Tuesday, 25 September 2012

Doorgift Nikah

Assalamualaikum.

Cerita persiapan perkahwinan lagi. 

Sekarang aku tengah mencari idea doorgift untuk majlis pernikahan nanti. Rasanya nak bagi Yaasin, niat sedekah untuk arwah abah aku sekali. Tapi tengah fikir jugak, nak bagi yang custom made ke ready made yang jual2 kat kedai buku tu. Aduhai ni pun nak pening ke syg oiii. Opkoss la..tapi akak aku cakap, kita jangan fikir nak terlalu sempurna sangat, takut majlis tak seperti dibayangkan, sendiri jugak yang kuciwaaa ye tak... 


Cantik kan. Hijau lumut pilihanku.

Semua ni tentang budget jugak. Hasil pertanyaan dengan pakcik google, kalau beli yang ready made harga dalam RM0.90 - RM1.30, kalau nak custom made lebih kurang RM 1.50 dan ke atas. Custom made mestilah lagi cantik sebab boleh request nama kita kat situ kan.

Hmmmm, masih berfikir lagi. 

Mak aku pun cadangkan bagi Yaasin, lepas tu tambah Bunga Telur. Sebenarnya bunga telur ni dah ada kat rumah, recycle Kak Ct aku punya masa dia kawin ritu. Wah, jimat dah kat situ kan. Tang jimat-jimat ni aku suka. Heheheee..



2 comments:

ananaifa enterprise said...

-salam perkenalan dan akak nak tumpang iklan sikit ye TT-

Salam to blogger sume ^___^

mencari cari doorgift utk majlis kenduri kahwin mahupun jamuan keraian anda? cuba lawati blogspot Ananaifa di waffle-comel-ananaifa.blogspot.com dan sekiranya berminat dengan tawaran kami, bolehlah proceed for next action ya!

//Jazakallah//

meazrynn said...

Ananaifa :

Boleh, semoga bermanfaat utk semua yang singgah di sini.. :)