Tuesday, 29 December 2015

SEGMEN : JOM TAMBAH FOLLOWER

Ni second time aku join segmen untuk tambahkan follower. 
Jom follow me. ^_^



Jumlah follower sekarang = 105


Testimoni Puding Sedut By Azrynn Saire

Assalamualaikum.

Arini aku nak share feedback customer PudingSedutByAzrynnSaire. Alhamdulillah, setakat ni bisnes kecil-kecilan aku ni masih mendapat sambutan. Risau juga kan, kita jual benda yang bermusim ni sekejab je, time tengah naik ramailah yang order time dah tenggelam timbul tu kita pun malap-malap. Hehe..

Ni sebahagian dari customer aku yang rajin nak share perasaan diorang bila men'slurppp2' PudingSedutByAzrynnSaire. Thanks ye kengkawan yang tak henti2 support. Aku pun taklah kedekut resepi, sebab aku pun google je resepi puding ni. Mana yang nak buat sendiri tu lagi bagus, kalau rasa2 nak tinggal makan je boleh lah order. 










Setiap kali ada pelanggan baru, aku mesti akan rasa berdebar-debar. Risau sama ada kena dengan tekak diorang atau tak. Dan bila dapat feedback macam ni aku rasa seronok sangat. Hasil air tangan kita disukai ramai. Hehe.

Kalau ada pembaca mea yang nak order pun boleh, tapi area Putrajaya jek la ye. 


Wednesday, 23 December 2015

Fesyen Gaun Dinner untuk Muslimah

Sekarang ni kan, macam-macam fesyen gaun dinner untuk muslimah di pasaran. Dah jadi macam trend sekarang ni ramai kalangan muda mudi memakai gaun dinner/jubah/maxi dress ke majlis-majlis seperti majlis perkahwinan, majlis keraian dan sebagainya. 

Meh aku nak kongsikan Fesyen Gaun Dinner Muslimah yang sesuai dipakai untuk menghadiri majlis-majlis rasmi mahupun keraian. Almaklumlah hujung-hujung tahun ni ramai orang buat dinner akhir tahun dan walimatul urus mana tahu boleh membantu korang yang tengah pening kepala nak pakai baju apa.

Ayunya dia..
Wearing jubah is not odd anymore. Kalau dulu orang pakai jubah untuk aktiviti keagamaan sekarang tak lagi. Jubah sesuai untuk dipakai ke mana sahaja pendek kata kena gayanya korang akan nampak ayu dan sopan. Manis gitu. Aku pun kengkadang pergi office pakai jubah jugak. Bertambahlah manis dan ayunya. 

Manis dan sopan..
Yang ni pulak, dress muslimah. Eh macam sama je fesyen kat atas kan. Nampak sama tapi lain. Dress muslimah ni kalau dipakai untuk ke majlis makan malam memang nampak elegan dan menawan. Salah satu jenama terkenal yang menawarkan dress muslimah terkini adalah ZALIA. ZALIA ada bermacam jenis dress muslimah yang sangat-sangat menggamit jiwa raga seperti wrap maxi dress, peasant maxi dress dan banyak lagi.

Sorry amik pic model tak bertudung sebab aku suka sangat dengan baju ni. Sweet dan elegan.
Pakai dengan shawl yang bersesuaian lagi meletoppp.

Ha yang ni pulak dress muslimah jenis kaftan labuh. Memang tengah in jugak fesyen ni sekarang. Memang nampak lain dari yang lain. Yang pasti korang akan nampak lebih langsing dan outstanding kalau kena gayanya.

Walau apa pun jenis fesyen baju yang kita pilih, yang paling penting menepati ciri-ciri wanita muslimah dan kita selesa dengan apa yang kita pakai. Apabila kita berasa selesa akan membuatkan kita lebih berkeyakinan dan nampak lebih cantik.


Semoga perkongsian ni dapat membantu korang.  


Dah Habis

Assalamualaikum.

Buah hati pengarang jantung yang selalu menghiburkan hati ibu ayah. Kejadian semalam, hihi..rasa macam nak gigit je budak tecit ni tau. Petang semalam kitorang pergi makan di restoran Perantau. Sementara nak tunggu makanan sampai tu boraklah apa yang patut.

Areesh baik pulak nampak je baby chair tu terus nak duduk situ. Tengah2 menunggu tu dekat baby chair kan ada lubang untuk letak cawan. Dia main olok2 konon2 makan la. Amm amm. Aku pun cakap Areesh ibu nak sikit, dia pun buat gaya olok2 suap aku. Aku cakap ayah nak. Dia pun suap ayah. Dah suap ayah dia suap diri dia sendiri. 

Tak lama tu dia kisah benda lain pulak. Aku mintak dia suap lagi, dia konon nak ambil makanan kat lubang tu tiba2 dia cakap abis. Hahahahaaaa tergelak aku dengan encik suami. Pandai pulak dia nak kenakan kita. Gigit baru tahu tau.


Tu ha gaya dia cakap dah abis. Aku ingat aku rakam video rupanya gambar.. Cisdel betol, tak dapat nak rakam moment kelakar tu.. >,<

Semoga awak membesar menjadi anak yang soleh dan berjaya dunia dan akhirat ye sayang. Luv u.


Friday, 18 December 2015

Mandi manda di Gold Cost Morib

Assalamualaikum.

Ahad, 6/12/2015 yang lepas family Hubby buat family gathering di Gold Cost Morib. Biasalah kan, musim cuti sekolah ni masing-masing ambil peluang bawak anak-anak berjalan. Teringat dulu masa aku kecik-kecik, jarang sangatlah berjalan masa cuti sekolah. Bila naik sekolah cikgu mesti suruh buat karangan pasal aktiviti cuti sekolah. Aku yang tak kemana ni gorenglah selagi boleh. Hehe...

MIL dan FIL, Dila dan Kak Uda Jumaat malam dah bertolak dari Johor ke rumah Along di Klang, kitorang gerak esoknya hari Sabtu. Malas nak rushing2, sebab dari Putrajaya nak ke Klang pun tak jauh kan. 

Ahad pagi, berkonvoilah kami empat kereta ke sana. Budak-budak kemainlah excited kan nak mandi kolam. Sampai2 terus cari parking dan beli tiket. Belikan Areesh pelampung dan masing-masing terus kedebuskan diri. 










4 jam ada kot kami berendam dalam tu. Kecut2 tangan, tu pun Along ajak bekubang lagi. Apa nak buat, perut pun dah lapar. Masing2 terus tukar baju. 





Lepak di Dataran Morib kot, tak tahu apa nama tempat ni, solat dan makan-makan dulu lepastu masing-masing balik ke sarang haluan masing-masing. Tahun depan kita ke destinasi lain pulak ye...



Apa itu SHOPBACK

Assalamualaikum.


Kengkawan pernah dengar tak apa tu SHOPBACK? Ke aku je yang baru tahu. Hehe. Yang dah tahu dok dendiam jek tau, ni aku nak share pada kengkawan yang tak tahu lagi apa itu SHOPBACK.

Sebelum ni kalau kita shopping jarang nak dapat apa-apa pulangan atau ganjaran, tapi dengan SHOPBACK korang boleh dapat CASHBACK semula dengan pembelian korang. Fuh, sapa tak nak kan. Untunglah kepada kaki2 shopping online macam aku ni.

See, macam2 korang boleh shopping tru SHOPBACK.
Nak dengan tak nak je.

Tak susah pun, korang boleh klik sini, daftar emel korang dan mulakan pembelian. 

Hanya masukkan emel dan password selesailah sesi sign up. Korang boleh terus shopping dengan hati gumbira...

Aku memang hantu shopping kat Lazada, so bila dah tahu pasal SHOPBACK ni haruslah guna aplikasi ni saja. Dah habis duit dapat pulak duit balik. Yippiiiii....




Tuesday, 8 December 2015

Happy Birthday Husband

Assalamualaikum.

Jumaat, 4 Disember 2015.

Happy besday En suami yang ke 27. Eh, muda lagi rupanya suami i. Hehe..



Beberapa jam sebelum jam 12.00 tengah malam, aku buat surprise kat Hubby. Takde lah surprise sangat pun, tetiba ada acara potong kek. Hehe..

Siang Khamis tu, gigihlah aku ambil kek yang dah diorder di Kedai Kek Bangi. Sedap ooo kek dia, lain dari yang lain. 1st time ni guna gps nak ke sana, selalu harap Hubby je. Gigil jugaklah takut sesat. Selamat pergi dan balik. Hehe..

Gigih lagi sekali, balik kerja singgah rumah dulu sebelum ambil Areesh dari rumah pengasuh. Kang kalau bawak naik sekali dengan Areesh lambat pulak. Ada kantoi dengan Hubby, tak jadilah nak surprise kan. Balik tu memang Hubby dah sampai rumah dulu. Aku harap2 Hubby tak bukak peti ais, aku letak kek dalam tu je. Tapi biasanya memang Hubby jarang bukak. Hihi.

Masuk rumah, Hubby ajak makan luar tapi aku cakap malas. Kita order Domino's Pizza jek la syg ek. Hubby ok. Pizza sampai 1 jam katanya sebab hujan, takpelah yang penting dapat kupon free. Kih3.

Dalam jam 9.00pm macam tu, dah relaks2 tengok tv, pizza pun dah sampai aku ajak Hubby makan. Areesh pulak tidur awal hari tu. Hmm, nak sambut besday Ayah awal pulak awak tidur ye. Aku terfikir2 ni, nak surprise jam 12.00 malam ke sekarang ek. Hehe.. Tengah nak makan2 tu Areesh bangun. Macam tahu2 je nak sambut besday Ayah kan. Aku ambil kek kat dapur bawak kek depan dia. Wish Happy Birthday Syg. Terkejut dia, tak sangka ada kek katanya. Susah2 je dia cakap. Alah takpelah syg, sekali sekala untuk yang tersayang kan.

Walnut Butterscotch Cake.. Sedap! Lain dari yang lain!.
Areesh : Geramnya kek ni, dapat ramas sedap ni. >,<
Alololoooo so sweet anak ibu ayah ni..

Sesi potong memotong suap menyuap pun selesai. Sesi mengemas rumah pulak. Esok nak ke Klang rumah Abg Hubby. Family Hubby ada buat Family Gathering ke Gold Cost Morib mandi manda kat sana. Tu kita cerita lain entry ye..

Tataaaa....



Monday, 7 December 2015

Puding Sedut By Azrynn Saire

Assalamualaikum.

Slurppp Slurppppp.....Alhamdulillah, nyaman tekak perut pun kenyang. Hehe...

Ni nak bagitahu kat pembaca Mea semua, sekarang ni aku jual puding sedut aka cikedut homemade by azrynnsaire aka aku lah tu. Hehe. Memula buat makan sendiri je, bila aku share pic kat fb adalah kawan opis Kak Lin yang nak order. Aku bagi 1 botol untuk tester. Sekali dah rasa 10 botol terus Kak Lin ni order. Alhamdulillah, memang tak sangka, permulaan yang baik untuk aku.


Nilah dia puding sedut pertama yang aku buat.
Bukan nak puji masakan sendiri, tapi memang sedap. >,<

Ni pulak testimoni dari Kak Lin. Terharu tau uolllssss. Air tangan kita orang suka. Sangat2 memberi kepuasan.


Sedap 888x tu. Terharu sangat. Tq Kak Lin syg.

Dan bermula dari hari tu, ramai lah kengkawan opis yang order. Sekarang ni pasaran aku dah meluas sikit, luar dari opis. Hehe. Nanti aku share feed back dari kengkawan lain pulak ye. Semua tanpa penyesalan siap repeat lagi. Syukur.

Pembaca Mea area Putrajaya yang nak order boleh boleh whatsupp kat no ni ye, 0196692149. RM5 sahaja sebotol free delivery sekitar Putrajaya.

Tataaaa..........

Friday, 20 November 2015

Kek Vico 3 Minit

Assalamualaikum.

Lama dah rasanya tak cerita pasal makanan kan. Minggu lepas tiba-tiba teringin nak makan kek milo 3 minit yang banyak kengkawan share resepi kat fb. Tengok resepi bahan-bahan semua ada kat rumah, apa lagi terus on. Cuma milo tu aku tukarkan dengan vico sebab lama dah tak beli milo, kengkonon boikot. Hehe..

Sangat senang ye kawan-kawan. Pejam mata pun boleh buat. Hehe. Sementara Areesh tengok upin ipin, Hubby kena kerja pulak aku pun merewang kat dapur. Tak sampai 10 minit uollllss dah siap dan boleh terus dimakan. Oppss, tunggu sejuk sikit lah ye, kang ada melocot pulak mulut tu.

Nah hasil kejadian kek tersebut.

Cepat, gebu dan sedap, walaupun masak macam main pondok-pondok. 
Areesh tak sabar-sabar nak makan sementara tunggu kek ni sejuk.
Bekas tu korang abaikan lah ye. Aku kan kerja di KeTTHA, so aku tengah mempraktikkan amalan hijau kat rumah. Haha. Sangat.

Aku amik resepi kat sini. Rerajin jengah lah ye..




Friday, 13 November 2015

En Suami VS ABC

Assalamualaikum.

Muka orang dapat makan ABC setelah sekian lama mencari.
Hehe, tak jauh pun kat Perantau Bangi je. Lupa pulak kat situ ada ABC sedap. Dah lama tak jejak kaki kat sini tu yang sampai terlupa. ABCnya cukup rasa, bahan pun banyak. Pendek kata menepati selera orang mengidam ni lah. Hehe...


Slurppp slurpppp..


***

Thursday, 5 November 2015

Cak Cak Cak

Assalamualaikum.

Hai kesayangan MEA. Eh, ada lagi ke pembaca setia MEA ni. Hehe. Perasaan sangat kan.

Bersawang-sawang dah MEA ni, tak ada mood langsung nak update. Nak bukak belog pun malas. Memang terbiar terus selama 5 bulan ni. Eh, aku belom mengandung untuk kali ke2 ye. Kot2 la korang ingat pembawakan budak ke kan. Hehe. 

Lepas ni macam nak rajin balik membelog. Tengok lah, rajin ke tidak nanti. Ada yang emel pun aku tak reply. Entah lah, yang berkaitan dengan belog memang aku malas. Nanti aku taip terus la kat entry berkenaan, tak payah susah2 PM segala ye. Kesian korang tunggu aku tak reply2. Nanti ada masa aku update entry tu.

Oklah, sekian mukadimah selepas sekian lama menyepi. 


Tata titi tutuuuu...


Thursday, 11 June 2015

Anak Bapak

Assalamualaikum.

Meh tengok anak bapak sorang ni, kemain lagi dia. 



Si ayah tengah sebok main game COC tu, sekali datang si kecik ni terus landing macam tu. Eh, terkejut si ibu menengoknya. 

Tak boleh nak cakap apa dah, anak bapak. Tapi jangan obses sudah la ye si ayah & si anak.


Tuesday, 9 June 2015

Terpendam kah terendam kah terpadam kah ???

Assalamualaikum.

Hai lama tak bersiaran. Setiap kali nak mula menaip, tup2 tu mood malas datang. Tutup balik. Ada yang dah siap tulis entry, tinggal nak masuk gambar je tapi disebabkan mood malas datang tak jugak disiapkan. Haih, teruk sangat perangai kan. Ni kalau mak aku tahu perangai macam ni mesti dah kena bebel setahun. Hehe. Nak jadi apa entah kan.

Oklah nak cerita ni, haritu Hubby ada beli mesin potong rumput rambut kat Lazada, katanya senang nak potong  rambut Areesh. Aku pun oklah kan sebab sekarang ni Areesh payah sikit kalau kita nak potong rambut dia, dulu umpan cerita upin ipin je ok dah. Sekarang ni terpusing sana terpusing sini, takut tergunting telinga dia je kan. Naya je.

Sampai je mesin tu, Hubby cakap boleh guna dah ni. Esok tolong potongkan rambut dia. What??? Serius ke Sayang ni aku tanya balik. Yelah. Aku ni kalau potong rambut orang memang lah boleh, tapi potong rambut perempuan, lepas tu potong straight. Haha. Tak pun potong style letak mangkuk kat kepala lepastu potong ikut acuan, gituuu..


Kalau tak silap set ni yang Hubby beli tu. Murah je. 

Disebabkan Hubby begitu confident dengan kebolehan aku, aku pun turutkan saja walaupun aku tahu rambut Hubby tu kesayangan dia. Tiba hari kejadian, dengan tak pernah guna mesin tu, Hubby ajar kemudian aku pun praktiskan atas rambut Hubby tanpa rasa bersalah. Haha. Serenggg sana sereeeng sini. Dan hasilnya....


Ni pic beberapa hari sebelum kejadian.
Ni pic selepas, tak ada pulak ambil gambar sebelum dan selepas yang betul2 tu. Camni pun nampak jugak sikit2 kan. Hehe.

Haha, aku pun tak sangka aku boleh potong rambut Hubby guna mesin tu. Aku cakap kat Hubby rupanya aku ada bakat terendam. Keh3. Dia kata lepas ni tak payah dah pergi kedai potong rambut, 3 kali potong kat rumah dah sama harga dengan mesin yang dia beli tu. Jimat2. Ni gst punya pasal la, semua benda nak kena jimat. Hehe. Lagi pun Hubby cakap aku potong pun dah macam saloon. Punya la dasyat...Kah3..

Sekarang ni aku asyik tengok rambut Hubby je sebab tak percaya aku yang potong rambut dia sampai dia jadi handsome camtu. Pengsan. -_-"

Thursday, 23 April 2015

ZumBa ZumBa

Assalamualaikum.

Khamis lepas, Puspanita kementerian aku ada buat aktiviti sukan ZUMBA gitu. Zumba ni khas untuk staf wanita saja, nama pun anjuran Puspanita kan. Buat di rooftop bangunan. Excited nak join. 


Muka sebelum kejadian.
Hubby tengok gambar ni dia kata aku macam pregnant.
 Haha..
Yeah, lapan lagi...
Macam2 gaya kan, lain cikgu ajar lain yang dibuat. 
lantaklah labu, janji ada iras2. Hehe.
Fuh, penat gila..sampai sakit2 kaki..
Posing lagi sebelum balik. 
Maintain k muka memasing. 
Padahal berpeluh2 semua time ni.
Cikgu kita yang tudung coklat tu.
Eh betol ke tak ek. Macam lain pulak muka dia kat sini.
Tak dapat sambutan sangat pun, sebab zumba ni buat pukul 5 - 6 petang, ramai mak mak nak balik ambil anak, nak balik masak untuk suami gitu. Aku bukan tak ambil Areesh, cuma lambat sikitlah. 

Oklah tataaa....



***
Aku kekantoian ni..wawawawaaaa
Nantilah aku cerita lain entry ye. ^_^


Friday, 17 April 2015

Fresh Cendawan Tiram Putrajaya

Hi, saudagar cendawan kembali.

Hehe, saudagar la sangat kan. Saja suka-suka. Aku nak beli tu yang tanya kengkawan opis kot2 ada yang berminat sekali. Sebelum ni pernah jugak aku jual, lama dah. Tapi supplier dah berhenti, so tak dapat stok cendawan. Kengkawan opis pulak asik tanya je cendawan ada tak. Hoho. Naik kesian jugak aku dekat diorang, nak buat macam mana kan. Memang tak ada.

Semalam, kebetulan dekat kawasan perumahan aku ada pulak toke cendawan. Dia bukak order apa lagi aku terus tanya kengkawan. 1kg RM13. Besar dan segar cendawan tu. Memang puas hati la. 



Aku tanya kengkawan bahagian aku je, bila bahagian lain tahu diorang nak jugak. Aih banyak rupanya pencinta cendawan macam aku ek. Hehe. Lain kali ada lagi aku open order lagi ye.


Menu malam tadi, cendawan goreng tepung. Yummyyyy..
Aku share kat group opis, diorang tanya mana batangnya. Hik3.



#Areesh 11 bulan

Alhamdulillah,

Semalam Areesh genap 11 bulan. Nak setahun dah awak kan. Cepatnya masa berlalu. 



Areesh tak sihat sangat ni, aritu demam ni dah ok. Cuma badan rasa macam dedo2 gitu. Tambah pulak selesema dan batuk. Biasanya Areesh kalau sakit2 macam ni adalah tu nak pandai sesuatu. Harap2 macam tu lah. 

Semoga awak cepat sembuh ye syg. 


Wednesday, 15 April 2015

Nescafe Latte Caramel Yummy

Assalamualaikum.

Fuh2, tiup habuk2 dalam belog ni. 

Orang lain dah lama minum nescafe latte ni kan, aku je ni kesian. Hek3. 1st time rasa nescafe ni masa balik kampung 3 bulan lepas kot. Terus jatuh cinta. Sedap gila. Balik Putrajaya cari2 kat alamanda, aeon city mall, giant, kedai 1 malaysia semua tak jumpa. Aik, dah tak keluar lagi ke nescafe ni. Tak boleh jadi ni, kena cari jugak. Sampaikan aku search kat lazada. Ada, tapi cas penghantaran lagi mahal dari harga nes tu sendiri. Acanee. Hehe. 

Sebenarnya aku ni tak boleh minum nescafe. Mesti akan pening kepala. Kadang2 tu kopi 3 in 1 pun tak boleh sembarangan, mesti akan pening jugak. Tapi nescafe ni bila aku minum tak pening pun, ok pulak. 


Dan akhirnya, jumpa jugak nescafe ni dekat Speedmart Presint 9. Haha, jauh2 cari sampai ke bangi dekat sini ada rupanya. Hehe. RM 10.90 ada 20 sachet. Murah kan.  Lepas tu tinggal 2 pek pulak, haruslah aku rembat cepat2. 

Hehe, saja je up entry ni sebenarnya, tak nak bagi bersawang2. Oklah kan dari takda. Banyak cerita lain nak share tapi takde mood. Emel dari kengkawan tanya pasal ectopic aritu pun ada yang tak sempat nak reply, sebersalah sangat ni. Sabar ye, saya akan reply satu2 bila kelapangan.

Oklah, tataaaa.