Friday, 17 May 2013

Pengalaman Mengandung Luar Rahim _ Ectopic Pregnancy

Assalamualaikum.

Dikhabarkan aku mengandung 6 minggu 6 hari oleh doktor adalah perkara yang amat mengembirakan kami suami isteri. Disaat kami memang mengharapkan rezeki anak, Allah makbulkan. Kita hanya merancang dan sesungguhnya perancangan Allah adalah sebaik-baik perancangan. Kegembiraan kami tak lama, Dia tarik kegembiraan kami dalam sekelip mata. Aku dikhabarkan oleh Doktor tentang kehamilanku berada di luar rahim. Ya Allah, hanya Engkau yang tahu perasaan aku ketika itu. Zuriat yang Engkau pinjamkan kepada kami hanya untuk beberapa ketika saja.


Khamis, 25 April 2013.

Period lewat 2 minggu. Aku dapat rasakan perubahan dalam diri aku, kerap membuang air kecil, payudara membengkak, dan sedikit loya di awal pagi. Dari apa yang aku baca ia merupakan petanda seseorang itu hamil. Aku mengajak suami ke farmasi untuk membeli upt. Dan hasilnya positif. Ujian pertama yang aku buat, hasilnya samar-samar, kali kedua keputusan positif, hamil 4-5 minggu. Dalam masa yang sama aku mengalami bleeding. Tak banyak, hanya tompok-tompok coklat di pantiliner. Risau dan kami mengambil keputusan untuk ke klinik. Orang kata bleeding di awal kehamilan ni biasa, tapi risau kami ni bersebab rupanya. Doktor di Klinik Cahaya, Presint 8 turut mengatakan ianya symptom biasa bagi ibu-ibu hamil. Aku mengatakan, bleeding ni dah hampir seminggu dan risau kalau apa-apa terjadi pada kandungan. Doktor terus memberi surat refer emergency di Hospital Putrajaya.

Sampai di hospital, macam biasa doktor memeriksa tekanan darah dan menekan-nekan perut. Doktor tanya sakit tak. Tak. Dia menyuruh aku membuat upt sekali lagi. Positif. Doktor menanyakan tarikh last period dan dia mengira usia kandungan aku, 6 minggu 6 hari katanya. Dia mintak kebenaran untuk scan perut aku. Aku izinkan, tapi baby tak dapat dikesan. Risau lagi, doctor mintak aku ke bilik sebelah kerana mesin scan dibiliknya tak berapa canggih. Masuk bilik sebelah, nurse mintak tukar kain pink dan baring . Doktor nak buat vaginal scan, malu jangan cakaplah. Sakit pun satu. Hasilnya masih tak nampak. Risau makin bertambah. Doktor mintak refer ke Dewan Bersalin di bangunan lain.

Di sini, aku di scan lagi, hasilnya sama. Masih tak nampak. Dah 4 doktor yang datang mengodek-godek bawah aku masih jugak tak nampak. Dan hasilnya doktor mengesyaki aku hamil luar rahim. Doktor ambil darah dan upt sekali lagi. Jam 11.45 malam darah diambil untuk memeriksa kandungan hormone hcg, dalam tempoh 48 jam aku kena datang ke hospital untuk diambil darah lagi. Kalau bacaan hormone meningkat 2x ganda, bermakna betul aku mengandung.

Sabtu, 27 April 2013.

Jam 11.45 malam, ke hospital untuk mengambil darah.

Isnin, 29 April 2013.

Aku menghantar suami dulu ke tempat kerja. Appointment pukul 9.00 pagi aku sempat singgah ke pejabat untuk bersarapan. 8.30 pagi baru aku ke hospital. Nama aku dipanggil jam 11.00pagi. Sementara menunggu nama dipanggil aku sempat menghabiskan bacaan Surah Mariam tru hp, berdoa mengharapkan baby aku normal di tempatnya. Aku tidak putus-putus berdoa. Bilik bertukar bilik, 3 doktor digunakan untuk  memeriksa kandungan aku. Dan akhirnya keputusan pasti. AKU DISAHKAN MENGANDUNG LUAR RAHIM. Gelap dunia aku seketika. Aku sempat melihat turun naik degupan jantungnya. Ya Allah. Menitis air mata. Doktor menenangkan, aku masih menangis. Telefon suami datang hospital sekarang jugak.

Doktor mengatakan kami terpaksa melakukan pembedahan membuang kandungan dan tiup fallopio sebelah kanan aku terpaksa dipotong. Ya Allah sekali lagi tamparan hebat. Dan pembedahan tu perlu dibuat harini juga. Aku tanya doktor, esok tak boleh ke? Aku perlu  masa untuk menerima ketentuan ni. Doktor balas kenapa nak tunggu esok, kalau dia pecah dalam perut awak nanti lagi bahaya, nyawa aku akan terancam, 50/50. Aku pasrah. Nurse bagi 2 surat untuk aku sain.

Sementara menunggu katil ward kosong, aku mintak keluar dari tempat pemeriksaan untuk menelefon suami dan mak. Aku disuruh untuk puasa, last makan pukul 8.00pagi. Aku masuk ward dalam pukul 3.00petang. Telefon akak opis, Kak Akma beritahu apa yang terjadi. Katanya dapat je berita terus dia menangis. Petang, habis waktu kerja terus dia datang melawat aku. Terharu sangat. Family nak datang semua jauh-jauh, suami dan kawan-kawanlah yang mengubat kedukaan ni. Suami mintak aku bersabar, dalam masa yang sama dia turut bersedih. Dugaan berat untuk kami yang baru hendak memahami hidup berumah tangga.
Malam menjelma, aku tidak jua dipanggil untuk dibedah. Jam 11.45malam aku dikejutkan, pembedahan dah boleh dijalankan. Aku lapar dan menggigil kesejukan.

Aku diminta sain satu borang, untuk memasukkan ubat bius dalam badan.  Selesai. Kemudian aku dibawa ke bilik bedah. Nak bagitahu suami hp kehabisan bateri. Aku berdoa dan tawakal saja masa ni. Dan aku tahu suami sedang solat hajat di rumah untuk keselamatan  aku di hospital. Macam mana aku tahu hanya suami saja yang tahu.
Dibilik bedah, kalau tak silap aku doktor2 tu ada pasang radio bacaan ayat-ayat Al-Quran, tapi aku tak ingat apa. Rasa tenang sikit. Doktor menerangkan pasal pembedahan ni, dia tanya jugak lepas pembedahan selesai nak panggil aku nama apa. Aku jawab RIN. Doktor pun ok. Lepas dia pasang gas kat hidung aku dah tak sedar pape.

Selasa, 30 April 2013.

Lebih kurang jam 1.15 pagi, aku terdengar doktor memanggil nama aku. Sempat aku mengerling jam dinding. Aku tersedar dan aku pandang kiri kanan. Aku mamai, dalam mamai-mamai aku dapat rasa perut aku sakit, ada 3 tebukan di perut. Aku menangis mengenangkan baby aku dah takda.

Aku dihantar ke wad. Nurse mintak aku call suami beritahu pembedahan dah selesai, tapi bateri hp habis, aku mintak nurse yang tolong callkan. Suami sampai dalam jam 8.00pagi, tu pun sekejab saja. Nurse tak bagi lama-lama. Suami datang semula jam 12.30 tengah hari. 

Selesai semua urusan, aku dibenarkan keluar wad jam 2.00 petang. Aku diberi mc selama 2 minggu. 

Dapat katil tepi tingkap. Lapang sikit dada.

Bunga dan air ECPI pemberian Kak Akma.

Kanan pakai tag kiri masuk air. Sakit.

Bosan sementara tunggu masa bila boleh discharge.
Pembedahan laparoskopi.
Macam nilah luka pembedahan aku. 3 tebukan. Sumber


Beberapa nasihat/ kata-kata semangat daripada doktor/nurse/ kawan-kawan ;
  • sekiranya lewat period lepas ni cepat-cepat buat upt dan sekiranya positif buat scan di klinik yang boleh lihat kedudukan bayi. 
  • jangan risau, peluang hamil masih cerah.
  • sekurang-kurangnya awak tahu awak boleh hamil, sedangkan orang lain ada yang bertahun tunggu tak tahu dia boleh hamil ataupun tidak.
  • kami insan terpilih untuk menghadapi ujian ni "Allah tak akan sekali-kali menguji di luar kemampuan hambanya"
  • Dan 1 ucapan yang membuat hati aku dan suami tenang, InsyaAllah, dia tunggu kami di sana. Bukan senang nak dapat saham di akhirat kan. 

Sedikit pesanan untuk bakal-bakal ibu hamil di luar sana;
  • Seandainya anda hamil dan mengalami bleeding/ tompokan darah macam saya, cepat-cepat jumpa doktor ya. Takut ia petanda luar biasa macam saya. Mencegah lebih baik dari  mengubati kan. Kelewatan membuang kandungan luar rahim akan menyebabkan ia pecah di dalam perut dan mengakibatkan pendarahan yang banyak serta boleh mengancam nyawa ibu.  

Update 23/9/2014 - Hamil semula selepas ectopic



Tuesday, 14 May 2013

Ujian Allah - Tanda Dia Sayang

Assalamualaikum.

Lebih 2 minggu belog tak berupdate. 2 minggu dapat mc daripada doktor tu yang belog pun turut mc sama. 

Dari entry lepas, kami sempat merasa gembira untuk menjadi ibu ayah beberapa hari saja. Khabar gembira tersebut direntap apabila doktor mengesahkan aku mengandung luar rahim. Tak pernah terfikir dan terbayang aku akan menghadapi ujian seberat ni.

Dengan usia kandungan 6 minggu 6 hari, aku sudah dapat lihat degupan jantungnya, turun naik turun naik... 



Sebak hati ibu sayang tatkala doktor memberitahu 
mereka terpaksa membuat pembedahan mengeluarkan kamu dari perut ibu kerana kamu berada di tempat yang tak sepatutnya. 
Kamu tidak dapat membesar dengan baik di situ sayang. 
Maafkan ibu, ibu tak tahu macam mana dan ibu tiada pilihan. 
Ibu tak boleh berbuat apa-apa. 
Tunggu ibu ayah di sana ya sayang. 
InsyaAllah...


Alhamdulillah, sekarang ni kami menerima Qada' dan Qadar Allah sebagai ujian untuk menguatkan lagi keimanan kami kepadaNya, Hanya Dia yang tahu hikmah disebalik ujian ini. Dan sekarang pun aku masih dalam tempoh berpantang. Luka jahitan masih belum pulih sepenuhnya. Doakan kami mudah mendapat zuriat ye kawan-kawan.

Macam nilah rupa babyku ketika dikeluarkan, kepala, tangan, tulang ekor jelas sangat.

Nanti aku ceritakan pengalaman aku mengandung luar rahim ni ya.

Kisah di sini..


Wednesday, 24 April 2013

Teka Teki Terjawab

Assalamualaikum.

Alhamdulillah.

Harini adalah hari yang sangat membahagiakan aku dan suami. Teka teki yang melanda kami beberapa minggu ni terjawab jugak akhirnya. Hari ni jugak merupakan permulaan di mana aku dan suami akan bergelar seorang ibu ayah, Ya Allah hanya kau yang tahu bagaimana perasaan kami ketika ini.

Bulan demi bulan kami tunggu akhirnya Kau kurniakan zuriat ini kepada kami, Kau dengar doa kami, Kau terima usaha kami. 


Cerita detail nanti aku ceritakan ye. :)



Tuesday, 23 April 2013

Teka Teki Teka Tekuk

Assalamualaikum.


Sekarang ni aku dan suami berada dalam situasi berteka-teki. Panjang ceritanya. Nanti dah pasti aku ceritakan ye.

Harap-harap teka teki ni berakhir dengan kepastian yang mengembirakan.

InsyaAllah..


Thursday, 18 April 2013

Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M)


Tadi pagi aku pergi majlis pelancaran PPA1M ni di Hotel Everly bersebelahan dengan Alamanda. Jalan kaki je uolllss. Dato' Seri Najib yang rasmikan. Ramai yang hadir, semua penjawat awam seperti aku. Rumah ni dibina memang untuk yang bekerja di Putrajaya sahaja. Negeri-negeri lain dengarnya akan dibina jugak.



Kalau nak beli rumah area Putrajaya, Bangi dan sekitar memang kena fikir 2 3 kali, 5 6 kali pun takpa. Mahal kau, tak mampu mak. Hehe. So dengan PPA1M ni, orang kata masih mampu dimiliki oleh golongan seperti aku.

Syarat-syarat pembelian rumah PPA1M, 
  • Warganegara Malaysia
  • Pendapatan isi rumah bulanan tidak melebihi RM8,000.00
  • Mestilah Anggota Perkhidmatan Awam dan Badan Berkanun Persekutuan
  • Berkhidmat di Putrajaya
  • Tidak muflis

Harga rumah PPA1M dikategorikan kepada 3,
  • 1000sf  = RM 150,000.00 - RM 220,000.00
  • 1200sf  = RM 221,000.00 - RM 260,000.00
  • 1500sf  = RM 261,000.00 - RM 300,000.00

Dan yang paling menarik semasa ucapan Dato' Seri Najib, beliau beritahu projek akan siap dalam tempoh 18 bulan berbanding perancangan awal 36 bulan. Fuh, cepat gila kan. Dan 1 lagi, bayaran bulanan akan bermula apabila rumah siap dibina nanti.

Pemilihan pembeli pulak dibuat secara undian. Doakan aku ye kawan-kawan.



Nak info lebih boleh terus ke laman PPJ ye.


Yeayyy..berat dah naik..

Assalamualaikum.

Arini nak cerita pasal berat la. Hihi, sebenarnya aku happy sangat, haritu aku timbang berat, lepas makan pulak tengok-tengok berat aku dah 44kg. What?? 44kg?? biar betul ni, hehe. Aku bagitahu Hubby, dia kata lepas makan memang la berat naik. Hmm, ye tak ye jugak ek. Hubby cakap nanti perut dah senang-senang baru timbang balik. Ok.

Semalam balik kerja teringat nak timbang, timbang punya timbang 44kg jugak. Terus panggil Hubby tengok betul tak bacaan kat timbang tu. Ha'a memang betul. Memang melonjak kerianganlah aku kan. Hehe.

Punyalah susah nak naik berat, sebelum ni maintain 41 - 42 je. Caye tak. Huhu. Ni dah naik 44 rasa macam tak percaya,  kena maintainkan sebab badan aku ni jenis cepat turun jugak.

Agak-agak boleh tak aku capai berat idaman, 48kg. Hihi..ada lagi 4 kg nak kena tambah. Tengok angka 4 tu memang macam sikit kan. Tapi.......hoho, kena telan gula 4 kg kot baru dapat. Heheheheeeee.....

Ha tengok BMI korang, normal tak. :)

Monday, 15 April 2013

Video : Gwiyomi Song

Assalamualaikum.

Semalam baru balik dari kursus di Perak, arini kepala pening sangat. Ntah kenapa ntah.

Tapi bila tengok video ni kurang sikit peningnya, sebab tersangatlah cutenye perempuan ni dengan Gwiyominyeee..

Jom tengok...


Tak silap aku Gwiyomi ni berasal dari Korea, tapi banyak-banyak video Gwiyomi dalam Youtube, yang ni aku rasa paling comel, Thailand mari. Hehe.

Kalau ada sesiapa yang nak buat muka comel macam perempuan tu, boleh ikut gambar ni k. Bye2.


gwiyomi dance guide


Thursday, 11 April 2013

Ya Allah Kau Permudahkanlah Semuanya

Assalamualaikum.

Pagi tadi aku dapat call dari mak, kakak aku, Kak Ct nak bersalin. Terkejut aku sebab due bersalin dia bulan 5 nanti, aku terus call Kak Ct, dia kata memang dah rasa tanda-tanda nak bersalin. Kalau nak ikutkan kata akak aku dia ada sebulan lebih lagi, baby tak sabar nak keluar agaknya, masa aku telefon pun dia dah dalam perjalanan nak ke hospital Mahkota Medical Centre di Melaka. 


Masa ni Kak Ct pregnant anak sulung.

Rupanya baby dalam perut Kak Ct songsang, tambah pulak baby tak cukup bulan, so hospital swasta tu tak sanggup nak buat diorang suruh refer kerajaan. Ya Allah, berdebar jantung aku dengar, sebab dalam family aku semua bersalin normal, anak sulung Kak Ct pun normal, tapi bila dengar akak aku nak kena caesar, takut pulak. 

Tadi abang ipar aku, Daus call katanya akak aku dah masuk bilik operation. Ya Allah kau selamatkanlah kakakku dan baby, semoga pembedahan berjalan dengan lancar dan selamat. Amin. 


Wednesday, 10 April 2013

Mee Bandung Special FIL

Assalamualaikum.

Heaven sangat semalam balik-balik kerja FIL dah masakkan 2 mangkuk mee bandung atas meja untuk kami berdua. Sedap wooo air tangan FIL aku ni, boleh bukak restoran. Hehe. Yang bestnya aku tak reti makan sotong getah, FIL beli sotong biasa untuk campur dalam mee bandung aku. Nampak2, special kan di situ. Hehe.


Ala-ala macam ni la rupa mee bandung tu.
Tak sempat nak snap pic, habis masuk perut.

Sebenarnya malu nak snap pic, kang ade MIL n FIL aku fikir buang tebiat apa menantu dia ni amik2 pic makanan. Hihi.
Sumber : pacik gugel.

Ni MIL, FIL dan SIL dah balik kampung semula. Pagi tadi mintak permission boss nak hantar diorang ke TBS. Sabtu dan Ahad lepas bawak diorang jalan-jalan ke Cameron Highlands. Dah lama MIL nak ke sana, baru berkesempatan. Honeymoon ritu tak boleh kacau daun kan. Hehe. Tapi kali ni rasa macam kurang best pulak. Mungkin sebab kitorang dah pergi, so semangat nak berjalan tu dah kurang. Hehe.

Pada aku Cameron ni takda apa sangat pun. Pergi sekali pun dah cukup, balik-balik tengok ladang strawberry. Kali ni aku duduk apartment kat Taman Royal Lily, cari kat mudah.my. Tu nanti aku cerita lain entry ye. Apartmentnya dari luar macam seram, dah masuk rumah wow cantik. Sesuai dengan harganya. Hehe.

Balik ni Hubby mintak mee bandung lagi, lebihan barang semalam ada lagi memang boleh buat. Tapi rasa sama atau tak macam FIL masak tu tak tahu lagi. Heheheheeeee. Kalau tak sedap telan jek la syg ye... 

Tuesday, 9 April 2013

Muka terselit d' HMetro & Utusan

Assalamualaikum.

Tadi pagi aku dapat chat dari Umi, bff aku katanya muka aku masuk paper. Really??? Dia kata husband dia yang call tanya aku kerja mana sebab nampak macam muka aku kat paper Metro tu. Beria-ia husband Umi ni kan, teruja agaknya kawan isteri dia masuk paper. Heheheeeee.....

Glamour kejab mak..

Ni la gambar yang dicapture oleh wartawan HMetro tu...

Ha, nampak tak I yang mana satu???Hehe

Ni pulak aku baru copy dari fb kawan aku, Ita. Yang ni kat paper Utusan Malaysia pulak. Hehe.

Lebih jelas kan.
Beso betul aku senyum sampai penuh gigi nampak. Hihi