Wednesday, 19 September 2012

Minggu yang penuh dugaan

Assalamualaikum.

Harini aku dah start kerja. Tak jadi nak cuti 2 hari, sebab urusan borang nikah tak boleh siap. Eh, nape pulak?

Ha tu la, kawan-kawan nanti kalau nak kahwin jangan buat keputusan last minute ye. Rancang betul-betul nanti diri sendiri jugak yang senang. Macam aku kan, berangan nak settlekan semua perkara dalam 1 hari, tapi kita hanya merancang, Allah yang menentukan.

Uruskan borang nikah takda masalah, yang menjadi masalahnya HIV Test. Aku baru tahu rupanya  lepas raya haritu HIV Test ada prosedur baru. Kalau sebelum ni, hari tu jugak dapat result, tapi sekarang, kena tunggu 2 minggu dan ke atas. Ya Allah, rasa nak gugur jantung bila tahu perkara tu. Dah la aku tak banyak masa kan.

Mr Bambam pulak lagi dasyat, klinik kesihatan kat Kahang Timur cakap sebulan baru dapat result. Kami ada masa lebih kurang sebulan seminggu. Kalau result dapat lagi sebulan, masak lah. seminggu tu nak hantar borang ke Pejabat Kadi Kluang dan aku pulak nak hantar borang ke Pejabat Kadi Kota Tinggi.

Baru entry lepas aku cakap nak relek2 je uruskan semuanya kan, tapi aku manusia biasa. Tak lari dari tekanan memikirkan semua ni. Agaknya tu yang berat badan tak boleh nak naik balik ni. 

Ya Allah, kau permudahkanlah urusanku.


2 comments:

Nasuha said...

hidup ni mmg pnuh dugaan dn cbrn..apapn sntiasa fkr positif. stiap apa yg trjdi psti ada hkmhnya.

meazrynn said...

thanks nasuha..tu la tengah positifkan diri..anggap semua ujian sebelum merasai kebahagiaan..
btw thanks jengah blog saya yg tak seberapa ni.. :)