Monday 18 June 2012

Penukaran IC 18 Tahun Ke Atas

Assalamualaikum.


Harini aku nak berkongsi maklumat berkenaan penukaran IC. Aku rasa ramai yang tak tahu kita kena tukar IC baru kalau umur kita dah mencapai 18 - 25 tahun. Kalau kita lewat, kita akan dikenakan kompaun. 


Aku tertarik nak berkongsi maklumat ni sebab ada sorang kawan pejabat aku pergi buat IC baru arini. 
Katanya IC beliau dari Darjah 6 tak tukar-tukar dan asik kena tegur dengan member2 pasal IC buruk dia tu. Hee. 
Yang kelakarnya dia pergi sana pakai tudung warna cerah. 
Ingatkan dah takda zaman-zaman kena tukar tudung kan, sekali amik..beliau kena tukar tudung awning kerepot seribu. Penat katanya make up cantik-cantik pagi tu. Hahahhaaa..gila kelakar ok. You make my day darling. Heheeee..


Sebenarnya aku pun belum tukar IC aku lagi. Haa..Samalah, dari Darjah 6 punya tu.
Eh, yeke ek. Tak ingat la. Ke Tingkatan 3 macam tu la.
Sampai masa aku pergi Sabah tahun lepas, pegawai Imigresen tu suruh aku buat baru. Dah tak rupa aku dah gambar kat IC tu. Kanak-kanak rebina sangat.  Kehkehkeh..
So ada kelapangan nanti aku nak pergi buat. Kang lambat-lambat takut terlupa. Tau2 je terbang duit kan nak bayar denda. 


Kalau korang tak caya tengok jadual ni.


BAYARAN PERMOHONAN PENUKARAN KPP/KPT KE MYKAD DI BAWAH PERATURAN 18 
(WARGANEGARA)
Permohonan yang melewati mendaftar semula selepas mencapai umur 18 tahun sehingga 25 tahun akan dikenakan kompaun.
UMUR DIKENAKAN KOMPAUN
BAYARAN PERMOHONAN
(RM)
BAYARAN
PROSES
(RM)
BAYARAN
KOMPAUN
(RM)
JUMLAH
BAYARAN
(RM)
SEBELUM 27 THN

10.00

10.00

20.00

40.00
27 THN TETAPI SEBELUM 28 THN

10.00

10.00

40.00

60.00
28 THN TETAPI SEBELUM 29 THN

10.00

10.00

60.00

80.00
29 THN TETAPI SEBELUM 30 THN

10.00

10.00

80.00

100.00
30 THN TETAPI SEBELUM 31 THN

10.00

10.00

100.00

120.00
31 THN TETAPI SEBELUM 32 THN

10.00

10.00

120.00

140.00
32 THN TETAPI SEBELUM 33 THN

10.00

10.00

140.00

160.00
33 THN TETAPI SEBELUM 34 THN

10.00

10.00

160.00

180.00
34 THN TETAPI SEBELUM 35 THN

10.00

10.00

180.00

200.00
35 TAHUN KE ATAS

10.00

10.00

200.00

220.00


So, kalau nak tahu lebih lanjut boleh rujuk kat sini k.


Daaaaaa.... 


No comments: