Tuesday 14 May 2013

Ujian Allah - Tanda Dia Sayang

Assalamualaikum.

Lebih 2 minggu belog tak berupdate. 2 minggu dapat mc daripada doktor tu yang belog pun turut mc sama. 

Dari entry lepas, kami sempat merasa gembira untuk menjadi ibu ayah beberapa hari saja. Khabar gembira tersebut direntap apabila doktor mengesahkan aku mengandung luar rahim. Tak pernah terfikir dan terbayang aku akan menghadapi ujian seberat ni.

Dengan usia kandungan 6 minggu 6 hari, aku sudah dapat lihat degupan jantungnya, turun naik turun naik... 



Sebak hati ibu sayang tatkala doktor memberitahu 
mereka terpaksa membuat pembedahan mengeluarkan kamu dari perut ibu kerana kamu berada di tempat yang tak sepatutnya. 
Kamu tidak dapat membesar dengan baik di situ sayang. 
Maafkan ibu, ibu tak tahu macam mana dan ibu tiada pilihan. 
Ibu tak boleh berbuat apa-apa. 
Tunggu ibu ayah di sana ya sayang. 
InsyaAllah...


Alhamdulillah, sekarang ni kami menerima Qada' dan Qadar Allah sebagai ujian untuk menguatkan lagi keimanan kami kepadaNya, Hanya Dia yang tahu hikmah disebalik ujian ini. Dan sekarang pun aku masih dalam tempoh berpantang. Luka jahitan masih belum pulih sepenuhnya. Doakan kami mudah mendapat zuriat ye kawan-kawan.

Macam nilah rupa babyku ketika dikeluarkan, kepala, tangan, tulang ekor jelas sangat.

Nanti aku ceritakan pengalaman aku mengandung luar rahim ni ya.

Kisah di sini..


3 comments:

Unknown said...

byk2 sabar ye azryn..
insyaallah ade hikmah ats ujian tu..
nnt jgn lupa citer yer caner blh pregnant luar rahim.. ..
take care.. n usaha nnt.. smile :)

meazrynn said...

Thanks ye puan bin..
InsyaAllah, mudah-mudahan macam tu jugak la..
Alhamdulillah, sekarang dah boleh terima, biasalah kan, kami memang tengah mengharap rezeki baby, tapi ujian Allah sapa nak tahu kan..kami redha...
pasti usaha smpai berjaya.. :)

selalu jgk bukak belog puan bin tak update pn..nak tahu jugak story ibu mengandung ni.. :)

Unknown said...

hehee...
bru je update skit aritu...
bru ade mood..lps kawen menjunam trs nk update pape.no idea..