Thursday, 4 April 2013

Bahana Pakai Tudung Baru Arini

Assalamualaikum.

Pagi ni kat opis ada bacaan yaasin, pada kebiasaannya kami buat hari Jumaat tapi disebabkan kat kementerian aku sekarang ni setiap Jumaat diadakan bacaan Yaasin untuk wira-wira Lahad Datu so boss mintak ubah hari ni.

Aku nak cepat pagi tadi sebab kelewatan kepenatan semalam join Kayuhan Patriotik 1 Malaysia, so terus sarung tudung indon tu. Memang jarang-jarang sangat la aku pakai tudung pattern ni pergi opis, boleh dikiralah sepanjang dekat 5 tahun aku kerja sini. Aku adalah penggemar tudung bawal ye. Hehe. Aku rasa kalau pakai tudung indon ni aku nampak tua pulak.

Lepas sesi bacaan Yaasin tu, aku terus masuk bilik. Boss terus jumpa aku dan cakap macam ni.


I ingat u takda harini. 
Masa baca Yaasin tadi I cari u, tengok-tengok u takda. 
Tapi I pelik, macam ada sorang pegawai baru. 
Duduk sebelah Puan Liza. Tapi I tengok macam adik Puan Liza, 
I fikir Liza bawak adik dia datang opis. 
I fikir lagi agaknya ada pegawai baru lapor diri join baca Yaasin kot. 
Dekat setengah jam jugak I fikir sambil baca Yaasin tu. (kantoi tak khusyuk kan)
Sekali I teringat baju yang orang tu pakai. 
Laaaaa, u rupanya. 
Macam manalah I boleh tak kenal PA I sendiri.
Siap I terfikir nak tanya cc lepas habis baca Yaasin tadi, nasib tak tanya kalau tak malu je.. 
Hahahaaa, boss boss.
Ntah2 boss dah nyanyuk kot. Hehehheeee..

Aku tergelak dengar dia cakap macam tu, aik lain sangat ke muka aku ni. Lepas baca Yaasin macam biasa ada makan-makan sikit. Kak Mas cakap memang muka aku sejak 2 3 hari ni nampak lain. Seri dia lain macam. Dia kata ntah2 dah ada baby kot dalam perut aku ni. Ntah la tak berani nak mengia dan menidakkan. Setakat ni belum cek lagi. Tapi mengharap ia ada. Hehe. 

Kak Sue pun cakap macam tu, masa baca Yaasin pun dia cari aku tapi tak jumpa. Ingat aku takda, sekali baru dia perasan aku ada selang sorang je dari tempat dia duduk. 

Hohohooo, lain sangat agaknya aku pagi ni. Sampai diorang betul-betul tak kenal. Ayoyoyoooo....


Sama je kan tengok nye.
Cuma pada mata aku kalau pakai tudung indon ni muka aku nampak lebih matured.
Tak nak tak nak... Hehe

Tudung pepel jugak gambar terbaru aku, arini punya gambar la kan. Hehe. Tengok jerawat-jerawat banyak je tumbuh. Masih dalam proses pemulihan dengan cream magic gluta. Tudung cream pulak masa muka tengah ok pakai sabun gluta + cocoa pulmer. Oh rindu dengan wajah itu, kalau magic cream gluta tak dpt menyembuhkan muka aku, mesti beli cocoa pulmer balik.



2 comments:

cik azLyzah⊙.☉ said...

ewahhhhhhhh...mcm ade berita baik jea tue.Dah ade baby ke?

meazrynn said...

Cik Azlyzah :

Hehe..Amin, harapnye macam tu la awak.. tp setakat ni belum tahu lagi..masih menunggu dan tanak mengharap..takot kecewa.. :)