Monday, 31 December 2012

Sekembali dari cuti kawin

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, harini aku dah start bekerja semula. Baju baru dengan semangat baru. Tahun baru belum masuk lagi yek. Hehe.

Seminggu tak berblogging, diam tak diam dah 11k viewer blog ni. Sob3, terharu. Hehe. Thanks korang yang sudi singgah2 sini. Harap apa yang kalian dapat dari blog ini bermanfaatlah ye untuk korang semua.

Malas nak cerita panjang, korang layan dulu pic yang aku rasa macam nak bagi korang tengok. Hehe. Ada masa aku upload bebanyak ye. 



Daaaaa......


Wednesday, 19 December 2012

Nasib Si Ikan Keli

Assalamualaikum.

Bagi menghilangkan rasa sedih pada masalah jerawat yang sedang melanda diri, aku nak cerita tentang ikan. Tapi bukan cerita happy tapi cerita sedih jugak. Laaaaa...

Aku sebenarnya rindu nak makan ikan keli. Ye ikan keli. Ikan keli memang favourite aku. Keli masak berlada. Fuh, sampai boss aku pun dah tahu dah. Kalau dia pergi pantry time lunch, mesti dia dah dapat agak lauk apa yang aku akan makan. 

Sumber : macik google
Tapi sejak aku pergi ke pasar besar dekat Seri Kembangan tu, aku jadi kesian. Kesian kat ikan keli. Haaaaa?? gila ke ape aku ni. Bukan2, aku kesian sebab dia kena siang hidup-hidup. Eh, memang la diorang siang hidup-hidup. Lagipun ikan keli memang susah nak mati kan.

Tu memang aku tahu, dan sebelum ni pun aku pernah nampak kat mana-mana pasaraya memang akan buat macam tu. Tapi entah kenapa, lepas balik dari pasar borong Seri Kembangan tu aku jadi camni. Aku tengok ikan keli tu menggeletik menunggu hayatnya habis aku jadi kesian. Ni la dia yang aku makan hari-hari kat opis. Oh no.

Sampai sekarang aku tak boleh nak makan ikan keli. Aku ingat aku dah cukup kuat nak makan ikan keli, tapi bila aku tengok ikan tu tekak aku automatik terus kata NO. Aih, bila la masalah aku ni nak berakhir.

Uhuk3.




Tuesday, 18 December 2012

Jerawat oh Jerawat

Assalamualaikum.

Uhuk3...

Sejak kawin ni jerawat aku yang dah suam-suam kuku naik balik dengan jayanya.

Wawawaaaa...nak nangis je rasa.

Dah la Ahad ni majlis sanding, memang ohsemmm.

Bukan 1, tapi banyakkkk..
Uhuk3 lagi.

Tak sempat dah nak bagi muka ni suci balik. 

Huhu, pasrah.




Monday, 17 December 2012

DIY Design Banner

Madah nak DIY je semua kan. Hehe.

Bukan salah aku tapi kedai kad kawin Hubby takda design yang buat aku jatuh cinta, tu yang datang idea nak buat sendiri.

Dengan bantuan Hubby, akhirnya terhasillah design banner ni. 1st time aku godek2 photoshop. 

Dan hasilnyaaaa......


Taraaaaaaa...hehe..
Tak la perfect,
tapi aku puas hati dengan sendiri punya design.

Hubby kata aku dah boleh ganti tukang design kat kedai kad kawin tu. Hik3. 




Persediaan Kehamilan_Asid Folik

Assalamualaikum.

Weekend lepas sebenarnya plan nak balik kampung. Sekali kira-kira alamak Rabu ni nak balik lagi cuti untuk majlis persandingan pulak. Ingat balik ni nak siapkan apa yang tak siap lagi kat kampung tu. So, telefon mak mintak pendapat dia, dia pun cakap tak payah balik pun takpa, sebab takda apa sangat nak buat, lagipun banyak pakai duit dengan tol minyak semua kan. Hmm, ok mak.

Disebabkan kebuntuan tak tahu nak ke mana, aku pun ajak Hubby cari benda alah ni, Asid Folik. Asid Folik ni bukan untuk orang yang dah mengandung je tau. Yang nak mengandung lagi bagus makan pil ni. Aku ada baca sepatutnya asid folik diambil 3 - 6 bulan sebelum mengandung. Pengambilan asid folik ni dapat mengurangkan risiko mendapat anak cacat terutamanya kecacatan saraf, otak dan saraf tunjang.

Niat ke Guardian nak beli pil kecik-kecik tu je.
Sekali terbeli yang lain jugak. Hehe.
Pati Prun Nur Kasih tu saja nak try.
Mask tu pulak best sangat bau dia, strawberry kan.
Macam nak makan je. Hehe

Aku ingat Asid Folic ni pilnya besar-besar macam panadol. Rupanya comel2 je. Harga pun tak mahal, 1 papan tu RM0.95 je. 

In syaa Allah, semoga perancangan aku dan Hubby dipermudahkan olehNya. Sekarang ni tengok gambar pic baby geram je. Tak sabar nak tunggu turn aku pulak. ^_^



Friday, 14 December 2012

Bangkit Harimau Bangkit

Assalamualaikum.

Sesi meluah perasaan. Hehe.

Walaupun Harimau Malaya tewas malam tadi aku tetap bangga dengan kecekalan diorang.  Mereka dah cuba yang terbaik, tapi nampaknya rezeki tak memihak kepada kita. Siapalah yang nak main untuk kalah kan.

Dengan referee berat sebelah. Badigol sood betol. 

Perang psikologi yang Thailand gunakan memang sangat2 menjadi.

Dengan aku2 skali rasa nak nangis tengok Fadhli Shaz kena kad merah. Huhu.

Ok dah tu je yang aku nak tulis. Korang mesti tengok jugak kan. Kalau ada yang tak setuju dengan luahan jiwa raga aku ni sila pendam dalam hati je ek. Hehe.


***
5 minit sebelum wisel bunyi, siaran tv aku terputus. 
Semut-semut berkeliaran bertempiaran kelihatan. 
Huh, tv aku pun tak nak bagi aku tengok 
detik2 kekalahan Malaysia. 


SELAMANYA HARIMAU MALAYA



Thursday, 13 December 2012

Go HARIMAU MALAYA..

Huhu.

Semua orang sebok pasal bola. Aku pun nak menyebok jugak la walaupun ........... Hehe. Dup dap dup dap jantung aku nak tunggu perlawanan malam ni. Nak tengok Harimau Malaya menundukkan 'changsuk' aka Gajah Perang. Harap-harap diorang boleh buktikan yang kita boleh walaupun dengan perang psiko dan layanan buruk mereka terhadap pasukan Malaysia.

Serius aku kecewa dengan layanan pihak penganjur Thailand terhadap pemain kita kat sana. Diorang datang ke negara kita sebagai tetamu, kita layan baikkkk punyeeee. Sekali bila kita ke sana apa yang diorang buat. Gerammmm aku tau. Macam di Indonesia dulu pun pasukan kita kena macam ni jugak. Huhu, sedih aku. Apa lah dengki sangat diorang ni dengan Malaysia kan. Hmmm.....

Ok rynn, jangan emosi2 sangat, kita tengok berita Metrol ni kejab ek.

Kehkehkeh....
Lawak tahap gaban.
10 kali aku baca pun masih nak gelak jugak.
Hehehheheeee....terbaik la sape yang buat.
Hilang rasa geram aku kat Kap Kung Kap ni.
Hihihiii...

Tapi disebabkan tu jugak lah, aku bangga jadi rakyat MALAYSIA. Tak kira siapa, kawan atau lawan kita tetap memberikan layanan yang terbaik. Kita tetap bersikap profesional.

Jom kita sama-sama berdoa agar Harimau Malaya berjaya mara ke FINAL.


***
Doa itu aura positif. Mohon salurkan berbanyak-banyak aura positif kepada pasukan HarimauMalaya kita supaya mereka kekal positif - Dato Dr. Haji Fadzilah Kamsah


SELAMANYA HARIMAU MALAYA !!!



Goodies Tetamu (Done)

Assalamualaikum.

Rasanya macam dah selesai urusan goodies untuk tetamu majlis. Lega rasanya. Aku malas nak fikir yang rumit-rumit. Balik kampung ritu terus beli, takda nak survey2 dah. 


Ha ni la tempat aku beli goodies.
AS Highway.
Keluar tol Ayer Hitam belah kanan. 
Memang akan nampak kedai ni.
*gambar curi ni. tak ingat copy kat ne. sory ye.

AS Highway ni memang betul2 lepas kita keluar highway dari Tol Ayer Hitam bersebelahan dengan Shell. Kat Ayer Hitam ni memang banyak kedai-kedai perkahwinan, tapi aku lebih suka pergi kat sini, senang parking dan barang-barang pun banyak. Kita boleh nego2 harga dengan pekerja kat sini. Sampai ada sorang cina kat sini dah kenal dengan kami sebab masa nak beli gubahan hantaran nikah pun kami cari kat sini jugak.

Bakal kakak ipar aku ada suggest beli kat 1 kedai ni kat Ayer Hitam jugak, aku  lupa nama dia. Bangunan dia warna merah hitam. Orang Ayer Hitam mesti tahu kot. Kedai ni nampak lebih ekslusif dan cantik. Katanya kat situ lagi murah. Aku memang pernah pergi kedai tu so aku pun ikut jek la. Sekali pergi takda pulak yang berkenan, dan harga macam lebih mahal. Mak aku pun prefer pergi kedai AS Highway ni lagi.

Sekarang ni tugas anak-anak buah aku pulak membuat kerahan tenaga untuk masukkan goodies2 ni dalam kotak. Hehe. Nasib korang  la ek. Bukan selalu pun korang kena dera camni kan. Hihi.


Monday, 10 December 2012

Tempah Kek Kawin

Assalamualaikum.

Aku baru lepas deal dengan akak toke kek ni. Dah lama aku add dia, baru arini aku sembang2 kat mesej fb. Selain mengambil tempahan kek, akak ni jugak ada buat kelas baking2. Memang kalau bukan fb akak ni  haruslah tergoda dengan design2 kek yang cantik dan kemas.


Cantik kan..

Kadang-kadang perkara-perkara last minute yang kita buat boleh buat kita untung tau. Tapi ada jugak yang rugi. Tengok pada nasib. Hehe. Tapi masa majlis pernikahan aku haritu, perkara last minute lah yang membuatkan aku dapat nikah hari Jumaat. Kalau tak memang tak mendapatlah. 

Eh, apa kaitan cerita kek dengan last minute pulak kan. Hehe. Mesti la ada kaitan. Meh aku story ek. Aku terlupa yang aku tak tempah kek lagi. Lagipun bila fikir-fikir balik beli je la kat secret tu kan, senang mudah cepat dan lazat. Hehe. Tapi bila aku teringat kat mak aku, terus aku berubah fikiran. Tu yang jadi last minute.

Mak aku ni jenis tak makan kalau beli kek kat kedai cina atau yang tidak diketahui punca. So untuk mengelakkan dari mak aku tak makan kek yang akan aku beli nanti, aku akan pastikan aku tempah pada orang melayu. InsyaAllah, dijamin kebersihan dan kehalalannya kan. 

Rezeki aku, rupanya akak tu ada buat promotion sempena cuti sekolah ni. 3 tiers kek RM 300. Kalau hari biasa RM 350 dan ke atas. Terus aku teruja. Hehe. Bakal akak ipar aku tempah memang RM 350, tapi dengan orang lain la. Ha nampak tak. Rezeki last minute kan. Hehe.

Nasib la akak ni amik lagi tempahan. Kalo tak, menangis air mata darah lah aku. Heheheheee..

Kek akan direview kat sini ye nanti.. :)




Thursday, 6 December 2012

DIY Kad Kawin Ekspressss

Assalamualaikum.

Uhuk3, bersawang-sawang sudah MEA ni. Tak dan nak update, dengan balik kampung nya, ni pun semalam aku baru balik dari Kursus Teambuilding kat Melaka 3 hari. Memang penat tapi sangat seronok. Badan pun macam dedo-dedo (seram sejuk) jek ni, macam nak demam.

Cerita pasal kad kawin, aku terpaksa diy sendiri sebab kad kawin yang aku tempah tak siap lagi. Ahaaaiiii. Mak aku dah nak edar kat sedara mara kat kenduri kawin rumah sedara kat Kluang. So, aku pun buatlah dengan tanpa rasa bersalah. Kalau dah terdesak kan ape pun boleh. Hehe..

Ni la hasil DIY kad kawinku. Insan-insan terpilih je yang dapat ni. Hehe.

Taraaaaa...
Kertas coklat tu kertas recycle tau.
Aku kan PA, so banyak la simpan sampul2 surat coklat tu..
Potong potong dan tampal.
Jimat tak jimat.
Ni pulak sampulnye. Cute kan. Hehe.
Rubber stamp tu aku tempah kat Warta, Bangi. RM 28 je siap 2 hari. Memang puas hati tempah kat situ. Masa tempah tu aku lupa nak bawak design yang aku dah buat, tapi dia just tanya aku nak macam mana, saiz apa dan detail nak letak kat cop tu. Dalam 15 minit camtu dah siap design. 

Kad tu pun dah siap edar. Maaf ye sedara-sedaraku yang dapat kad DIY yang tak seberapa ni. Mesti diorang fikir sengkek nye aku buat kad sendiri kan. Hmmm, nak wat camne kan. Pasrah jek la.