Thursday, 8 November 2012

Shopping perabot Cavenzi

Assalamualaikum.

Dah setahun aku pindah kuarters baru, tapi satu perabot pun takda. Kesian kan. Hehe. Masa dapat kuarters tu habis kedai perabot area Putrajaya dan Bangi kitorang pusing. Last2 nanti dulu la. Bukan tak nak beli, tapi masa tu tengah kumpul duit untuk kawin kan. Sekarang ni dah lega sikit. So boleh la mintak Hubby beli. Hehe. 

Dah plan dari minggu lepas nak cari perabot. Asyik takda masa je. So malam tadi terus ajak Hubby cari perabot. Tak boleh tangguh2, kang ade je hal lain. Hubby cadangkan tengok2 kat Cavenzi Dengkil.

Sampai sana memang meriah depan Cavenzi ni dengan bendera-bendera kecik dan tulisan Jualan Murah segala. Masuk je terus tengok sofa. Alamak mahal-mahal pulak semuanya. Macam terlebih budget. Hehe. Sekali salesgirl tu tunjuk satu sofa ni, harga asal RM 1200++ camtu la. Kalau tempah malam tu, ada potongan 50%. Wow, murah dah tu. Hubby pun berkenan dengan design dia ala-ala macam moden gitu. Lepas tu naik tingkat atas tengok set bilik tidur dan meja makan pulak. Dipendekkan cerita, kami beli sofa, set meja makan, kabinet tv dan meja kopi. Semua sekali RM 1300++. Set katil dan tilam takda yang berkenan. Nak cari kat tempat lain nanti. Kesian kan, pengantin baru tidur atas tilam bujang je. Keh3, lagi mesra uolllsss. Hahahhaaaaa...

Untuk sofa aku dapat 2 bantal free. Macam-macam warna salesgirl tu keluarkan. Aku dah pening nak warna apa. Last2 aku ambil warna coklat gelap. Tapi nak jugak warna merah. Pening lagi. Sekali salesgirl tu cakap ambik la dik yang merah tu sekali. Eh, betul ke kak. So, aku dapat 3 bantal. Hehe.

Haih tak sabar nak tunggu barang sampai.


***

Tadi pagi aku search2 pasal perabot Cavenzi ni. 
Alamak, ramai bagi review tak best.
 Hohohooo. Camno ni.
Pasrah......




5 comments:

bintanghati said...

oo kamoo duk putrajaya ke?... hurm, samala x lama lg kne la bli brg2 umah ni ...
byk belanja pas kawen nnt

meazrynn said...

ye bintanghati..
sy dok putrajaya..awk pn ke?
presint bape..mne tau bjiran..hehe
ha mmg byk nk kne standby duit sblm kwin n slps kawin ni..
pasrah je la..
sndiri yang nak kan... :)

bintanghati said...

cik bin kje kat p2 treasury,n sewa skang kat p9 ..
cume pas kawen nnt, duk kajang sementara dpt kuarters... huhu

meazrynn said...

owh yeke...rynn kat parcel e je..
cik bin buatlah surat rayuan kuarters, mne tau ley dpt cpat.. :)

Anonymous said...

Bekerja di KKM ka? or KPM ka? or LPM ka? or ..