Friday 9 November 2012

2 weeks Already

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, hari ini genap 2 minggu aku bergelar isteri. Aku bersyukur kerana dikurniakan seorang suami yang penyayang, memahami dan menerima diri ini seadanya.

Pic beberapa hari selepas majlis pertunangan.
Saja jalan-jalan di JPO. 

Sebenarnya kalau ikutkan perancangan awal, kitorang akan bernikah pada hari ini lah tau, Jumaat, 9/11/2012. Tapi disebabkan Hubby dijadualkan ke Jepun pada tarikh ni, pernikahan kitorang terpaksa dipercepatkan. Sekali last minute trip ke Jepun tu ditangguhkan pada bulan 12. Tak kesah lah, janji semuanya dah selamat.

Malam tadi aku ke rumah housemate lama aku, Ekin Dan. Dia dapat pindah balik Johor mengikut suami. Bestnya, selepas pengorbanan beliau PJJ dengan husband, akhirnya dapat jugak pindah Johor. Sebenarnya niat lain jugak nak jumpa si bujang Hadif ni. Sejak Ekin bersalin aku tak jumpa lagi anak dia. Tak puas aku bermain dengan si kecik ni. Comel sangat. Siap nak ikut aku balik lagi. Haihhh..tiba-tiba rasa tak sabar nak ada anak sendiri. Hik3.

Pandai Hadif tengok kamera kan.
Alololoooo.....Hadif sama bambam dengan uncle la. Keh3.
Alamak, kalo Hubby baca statement ni.
Harus dia tak makan seminggu.
Heheheee......

Borak punya borak, pukul 10 lebih jugak baru balik. Hmm, bila dah lama tak jumpa kan, ada aje la yang nak digosipkan. Hehe.



No comments: