u takda harini. 
Masa baca Yaasin tadi I cari u, tengok-tengok u takda. 
Tapi I pelik, macam ada sorang pegawai baru. 
Duduk sebelah Puan Liza. Tapi I tengok macam adik Puan Liza, 
I fikir Liza bawak adik dia datang opis. 
I fikir lagi agaknya ada pegawai baru lapor diri join baca Yaasin kot. 
Dekat setengah jam jugak I fikir sambil baca Yaasin tu. (kantoi tak khusyuk kan)
Sekali I teringat baju yang orang tu pakai. 
Laaaaa, u rupanya. 
Macam manalah I boleh tak kenal PA I sendiri.
Siap I terfikir nak tanya cc lepas habis baca Yaasin tadi, nasib tak tanya kalau tak malu je.. 
Hahahaaa, boss boss.
Ntah2 boss dah nyanyuk kot. Hehehheeee..

Aku tergelak dengar dia cakap macam tu, aik lain sangat ke muka aku ni. Lepas baca Yaasin macam biasa ada makan-makan sikit. Kak Mas cakap memang muka aku sejak 2 3 hari ni nampak lain. Seri dia lain macam. Dia kata ntah2 dah ada baby kot dalam perut aku ni. Ntah la tak berani nak mengia dan menidakkan. Setakat ni belum cek lagi. Tapi mengharap ia ada. Hehe. 

Kak Sue pun cakap macam tu, masa baca Yaasin pun dia cari aku tapi tak jumpa. Ingat aku takda, sekali baru dia perasan aku ada selang sorang je dari tempat dia duduk. 

Hohohooo, lain sangat agaknya aku pagi ni. Sampai diorang betul-betul tak kenal. Ayoyoyoooo....


Sama je kan tengok nye.
Cuma pada mata aku kalau pakai tudung indon ni muka aku nampak lebih matured.
Tak nak tak nak... Hehe

Tudung pepel jugak gambar terbaru aku, arini punya gambar la kan. Hehe. Tengok jerawat-jerawat banyak je tumbuh. Masih dalam proses pemulihan dengan cream magic gluta. Tudung cream pulak masa muka tengah ok pakai sabun gluta + cocoa pulmer. Oh rindu dengan wajah itu, kalau magic cream gluta tak dpt menyembuhkan muka aku, mesti beli cocoa pulmer balik.



Wednesday 3 April 2013

Parlimen dibubarkan hari ini

Assalamualaikum.

Akhirnya penantian seluruh rakyat Malaysia mengenai pembubaran parlimen telah berakhir hari ini apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib mengumumkan pembubaran tersebut sebentar tadi. Hujan telah mengiringi pengumuman Datuk Seri di Putrajaya. Terdetik dalam hati, eh jarang hujan pagi-pagi macam ni di Putrajaya sejak 2 menjak ni. Apakah ini petanda rahmat ataupun sebaliknya, hanya Dia saja yang tahu.

Dan tahun ni jugak merupakan kali pertama seumur hidup untuk aku pergi mengundi, sebelum ni tak layak lagi. Hehe. Daftar pun dah daftar, InsyaAllah aku akan tunaikan tanggungjawab aku sebagai rakyat Malaysia. Kepada kengkawan lain juga mana yang dah boleh mengundi jom kita pakat ramai-ramai tunaikan tanggungjawab kita ya. 1 undi boleh mengubah masa depan negara.





***
Ntah kenapa, aku rasa sayu atas berita pembubaran ni. 


Monday 1 April 2013

Filem G.I Joe Retaliation

Assalamualaikum.

Plan nak tengok filem ni hari Sabtu, sekali Alamanda punyelah ramai orang. Tiket pulak tak beli, dah ada kemudahan beli online tak nak guna kan, kami beratur la jugak. Kami beratur dalam pukul 3 lebih kot, yang tinggal tiket tinggal pukul 1.00am je. Mak aih, tak larat la nak tengok time tu. Last2 kitorang beli untuk hari Ahad, tiket pkul 3.40pm.

Hari Ahad pun ramai jugak orang kat Alamanda, tapi tak kesah sebab dah ada tiket kan. Hehe. Pusing keliling cari parking, nasib ada. 

Hubby la yang ajak beria tengok filem ni. Memula aku macam tak heran sangat, tapi bila aku tengok G.I Joe yang lama tu kebetulan ada kat tv, tak ingat channel mana terus aku jatuh cinta. Boleh tahan gak cerita ni. Last2 aku pun jadi beria. Hehe.



Fuh, memang tersangat best filem ni. Korang mesti tengok. Aku bagi 9/10. Banyak aksi-aksi mendebarkan dalam filem ni. Aku nak cerita sinopsis pun banyak dah blog lain cerita kan. So, aku malas la. Boleh?Hehe. Tapi memang aku recommend korang tengok filem ni, pasti tiada penyesalan. Hehe...