Wednesday, 31 October 2012

VIDEO KLIP : Hazama AKU MAU DIA (ost APA CELOP TOQQ)


Sekarang aku tengah gila dengan lagu ni.
Plus aku memang minat dengan Hazama.
Minat je tau En. Hubby, not Mr. Bambam dah. Hehe..
Jom layan...







Tuesday, 30 October 2012

Alhamdulillah..detik itu

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, aku sudah bergelar isteri yang sah kepada 
Mohd Azlan bin Rasol dengan sekali lafaz. 

Tanggal 26 Oktober 2012 merupakan detik indah 
buat kami berdua.

Tiada kata yang mampu aku luahkan saat itu..
Hanya linangan air mata kegembiraan menjadi isterimu..
Linangan air mata kesedihan, aku tidak lagi di bawah jagaan ibuku.

Aku  mengharapkan kami dapat sama-sama menjaga mahligai 
yang telah kami bina menjadi sebuah keluarga 
SAKINAH MAWADDAH WA RAHMAH

Love u so much syg..
Untuk SYG : AYG berjanji akan menjadi isteri yang terbaik untuk SYG. InsyaAllah menjadi ibu yang terbaik untuk bakal cahaya mata kita nanti. Semoga perjalanan kita mendapat redha Allah, dipermudahkan jalan dan berkekalan hingga ke syurga. Amin.


***
Isteri solehah adalah perhiasan terindah bagi suami. 
InsyaAllah.




Wednesday, 24 October 2012

2 Hari Sebelum

Assalamualaikum.

Minggu ni aku asyik kena usik je dengan kawan-kawan opis. Tak kurang jugak yang berkongsi tips2 alam rumahtangga. Malu dehhh. Hehe. Aku sengih je la bila diorang sakat, biasalah kan orang nak kawin kena sakat macam tu. 

Diorang cakap jugak, lepas ni dah bertukar status tau. Bukan cik lagi. PUAN. Wat???? Ye tak ye. tak terfikir pun. Lepas ni aku dah berstatus PUAN. Macam tak percaya pulak. Sedih pun ya nak tinggalkan alam single ni. 

Malam tadi mak cakap balai dah pasang kat rumah. Terus dup dap jantung aku. Aku cakap kat mak ' Mak, takut la..bila dah pasang balai lagi la nebes' sambil gelak2. Mak aku jawab 'Geli je' sambil ketawa jugak. Eh, mak ni. Betul la. Memang dah dekat sangat ni. Macam nak tercabut jantung. 

Hati aku ni pun memang dah takda kat opis. Akak-akak opis aku perasan bila kitorang sembang aku macam tak berapa nak fokus. Badan kat tempat tapi fikiran melayang ntah ke mana. Betul, aku pun tak tahu apa dah jadi dengan aku ni. 

Ingat nak start cuti arini, boss tak bagi. sedih wooo. Dia bagi half day je, uhuk3. Bagi je la cuti, ko pun cuti jugak kan. Hmmm. Takpa lah sempat lagi aku nak tinggal amanat pada staff yang akan ganti tempat aku ni. Tapi tak lama pun aku cuti, orang cuti kawin berminggu-mingu, ni boss bagi 2 hari je. Sedih. Tengok la nanti, hari  sanding aku apply sebulan terus. Ada beraniii???? Oppsssss..






Tuesday, 23 October 2012

Durian Pancake @ SweetChat Cafe

Assalamualaikum.

Semalam aku dengan Mr. Bambam ke The Mines untuk cari hp untuk dibuat hantaran. Sampai aje kat sana sebelum nak sampai pintu nak masuk parking aku ternampak signboard besar kat tepi Mines bertulis Durian Pancake @Sweetchat Cafe dengan gambar yang penuh mengeliurkan. Fuh, tak tahan. Terus tunjuk kat Mr. Bambam dan ajak dia beli.

Pusing punya pusing akhirnya jumpa jugak Sweetchat Cafe ni. Macam-macam jenis manisan ada kat sini. Tapi yang buat aku terliur ni lah dia, Durian Pancake. Ingat nak tapau je, tapi Mr. Bambam ajak makan kat situ. Aku pun ikut je. Memang santai makan kat sini. Bak kata Mr. Bambam macam tengah bulan madu. Keh3. Apadaaaa...

Ha ni dia 3 ketul RM 8.90

Ni pulak, Honey BBQ Burger. Kentang dia macam Mr Potato. 

Durian Pancake lagi.

Mr. Bambam order Nasi Kunyit with Kari Ayam.
Nasi dia macam pulut.
Ke kitorang yang tak tahu nasi kunyit tu memang pulut. Hehe

Ha ni la dia. Tengok texture krim dan isi durian tu.
Fuh, memang menggamit jiwa. 

Mr. Bambam mula-mula tak nak makan,
sekali dia dah rasa terus nak lagi lagi dan lagi.  Keh3.

Akhirnya dapat jugak aku merasa Durian Pancake aka Crepe Durian ni. Nak tunggu buat sendiri memang lambat lagi la kan, beli yang dah siap lagi senang. Hehe




ALERT : Panggilan SCAM TM

Assalamualaikum.

Dalam aku berdebar-debar menunggu hari ni, aku nak berkongsi info berkenaan satu penipuan yang berlaku sendiri kat kawan aku. Korang pernah dengar tak penipuan scam unifi/ streamyx? Kesian dia, duit dalam akaun lesap macam tu je. 

Dari apa yang aku baca kat fb dia semalam, dia dapat panggilan dari nombor TM yang katanya dia ada tunggakan unifi sebanyak RM 3000. Dia terkejut sedangkan dia tak guna unifi pun. Ramai kawan-kawan dia nasihatkan untuk buat report/ check dengan TM sendiri takut tersalah orang ke kan.

Tup2, pagi ni aku baca status terbaru katanya duit dalam akaun dia lesap. Bukan sikit2, RM 9000 !!!. Aku sebagai pemerhati bebas ni rasa macam eh, biar betul??? Kenapa boleh jadi macam tu.. Aku pun baca komen kawan-kawan dia rupanya panggilan tu scam. Mungkin dia tersilap langkah percaya pada panggilan tersebut. Aku tak tahulah status dia sekarang samada dah buat report ke atau macam mana. Kalaulah jadi kat aku, huh..memang menangis air mata darah la.

 Korang boleh rujuk kat sini untuk info detail mengenai penipuan ni.

So kepada kawan-kawan semua, hati2 ye kalau dapat panggilan macam ni. Jangan mudah-mudah percaya atau bagi detail kita pada orang yang tak dikenali. 



Friday, 19 October 2012

DIY Paper Bag

Assalamualaikum.

Malam tadi sesi mencari paper bag, berangan nak DIY sendiri. Berangan je semua kan. Sempat ke tak, tak tahu la tu. Hmm, kena sempat-sempatkan jugak. Sebab dah beli pun paper bag dengan doily paper. Semalam dalam hujan-hujan lebat lepas balik kerja tu aku ajak jugak Mr. Bambam cari paper bag ni. 

Hari tu masa cari bahan nak buat Almond Cluster ternampak paper bag ni kat Yummi Bangi. Cari punya cari jumpa jugak akhirnya. 1 pack 100pcs, harganya RM 4.80. Tak tahu la murah ke mahal. Tak sempat nak survey tempat lain. Doily paper tu pulak 1 pack, 250pcs RM 3.80. Riben segala tak sempat nak cari lagi. 


Sesi menapis idea terbaik
Ok jugak kan. Simple
Pun cantik jugak
Ni pun cantik.. Hmmm
Sumber : Macik gugel 

***
Harapnya menjadi la ye projek paper bag aku ni. 
Projek hantaran kat rumah tu pun pending lagi.
Adoooiiii....


Thursday, 18 October 2012

Interview Kahwin

Isnin lepas aku dan Mr Bambam serta ditemani Mak dan Ayah Mr. Bambam ke Pejabat Agama Kluang untuk urusan penghantaran borang nikah. Kalau di Johor, bakal pengantin perlu di interview @ kat borang tu tulis sesi temubual. Yang ngelatnya, Mr Bambam tak kena tanya pun. Tau2 je dah lulus. Cisdel betul. Heheheheee... 


Study buku agama sampai tertidur ini budak. Keh3.

Muka lega beliau sebab tak kena interview

Selesai urusan di Kluang, petang tu terus ke Kota Tinggi pulak. Giliran aku pulak nebess. Esoknya terus ke Pejabat Kadi Kota Tinggi. Aku kena tanya 5 soalan. Alhamdulillah, aku lulus dengan jayanya..hehe. Cuma ada lampiran yang tak lengkap kat borang aku. Bukan salah aku, staff pejabat tu yang tak maklum kena sediakan lampiran tu. So, aku terpaksa mintak tolong akak aku hantarkan borang dan lampiran tu ke Pejabat Kadi Jumaat ni.


***
Hmm, terpaksa menyusahkan orang lagi. 
Sorry kakak. (^_^)





Baju Nikah siap !!!

Assalamualaikum.

Wehuuuuu...baju nikah dah siap. Macam tak sabar pulak nak pakai baju tu. Hehe.
Alhamdulillah, hasilnya seperti yang diharapkan. Aku keluar aje dari fitting room, Kak Dini terus cakap cantiknyee. Kembang sekejab. Keh3.

Masa fitting Mr. Bambam bukan main excited lagi. Siap cakap lupa nak bawak samping nak try sekali dengan baju dia tu. Hampeh tau, malu i. Hehe. Kak Dini siap bagi try samping kat kedai dia. Keh3. Mr. Bambam ni kalau dah datang gila dia memang camtu. Lepas amik baju makan kat kedai Azura, dekat2 dengan butik ni jugak macam tu jugak la perangai dia. Tak berapa nak waras. Waiter tu pun layan jek la.

Baju Mr. Bambam cantik dan nampak kemas. Cuma nampak besar sikit sebab masa ukur badan tu kan dia gemuk. Keh3. Dah turun 10kg tu yang baju tu nampak longgar sikit. Lain2 ok. 

Baju aku pulak kena adjust kat siku lengan baju. Agak ketat. Lain2 pun ok. Tunggu lebih kurang 10 minit baju dah siap dibetulkan. Aku baru berangan nak naikkan berat, kan ada masa lagi seminggu. Keh3. Tapi tak boleh la nampaknye sebab baju memang dah fit kat badan. 


Paid..pejam mata jek la bayar..uhuk3

Lebihan lace baju tu aku ambik balik mana tahu boleh letak kat veil ke kan. Kalau rajin nak DIY sendiri la. Kalau tak sewa dengan mak andam je la. 

Gambar tak boleh nak upload, nanti tak surprise. Heheheheeee....



***
Kalau ada sesiapa yang nak tahu apa yang Mr. Bambam buat sampai boleh turun 10kg dalam masa 2 bulan, 
boleh tinggalkan komen ye..
Tanpa ubatan tradisional mahupun moden. Hik3.
(^_^)




Wednesday, 17 October 2012

Mengharapkan hikmah disebalik ujian

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, urusan borang nikah dah selesai. Nyaris2 tak dapat selesaikan semalam. Memang nak nangis dah aku bila perkara tu terjadi, tapi aku admit memang salah aku. Patutnya aku yang patut uruskan semuanya sendiri. Kadang-kadang hal-hal penting memang kita tak boleh nak serahkan pada orang lain. Bila terjadi sesuatu nanti kita jugak yang menyesal.

Mak aku cakap anggap semua tu sebagai ujian. Allah nak bagi senang, dia bagi susah dulu. Baiklah mak.

Dan minggu ni bermulalah minggu paling sibuk dalam dunia aku. Aku nak siapkan hantaran kahwin dan jugak goodies untuk tetamu. Aku perlukan assistant. Harap-harap anak sedara aku kat UPM, Idah free minggu ni. Kalau tak memang bengkok la aku nak buat semuanya. 

Kawan-kawan opis tengok aku ni macam tak nak kawin je. Bila diorang tanya persiapan macam mana, aku cakap la kan. Diorang cakap eh biar betul ko ni. Macam main-main pulak. Semua last minute. Luaran je nampak macam cool, dalam hati ni aku sorang aje yang tahu. 

Petang ni nak amik baju kat butik. Harap-haraplah hasilnya seperti yang aku bayangkan. Amin.



Friday, 12 October 2012

2 minggu


Assalamualaikum.

2 minggu saja yang tinggal. 
Aku dah start rasa berdebar. 



***
Tu je yang mampu untuk menggambarkan perasaan aku sekarang.








Thursday, 11 October 2012

Persediaan Pertunangan

Tadi saja lah godek2 nuffnang aku. Tersenyum aku tengok bila ada orang search menggunakan words 'arghhh stress tunang'. 

Yup, aku setuju. Memang sangat2 stress menguruskan majlis yang kita tak pernah buat dan kita mengharapkan ia menjadi satu majlis yang sempurna.


Kalau nak diikutkan, majlis pertunangan ini  majlis yang serba ringkas, kedua belah pihak berjumpa untuk mengikat janji sebelum melangsungkan perkahwinan. Tetapi keadaan yang membuatkan ia menjadi rumit.

Keadaan yang dimaksudkan itu adalah kita terlalu ingin mengikut trend. Orang nak buat pelamin, kita pun nak. Orang nak buat sewa mak andam, kita pun nak. Orang nak ada cameraman, kita pun nak. Perkara-perkara beginilah yang selalunya membuatkan kita stress. Nampak mudah, tapi bila sendiri mengalami, baru tahu macam mana rasanya.

Stress boleh dielakkan dengan kita membuat checklist atau senarai apa yang patut kita lakukan dahulu dan apa yang patut dikemudiankan. Apa yang patut ada dan tiada. Yang paling penting bersesuaian dengan budget masing-masing. Persediaan awal juga dapat mengelakkan dari kita berasa kelam kabut. Dan kelam kabut ni lah yang selalunya membuatkan kita stressssss.

So, kepada bakal-bakal tunang, harap dapat membantu sedikit dalam urusan pertunangan korang ye. 


***
Semua yang aku bebel kat atas ni adalah berdasarkan 
pengalaman sendiri.
heheheee....



VIDEO : OST Adam & Hawa Versi .............

Assalamualaikum.


Ku percaya ke mana pun kau berjalan
Suara cinta menuntunmu kepadaku
Kerna bila cinta sudah bersemadi
Takkan terpisah hati....


Ha sape dapat tangkap ni lirik apa. Hehe. 
Semalam aku tengok fb anak sedara aku, terjumpa pulak video lagu ni.
Layan punya layan, sekali, sampai sekarang lagu ni berlagu-lagu kat fikiran aku.
Tak payah pasang radio.
Tapi tang part lirik tu jek la yang asik berulang-ulang.




Korang layan la video ni ek.
Agaknya sebab ni la kot lagu ni jadi badi kat aku. Keh3.





Tuesday, 9 October 2012

Nikmat Tanpa Di Duga

Alhamdulillah,

Ya Allah, rasa nak menjerit kegembiraan je ni. 
Aku dapat satu berita yang tak disangka-sangka. 
Hujan Kau berikan pada awalnya, 
Kau timbulkan pelangi sesudahnya..

Ya Allah, indahnya nikmatmu. 

Berita tu hanya aku, dia dan kamu saja yang tahu. 

Terima kasih Allah.






Crepes..Yummyyy

Assalamualaikum.

Cian mea, tak terupdate untuk beberapa hari. Mood ke laut laa cyg. Dengan ragam manusia yang aku nak kena layan, migrain aku dibuatnya. 

Ok, sekarang ni aku tengah gila dengan apa-apa yang bernama crepe. Tak pernah makan pun, tapi bila aku tengok gambar, air liur aku meleleh2 macam orang mengidam. Pening pacik n macik google jawab pertanyaan aku pasal resepi crepe ni. Sekali dengan adik google pun aku tanya. Akhirnya jumpa jugak. Keh3.

Simpan, mana tahu aku terajin nak buat nanti. Hehe.

Ada macam-macam jenis crepe yang aku jumpa. Yang buat aku tergoda, ni dia.......


Crepe Cake..meleleh!!!
Sumber : macik google
Durian Crepes..paling mencengkam jiwa
Sumber : pacik google
Crepes..simple tapi buat aku mimpi jugak.
Sumber: adik google

Bila tengok resepi dia, mudah sangat la haiiii. Ada bahan, perkakas dan kerajinan confirm boleh buat ni. Sabar ye tekak, suatu hari nanti kau akan dapat jugak menelan dessert ni ye..

Saturday, 6 October 2012

Hadiah 1st GA dah sampai

Assalamualaikum.

Semalam tengah sebok2 buat kerja dapat call dari kaunter pejabat katanya ada parcel untuk aku. Eh, bila masa pulak aku ada beli barang online. Rasanya setakat ni takda beli apa-apa. Hmmm sambil turun lift tu otak fikir. Sampai kat kaunter nak amik parcel pun masih fikir lagi. Ish ada orang nak buat surprise hadiah kat aku ke. Hek3.

Sekali tengok pengirim, Yatie Makeup Stuff Enterprise. Yuhuuuuu hadiah GA haritu rupanya. Aku tak berharap pun hadiah tu betul2 dapat, sebab banyak blog aku baca kadang2 ada yang tertipu dengan segmen2 GA ni. Sebenarnya takut nak berharap, kang kalau tak dapat sendiri jugak yang kuciwaa kan. Hehe.



Dapat-dapat terus tunjuk kat Kak Sue,
dia ni nak sangat tau link blog aku. Keh3..
Nak support katanya.
Sory kak, rynn tak sedia lagi nak mengisytiharkan blog rynn ni
kat mana-mana laman sesawang mahupun rakan taulan..
Hik3.
  
Taraaaaaaa......
Ha ni la rupa dia...walaupun aku jarang makeup,
bolehlah buat koleksi kan.


Macam-macam warna ada. I like !!!

Thanks sekali lagi pada blogger ONE_NIEZUKA dan pensponsor hadiah. Suka sangat dengan set makeup tu. Boleh la aku melaram macam pelangi lepas ni. Hihihiii....



Friday, 5 October 2012

Dia_Mr. Bambam

Assalamualaikum.

Semalam dapat jugak berfacetime dengan Mr. Bambam. Alhamdulillah, tengok dari riak wajah, sihat walafiat dia kat sana. Katanya tak yah risau2 kan dia, dia ok je. Ehhhh, mana boleh tak risau, kang dia kena ngorat dengan Kareena Kapoor naye jek. Hahahahaaaaa.

Terubat rindu dapat tatap wajah dia. Hehe. Masa ni pukul 10 lebih. Tapi kat sana baru pukul 8. Time kat sana lewat dalam 3 jam macam tu. Dah, tak nak taip panjang2, layan gambar dia ek..


Mr. Bambam guna wifi kawan dia. Tu yang boleh facetime2.
Masa dia call ni aku dah terlelap, 
tu yang berselubung dengan selimut, nasib sado, kalo tak..kuciwa lagi aku kang... Hihi

Posing la konon. Hehe.

Masa ni Mr. Bambam buat muka comel, nasib la goyang.
Kalo tak mesti korang muntah tengok muka dia.
Keh3....



Thursday, 4 October 2012

Tik Tok Tik Tok

Assalamualaikum.

***
Tang 26hb tu abaikan ek. Hihi..

Menghitung hari menunggu Mr. Bambam balik. Hehe.
1 dah 2 dah 3 dah 4 dah...5 - 13 masih menunggu.
Lambatnya masa berjalan.


***
Malam ni En. Bambam kata jangan tido awal. Dia nak facetime2. 
Malam tadi dia call aku dah tido. Kuciwaaa....
Yeay!!!..tak sabo nak tunggu malam..
Hik3...



Wednesday, 3 October 2012

Meluat..melaut..meliut..

Korang pernah tak rasa perasaan meluat ni..
Meluat yang amat sangat. 
Meluat ni selalunya berlaku bila ada orang sekeliling kita yang perasan diri mereka lebih bagus, lebih berjaya, lebih bahagia, lebih kaya, lebih pandai dan semua2lah yang dia rasa lebih.

Macam aku ni, dah kalau hari-hari dengar cerita kau lah yang terbaik, family kau lah yang paling bahagia, anak kau lah yang paling pandai, yang cantik, yang hensem, pendek kata kau memang perfect la.

Sekali dua boleh tahan, ni kalau dah hari-hari, berbulu woooo telinga aku.



Stress tau aku dengar cerita kau. Stress sebab kerja takpelah kan, ada jugak la faedahnya, dapat duit. Ni kalau aku stress sebab cerita2 kau tu, fuh, berkedut2 seribu la muka aku ni nanti.

Aku tak boleh nak elak bila kau cerita. Aku cuma boleh iyekan dan buat muka macam nak tak nak dengar. Aku rasa kau perasan, tapi buat-buat tak perasan sebab nak tunjuk jugak kau tu bagus. 

Dan hakikat disebalik semua cerita yang kau sampaikan, makin banyak kau cerita, makin banyak buruk yang keluar. Tak nampak pun yang kau ni hebat. Haha..


***

Adddoiiiii.... 



Derita Merindu.....

Assalamualaikum.

Tadi sajalah tengok aku punye audiences. Eh, ada perkataan India lah. Aku sekarang pantang tengok word India ni. Hehe.

Harap-haraplah audience aku tu ialah Mr. Bambam. Biar dia tahu yang aku rindu dia kat sini. 



Semalam seharian aku tak dapat emel dari Mr. Bambam. Ya Allah, sakitnya rasa. Balik rumah cepat-cepat terus buat hotspot kat hp untuk ipad. Terus bukak emel opis. Mr. Bambam selalunya hantar kat emel opis. Tercongok la aku tunggu emel dia, kejab2 refresh kejab2 refresh. Tapi hampaaaa...



***


Nak sedapkan ati sendiri, dia bizi la tu, tak boleh nak emel. 
Harap-harap adalah emel untuk aku harini. 
Tak banyak, 1 pun jadilah.




Tuesday, 2 October 2012

Yang dirisau

Hmmm...

Risau risau risau risauuuu.....
(nyanyi ala-ala lagu kalau cinta ek) 
Hehe...

Kalau aku cerita kat Mr. Bambam mesti dia gelakkan aku.
Yelah, aku risaukan HIV Test dia yang katanya sebulan baru siap,
Sekali aku punya yang tak siap2 lagi.  Keh3.
Dia punya dah siap tau. 
Misi Klinik Kesihatan Kahang Timur dah call tadi.
Yek yek je misi kat tempat aku tu kata 2 minggu, 
ni dah lewat seminggu tak siap2 lagi.
Takpe lah misi ye, sebab haritu masa aku buat HIV Test korang bagi layanan yang terbaik, aku tak marah.
Serius tak marah ni.
Sayaaaaaaang sangat2. 


***
Takpe misi ye, korang ada 2 minggu je lagi nak siapkan result HIV aku tu tau. 
Kalau tak, siap laaaaaa korang ye...
Kalau tak korang yang siap, aku la yang tak siap...
Tak kawin la aku misi oiiiii...




Rezeki 1 Oktober

Assalamualaikum.

Hari tu kan aku ada join satu GA dari blog ONE_NIEZUKA
GA Saya nak make up tu.... 
Aku menang motoooo..
Eh, dah GA makeup, takkanlah menang motor pulak kan. Hehe. 
Aku dapat set Eyeshadow tu. 
Alhamdulillah, 1st GA yang aku join ada rezeki kat sini. 
Rezeki orang nak kawin katanya. Syukur. 
^_^


***

Tak sabar nak tunggu hadiah sampai..weeehuuuuuu



Monday, 1 October 2012

Allah Menguji

Assalamualaikum.

Harini kerja dengan takde mood. Aku nak masa cepat berlalu biar Mr. Bambam cepat balik, tapi dalam masa yang sama aku nak masa bergerak perlahan kerana urusan borang nikah masih tidak boleh disiapkan. Manalah misi ni. Takda call pun cakap ujian HIV dah siap. Hmmm.

Malam tadi emel Mr. Bambam, tunggu punya tunggu takda respond pun. Yelah, aku nak tahu jugak kan, dia dah sampai ke belum, makan macam mana, hotel ok ke tak. Sampai naik meroyan jugak la. Sedih tau korang. Lain betul rasanya bila Mr. Bambam berada luar dari Malaysia. Sebelum ni pun dia pernah outstation jugak, di Labuan tapi takda lah aku rasa macam ni. 

Pagi tadi, tengah aku sebok buat kerja, notification kat emel opis keluar. Aku pandang sekali lalu, 'Ayg'. Tu ayat yang aku nampak. Tanpa berlengah terus klik kat emel. Mr. Bambam emel, terus meleleh air mata aku. Alhamdulillah, dia kata dia ok kat sana. Lega.
Katanya kat hotel tu takda sediakan wifi free. Kena charge, mahal pulak tu. Tak dapat nak facetime. 

Takpe la syg. Kita emel je pun dah cukup. Dari tak dapat berhubung langsung kan. 

Miss u so much SYG.



***
Aku tahu Allah nak menguji sejauh dan seteguh mana 
cinta kami bila berjauhan 

♥♥♥