Tuesday 20 November 2012

Perabot dah sampai

Assalamualaikum.

Semalam perabot yang aku tempah aritu dah sampai. Alhamdulillah, setakat ni barang-barang yang dihantar takda masalah. Yelah, takut jugak kan bila baca review pasal perabot Cavenzi ni. Aku ada tempah katil kat kedai lain, sampai pun semalam jugak. Tilam pun cari kat kedai lain, dah sampai 3 hari lepas kot. Tilam ni aku beli yang display kat kedai. Kedai tu dah nak pindah, so dia nak jual semua perabot display kat kedai dia. Tilam tu aku tengok kat kedai lain harga dalam RM1600++. Tapi kat situ aku dapat RM 799. Walaupun display punya tapi memang macam baru. Sangat puas hati. Bila dah tidur macam tak nak bangun pulak. Hehe. 


Divan ni sampai dulu.
Jangan memain uolls, yang pasang katil aku ni org BMW. Keh3 
Tengok Hubby jadi pemantau kat belakang tu. 
Aih, sopan santun pulak diorang ni buat kerja.
Aku koyakkan sendiri la.


Malam tadi sebok la kitorang menyusun perabot dan mengemas rumah. Aku kepenatan, last-last Hubby buat sorang. Hehe.



***
Lega hati bila tengok rumah dah lengkap. 
Barulah boleh rasa macam rumahku syurgaku. 
^_^



No comments: