Friday 16 November 2012

Jalan-jalan IKEA

Assalamualaikum.

Semalam aktiviti aku penuh betul, bawak Mak Pak mertua dan adik ipar, Dila jalan-jalan. 1 hari berayap kat IKEA. Dengan bersesak-sesak lagi, huhu memang ohsemm. Takut jugak diorang bosan jalan-jalan kat sana, rupanya diorang suka. Tapi yang tak syoknye aku tak dapat nak makan meatball. Ramai gila orang, tak sampai hati nak biar MIL dan FIL tunggu lelama. Kalau aku berdua je dengan Hubby, harus aku paksa dia beratur jugak. Hehe. So aku simpan je la hajat aku tu lain kali. Dah pesan awal-awal kat Hubby, nanti kita datang lagi tau makan meatball pulak. Hehe.


Ni je pic kat IKEA yang ada kt hp..lain2 pic kat ipad Hubby.
Habis shopping, sebelum balik sempat beli durian pancake aka durian crepe kat Sumptuous Dessert. Peh, memang terbaik. Lagi sedap dari Sweetchat Cafe. Meleleh uollsss. Memang tak cukup seulas tu. Haha, macam makan durian betul lak kan panggil ulas.


Awat pic ni taknak rotate...geram tau..
tapi memang sedap gile durian pancake ni. Meleleh.
6 ulas ni RM 10.00. Memang berbaloi.
Balik rumah semua kepenatan. Dan lagi pulak, FIL nak rasa masakan aku. Ha????OMG. Hehe....Bukan ape aku tak berapa kondifen nak masak untuk diorang. 1st time masak untuk mak mertua uolllss. Sape tak gigil kan. Hehe. Tapi aku kuatkan jugak semangat. Semalam jugak besday FIL. So dia request nak makan siakap 3 rasa. Rabu malam kitorang dah shopping barang dapur kat Pasar Borong Seri Kembangan. Malam tadi tinggal masak je.


Dey machaaa..mau juga masuk dalam gamba ka.. Hehe
Alhamdulillah, diorang kata siakap 3 rasa aku sedap. Legaaa..Hik3. Nak snap gambar kang MIL dan FIL fikir aku buang tabiat lak kan. So korang bayangkan je la sendiri ek. Hehe.


2 comments:

Miss Volvo said...

durian crepe mana nk dpt ek? Sumptuous Dessert? kt kl ke?

meazrynn said...

Miss V : Sumptuous Desserts ni kat dlm ikea..the mines pn ade..kat sweetchat cafe..slmt mncuba..sdap tau :)