Wednesday, 30 January 2013

Majlis Bertandang_270113

Assalamualaikum.

Aik, entry sakit kepala tak berganti-ganti lagi ea, aku yang dah sihat ni bila tengok entry yang lepas pun naik sakit balik dibuatnya. Heheheeee.

Aku baru naik kerja. Minggu lepas minggu yang sangat sibuk. Dan Ahad lepas jugak merupakan majlis bertandang belah Hubby. Majlis kami ni memang lain dari orang lain. Dari nikah nak ke sanding sebulan, dari sanding nak bertandang pun sebulan. Jenuh ooo nak menunggu, tapi nak buat macam mana, kehendak keluarga. Kami ikutkan. Dan yang penting semuanya dah selesai. Alhamdulillah ketiga-tiga majlis berjalan dengan lancar.

Setiap gambar ada cerita. Hehehe
Majlis Resepsi sebelah aku, aku sangat releks. Almaklumlah semua pakai catering, buat pun kat dewan. Tak payah fikir nak berkecah rumah segala. Bila majlis bertandang ni kami kena rewang, memang super duper penat. Lepas majlis, kerja untuk mengemas pulak kan. Nasiblah periuk Hubby yang basuh dengan biras aku. Aku tolong lap-lap pinggan dan periuk yang dah dibasuh. Legaaa. Mula-mula tunggu jugak Hubby basuh periuk, last-last aku tak tahan masuk bilik. Ingat nak baring-baring rehatkan pinggang, rupanya terlajak tidur terus. Hehehe.

Majlis belah lelaki kan biasanya ringkas saja, tapi atas permintaan FIL majlis kami dibuat meriah sikit. Aku siap khatam untuk kali kedua, berzanji lagi. Tang berzanji ni aku memang tak prepare langsung. Dah bertahun tinggal kot. Tiba-tiba team marhaban mintak aku baca berzanji, nasiblah masa sekolah agama dulu ada masuk kelas berzanji sikit-sikit, kalau tak, tak tahulah lagu apa aku nak tibai. Hehe. 


Ada jugak kisah tak best, nanti-nantilah aku cerita ek. Daaaaa...


Wednesday, 23 January 2013

Aduh, sakit kepala

Asslamualaikum.

Malam tadi aku dilanda sakit kepala yang teramat sangat. Tak tahu sebab apa. Nak kata aku ada migrain rasanya tak kot. Nak kata aku lambat makan tengahari semalam pun tak jugak. Cuma lambat sikit dari biasa. Aku ni kalau makan lambat sikit je angin naik kepala. Kenoneng-kenoneng gitu. Tapi lambat sikit jek pun. Ntahlaaaa...

Macam ni lah kot aku semalam. Hehe.
Dari kat opis lagi aku dah sakit kepala. Sempat singgah pasar tani beli durian untuk tempahan crepe. Tapi rasanya macam tak larat je nak buat. Takpa, standby je, aku fikir kalau larat nanti buat. Sampai rumah terus aku tidur. Hubby ajak makan pun aku telan 2 - 3 suap lepas tu tak selera. Sebenarnya nak tidur pun rasa serba salah sebab tempahan crepe ada, diorang dah request nak arini. Aduh, tak sampai hati pulak tak buat kan. Takpelah, kalau aku terjaga nanti aku buat.

Sedar-sedar dah pukul 11.15 malam. Bangun-bangun kepala dah ok. Tak ok sangat sebenarnya tapi aku gagahkan diri jugak. Yang bestnya bangun-bangun tengok dapur dah berkemas, habis bersih Hubby kemas. Alhamdulillah, Allah kurniakan aku seorang suami yang selalu membantu aku membuat kerja-kerja rumah. 

Nasiblah adunan crepe aku dah buat semalam. Tinggal nak tebar atas kuali je. Buat punya buat, crepe siap pukul 2.30 pagi. Peh, memang ohsemm. Hubby teman sampai pukul 2.00 pagi je. Tak larat nak teman last-last tidur jugak dia.

Pagi ni sakit kepala dah ok. Akak opis aku cakap stress ke buat crepe sampai sakit kepala bagai. Hehe, kalau orang order crepe, mano pulak nak datang stress, gembira lagi ada. Hehe.


Monday, 21 January 2013

Homemade Baked Sweet Potato aka Keledek Bakar

Assalamualaikum.

Minggu lepas, dalam sebok-sebok aku siapkan tempahan crepe tekak ni membuak-buak nak makan keledek bakar kat AEON tu. Terbayang-bayang rasa kemanisan keledek tu dengan haruman yang sungguh mengasyikkan. Fuh *sambil telan air liur.

Tapi mana lah sempat kan, siapkan crepe pun tengah malam baru dapat tidur lagi nak ke sana. Hmmm, aku simpan dulu keinginan tekak aku yang mengidam macam ntah pape. Hehe.

So, apabila tempahan crepe berkurangan, aku terus ajak Hubby ke AEON Seri Kembangan. Memang ke sana semata-mata nak cari keledek Jepun yang kurus lagi sedap itu. Kih3.

Tapi aku tak beli kat stall yang jual keledek siap bakar tu. Aku beli yang mentah punya. Lagi untung tau. 100gram baru RM0.79. Kalau kita beli yang dah siap bakar tu 100gram RM 2.00. Jauh beza harganya. So aku pun rembat dalam 6 ketul.

Sebenarnya tujuan lain nak bakar keledek ni sebab nak rasmikan oven baru. Hehehee. Hadiah kawin dari kawan-kawan opis. Memang dah lama kepingin nak oven ni, akhirnya dapat jugak. 

Jom layan gambar ek. 

Ha ni la rupa sweet potato jepun tu. Kurus-kurus jek kan. Hehe..
Sebelum bakar kita basuh bersih-bersih dulu.
Ni la rupa oven baru tersayang dan keledek yang siap sedia dibakar.
Aku menggunakan suhu 150C selama lebih kurang 40 minit.

Selepas beberapa minit. Tadaaaaaa.
Dah terbakar pun. Heheheeee.
Ada kisah kelakar di sebalik proses pembakaran keledek ni.
Adohaiiii....


Ha tengok-tengok. Terliur tak. Hehe.
Memang manis gila keledek ni.
Rasa sekali nak dua kali nak tiga kali.
Nak beli lagi la nanti, borong banyak-banyak buat stok.


***
Beberapa minit selepas keledek dihadam. 
Ayang, bau ape ni. Tiba-tiba macam ada bau sampah la. 
Oppsss yeke sayang. Rasanya ayang terkentut tadi. Hahhahahaaaaa.
*Kentut aku bau sampah????Zalim betol Hubby aku ni laaa..
Bahana makan keledek. Orang tua-tua kata angin. Keh3.



Wednesday, 16 January 2013

Ala Tomey Tomey

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, order oreo dan durian crepe tak putus2 setakat ni. Cuma larat dengan tak aje aku nak buat.

Ok, lupakan sekejab pasal crepe, aku nak share 1 video yang dikongsi oleh kawan fb.

Jom layan.



Geram sangat tengok baby ni. Mesti dia rasa macam dalam perut mama dia lagi kan. Sampai tertido lagi tu. Alalaaaaaa...

Lagi comel masa dia tengah isap jari tu.

Eeeeeee sumpah geram sangat.....



Monday, 14 January 2013

Repeat Order : Alhamdulillah

Assalamualaikum.



Fuh, bersengkang mata aku nak siapkan order crepe malam tadi. Dengan hubby skali tidur lambat, aku tukang lipat, dia tukang tebar crepe. Hehe, boleh diharap rupanya Mr. Bambam aku ni ek. Thanks sayang, selalu support ayang tak kira masa mahupun tenaga.

Malam ni pulak nak siapkan order crepe yang tak sempat disiapkan malam tadi.

Dan yang paling aku gembira, ada kawan-kawan opis nak repeat order. Alhamdulillah, syukur. Mereka berpuas hati dengan air tangan aku.



Friday, 11 January 2013

Apa Kata Pelanggan Pertamaku

Assalamualaikum.

Ha semalam kan aku ada ambil order dari akak opis, yang sedihnya aku hanya dapat siapkan dua order aje. Hehe. 1 durian crepe 1 oreo crepe. Yang oreo dah selamat dah dalam perut puan yang order. Alhamdulillah, aku dapat feedback yang memberangsangkan.

Untuk 1st order ni aku amik harga pengenalan je. 

Diorang cakap oreo crepe tu rasanya macam aiskrim. Terus akak opis aku yang lain nak order jugak. Alhamdulillah, permulaan yang baik untuk aku. 

Ini hanya permulaan untuk aku mulakan business sendiri. Dah lama aku fikir business apa yang aku boleh buat, dan aku dah dapat jawapan. In syaa Allah, lepas ni aku akan pelbagaikan lagi jenis dessert dan yang paling penting kualiti tetap diutamakan.

Abaikan getah tu ye. Yang penting rasa. Hehe

Semoga langkah pertama aku ni akan terus berkembang dan terus berkembang. Amin.


Thursday, 10 January 2013

1st Order


Ohoiiii...

Malam ni nak kena siapkan order crepe dari kawan-kawan opis.
Tak la banyak, tapi larat ke aku nak buat ni..
Selalu buat 1 adunan je, kali ni kena buat 2 - 3 adunan.


Hmmmm....

Harap-harap aku dapat siapkan semua order

Harap-harap diorang berpuas hati dengan hasilnya nanti

Harap-harap ada yang repeat order

Harap-harap harapan aku ni tak tinggal harapan

Heheheheee....


Akibat tidur tak basuh kaki

Assalamualaikum.

Sekarang ni kan kecoh tentang penggunaan kalimah Allah kat tv dan surat khabar, yang tak boleh blah nye malam tadi dalam mimpi aku pun isu panas ni masuk jugak. Hehe. Siap aku borak-borak dengan sorang ustaz, ustaz ni selalu jugak kuar tv. Tapi aku tak boleh nak ingat siapa ustaz tu.

Dalam mimpi tu, ustaz tu bersetuju kalimah Allah digunakan oleh orang bukan Islam, aku pulak sebaliknya. 

Walau apa pun pandangan aku, aku tahu aku bukan orang yang layak berbicara tentang ni. Ilmu di dada nak cakap seperti setitis air di laut pun belum tentu. 

Biarlah mereka-mereka yang arif dan layak memberikan pandangan masing-masing. Asalkan jangan membawa mudarat kepada umat Islam dan agama Islam itu sendiri sudahlah. 



***
Tertarik pulak nak kongsi 1 pendapat dari seorang pensyarah di Jabatan Tilawah Al-Quran, Pusat Bahasa, UITM tentang isu ini. Semoga bermanfaat. 
(^_^)


Tuesday, 8 January 2013

Selera Best Istana Asam Pedas Ikan Air Tawar

Hohoho...

Harini aku nak post pasal makanan je. Hehe.

Aku nak share dengan korang satu tempat terbaik untuk mencuba asam pedas ikan air tawar di Johor. Selalu kita dengar asam pedas Melaka je kan, kali ni asam pedas Kluang pulak. Lokasinya tidak jauh dari tol Air Hitam. Kalau nak menghala ke bandar Kluang dia sebelah kiri jalan. Nampak signboard Program Khidmat Negara Kem Sembrong masuk ye. Kitorang repeat makan kat sini 3 kali berturut-turut. Gila tak. Hehe.

2 minggu lepas, balik rumah mertua. FIL ajak makan kat sini. Peh sekali cuba, memang terangkat. Orang-orang yang makan sini makan tak pandang kiri kanan. Kuah siap hirup lagi. Ikan air tawar terbaik kat sini ialah ikan baung. Tapi masa kitorang sampai baung habis. Esoknya nak balik Putrajaya FIL ajak singgah makan sini lagi. Nak pekena baung, sekali habis jugak. Hohoho, memang bukan rezeki kitorang. Makan jelah ikan apa yang ada. Setiap kali makan mesti tapau. Hehe.

Ahad lepas pun kitorang balik rumah mertua lagi nak edar kad jemputan kat kampung Hubby untuk majlis bertandang nanti. Singgah lagi makan asam pedas kat sini. Nasib la ada baung, tu pun tinggal kepala. Ok lah kan, janji tak kempunan. Heheheeee.

Kat sini lauk dia asam pedas dan lemak sahaja. Sayur biasanya kacang panjang goreng dan ulam-ulaman saja.

Jom layan gambar jom.


Nampak kan signboard PLKN ni, masuk simpang lepas tu belok kanan. Kedai tu sederet dengan kedai yang ada signboard biru tu. Terlindung signboard PLKN ni.
Kedai makan ni macam warung-warung je.


Selera Best Istana
Masakan Ikan Air Tawar

Ha tu dia, kepala ikan baung.
Kitorang makan sorang 1 pinggan lauk asam pedas ni.
Penuh meja. Hehe...


Fuh, meleleh.....

FIL dan MIL. Licin pinggan.

Hohoho..tengok pinggan kitorang..licin kan.
Tinggal tulang je.
Kepada yang kebetulan ke Kluang dan penggemar ikan sungai bolehlah singgah sini. Tak kan menyesal punye. Dan yang paling penting harga kat sini murah.

Waktu Operasi : 6.00am - 5.00pm
Jumaat tutup ye.

Selamat mencubaaa!!!



Oreo Crepe Yang Gebu

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, dalam banyak-banyak crepe yang aku dah buat, crepe malam tadi yang paling terbaik. Texture crepe tu nipis dan lembut. Hubby pun dapat rasa perbezaannya. Hehe. Ramuan sama cuma aku guna mixer untuk sebatikan adunan crepe. Kalau sebelum ni aku guna blander je. Hmmm, agaknye tu pun boleh mempengaruhi hasil crepe kot. Hehe.

Rasa puas sangat bila sesuatu yang kita buat menjadi kan. Aku upload kat fb ramai kawan-kawan yang like dan komen. Sampaikan akak opis aku pun dah mula nak order. Hoho. Boleh ke aku. Sebelum ni aku memang tak yakin bila ramai kawan-kawan yang request bukak order, tapi bila tengok hasil crepe malam tadi aku jadi yakin. In syaa Allah, aku akan buat yang terbaik untuk bakal customer aku nanti. 

Jom layan oreo crepe aku ek. Nanti aku nak try buat crepe jagung pulak.

Oreo Crepe.
Paling gebu yang pernah aku buat. Hehe


Opppsss..sampai terkoyak sudaaaa..


Hijau itu menawan.


Yang penting, Hubby sangat puas hati dengan oreo crepe ni.

Agak-agak ada tak pembaca blog ni yang nak order, tapi area Putrajaya je la ye. Hehehheeee.


Monday, 7 January 2013

Oreo Crepe pulak...

Assalamualaikum.

Ingatkan dunia aku dengan crepe sudah berakhir, rupanya tidak. Hehe. Minggu lepas MIL dan FIL ada kat rumah seminggu. FIL request nak  makan durian crepe, siap sponsor durian lagi. Ok ayah, demi menjadi menantu solehah, ku turutkan jua. Hihi, nasib baiklah aku tak mabuk. 

Siap semua, sejukkan dalam peti ais, Alhamdulillah, FIL dan MIL cakap sedap. Macam beli kat kedai jugak rasanya. Huyyoooo, opkos la kembang kembis aku kan. Hehe.

Harini pulak, Hubby baru mesej tadi. Katanya nak makan oreo crepe lak. Aik, mana lah dia tahu menatang tu kan. Aku pun tak pernah dengar orang buat. Sebok durian crepe je kan. Tanya punya tanya rupanya kawan opis dia ada bawak. Sedap katanya, lagi pulak katanya kalau aku yang buat lagi sedap. Hoho, nak bodek la tu kn syg.

Gambar curik. Sory tuan tanah. 

Ape jadi dengan oreo crepe aku nanti, akan diupdate di sini ye.

Tataaaa....

Friday, 4 January 2013

Hikmah sesudah ujianNya

Assalamualaikum.

Hai sume. Selamat Tahun Baru. Erkkk!!! tebiat ke ape, arini dah 4/1/13 laa. Hehe. 

Lambat betul aku ni kan. Orang lain tepat pukul 12.01am dah post entry 2013 siap2. Aku?? Hehe.

Bukan niatku membiarkan mea terkontang kanting tanpa perhatian tapi ntah la, mood kelaut. Hubby skodeng mea pagi tadi, dia tanya takda entry baru ke. Aku jawab, eh nape syg rindu ke nak baca entry baru, die angguk. Keh3, ada jugak yang prihatin dengan blog aku ni ek. Hehe.

Atas dasar taat kepada suami, aku update juga mea ni ye. Hihi.

Nak share pasal apa ek. Hmmm. 

Sebenarnya arini aku sedikit kecewa. Teka teki selama seminggu ni terjawab juga akhirnya. Tapi aku tahu hikmah disebalik teka teki ni. Allah nak bagi yang terbaik untuk kami berdua. In syaa Allah.