Monday 26 November 2012

Mabuk Durian Agaknya.

Assalamualaikum.

Malam tadi aku tengok bola sambil buat durian crepe. Tapi banyak aku buat crepe dari tengok bola sebab.... korang paham-paham je la ye. Hehe. Tapi aku tetap sokong Harimau Malaya. 2 hari berturut-turut aku mengcrepekan diri. Aku guna resepi baru. Fuh, jadi tau. Hubby kata lagi sedap dari makan kat restoran yang kitorang makan sebelum ni. Nak tidur pun sempat Hubby bedal seketul. Sarapan pun dengan durian crepe jugak. Dasyat betul penangan durian crepe ni kan...

Disebabkan aku gigih post gambar durian crepe Jumaat lepas kat fb, ramai la kawan-kawan opis aku yang mengidam. Tak sampai hati, tu yang aku buat malam tadi. Siap terus tertidur depan tv. Bila tersadar terus kemas-kemas barang buat crepe. Tapi aku rasa tak larat. Mula-mula perut rasa sakit sangat. Pastu rasa macam nak pitam. Aku tahankan aje. 

Eh, tak boleh jadi ni, terus aku pergi toilet buang apa yang patut. Ya Allah, aku rasa macam nak pitam je dalam toilet tu. Dengan sakit perut lagi. Tekak pulak mula loya-loya. Hmm, ape kena dengan aku ni. Dalam hati 'aku mengandung ke'. Hehe. Lepas tu, terus ke singki, keluar semua apa yang aku makan petang tu. Macam nak terkeluar isi perut. Tak larat berdiri aku duduk. Muntah kat lantai pulak. Jerit-jerit panggil Hubby ambilkan minyak angin. 

Lepas Hubby sapukan minyak angin, terus aku berselubung. Hubby tanya sambil gelak-gelak, aku mengandung ke??Hmm,rasaya tak kot. Sejuk minyak angin tu lama-lama buat aku rasa selesa. Lepas tu terus aku tertidur. Bangun pagi dah ok. 


Alhamdulillah, kakak opis aku kata sedap.
Ramai yang cakap aku dah boleh amik order. Huh, tak larat rasa nak mengadap durian crepe ni. Sampai nak makan pun tak larat dah. Bau pun macam dah kembang tekak. Nampaknya sampai sini saja cerita aku dengan durian crepe. Heheheeee..



*** 
Tak tahu lah mabuk sebab durian atau keracunan.
Ada baby pun bukan. Hehe. 
Cukup cukup sudah..cukup sampai di sini sajaaaaa...
(^_^)


No comments: