Tuesday 17 July 2012

Day 1 - Trip to Kota Kinabalu, Sabah

Alhamdulillah, 


Percutian aku dan kawan-kawan ke Kota Kinabalu berakhir dengan jayanya. Bermula 12 - 14 Julai 2012. 3 hari kat sana memang tak cukup. Kalau 4 hari rasanya memang sedang-sedang elok kot. Hehe. 


Kami bertolak dari Putrajaya dalam jam 9.00 pagi menaiki kereta Ct, husband dia hantar kami semua di LCCT. Sampai sana kami terus breakfast di McD takut lapar kan dalam flight. Kitorang dah check in awal. So lepas makan tu tinggal scan beg dan terus masuk balai pelepasan. Kami terbang ke KK pukul 10.20 am. Dalam perjalanan aku tak tidur pun, borak2 dengan Shereen. 


Ct dah standby kan boarding pass untuk kami.

Akma, Mea, Shereen

Sampai KK, dalam pukul 12.40 pm hujan la pulak. Plan nak snookelling petang tu. So, terpaksa ubah plan yang dibuat. Vishnu selaku pemandu pelancong kitorang kat sana, dah tunggu kitorang kat airport dengan kereta sewa. Dia tunjuk apartment kitorang dan dia balik ke opis dia. Dia PTD kat pejabat ape ntah. Lupa lak. Hehe.


Posing dalam flight.
Tengok, gila posing dalam hujan ni. Pelik orang KK tengok agknye.

Petang tu kami jalan-jalan di KK Waterfront. Dalam hujan-hujan kau kitorang snap2 pic. Kat Putrajaya tak dapat main hujan macam tu. Hehe. Korang bayangkan, bape jauh kitorang jalan kaki, park kereta kat Pasar sebelah Pasar Filipina tu, lalu tepi pantai tu sampai ke Jesselton Point. Dengan hujan membasahi bumi. Memang masyuk la. Hehe.



Fuh, ala2 macam kat obersea kan. Keh3.

Tak ingat lepak kat mana sambil minum air Kit Chai suam. Memang sedap! Kalau datang KK patut cuba k.


Lepas tu kitorang pergi shooping rantai tangan mutiara dan brooch kt Pasar Filipina. Kena pandai tawar-menawar k kat sini. Lupa nak snap gambar.


Malam pulak, kitorang pergi ke Pasar Malam di sebelah Pasar Filipina tu. Nak mam seafood. Kat sini, kalau korang nak makan, amik yang fresh k. Kalau yang dah siap masak tu kalau kita order nanti dia hanya panaskan saja. Tak fresh.


Alamak, tak nampak ape kitorang order ek. 
Ketam masak pedas kot.
Lobster masak butter. Memang sedap gila ok.

Rumpai laut. Must try punya dan Udang bakar.
Gerai ni je yang banyak pilihan dan masakan dia pun sedap. Memang terbaik. Gerai ni nama dia Gerai Sri Samudra. Masak butter dia memang terbaik. Fuh, licin pinggan. Hee




Dah kenyang, masa nak gerak ke kereta, nampak Pasar Malam apa ntah. Tengok2, sekali amik kau. Harga barang-barang dia lagi murah dari Pasar Filipina tu. Nangis!!!


Muka dah macam apa. 1 hari berjalan main hujan kan. Keh3.


Ok, setakat ni dulu cerita untuk hari pertama. Karang ada yang muntah tengok pic2 kami semua. Tunggu untuk hari ke 2 dan ke 3 k. 


Hari ke-2 = Kundasang


Hari ke-3 = Snookelling


Tataa..........







No comments: