Friday 18 December 2015

Mandi manda di Gold Cost Morib

Assalamualaikum.

Ahad, 6/12/2015 yang lepas family Hubby buat family gathering di Gold Cost Morib. Biasalah kan, musim cuti sekolah ni masing-masing ambil peluang bawak anak-anak berjalan. Teringat dulu masa aku kecik-kecik, jarang sangatlah berjalan masa cuti sekolah. Bila naik sekolah cikgu mesti suruh buat karangan pasal aktiviti cuti sekolah. Aku yang tak kemana ni gorenglah selagi boleh. Hehe...

MIL dan FIL, Dila dan Kak Uda Jumaat malam dah bertolak dari Johor ke rumah Along di Klang, kitorang gerak esoknya hari Sabtu. Malas nak rushing2, sebab dari Putrajaya nak ke Klang pun tak jauh kan. 

Ahad pagi, berkonvoilah kami empat kereta ke sana. Budak-budak kemainlah excited kan nak mandi kolam. Sampai2 terus cari parking dan beli tiket. Belikan Areesh pelampung dan masing-masing terus kedebuskan diri. 










4 jam ada kot kami berendam dalam tu. Kecut2 tangan, tu pun Along ajak bekubang lagi. Apa nak buat, perut pun dah lapar. Masing2 terus tukar baju. 





Lepak di Dataran Morib kot, tak tahu apa nama tempat ni, solat dan makan-makan dulu lepastu masing-masing balik ke sarang haluan masing-masing. Tahun depan kita ke destinasi lain pulak ye...



No comments: