Wednesday 18 July 2012

Day 2 - Kota Kinabalu, Sabah

Seperti yang dijanjikan, aku akan mencoretkan pengalaman untuk hari kedua kami di Kota Kinabalu. Untuk hari ke-2, kami merancang untuk ke Kinabalu Park, Diari Farm Ala2 Switzerland tu dan War Memorial Park. Bangun pagi tu, aku terus tengok cuaca dari koridor apartment. Ok, cantik. Cuaca memang best pagi tu sebab kami akan memulakan perjalanan yang agak jauh iaitu ke Kundasang. Orang kata perjalanan akan mengambil masa lebih kurang 2 jam. 


Semua dah siap, sebelum gerak kami isi perut dulu di Kedai Mamak pekena roti kosong. Kat sana takley nak demand sangat nk pilih-pilih kedai makan. Apa yang jumpa sebat. Perut dah isi, kitorang pun jalan. 


Keadaan jalan untuk ke Kundasang memang mencabar.Diorang kata jalan ala-ala nak ke Cameron gitu. Aku tak tau sebab tak penah pegi lagi Cameron Highland. Kesian Kan. Hee. Tengah syok2 menikmati keindahan perjalanan ke sana, perut aku buat hal. Nasib la jumpa Petronas, tapi seberang jalan. Kesian diorang kena U-turn. Nak wat camna kan, kalau aku terbuang dalam kereta lagi nahas. Keh3. 


Kami teruskan perjalanan lagi. Eh2, tu macam puncak Gunung Kinabalu kan, jerit salah sorang antara kami. Ha'a la. Jakun tau kami. Mulut aku terus ucap Subhanallah. Satu perasaan lain kat hati aku bila nampak puncak gunung tu walaupun sayup-sayup jek. Keh3. Kesian kan.




Perjalanan kami ke sana

Ha nampak tak. Sayup-sayup jek kan. Sedih. Tapi bersyukur diberi peluang jugak tengok dia

Puncak Gunung Kinabalu dari kejauhan. Bukan yang  rendah tau. Yang dekat2 dengan awan tu.
Lepas sampai ke Kundasang, kami terus singgah ke Pasar di tengah-tengah bandar Kundasang tu. Tak tau apa nama pasar tu. 




keropok leko warna putih. Not bad.

Dalam buluh ni ada jagung. Rasanya tidak boleh telan bha. Hehe

Konon-konon sejuk. Hehe
Lepas isi perut dengan mencuba makanan orang2 kat sini, kami ke Kundasang War Memorial.










Kat sini kami ditemani hujan lebat. Lepak di satu dewan sampai hujan teduh dan kami teruskan plan yang dirancang untuk ke Kinabalu Park. Tapi disebabkan hujan, kondisi kereta, keadaan jalan yang agak bahaya ketika hujan, kami terpaksa batalkan plan asal.  


Sedih.
Sempat snap pic ni je buat kenangan. Kalau masuk pun tak dapat tengok Gunung Kinabalu. Hujan lebat sangat. Waaaa terkilan rasa. Mungkin lain kali kalau ada rezeki. Terus balik ke KK.


Sebenarnya nak pergi Rumah Terbalik ni tak masuk dalam plan pun. Sebab plan asal tak jadi kena lah masukkan program lain kan. Hee. Rumah Terbalik ni otw kami balik ke KK. Dah alang-alang haruslah kena singgah kan.



Harga tiket ni RM 10.00 ye.





Keistimewaan kat sini hanya rumah tu saja. Cenderahati kat sini mahal. Tak dapat nak beli buat kenangan.


Lepas tu, kami lepak kat Jambatan Tamparuli. Hujan lagi. Apa lagi, terpaksa beli baju hujan tu. RM 3.80. Hehe, comel kan kami.







Dah penat main hujan, kami bercadang untuk lepak-lepak di Tanjung Aru. Orang kata sunset di sana cantik. So kami teruskan perjalanan ke Pantai Tanjung Aru. Kalau ke sini jangan lupa makan Jambu Beso. Kami yang panggil dia camtu. Hehe. Sebab memang beso jambu nya. Seketul RM 2.00. Lagi satu jangan lupa try Kepak Ayam. Memang terbaik.







Alahai dah panjang sangat entry ni. Takpa sambung sikit lagi ek.


Malam pulak kami deside nak makan seafood lagi. Ingat nak makan kat Ocean View. Sekali tanya harga minimum RM 300 dan ke atas. Alamak terlebih budget. Keh3. Kitorang suruh Vishnu deside tempat mana yang murah dan best. So, dia ajak makan di sini. Lupa la nama restoran ni. Semua tu RM 178 kot. Lebih kurang camtu harga dia. Kami ambil Udang Masak Butter, Scallop Masak BlackPepper kot, Kailan, Ikan dan Ketam Lembut. 1st time makan ketam lembut ni. Sedap dan senang, tak payah nak ketuk2 bagai. Makan je terus. Hehe



Tu la dia, Vishnu, sangat baik ok orangnya. 

Hantu tengah mentekedarah. Haha



Ok, setakat ni dulu untuk hari ke-2. Adoiii semputtttt....


Jumpa next entry ye.







No comments: