Friday 11 January 2013

Apa Kata Pelanggan Pertamaku

Assalamualaikum.

Ha semalam kan aku ada ambil order dari akak opis, yang sedihnya aku hanya dapat siapkan dua order aje. Hehe. 1 durian crepe 1 oreo crepe. Yang oreo dah selamat dah dalam perut puan yang order. Alhamdulillah, aku dapat feedback yang memberangsangkan.

Untuk 1st order ni aku amik harga pengenalan je. 

Diorang cakap oreo crepe tu rasanya macam aiskrim. Terus akak opis aku yang lain nak order jugak. Alhamdulillah, permulaan yang baik untuk aku. 

Ini hanya permulaan untuk aku mulakan business sendiri. Dah lama aku fikir business apa yang aku boleh buat, dan aku dah dapat jawapan. In syaa Allah, lepas ni aku akan pelbagaikan lagi jenis dessert dan yang paling penting kualiti tetap diutamakan.

Abaikan getah tu ye. Yang penting rasa. Hehe

Semoga langkah pertama aku ni akan terus berkembang dan terus berkembang. Amin.


2 comments:

Lisa Ibnu Abas said...

Semoga bisnes terus sukses!!! Chaiyok2x...

meazrynn said...

mawar putih:

chaiyokkk2...hehe..
terima kasih ye... :)