Thursday, 12 February 2015

Tempoyak Ikan Patin Resepi Turun Temurun

Haaaaa......

Tajuk tak menahan. Macam la awak tu orang Pahang kan. >,<

Sebenarnya dah seminggu Hubby beli ikan patin, tersimpan je dalam freeze tak sempat2 nak masak. Hari Isnin lepas aku cuti, Areesh demam lagi so aku gunakan kesempatan untuk masak ikan patin. Macam biasa sesi pencarian resepi terbaik. Ngeh3. Google punya google aku tertarik dengan resepi patin tempoyak 5 bahan. Katanya resepi asli orang Pahang. Ni aku main ingat2 je la ye resepi tu, tak jumpa pulak aku tengok kat mana resepi tu aritu. 

Resepinya lebih kurang macam ni ye..

Bahan2,

  • 1 ekor ikan patin
  • 3 sudu tempoyak
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 batang cili merah
  • 4 biji cili api
  • Segenggam daun kesum
  • 3 cawan air
  • Eh, kata 5 bahan je..ni dah 7..hehe 


Cara2,

Kisarkan kunyit, cili merah dan cili api menggunakan blender. Tak payah lumat sangat pun takpa. Tapi aku blend macam tak berapa sebati aku tumbuk pulak guna lesung. Baru ok.


Kemudian gaulkan tempoyak ke dalam bahan2 tadi hingga sebati.

Ambil periuk, masukkan bahan tadi dan tambahkan air. Aku masak kuah ni hingga betol2 masak. Ikan aku masukkan kemudian tak nak bagi ikan hancur. Isi ikan patin kan lembut.

Nasib baiklah ikan patin ni tak hanyir. Aku basuh ikan patin dengan limau sambal dulu, lepastu basuh dengan tepung pulak.


Dah masukkan ikan, masukkan daun kesum. Agak2 ikan dah masak tutup api. Jangan lupa bagi garam secukup rasa ye. Kang tawar pulak. Macam biasa aku mesti letak gula sikit. Jawa katanya kan. 


Sayur dengan telur tu Hubby yang masak.
Aku melayan Areesh pulak.

Macam biasa, testimoni dari Hubby. 
Sodapp banget katanya, lagi sedap dari cafe kat opis aku ni. Hik3. Sebelum ni aku pernah bawak balik lauk patin untuk dia, tu yang dia cakap macam tu. Haha, kembang semangkuk mak... 


PPA1M Fasa 2

Assalamualaikum.

Saja nak uar2 kan kepada penjawat awam yang memenuhi syarat tetapi masih belum memohon PPA1M ni boleh lah memohon untuk fasa 2. Dan yang lebih canggih, fasa 2 ni permohonan dibuat tru online. Lebih mudah dan cepat. Korang boleh lawati laman web ppj atau Perbadanan Putrajaya.
Sumber : Facebook Perbadanan Putrajaya
Cerita pasal PPA1M ni, Alhamdulillah permohonan aku berjaya. Masa dapat keputusan ni aku tengah berpantang. Terkejut oo tengah rehat2 layan baby dapat sms permohonan aku berjaya. Menggigil tangan. Hahahahaaa.. Ntah pape kan. Macam dapat award ape je. Hehe..




Aku berjaya untuk undian Siri 4 yang telah dibuat pada 26 Jun 2014. Lokasi perumahan ni di Presint 6. Rezeki anak. Yelah, sekarang ni nak beli rumah dengan harga yang aduhai macam tak mampu je. Lagipun buat masa sekarang aku memang selesa duduk di Putrajaya. Aman damai, tak perlu nak tempuh jem, nak pergi kerja pun dekat, nak shopping pun senang. Hee.. Hubby pulak ada apply rumah untuk anak2 Felda. Harap2lah dapat, tak risau la masa pencen nanti nak duduk mana. Haha, pencen terus, 10 tahun pun belum lagi berkhidmat dah fikir pencen. Hik3.

Wednesday, 11 February 2015

Lasagna Nyum2

Assalamualaikum.

Hujung minggu punya cerita. Projek memasak lasagna. Ni merupakan kali ke dua aku masak lasagna. 1st time masak menjadi la jugak, cuma tak cukup lapis, loyang beso sangat. Agak terkecewa di situ. So kali ni buat aku siap2 beli bekas aluminium tu. 

Senang sangat masak lasagna ni, sedap pulak tu. Jom kita try, meh aku share resepi ye.

Bahan 1,
Kepingan lasagna
1 bungkus daging kisar (aku guna daging burger)
1 tin Prego 
1 tin Cendawan butang
1 biji Capsicum
Mozzarella chesse (aku guna pizza topping je)
1 biji Bawang holland
Garam
Gula (orang jawa memang tak boleh tinggal ni)
Serbuk Origano (takda pun takpe)

Antara bahan-bahan yang aku guna.
Langkah pertama : Tumis bawang agak2 naik bau kemudian masukkan daging burger. Biasanya orang guna daging kisar kan, aku lain sikit. Hubby dan Idah cakap lagi sedap guna daging burger sebab daging tu sendiri dah ada rasa. 
Agak2 daging dah masak masukkan cendawan butang yang dah dipotong kecil dan capsicum sekali. Kemudian masukkan prego. Masukkan sikit serbuk origano.
Kacau sebati, dah cukup rasa, daging pun dah masak tutup api. 

Bahan 2,
500 ml susu segar
2 sudu tepung
2 kepping cheddar cheese
2 sudu butter

Cairkan butter, kemudian masukkan tepung. Kacau sebati masukkan susu.
Akhir sekali masukkan cheese. Masak sehingga agak pekat.
Tutup api.
Langkah seterusnya, panaskan air. Masukkan minyak sedikit ke dalam air. Celurkan kepingan lasagna sehingga lembut. Hati2 ye jangan sampai terkoyak.

Semua bahan dah ready, kerja untuk melapis2 pulak. Sebelum tu panaskan oven pada suhu 180C. 

Sapukan butter pada bekas aluminium untuk elakkkan lasagna melekat pada permukaan bekas. 

Lapisan pertama letakkan kepingan lasagsa diikuti dengan daging kemudian susu. Ulang sehingga penuh. Akhir sekali taburkan cheese. Lagi banyak lagi sedap.

Taraaaaaaaaaaa..tunggu masa untuk dimasukkan ke dalam oven. Bakar dalam suhu 180C selama 25 minit.
Akhirnya...nyum2..
Hubby cakap tak pernah makan benda pelik tapi sedap. Haha.
Siap suruh aku berniaga lagi. Hik3, ada ke yang nak beli. Kui3...

Puas..
Tiada yang lebih membahagiakan selain melihat orang makan masakan kita dengan penuh berselera.

Oklah, selamat mencuba. :)



Friday, 6 February 2015

Panik

Assalamualaikum.

Semalam Areesh saja buat aku panik. Ambil dari rumah ummi aka pengasuh, Ummi cakap Areesh dah 2 kali muntah. Dukung pun terlentok je. Ingat tak nak panik lah, balik rumah sampai 3 kali muntah aku tak boleh dah, kang jadi pape lagi susah kan. Telefon Hubby, kebetulan pulak malam tadi xboss dia belanja makan. Hubby suruh aku bawak Areesh pergi klinik dulu nanti dia datang. 

Aku pun terus tukar baju sebab kena muntah tadi, bawak Idah sekali teman. Aku pergi Klinik Pakar Wanita dan Kanak2 Kasih kat Presint 15. Tak lama tunggu nama kena panggil, sekali Areesh ok. Ok terus sihat walafiat. Boleh mengomel2 macam biasa, senyum2, gelak2. Tapi dah alang2 sampai jumpa jugaklah doktor. Suka aku jumpa doktor lelaki ni, dia ramah so takdelah kita rasa macam kekok ke apa kan, lupa pulak nak tengok tag nama doktor tu. Doktor cakap takda apa, mungkin keracunan makanan. Tengok dah sihat doktor bagi ubat probiotik n air garam. Kalau cirit baru bagi air garam tu, kalau tak doktor cakap tak payah. Sabar je lah ibu ni nak. 

Muka budak tak sihat.

Dah nak masuk sembilan bulan ni makin panjang dah akal Areesh. Seronok tengok setiap perkembangan Areesh hari-hari, jadi anak soleh ye syg.


Thursday, 5 February 2015

Ayam Teriyaki

Assalamualaikum.

3 minggu lepas kot, Hubby request ayam teriyaki dan miso sup. Aik jepun sungguh selera beliau kan, aku tak pernah la makan ayam teriyaki dan miso sup ni, tapi dah permintaan suami wajiblah ditunaikan ye tak. Hehe. Macam biasa tak tahu kena tanya, so jangan ribut2, macik gugel kan ada. Hehe.

Siap tengok resepi, bahan untuk masak ayam teriyaki ni semua ada kat dapur dah cuma nak buat miso sup tu kena beli bahan2 dia. Pelik2 je nama bahan tu sebab dalam bahasa jepun kan. Cari kat Jaya Grocer kat Bangi Gateway tu tak jumpa pulak. Hmm, cuma beli rumpai laut tu je. Nak pergi cari kat Jusco malas. Yang bagusnya Jaya Grocer ni kan, kalau makanan pelik2 tulisan korea ke jepun ke dia tulis siap2 kalau kandungan dalam tu ada alkohol ke apa. So kita tak lah bimbang kan. Halalan Toyyiban. 

Panjang dah bebel, meh tengok resepi ayam teriyaki ni ye.

Bahan-bahan:

  • Dada ayam dipotong kecil (kuantiti ikut suka nak banyak mana)
  • 3 sudu madu
  • 4 sudu kicap manis (kicap biasa pun boleh)
  • 1 sudu gula perang
  • 3 inci halia, diparut
  • 3 biji bawang putih, diparut
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu minyak bijan


Cara-cara:

  • Campurkan semua bahan-bahan dan gaulkan hingga rata, kemudian perap lebih kurang 1 jam dalam peti sejuk. Aku perap dalam 15 minit pun dah sedap. 
  • Panaskan non-stick pan dan panggang. Jangan lupa balik2 kan ayam bagi masak sekata. Kalau potong kecil2 cepat je masak.
  • Masak sampai kuah perapan tadi dah jadi macam karamel sikit bolehlah angkat.

Hubby kata ayam ni rasanya sama macam kat food court tempat kerja dia. Kembangggg sekejab. Hehe.

Miso sup pulak tak jumpa bahan, so aku buat sup ayam biasa je. Tumis bawang putih, merah dengan halia yang dah ditumbuk. Masukkan sikit tulang2 ayam dan air. Masukkan lobak merah dan saderi sikit. Tak payah letak rempah segala ye, cuma guna kiub ayam. Sup dah masak masukkan rumpai laut. Siappp.. 


Rasa rumpai laut tu yang buat sup ni rasa lain. Sedappp.

Dua hari berturut-turut kalau tak silap aku masak menu ni. Hubby kalau dah suka, hari-hari pun dia tak kesah. :)


Monday, 26 January 2015

Aku tanya apa khabar

Assalamualaikum.

Aku tanya apa khabar. Hehe. Uih lama sangat rasanya tak update mea ni, kalau dikira-kira 4 bulan jugak mea ni terbiar. Komen dan emel pun ada yang tak sempat nak dibalas. Sabar ya kawan-kawan, saya akan reply jugak nanti. 

Sejak ada baby ni, mood nak bukak mea tersangat malas, apatah lagi nak menaip mengarang ayat. InsyaAllah, lepas ni tak nak malas2 dah. Banyak sangat cerita nak dikongsi bersama. Bayangkan, 4 bulan tak update, berapa banyak cerita tertangguh nak dicerita. Hehe. 

Oklah, nanti cerita lagi ye. Belanja gambar si tecik Muhammad Areesh Ilman sikit..hihi

Cakkkk........ :)


Bubyeeee...


Wednesday, 24 September 2014

CPUV Nuffnang

Assalamualaikum.

Hairan bin ajaib, 3 bulan lebih tak update belog, berderet-deret iklan cpuv nuffnang masuk. Alhamdulillah, rezeki anak agaknya. Setakat ni dah 21 iklan cpuv yang masuk. Terima kasih nuffnang. Walaupun tak banyak tetap bersyukur. Sikit sikit lama lama jadi bukit kan. Hehe..

Sebelum ni bila orang buat entry dapat iklan cpuv nuffnang, rasa macam jeles je. Kenapa aku tak dapat-dapat. Oh cepat-cepat sedar diri, belog picisan je kan, pengiklan nak letak iklan kat sini pun macam sedih. Hehe..

Nak tunjuk jugak walaupun sen sen je. Hehe..
Takpelah sambil2 katanya.


Masih ada 2 lagi iklan yang masih on going. Mayfair Bodyline dan RWG - Ice Age Adventure. Harapnya lamalah korang melepak kat sini ye. Hihi..



Tuesday, 23 September 2014

Hamil semula selepas ectopic@hamil luar rahim

Assalamualaikum.

Alahai rasa bersalah sangat. Berkenaan entry ectopic, aku ada komen akan kongsi apa yang aku usahakan untuk hamil semula tapi sampai sekarang aku tak tunaikan. Ramai yang komen dan PM bertanyakan perkara ni. Maaf ye kepada yang tertunggu-tunggu. Pada yang berkongsi pengalaman di ruangan komen terima kasih sangat-sangat, entry paling banyak viewer dan komen dalam belog kesayangan aku ni.

Apa yang akan aku kongsikan ni adalah apa yang aku amalkan ikut suka aku je, mana yang boleh korang ikut tu ikutlah, mana yang rasa macam tak sesuai tu abaikan la ye. 



***

Menjadi salah satu insan terpilih untuk merasai apa itu kehilangan adalah suatu perkara yang amat pahit untuk ditelan. Hanya Dia sahaja yang tahu apa hikmahnya, apa yang terbaik untuk hambaNya, apa hikmah disebalik semuanya.

Bukan mudah untuk melupakan, selagi parut masih terlihat, selagi itu masih teringat. 

Selepas dari pembedahan, aku berpantang selama 44 hari. Berpantang dari segi makanan dan juga bersama suami. Pantang macam orang bersalin juga. Kalau korang nak tahu, aku berjaga pantang ectopic ni lagi hebat dari aku berpantang bersalin tempoh hari. Masa berpantang ectopic ni hari-hari aku makan singgang. Sekali sekala ikan bakar. Ayam memang tak sentuh langsung. Sebab aku tak tahu, berpantang sendiri pulak tu yang mengikut betul. Tapi masa pantang bersalin, orang masakkan, orang hidangkan lauk ayam aku pun makan. Sebenarnya boleh aje, aku je yang tak tahu. Nasiblah badan makan lauk singgang dekat sebulan. Bila aku fikir-fikir balik, macam tak perlu pun nak berpantang ectopic lama sangat macam aku buat sebab kandungan masih kecik kan, 2 minggu pun dah ok kot. Terpulang kat korang ye.

Lupa nak share pic ni kat entry aritu.
Ketulan yang keluar beberapa hari selepas pembedahan. Macam bentuk baby kan yang bawah tu, tapi bila aku tunjuk pic ni kat doktor dia kata cuma ketulan daging je... 

Untuk baikkan luka tebukan tu, aku amalkan gel gamat Luxor. Luka ambil masa sebulan lebih jugak nak baik sepenuhnya. Period pulak datang sebulan selepas operation. Senang nak kira waktu subur balik.

Untuk hamil semula aku ada bertanya pada doktor yang merawat aku berapa lama aku kena tunggu untuk hamil semula, dia kata 3 bulan selepas operation dah boleh. Korang rujuk dulu ye pada doktor yang merawat korang, sebab dia yang tahu keadaan korang ketika tu. Sebab ada doktor yang cadangkan 6 bulan baru boleh hamil balik. Alhamdulillah, lepas lebih kurang 4 bulan aku hamil semula. Memang seriau masa nak tahu baby dalam rahim ke kat luar. Berdebar sangat masa buat scan.

Di sini aku listkan biar senang korang nak tengok apa yang aku usahakan untuk hamil semula ye.

  • lepas period datang, aku install aplikasi "My Calendar" kat android tru hp. Nak tahu tarikh sebetulnya aku subur n nak tengok kitaran haid setiap bulan. 
  • lepas luka sembuh, aku amalkan makan kapsul habatussauda Minsyam. Aku ada baca Habatussauda boleh meningkatkan kesuburan. Minum bersama susu ye sebelum tidur.
  • setiap pagi aku makan folic asid
  • suami pula amalkan pil zink.
  • sangat penting jangan stress, kadang2 kita terlalu fikir nak baby, cuba sekali jangan fikir pasal baby.
  • dekatkan diri dengan barang baby, aku tukar wallpaper pc dengan gambar baby comel2. Dekat kereta ada topi baby biras punya tertinggal, aku sengaja tak pulangkan sebab nak dekat dengan barang2 baby. Kononnya nak bagi aura. Tapi sekarang dah pulangkan balik tau. 
  • doa dan tawakal, lepas kita dah usaha selebihnya berserah padaNya. Kalau Dia kata belum masanya, kita redha. Usaha lagi sampai berjaya dan sentiasa berfikiran positif.

Sebenarnya ada 2 lagi tapi nak share kat sini macam tak berapa sesuai. Kalau nak tahu boleh PM ye.. 

Satu lagi kalau ada yang nak mencuba Habatussauda Minsyam tu boleh dapatkan kat sini ye. 



update 30/12/2015 - kengkawan emel terus ke emel sy ye, senang nak reply. Hehe..

meazrynn@gmail.com



Friday, 19 September 2014

Ruam Susu - Zaricort Cream

Assalamualaikum.

Harini nak share pada ibu2 yang mempunyai masalah baby kena ruam susu. Memang pening kan bila tengok muka anak merah2 macam tu. Sampai rasa macam eh aku ni tak pandai jaga anak ke. Sob3....

Teruk jugaklah ruam yang ada kat muka Areesh aritu, masa memula Areesh kena ruam, aku memang tak nak guna ubat/krim yang ada bahan2 kimia ni. Google2 ramai yang kata minyak kelapa dara memang ok untuk hilangkan ruam. Kebetulan minyak kelapa dara Tanamera aku ada lagi, sapulah kat muka Areesh. Memang ok, dalam seminggu dah baik. Tapi memang nak kena rajin lah. Ada masa lapang je aku tenyeh muka Areesh dengan minyak kelapa. Sampaikan kalau cium pipi Areesh dah macam bau dodol. Hehe..

Mak aku dan mak mertua aku nasihatkan lepas susukan, lap muka Areesh dengan tuala basah @ wet tissue. Aku pun buatlah tanpa rasa jemu tapi entah macam mana ruam datang balik. Risau jugak kalau eczema ke ape kan. Lama-lama kesabaran aku menipis, aku kena cari penyelesaian lain. Minyak kelapa dara ni ok, cuma lambat sikit lepastu nak kena selalu sapu. Yelah sapa tak sedih tengok muka anak merah2 macam tu kan, bawak anak pergi klinik tengok muka anak orang lain bersih2 rasa kesian sangat kat Areesh. 


Alololooo cian sangat anak ibu.

Masa berpantang kat kampung nurse ada juga bagi calomine losyen tapi tak mujarab pun kat Areesh. Doktor pulak suggest, sapu air susu ibu kat ruam tu. Buat jugak tapi mungkin amik masa sebab macam takda kesan je.

Gigih sapu minyak kelapa dara lagi, masih percaya dengan keberkesanan minyak kelapa. Sampai satu tahap aku tak boleh nak sabar dah.

Google2 jumpa 1 blog ni, lupa dah blog sapa. Dia guna satu krim ni untuk anak dia. Lepas raya aritu tanpa rela hati aku mintak Hubby belikan cream tu, namanya Zaricort cream. Nak muka anak baik cepat kan, beli la jugak.



Beli kat farmasi harga dalam belas2 camtu. Krim ni sesuai untuk baby sebab dia tak kuat sangat. Alhamdulillah, 2 hari sapu nipis2 kat muka Areesh terus nampak perubahan. 4 hari bersih dah muka Areesh. Lega sangat. Barulah nampak kecomelan dia. Hehe. Kalaulah dari awal2 dulu aku cuba krim ni mesti muka Areesh elok je kan. Takpelah semua tu pengalaman untuk ibu baru macam aku.


Areesh with En Kola. 

Pada ibu2 yang ada masalah ruam susu bolehlah cuba krim ni. Mana tahu serasi. Sekarang tak sedih dah tengok muka Areesh, nak gomol2 je dak tecit ni..hehe..



Thursday, 18 September 2014

Train Areesh minum susu guna botol

Assalamualaikum.

Sebulan sebelum aku naik kerja aritu, aku train Areesh minum susu guna botol. Nak naik kerja dah kan, memang terpaksalah. Kalau tak kang macam mana nak tinggal Areesh nanti. 

Alhamdulillah, setakat ni aku masih bagi Areesh susu badan. Niat hati nak menyusukan Areesh sehingga 2 tahun, kalau tak dapat sampai 6 bulan pun jadilah. Ibu akan berusaha selagi boleh untuk awak sayang.

Memula tu aku risau jugak macam manalah aku nak train Areesh ni, kat mana nak mula. So macam biasa google punya google jumpa jadual ni.  


Aku ikut jadual ni seminggu je sebab Areesh dah pandai minum susu perahan guna botol. Lepas2 tu aku bagi Areesh kadang-kadang je, contohnya tengahari saja @ petang sebab tak nak Areesh lupa tapi tiap2 hari lah. Lagi satu sebab nak naik kerja lama lagi, takot stok susu berkurangan. Hehe. 
Start 1/8/14, genap seminggu 8/8/14 Areesh pandai dah minum guna botol. Botol nilah barang baby pertama yang Hubby beli untuk Areesh aritu. Hihi. Nasiblah Areesh serasi dengan puting botol Avent ni, kalau tak jenuh jugak nak try macam2 puting. Try jugak botol Tommy Tippie tapi Areesh tak suka. Botol ni tak beli pun, akak ipar bagi. Tapi sekarang dua2 puting Areesh bedal. Hehe.

Baru pandai hisap botol sebok nak pegang sendiri.. 

Korang bolehlah try rujuk jadual ni. Sangat2 membantu...