Hai lama tak bersiaran. Setiap kali nak mula menaip, tup2 tu mood malas datang. Tutup balik. Ada yang dah siap tulis entry, tinggal nak masuk gambar je tapi disebabkan mood malas datang tak jugak disiapkan. Haih, teruk sangat perangai kan. Ni kalau mak aku tahu perangai macam ni mesti dah kena bebel setahun. Hehe. Nak jadi apa entah kan.
Oklah nak cerita ni, haritu Hubby ada beli mesin potong
Sampai je mesin tu, Hubby cakap boleh guna dah ni. Esok tolong potongkan rambut dia. What??? Serius ke Sayang ni aku tanya balik. Yelah. Aku ni kalau potong rambut orang memang lah boleh, tapi potong rambut perempuan, lepas tu potong straight. Haha. Tak pun potong style letak mangkuk kat kepala lepastu potong ikut acuan, gituuu..
Kalau tak silap set ni yang Hubby beli tu. Murah je. |
Disebabkan Hubby begitu confident dengan kebolehan aku, aku pun turutkan saja walaupun aku tahu rambut Hubby tu kesayangan dia. Tiba hari kejadian, dengan tak pernah guna mesin tu, Hubby ajar kemudian aku pun praktiskan atas rambut Hubby tanpa rasa bersalah. Haha. Serenggg sana sereeeng sini. Dan hasilnya....
Ni pic beberapa hari sebelum kejadian. |
Ni pic selepas, tak ada pulak ambil gambar sebelum dan selepas yang betul2 tu. Camni pun nampak jugak sikit2 kan. Hehe. |
Haha, aku pun tak sangka aku boleh potong rambut Hubby guna mesin tu. Aku cakap kat Hubby rupanya aku ada bakat terendam. Keh3. Dia kata lepas ni tak payah dah pergi kedai potong rambut, 3 kali potong kat rumah dah sama harga dengan mesin yang dia beli tu. Jimat2. Ni gst punya pasal la, semua benda nak kena jimat. Hehe. Lagi pun Hubby cakap aku potong pun dah macam saloon. Punya la dasyat...Kah3..
Sekarang ni aku asyik tengok rambut Hubby je sebab tak percaya aku yang potong rambut dia sampai dia jadi handsome camtu. Pengsan. -_-"
1 comment:
Hahahah...wah...ada bakat...jimat juga ek gitu...
Post a Comment