Monday, 8 April 2013

APC - Anugerah Perkhidmatan Cemerlang

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, rezeki setelah berkhidmat hampir 5 tahun di KeTTHA, harini aku telah diberikan penghargaan yang ditunggu-tunggu oleh pegawai kerajaan iaitu APC, Anugerah Perkhidmatan Cemerlang. Cemerlanglah sangat kan. Hehe. Berdebar-debar nak naik pentas sampai sebelum dan selepas naik pentas aku ke toilet. Kengkawan batch yang sama lapor diri pun dapat, Mira dan Ita, Nurul pulak dapat Anugerah KSU. 

Alhamdulillah...

Sayang sangat hp aku tertinggal kat opis, so tak bolehlah nak berposing sakan. Hehe. Yang bestnya walaupun aku dah 5 bulan kawin ni masih ada yang cakap seri pengantin tak hilang lagi. Wohoooo dasyat, kembang kuncup sekejab. Hihi. 

Tadi jugak ada sorang boss ni amik gambar aku sebab berkenan sangat dengan design baju yang aku pakai, baju ni ala-ala peplum. Agaknya dia nak tiru design ni kot. Aku beli baju ni kat The Mines semata-mata nak naik pentas, kat bahagian aku ni kalau dapat APC memang tradisi beli baju baru.


Kat opis baru dapat snap pic.
Ni pun snap nyorok-nyorok kat stor aka tempat solat. Malu. Hehe.

Oklah, semoga dengan penganugerahan ni, aku lebih efisien dalam menjalankan tugas yang telah dipertanggungjawabkan. Kurangkan kontroversi tingkatkan prestasi. Bye!!!


4 comments:

cik azLyzah⊙.☉ said...

Tahniahhhhh...
wawawa...cntek baju :)

meazrynn said...

Alhamdulillah...
maceh ye cik puan azlyzah..:)

btw thanks dear rajin komen blog sy yg tak seberapa ni..

mama said...

salam..In Sha Allah klu ada rzeki tahun ni dpt apc..nama dah naik tu..kalau hari khmis mmg kena pkai bju batik ke..??blazer skali ek..??kasut plak cmne..??kena yg bertutup ke..??huhuhu..

meazrynn said...

Wsalam Mama,

Wah yeke..tahniah in advance ye..
biasanya kalau hari khamis memang kena pakai baju batik, blazer tak perlu dan kasut kena bertutup...ni di kem saya la...tak tahu kem mama camne... :)