Friday, 19 July 2013

Dugaan 8 Ramadan, 17713

Assalamualaikum.

Terduduk aku bila balik-balik kerja haritu tengok katil di bilik tidur sedikit berselerak dengan kotak-kotak brooch dan minyak wangi yang sepatutnya berada di dalam almari. Almari pulak terlopong je semuanya. Aku cuak. Terus aku cari ipad Hubby dan gadget2 yang lain. Takda. Hp lama Hubby jugak takda. Aku cari lagi barang-barang berharga lain. Kamera Digital Sony jugak tak dapat dikesan, baru 2 bulan beli. Laptop pun takda. Uhuk3. Aku tengok dalam almari yang terbuka tadi, Ya Allah duit mas kahwin aku jugak kena kebas. Tinggal frame je, memang kurang ajar punya manusia. Rantai tangan batal air sembahnyang aku jugak hilang. Aku tengok ruang tamu, tabung beruang kesayangan aku dan Hubby jugak takda. Aku berlumba-lumba dengan Hubby siapa penuh dulu, sekali durjana tu kebas. Eeeee geramnya. Dengan kotak-kotak ipad sekali orang tu ambik. 

Ya Allah, terus terbantut nak masak juadah berbuka. Hubby memang tak tahulah nak cakap apa, Ipad kesayangan dia dah kena kebas kan. Ngamuk jugaklah dia. Lepas tengok apa yang hilang lebih kurang pukul 6.30 kami terus ke Balai Polis Presint 7 untuk buat report. Selesai report pukul 8.00 malam kena datang lagi untuk sesi siasatan. Tapi kami sampai lambat sikit, sebab berbuka dan solat maghrib dulu kan. Minum air dengan kuih je. Tu pun nasib Dila ada beli kuih kalau tak, tak tahulah berbuka apa. Tu pun makan untuk alas perut sebab lapar kan, sebenarnya takda selera pun.  Selesai sesi siasatan tu polis ikut ke rumah untuk tengok keadaan rumah dan ambil cap jari. Tapi tak berapa nak jelas sangat dan banyak bertindih. Plus cap jari akulah yang banyak, rumah aku kan. 

Dari segi cakap-cakap polis bukan orang jauh dan kemungkinan orang yang buat ni dah biasa sebab tak banyak tinggal kesan. Pegawai polis tu ada cakap berkenaan rantai tangan aku, katanya mungkin tak hilang. Tapi aku pasti aku ada letak dalam 1 beg ni, bila cek takda. 

Rupanya memang betol. Hebat betollah polis tu. Aku balik rumah tengah hari tadi, tengok tv sambil muhasabah diri ditimpa musibah kan. Aku teringat nak tengok barang dalam almari, sekali aku terpandang cawan kat situ. Aku belek-belek rupanya memang rantai tangan tu ada dalam tu. Ya Allah, syukur sangat. Orang tu tak perasan sebab dalam cawan tu aku letak pensel, gam dan benang. Mungkin yang ambil tu tak expect kat situ ada barang berharga. 

Yang lain-lain aku tak pastilah, boleh dapat lagi ke tidak. Kalau dah tertulis barang-barang tu bukan rezeki kami, kami terima. Cuma kami mengharapkan hikmah disebalik dugaan ni. Mana tahu Allah nak bagi yang lagi baik kan. InsyaAllah.

Solat hajat memang kami buat nak bagi orang yang ambil tu panas.

Doakan kes kami cepat selesai ye. Nak tahu siapa yang durjana menganiaya insan comel seperti kami ni. Semoga si kurang ajar ni mendapat balasan setimpal. Kalau tak dapat di dunia tunggulah di akhirat nanti. 


5 comments:

Hustler said...

takziah rina..... bersabarlah... raya2 nih.. mmg macam2 cara dan gaya org yang buat kerja2 macam nih ni....

meazrynn said...

thanks mawi....

bintang hati said...

adoii .. naik risau lak .. skang ni makin menjadi2 laa kecurian kat putrajaya...
kwn bru je ilang kete sehari sblm pose..
cik bin kan bru pindah putrajaya.. jiran ade gak bisik2 hati2 sbb byk kes kecurian skang ni kat area umah tu..

mcm mn plak pencuri tu leh msk azryn.. dr tingkat ke ape?.. ke, ryn umah teres ke?

meazrynn said...

memang cik bin..sekarang memang tengah menjadi-jadi kes pecah rumah ni..kawasan kejiranan presint 17 tempat rin ni dah banyak rumah kena pecah seminggu 2 ni..

pencuri tu masuk dari pintu dapur..pintu dapur rin dekat dengan koridor..rin duduk rumah apartment tingkat 8..

ni lagi pulak nak raya kan, tinggal rumah lelama..risau sangat..skang duduk rumah sendiri pun rasa tak selamat dah..ni husband baru beli alarm n sensor utk elak kejadian ni berulang..

cik bin hati-hati ye..

bintang hati said...

NK RAYE NI LA BUAT LG RISAU..
PUTRAJAYA NI MMG MARKET PENCURI..
HUSBAND PUN DOK RISAU PSL RIM KETE DIA...HUHU..

OOO RIN DUK P17 YER.. CIK BIN P15. ARI2 BLK PEGI KJE MMG MENGADAP P17 TU JEE..HIHI...

XPER LA, ADE REZKI LAIN TU NNT.. INSYAALLAH