Tuesday 25 September 2012

Persiapan Kahwin 7 : Andaman

Alhamdulillah.

Pencarian selama sebulan membuahkan hasil. Part nak cari Mak Andam ni la part yang paling susah sekali tau. Kalau korang nak kawin nanti korang tahu la macam mana. Orang dah kawin mesti tau macam mana. 

Nak tau sebab apa? Meh tengok sini. Ni hasil kajian diri sendiri je. 

  • Kena dengan budget
  • Makeup mesti cantik
  • Koleksi pelamin yang updated
  • Koleksi baju yang updated
  • Pakej yang menarik
  • Paling penting mak andam mesti berjantina perempuan
  • Layanan yang mesra

Ha tengok tu. Tu aku punya senarai. Nak kata aku cerewet tak jugak. tapi biasanya tu lah kriteria2 yang akan dilihat oleh bakal pengantin sebelum mengambil keputusan memilih mak andam untuk hari bahagia nanti.

Cerita pemilihan mak andam ni, sampai 2 minggu berturut-turut aku balik kampung sebab nak cari mak andam ni. Last2 apa pun tak dapat. 

Tadi, aku nekad call 3 nombor butik andaman kat bandar Kota Tinggi tu. Perkara pertama aku tanya tentang date. Available ke tak. Aku review sikit ye dari sesi menelefon, meneliti gambar2 di fb diorang.

Klasik Andaman 013-7541095
- makeup dan pelamin memang terbaik, lagi-lagi pelamin. Tapi untuk aku yang berpendapatan sederhana ni, majlis pulak kat dewan, harganya agak mahal. Lari budget oiiiii..

Iz De Bridal 013-7274680
- ramai kawan-kawan cakap kat sini murah dan cantik. Not bad la katanya. Tapi untuk date nikah diorang cuti, siapa suruh buat time Raya Haji kan, orang nak raya la mak cik. Apadaaaa....

Miza Collection 016-7572423
- 2 kali aku pergi survey butik ni, untuk tunang dan kahwin, layanan memang terbaik. Yang penting, harga sangat berpatutan dan makeup pun boleh tahan. Pelamin pun ok. 

Nurkaseh Bridal House 
-boleh tahan jugak tengok gambar-gambar pelamin dan pengantin kat fb diorang. Ingat nak datang kedai sekali tutup. 

So, rasa-rasanya korang tahu aku pilih yang mana kan. Hehe. Hasil mak andam akan di review selepas majlis ye. ^_^



***
Leganya...1 lagi perkara besar dah settle. 
berharap aku buat pilihan yang tepat.




2 comments:

Anonymous said...

Hbs u pilih yg mne? Yg pict cover tu cantek la makeup dia

meazrynn said...

hi anon,

awak tak dapat agak ea saya amik andaman yg mane..hehe..

pict cover yg baju oren kelabu tu ye..saya amik yg miza collection..situ memang ok, makeup cantik, harga berpatutan..kalau awak nak amik andaman ni awak mintak kak inda sendiri yg makeup ye..kak inda ni toke andaman ni..sgt friendly n baik.. :)