Wednesday 6 June 2012

Whitening Perfect Gluta Kojic Vit C

Arghhhh..pedihnye.....
Betul ke produk ni.
Tapi ramai yang cakap bagus.

Ha, tu la benda yang bermain kat pikiran aku sekarang.

Rabu lepas aku ada order 1 sabun ni untuk masalah muka berjerawat aku ni. Aih nak sebut pun tak sanggup. Bayangkan, aku dah berpengalaman dengan jerawat ni lebih kurang 8 tahun tau. Orang kata remaja2 je yang ada jerawat ni. Aku ni dah takat mak orang dah, still ada jerawat lagi. Bila la kau nak pergi dari hidup aku kan. Agaknya kau dah sebati dan tak nak pergi jauh2 dari hidup aku. Tidaaaakkkk..... :(

Ada orang cakap jerawat aku ni pemanis. Aduh nak gila jek dengar. Stress tau ada jerawat ni. Kalo 1 biji pun dah geram lagi la kalau 1 muka. Boleh gila. Nasib aku tak gila ek. Hee..

Cerita pasal sabun tadi, nama dia Whitening Perfect Gluta Kojic Vitamin C. Aku beli online dah pakai dalam 3 hari. Setakat ni belum menunjukkan apa2 perubahan. Tapi muka aku bila lepas cuci dengan sabun ni masyaAllah, pedih gila. Aku dah terpikir betul ke ok sabun ni.

< Besar tau sabunnya, tahan dalam 1 - 2 bulan >

Aku pun pm puan toke sabun ni. Dia kata tindak balas biasa untuk muka yang bermasalah n sensetif macam aku. Dalam 5 - 14 hari dia akan ok.

Owh. 

Ok, aku teruskan guna sabun ni. 

Kita tengok macam mana nanti ek.

Apa-apa nanti aku review kat sini. :)


Update - 14/6/2012

Alhamdulillah, setakat harini muka dah tak pedih. Hee
Dah ada kawan yang tegur muka makin licin. Nampak perubahan la. Aku guna sekali dengan serum Palmer sebelum tidur untuk hilangkan parut-parut jerawat. Setakat ni berhasil. Nanti senang2 aku masukkan gambar ye. :)

Update - 9/7/2012

Mesti ramai yang nak tau preview aku setakat arini kan. Hehe
Alhamdulillah, jerawat tak brani nak keluar sangat tapi still ada cikit2. Sekarang ni fokus untuk hilangkan parut aje. Almaklumlah dah bertahun hidup dengan jerawat kan, takkan sekelip mata je dia boleh pergi dari hidup aku. Ngeh3. Sabo ek rynn. 


Update - 1/8/2012

Ok, seperti dijanjikan, aku dah buat entry baru review bergambar pasal sabun ni. Mesti korang suka. Hehe. Korang tengok kat sini k. 

3 comments:

Anonymous said...

salam, saya berminat sgt dengan cerita awak.

saya pun ada masalah kulit muka berjerawat dan setakat nie tak ada produk lagi yang betol2 sesuai. dah banyak yang saya cuba.
suka tgk perubahan kulit awak. makin cantik dan berseri.. tahniah. :)

meazrynn said...

thanks ye anonsudi singgah n baca cerita saya.. :)

tp skang jerawat saya naik balik...uhuk3, tapi tak macam dulu la..tension jadinyeeeee :(

yasmin said...

ohh ade byk rupe nye brand kojic nie..sy penah tersilap beli kojic brand spa beauty care,jerawat naik..:(