3 minggu lepas kot, Hubby request ayam teriyaki dan miso sup. Aik jepun sungguh selera beliau kan, aku tak pernah la makan ayam teriyaki dan miso sup ni, tapi dah permintaan suami wajiblah ditunaikan ye tak. Hehe. Macam biasa tak tahu kena tanya, so jangan ribut2, macik gugel kan ada. Hehe.
Siap tengok resepi, bahan untuk masak ayam teriyaki ni semua ada kat dapur dah cuma nak buat miso sup tu kena beli bahan2 dia. Pelik2 je nama bahan tu sebab dalam bahasa jepun kan. Cari kat Jaya Grocer kat Bangi Gateway tu tak jumpa pulak. Hmm, cuma beli rumpai laut tu je. Nak pergi cari kat Jusco malas. Yang bagusnya Jaya Grocer ni kan, kalau makanan pelik2 tulisan korea ke jepun ke dia tulis siap2 kalau kandungan dalam tu ada alkohol ke apa. So kita tak lah bimbang kan. Halalan Toyyiban.
Panjang dah bebel, meh tengok resepi ayam teriyaki ni ye.
Bahan-bahan:
- Dada ayam dipotong kecil (kuantiti ikut suka nak banyak mana)
- 3 sudu madu
- 4 sudu kicap manis (kicap biasa pun boleh)
- 1 sudu gula perang
- 3 inci halia, diparut
- 3 biji bawang putih, diparut
- 1 sudu kecil garam
- 1 sudu minyak bijan
Cara-cara:
- Campurkan semua bahan-bahan dan gaulkan hingga rata, kemudian perap lebih kurang 1 jam dalam peti sejuk. Aku perap dalam 15 minit pun dah sedap.
- Panaskan non-stick pan dan panggang. Jangan lupa balik2 kan ayam bagi masak sekata. Kalau potong kecil2 cepat je masak.
- Masak sampai kuah perapan tadi dah jadi macam karamel sikit bolehlah angkat.
Hubby kata ayam ni rasanya sama macam kat food court tempat kerja dia. Kembangggg sekejab. Hehe. |
Miso sup pulak tak jumpa bahan, so aku buat sup ayam biasa je. Tumis bawang putih, merah dengan halia yang dah ditumbuk. Masukkan sikit tulang2 ayam dan air. Masukkan lobak merah dan saderi sikit. Tak payah letak rempah segala ye, cuma guna kiub ayam. Sup dah masak masukkan rumpai laut. Siappp..
Rasa rumpai laut tu yang buat sup ni rasa lain. Sedappp. |
Dua hari berturut-turut kalau tak silap aku masak menu ni. Hubby kalau dah suka, hari-hari pun dia tak kesah. :)
No comments:
Post a Comment