Wednesday, 23 December 2015

Fesyen Gaun Dinner untuk Muslimah

Sekarang ni kan, macam-macam fesyen gaun dinner untuk muslimah di pasaran. Dah jadi macam trend sekarang ni ramai kalangan muda mudi memakai gaun dinner/jubah/maxi dress ke majlis-majlis seperti majlis perkahwinan, majlis keraian dan sebagainya. 

Meh aku nak kongsikan Fesyen Gaun Dinner Muslimah yang sesuai dipakai untuk menghadiri majlis-majlis rasmi mahupun keraian. Almaklumlah hujung-hujung tahun ni ramai orang buat dinner akhir tahun dan walimatul urus mana tahu boleh membantu korang yang tengah pening kepala nak pakai baju apa.

Ayunya dia..
Wearing jubah is not odd anymore. Kalau dulu orang pakai jubah untuk aktiviti keagamaan sekarang tak lagi. Jubah sesuai untuk dipakai ke mana sahaja pendek kata kena gayanya korang akan nampak ayu dan sopan. Manis gitu. Aku pun kengkadang pergi office pakai jubah jugak. Bertambahlah manis dan ayunya. 

Manis dan sopan..
Yang ni pulak, dress muslimah. Eh macam sama je fesyen kat atas kan. Nampak sama tapi lain. Dress muslimah ni kalau dipakai untuk ke majlis makan malam memang nampak elegan dan menawan. Salah satu jenama terkenal yang menawarkan dress muslimah terkini adalah ZALIA. ZALIA ada bermacam jenis dress muslimah yang sangat-sangat menggamit jiwa raga seperti wrap maxi dress, peasant maxi dress dan banyak lagi.

Sorry amik pic model tak bertudung sebab aku suka sangat dengan baju ni. Sweet dan elegan.
Pakai dengan shawl yang bersesuaian lagi meletoppp.

Ha yang ni pulak dress muslimah jenis kaftan labuh. Memang tengah in jugak fesyen ni sekarang. Memang nampak lain dari yang lain. Yang pasti korang akan nampak lebih langsing dan outstanding kalau kena gayanya.

Walau apa pun jenis fesyen baju yang kita pilih, yang paling penting menepati ciri-ciri wanita muslimah dan kita selesa dengan apa yang kita pakai. Apabila kita berasa selesa akan membuatkan kita lebih berkeyakinan dan nampak lebih cantik.


Semoga perkongsian ni dapat membantu korang.  


No comments: