Friday 20 July 2012

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan, 1433H

Alhamdulillah,


Malam tadi telah diumumkan tarikh 1 Ramadhan jatuh pada hari Sabtu, 21 Julai 2012. Tahun ini aku diberi kesempatan lagi oleh Allah untuk menunaikan salah satu Rukun Iman ini. Syukur ke hadrat Ilahi aku diberikan umur yang panjang dan kesihatan yang baik untuk menunaikan ibadah puasa.


~Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w 
bersabda: Apabila tiba bulan Ramadan, dibuka pintu-pintu Syurga dan ditutup pintu-pintu Neraka serta syaitan-syaitan dibelenggu

~Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: …Dan sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah, akan diampunkan segala dosa yang dilakukannya sebelum itu


InsyaAllah, tahun ni aku berazam nak khatamkan Al-Quran sambungan tahun lepas. Ada separuh lagi. Aku nekad sebelum kawin nak khatam Al-Quran lagi sekali.


Aku sertakan sekali jadual waktu berbuka puasa dan imsak bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya untuk rujukan bersama.



Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna untuk diri kita semua.

No comments: