Friday, 1 March 2013

Bunga Kincam Goreng Tepung_Cameron Highland


Lagi entry pasal Cameron Highland.

Orang kata kalau ke Cameron tak beli sayur2 segar kat sana memang rugi. Dah la murah. Kira aku pun tergolong dalam orang-orang yang rugi tu jugak la sebab aku pun tak beli sangat sayur2 kat sana. Hehe. Aku kalau hari bekerja ni jarang masak memasak. Takot lama sangat dalam peti ais jadi tak elok kan. So tak nak membazir aku tak beli. Hehe.

Tapi, disebabkan akak opis aku ni ada kirim sayur, aku pun beli la jugak. Dia kirim bunga kincam. 1st time aku dengar pasal bunga ni. Berbekalkan nama bunga ni aku pun aku terima pesanan dari dia. Tak teringat pulak nak google.

Sampai di Pasar Malam Brinchang tu terus aku cari bunga ni. Cari kat gerai2 jual sayur. Ha, yang ni la kot sayang. Macam ye je. Aku cakap kat Hubby. Sebab sayur tu aku tak pernah nampak. Tanya kat tuan kedai tu memang betul. Hehe. Terror kan aku.

Sebab aku 1st time nak cuba aku beli 4 peket saja. 1 untuk aku 3 lagi untuk akak opis yang kirim tu.

Malam tadi aku baru try masak. Aku buat kincam goreng tepung je. Sedap jugak rasa dia, manis-manis camtu. Ditambah salutan tepung yang rangup lagi sedap. Peh, hehe...


Ni la rupa bunga kincam tu. Katanya ni kudup bunga lily.
Masa kudup dia adalah sayur, dah  kembang jadilah dia bunga lily. Bunga lily tak boleh makan tau. Buat perhiasan cantik. Hehe.
Kincam goreng tepung.
Kalau korang nak tahu ni la 1st time aku buat goreng tepung ni, tepungnya sangat rangup dan sedap. Hubby pun cakap camtu. Hehe.
Yeay, aku dapat cipta resepi sendiri untuk buat goreng2 ni.
*Padahal aku main campur2 tepung je. Hehe.

Ok lah, selamat mencuba pada yang belum mencuba. Heheee.



3 comments:

NM03 said...

kita sama, 8 tahun lepas saya juga animun kat CH

meazrynn said...

NM03,

mesti time akak pegi tu CH sejuk lg kan..cakap pun mesti keluar asap..hehe..

Anonymous said...

Baru tau nama sayur ni, dulu penah beli kat cameron pastu bila balik masak cili dan makan terus muntah/sakit perut/loya..ada kata kena ada cara nak siang batang bunga ni? apa caranya? sbb dia jual dalam paket, so terus basuh n masuk kuali je dulu :(

tapi yang depa buat kat pasar malam tu sedap lah!