Friday 6 July 2012

SURPRISE!!!!

Assalamualaikum.


Hai, sekali lagi mea tak terupdate. Aku sebok dengan program 5S kat pejabat ni. Habis semua barang aku sorok. Haha. Tak patut tak patut.


Ok, back to our topic. Hehe.


Tanggal 3 Julai setiap tahun merupakan besday boss aku. Tahun ni jatuh pada hari Selasa. En. Hadi cadangkan kitorang buat surprise cake tuk boss. Kitorang pun setuju. Aku dengan Kak Rosni pergi la Alamanda tuk cari kek dan hadiah sekali. Budget yang CC bagi RM 100.00 saje. Bayangkan, kalau kek kat secret recipe harga dah RM80++ kan. Nak cari hadiah lagi. 


Kami pun ambil keputusan beli kek kat Carefour jek. Hehe. Cari jajan-jajan sikit, lepas tu nak cari hadiah kat Lovely Lace. Sekali tengah renovate daa.


Aku cadang pergi Famous Amous. Kat sana kat banyak cenderahati untuk ala ala kekasih gitu kan. Pening gak nak bagi apa. Akhirnya kami terjumpa satu balang cantik. Boss aku suka makan biskut kat opis. So boleh lah dia guna balang tu untuk letak biskut dia nanti. 


Hehe, sebenarnya aku terpaksa tipu sunat kat boss nak keluar awal pergi Alamanda ni. Aku cakap kat dia aku nak pergi bank. Dia tanya nak pergi bank mana. Aku cakap Tabung Haji. Haha, sekali dia jawab, Tabung Haji bukan bank la. Keh3. 


Tiba masa yang ditetapkan, jam 3.00 ptg kot, tengah dia sebok-sebok kat bilik, kami pun serbu beramai-ramai dalam bilik dia sambil bawak kek dan hadiah, nyanyi lagu Happy Besday To U. Keh3, terkejut dia. Haruslah terkejut kan, nama pun surprise. 


Boss lupa nak tiup lilin. Hehe

Sampai ke petang la mood dia ok.


Pape pun, happy besday boss. Semoga sentiasa diberkati dan dipanjangkan usia. 


Amin.





No comments: