Thursday 12 February 2015

Tempoyak Ikan Patin Resepi Turun Temurun

Haaaaa......

Tajuk tak menahan. Macam la awak tu orang Pahang kan. >,<

Sebenarnya dah seminggu Hubby beli ikan patin, tersimpan je dalam freeze tak sempat2 nak masak. Hari Isnin lepas aku cuti, Areesh demam lagi so aku gunakan kesempatan untuk masak ikan patin. Macam biasa sesi pencarian resepi terbaik. Ngeh3. Google punya google aku tertarik dengan resepi patin tempoyak 5 bahan. Katanya resepi asli orang Pahang. Ni aku main ingat2 je la ye resepi tu, tak jumpa pulak aku tengok kat mana resepi tu aritu. 

Resepinya lebih kurang macam ni ye..

Bahan2,

  • 1 ekor ikan patin
  • 3 sudu tempoyak
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 batang cili merah
  • 4 biji cili api
  • Segenggam daun kesum
  • 3 cawan air
  • Eh, kata 5 bahan je..ni dah 7..hehe 


Cara2,

Kisarkan kunyit, cili merah dan cili api menggunakan blender. Tak payah lumat sangat pun takpa. Tapi aku blend macam tak berapa sebati aku tumbuk pulak guna lesung. Baru ok.


Kemudian gaulkan tempoyak ke dalam bahan2 tadi hingga sebati.

Ambil periuk, masukkan bahan tadi dan tambahkan air. Aku masak kuah ni hingga betol2 masak. Ikan aku masukkan kemudian tak nak bagi ikan hancur. Isi ikan patin kan lembut.

Nasib baiklah ikan patin ni tak hanyir. Aku basuh ikan patin dengan limau sambal dulu, lepastu basuh dengan tepung pulak.


Dah masukkan ikan, masukkan daun kesum. Agak2 ikan dah masak tutup api. Jangan lupa bagi garam secukup rasa ye. Kang tawar pulak. Macam biasa aku mesti letak gula sikit. Jawa katanya kan. 


Sayur dengan telur tu Hubby yang masak.
Aku melayan Areesh pulak.

Macam biasa, testimoni dari Hubby. 
Sodapp banget katanya, lagi sedap dari cafe kat opis aku ni. Hik3. Sebelum ni aku pernah bawak balik lauk patin untuk dia, tu yang dia cakap macam tu. Haha, kembang semangkuk mak... 


PPA1M Fasa 2

Assalamualaikum.

Saja nak uar2 kan kepada penjawat awam yang memenuhi syarat tetapi masih belum memohon PPA1M ni boleh lah memohon untuk fasa 2. Dan yang lebih canggih, fasa 2 ni permohonan dibuat tru online. Lebih mudah dan cepat. Korang boleh lawati laman web ppj atau Perbadanan Putrajaya.
Sumber : Facebook Perbadanan Putrajaya
Cerita pasal PPA1M ni, Alhamdulillah permohonan aku berjaya. Masa dapat keputusan ni aku tengah berpantang. Terkejut oo tengah rehat2 layan baby dapat sms permohonan aku berjaya. Menggigil tangan. Hahahahaaa.. Ntah pape kan. Macam dapat award ape je. Hehe..




Aku berjaya untuk undian Siri 4 yang telah dibuat pada 26 Jun 2014. Lokasi perumahan ni di Presint 6. Rezeki anak. Yelah, sekarang ni nak beli rumah dengan harga yang aduhai macam tak mampu je. Lagipun buat masa sekarang aku memang selesa duduk di Putrajaya. Aman damai, tak perlu nak tempuh jem, nak pergi kerja pun dekat, nak shopping pun senang. Hee.. Hubby pulak ada apply rumah untuk anak2 Felda. Harap2lah dapat, tak risau la masa pencen nanti nak duduk mana. Haha, pencen terus, 10 tahun pun belum lagi berkhidmat dah fikir pencen. Hik3.

Wednesday 11 February 2015

Lasagna Nyum2

Assalamualaikum.

Hujung minggu punya cerita. Projek memasak lasagna. Ni merupakan kali ke dua aku masak lasagna. 1st time masak menjadi la jugak, cuma tak cukup lapis, loyang beso sangat. Agak terkecewa di situ. So kali ni buat aku siap2 beli bekas aluminium tu. 

Senang sangat masak lasagna ni, sedap pulak tu. Jom kita try, meh aku share resepi ye.

Bahan 1,
Kepingan lasagna
1 bungkus daging kisar (aku guna daging burger)
1 tin Prego 
1 tin Cendawan butang
1 biji Capsicum
Mozzarella chesse (aku guna pizza topping je)
1 biji Bawang holland
Garam
Gula (orang jawa memang tak boleh tinggal ni)
Serbuk Origano (takda pun takpe)

Antara bahan-bahan yang aku guna.
Langkah pertama : Tumis bawang agak2 naik bau kemudian masukkan daging burger. Biasanya orang guna daging kisar kan, aku lain sikit. Hubby dan Idah cakap lagi sedap guna daging burger sebab daging tu sendiri dah ada rasa. 
Agak2 daging dah masak masukkan cendawan butang yang dah dipotong kecil dan capsicum sekali. Kemudian masukkan prego. Masukkan sikit serbuk origano.
Kacau sebati, dah cukup rasa, daging pun dah masak tutup api. 

Bahan 2,
500 ml susu segar
2 sudu tepung
2 kepping cheddar cheese
2 sudu butter

Cairkan butter, kemudian masukkan tepung. Kacau sebati masukkan susu.
Akhir sekali masukkan cheese. Masak sehingga agak pekat.
Tutup api.
Langkah seterusnya, panaskan air. Masukkan minyak sedikit ke dalam air. Celurkan kepingan lasagna sehingga lembut. Hati2 ye jangan sampai terkoyak.

Semua bahan dah ready, kerja untuk melapis2 pulak. Sebelum tu panaskan oven pada suhu 180C. 

Sapukan butter pada bekas aluminium untuk elakkkan lasagna melekat pada permukaan bekas. 

Lapisan pertama letakkan kepingan lasagsa diikuti dengan daging kemudian susu. Ulang sehingga penuh. Akhir sekali taburkan cheese. Lagi banyak lagi sedap.

Taraaaaaaaaaaa..tunggu masa untuk dimasukkan ke dalam oven. Bakar dalam suhu 180C selama 25 minit.
Akhirnya...nyum2..
Hubby cakap tak pernah makan benda pelik tapi sedap. Haha.
Siap suruh aku berniaga lagi. Hik3, ada ke yang nak beli. Kui3...

Puas..
Tiada yang lebih membahagiakan selain melihat orang makan masakan kita dengan penuh berselera.

Oklah, selamat mencuba. :)



Friday 6 February 2015

Panik

Assalamualaikum.

Semalam Areesh saja buat aku panik. Ambil dari rumah ummi aka pengasuh, Ummi cakap Areesh dah 2 kali muntah. Dukung pun terlentok je. Ingat tak nak panik lah, balik rumah sampai 3 kali muntah aku tak boleh dah, kang jadi pape lagi susah kan. Telefon Hubby, kebetulan pulak malam tadi xboss dia belanja makan. Hubby suruh aku bawak Areesh pergi klinik dulu nanti dia datang. 

Aku pun terus tukar baju sebab kena muntah tadi, bawak Idah sekali teman. Aku pergi Klinik Pakar Wanita dan Kanak2 Kasih kat Presint 15. Tak lama tunggu nama kena panggil, sekali Areesh ok. Ok terus sihat walafiat. Boleh mengomel2 macam biasa, senyum2, gelak2. Tapi dah alang2 sampai jumpa jugaklah doktor. Suka aku jumpa doktor lelaki ni, dia ramah so takdelah kita rasa macam kekok ke apa kan, lupa pulak nak tengok tag nama doktor tu. Doktor cakap takda apa, mungkin keracunan makanan. Tengok dah sihat doktor bagi ubat probiotik n air garam. Kalau cirit baru bagi air garam tu, kalau tak doktor cakap tak payah. Sabar je lah ibu ni nak. 

Muka budak tak sihat.

Dah nak masuk sembilan bulan ni makin panjang dah akal Areesh. Seronok tengok setiap perkembangan Areesh hari-hari, jadi anak soleh ye syg.


Thursday 5 February 2015

Ayam Teriyaki

Assalamualaikum.

3 minggu lepas kot, Hubby request ayam teriyaki dan miso sup. Aik jepun sungguh selera beliau kan, aku tak pernah la makan ayam teriyaki dan miso sup ni, tapi dah permintaan suami wajiblah ditunaikan ye tak. Hehe. Macam biasa tak tahu kena tanya, so jangan ribut2, macik gugel kan ada. Hehe.

Siap tengok resepi, bahan untuk masak ayam teriyaki ni semua ada kat dapur dah cuma nak buat miso sup tu kena beli bahan2 dia. Pelik2 je nama bahan tu sebab dalam bahasa jepun kan. Cari kat Jaya Grocer kat Bangi Gateway tu tak jumpa pulak. Hmm, cuma beli rumpai laut tu je. Nak pergi cari kat Jusco malas. Yang bagusnya Jaya Grocer ni kan, kalau makanan pelik2 tulisan korea ke jepun ke dia tulis siap2 kalau kandungan dalam tu ada alkohol ke apa. So kita tak lah bimbang kan. Halalan Toyyiban. 

Panjang dah bebel, meh tengok resepi ayam teriyaki ni ye.

Bahan-bahan:

  • Dada ayam dipotong kecil (kuantiti ikut suka nak banyak mana)
  • 3 sudu madu
  • 4 sudu kicap manis (kicap biasa pun boleh)
  • 1 sudu gula perang
  • 3 inci halia, diparut
  • 3 biji bawang putih, diparut
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu minyak bijan


Cara-cara:

  • Campurkan semua bahan-bahan dan gaulkan hingga rata, kemudian perap lebih kurang 1 jam dalam peti sejuk. Aku perap dalam 15 minit pun dah sedap. 
  • Panaskan non-stick pan dan panggang. Jangan lupa balik2 kan ayam bagi masak sekata. Kalau potong kecil2 cepat je masak.
  • Masak sampai kuah perapan tadi dah jadi macam karamel sikit bolehlah angkat.

Hubby kata ayam ni rasanya sama macam kat food court tempat kerja dia. Kembangggg sekejab. Hehe.

Miso sup pulak tak jumpa bahan, so aku buat sup ayam biasa je. Tumis bawang putih, merah dengan halia yang dah ditumbuk. Masukkan sikit tulang2 ayam dan air. Masukkan lobak merah dan saderi sikit. Tak payah letak rempah segala ye, cuma guna kiub ayam. Sup dah masak masukkan rumpai laut. Siappp.. 


Rasa rumpai laut tu yang buat sup ni rasa lain. Sedappp.

Dua hari berturut-turut kalau tak silap aku masak menu ni. Hubby kalau dah suka, hari-hari pun dia tak kesah. :)