Wednesday, 14 November 2012

Terpaksa>paksarela>redhasaja

Assalamualaikum.

Aku baru balik dari kampung. Penat tapi seronok. Balik kampung pun tak duduk rumah. Ahad gerak dari Putrajaya pukul 11.00 pagi untuk ke wedding kawan sekolah Hubby di Kluang, petangnya terus ke rumah aku di Kota Tinggi. Pagi Isnin pulak ke bandar untuk uruskan hal pelamin dan cari baju untuk family masa majlis nanti. Malam pulak ke Kluang balik. Pagi Selasa terus pulang ke Putrajaya bersama MIL, FIL, dan adik Hubby. Hehe, bukanlah aku yang drive, tapi penat habiskan masa dalam kereta. Tu lah kan, dah ada 2 family sekarang kena la bagi-bagi masa yang ada. Hehe.

Majlis sanding aku bertukar tarikh lagi. Aku malas nak kecik2 hati dah. Mengalah dan terus mengalah. So aku ikutkan saja. Nasib la Mak Andam aku boleh dengan date baru ni. Tapi yang jadi masalah sekarang, photographer aku tak free. Nak cari photog lain macam dah tak sempat. Tau2 je la kan, bulan 12 mesti dah fully booked punye. Ok rynn, jangan stress ye.

Sekarang ni aku tengah tunggu penyelesaian dari photog aku. Katanya kalau dia tak boleh, dia akan hantar kawan. Dia dah cakap awal-awal dia tak sure kawan dia boleh tak amik pic macam mana yang dia amik. Hoho. Nak nangis...



***
Semua perancangan awal untuk majlis aku bertukar.
Lebih awal dari date sepatutnya.
Kita hanya merancang Allah menentukan.






3 comments:

Premium Beautiful By Nurul Ain Zulkarnaind said...

salam

singgah sini

bintanghati said...

sbar ye ryn .. moga yg terbaik juga utk majlis sanding.. keputusan last mnt ni mmg memeningkan pala.. klu OP xde, ssh gak tu, xde kenangan la nnt.. hope dpt la ye ryn ..

meazrynn said...

Nurul Ain : Thank singgah sini. Nanti kita jalan-jalan sana pulak ye.. :)

Cik bin : thank dear. memang bende last minute memeningkan kepala kan. ish tak boleh takde OP..kang nak tunjuk kat cucu cicit cmne.. Hehe