Sunday, 30 September 2012

Encik Bambam off to India

Assalamualaikum.

Pagi tadi aku hantar En. Bambam ke KLIA. Ingatkan nak ajak Idah teman sebab baliknye nanti kan aku sorang..Takot la pulak. Tapi malas nak susahkan dia. Aku cakap kat Mr. Bambam takpe, ayang boleh. Hehe..

Flight nye pukul 8.40pg. Aku ada baca kalau international punya penerbangan kena ada kat airport 2 jam sebelum terbang, so bising la mulut aku kat Mr. Bambam suruh dia cepat. Haha, Aku lak yang takot dia kena tinggal flight. Dia macam biasa buat muka tenang padahal jalan nak ke KLIA tu ingat2 lupa.

Kitorang gerak dalam pukul 5.45pg camtu, sampai dalam pukul 6.30pg lebih kurang.  Terus self-checkin kat kiosk.

Lepas check in tengok2 kedai perfume. Mana tau ada yang berkenan untuk buat hantaran nanti. Mr. Bambam kata nanti dia dah balik dari India singgah lagi kedai tu beli mana yang berkenan. Ok, saya menurut perintah.

Boss Mr Bambam pun dah sampai, terus la dia masuk kat boarding. Sedih tau bila aku tengok dia dari atas masa dia nak check imegresen. Menitis air mata aku. Takot jugak mana tahu ni pertemuan terakhir kitorang ke kan. Ya Allah, mintak dijauhkan.

Eh!! Mr. Bambam nampak kurus dan tinggi laaaa. Keh3.

Lepas sesi bye2..terus aku ke parking. Nasib tak sesat. Jalan sorang2 ni kadang boleh jadi blur. Hehe.

Pukul 8.10pg aku sampai rumah.

***

Sekarang ni aku dah rasa bosan yang amat sangat.
 Tak sampai 1 hari pun lagi Mr Bambam ke sana.
Kosong betol hidup aku tanpa dia.
Nak mesej /call tentu2lah tak dapat
Oh lamanya 2 minggu..
Ya Allah kau permudahkanlah segala urusan dia di sana, 
berilah keselamatan dan kesihatan kepada dia.
Semoga SYG selamat pergi dan pulang.
{LOVE}


Friday, 28 September 2012

Cucu Mak ke 19

Assalamualaikum.

Yeay...mak nak dapat cucu lagi. Yang satu tinggal tunggu hari aje, satu lagi baru tahu mungkin kata tuan punya badan baru 1 bulan. Alhamdulillah, cucu untuk yang ke 19. Sapalah yang dapat nombor 20 nanti ek. Hehe.

Kak Ct ada tunjuk perut dia masa balik kampung haritu. Memang nampak bulat, tapi katanya tak kompem lagi. Pagi tadi dia call katanya dah sebulan. Aku orang yang kedua tahu lepas mak. Wah, Cahaya nak dapat adik. Dah kena panggil kakak Cahaya la lepas ni. Takpun panggil kak long. Hehe.

Ayah + Cahaya + Ibu

Semoga Kak Ct diberi kesihatan yang baik. Dipermudahkan urusan sehingga ke tarikh bersalin nanti. Jaga diri leklok tau. ♥


Thursday, 27 September 2012

Innershine : Pati Prune

Rezeki orang nak kawin ni kadang-kadang tanpa disangka-sangka kan.

Isnin lepas anak boss bagi aku innershine. Banyak pulak tu. Boleh buat stok sebulan. Katanya masa dia nak kawin dulu rajin la dia minum, lepas kawin malas pulak. Tu yang dari expired kat rumah, dia bagi aku. Malu la jugak nak ambil, tapi dah dipaksa-paksa, aku pun ambik la jugak. Hehe..


Sedap rasa dia. Masam-masam manis.

Semalam tengok kat Watson, 1 kotak, 6 pcs harganya RM 27++. Bayangkanlah berapa kotak dia bagi aku ni. Sekotak aku bagi kat akak opis aku. Yang dalam gambar tu sume aku punye. Hehe. 

Aku baru start minum malam tadi. Dia bagi petua, minum ni time nak tidur. Lepas minum ni jangan makan/ minum pape. Ok baiklah. 

Aku nak tengok bershine2 tak masa aku nikah nanti. Tak pun mana tahu muka boleh transform jadi Maya Karin ke. Keh3.


***


Tapi pagi tadi, ada akak opis tegur muka aku berseri-seri jek. 
Aik, takkan baru makan 1 botol dah berseri-seri kot. Keh3.



Persiapan Kahwin 8 : Hantaran

Assalamualaikum.

Minggu ni memang minggu takda rehat punya. Balik dari pejabat terus ke Alamanda. Disebabkan Mr. Bambam nak ke India ahad ni, so kami mesti membereskan misi mencari barang hantaran. Misi malam tadi dapat 2 barang. Malam ni kami akan meneruskan misi mencari lagi. Hehe. 

Alhamdulillah, perasaan aku sekarang ni walaupun dah tak berapa banyak masa lagi, aku rasa tenang. Tenang setenang-tenangnya. Tak macam sebelum ni. Thanks Mr. Bambam jugak kerana banyak memberikan kerjasama dan masa walaupun tengah sibuk dengan persiapan ke India. Sayang syg ketat-ketat. ♥

Malam tadi jugak shopping barang Mr. Bambam. Nak cari seluar dan baju katanya. Koleksi yang ada sume dah longgar. Mentang-mentanglah dah turun 10kg. Keh3. 


Sesi mencari seluar
Bukan senang Mr Bambam nak berkenan bila cari seluar ni.
Tapi yang ni, sekali tengok terus terpikat.
Nasib ada saiz.

Hmmm, dekat RM500 jugak lah habis shopping barang semalam. 
Oh seronoknya duit keluar macam air. Sob sob. ^_^

Wednesday, 26 September 2012

Giveaway : Saya Nak Makeup


Melangkah setapak lagi dalam dunia berblogging..
Semalam join contest nak banyakkan follower.
Harini join giveaway pulak.
1st giveaway ni tau..



GA ni dari blogger oneniezuka
Haa jom ramai2 kita join.
Lelaki pun boleh join tau, 
dapat hadiah nanti boleh bagi makwe ke mak betul ke kan...
^_^

Semua hadiah memang menikam kalbu..
Foundation Liquid MAC
Eyeliner Twist MAC
Eyeshadow set dan macam-macam lagi.

Manalah tahu rezeki orang nak kawin. Hehe..

Semua syarat-syarat dah selamat ditunaikan.
Complete semua..

Kepada yang nak join boleh ke blog oneniezuka ye.
Daaaaaaa.........



Iktibar untuk aku

Dalam sebok-sebok aku menguruskan persiapan perkahwinan aku, aku dapat berita sedih. Kakak opis aku telah putus tunang semalam. Tersentak dada aku bila dia menceritakannya kepada aku. Ya Allah, dugaan apa yang kau turunkan kepada dia yang aku dah anggap seperti kakak sendiri. Tatkala dia pun telah mula membuat persiapan perkahwinan seperti aku. Ya Allah, sesungguhnya kau Maha Mengetahui tiap-tiap sesuatu.

Dia bertunang 2 minggu awal daripada aku. Majlis dibuat dengan penuh meriah dengan kehadiran sanak saudara dan sahabat handai. Tunangnya tidak hadir sama kerana bertugas di Jepun. 

Hari berganti hari, bulan berganti bulan. Apa yang aku perhatikan, sepanjang pertunangan mereka, banyak dugaan yang mereka lalui. Dugaan bertunang sebelum melalui fasa perkahwinan. Dugaan untuk menguji sejauh mana kuatnya cinta mereka. Dan akhirnya badai yang datang terlalu kuat untuk mereka pertahankan.  

Takziah untuk akak ye. Hanya Allah yang Maha Mengetahui hikmah disebalik semua ni. Anggaplah ini sebagai satu pengalaman hidup. Mungkin Allah nak bagi akak seseorang yang lebih baik dari dia. Tunjukkan yang akak kuat untuk lalui semua ini. Sayang akak.

*** 

Ya Allah, kau berilah kekuatan padanya. 
Aku tahu dia tak kuat untuk lalui semua ini. 
Semoga Kau turunkan hikmah yang berpanjangan untuknya. 
Amin.


Sebulan sebelum diijabkan

Assalamualaikum.

Lagi sebulan je lagi aku akan jadi milik Mr. Bambam. Sebenarnya, baru aku perasan aku akan dinikahkan apabila usia pertunangan kami genap 6 bulan. 

Dulu-dulu, aku berangan kalau aku bertunang, tak nak lama-lama. Paling lama setahun paling cepat 6 bulan. Orang kata bertunang lama-lama ni banyak dugaan. Tak sangka pulak jadi kenyataan. Hehe. Dan Alhamdulillah setakat ni kami menjalani tempoh pertunangan dengan baik-baik saja. Merajuk-rajuk sikit, gaduh-gaduh manja tu ada lah. Hehe.

Persiapan kahwin setakat ni 40% je. 40% je????? Gila tak gila kan. Orang lain agaknya kalau dah time2 macam aku ni agaknya dah releks je. Tunggu diakadkan je kan. Hehe. Banyak lagi perkara yang tak settle. Aku nak lepaskan majlis nikah dulu. Lepas ni baru fikir untuk majlis bersanding.  ^_^

Tuesday, 25 September 2012

Persiapan Kahwin 7 : Andaman

Alhamdulillah.

Pencarian selama sebulan membuahkan hasil. Part nak cari Mak Andam ni la part yang paling susah sekali tau. Kalau korang nak kawin nanti korang tahu la macam mana. Orang dah kawin mesti tau macam mana. 

Nak tau sebab apa? Meh tengok sini. Ni hasil kajian diri sendiri je. 

  • Kena dengan budget
  • Makeup mesti cantik
  • Koleksi pelamin yang updated
  • Koleksi baju yang updated
  • Pakej yang menarik
  • Paling penting mak andam mesti berjantina perempuan
  • Layanan yang mesra

Ha tengok tu. Tu aku punya senarai. Nak kata aku cerewet tak jugak. tapi biasanya tu lah kriteria2 yang akan dilihat oleh bakal pengantin sebelum mengambil keputusan memilih mak andam untuk hari bahagia nanti.

Cerita pemilihan mak andam ni, sampai 2 minggu berturut-turut aku balik kampung sebab nak cari mak andam ni. Last2 apa pun tak dapat. 

Tadi, aku nekad call 3 nombor butik andaman kat bandar Kota Tinggi tu. Perkara pertama aku tanya tentang date. Available ke tak. Aku review sikit ye dari sesi menelefon, meneliti gambar2 di fb diorang.

Klasik Andaman 013-7541095
- makeup dan pelamin memang terbaik, lagi-lagi pelamin. Tapi untuk aku yang berpendapatan sederhana ni, majlis pulak kat dewan, harganya agak mahal. Lari budget oiiiii..

Iz De Bridal 013-7274680
- ramai kawan-kawan cakap kat sini murah dan cantik. Not bad la katanya. Tapi untuk date nikah diorang cuti, siapa suruh buat time Raya Haji kan, orang nak raya la mak cik. Apadaaaa....

Miza Collection 016-7572423
- 2 kali aku pergi survey butik ni, untuk tunang dan kahwin, layanan memang terbaik. Yang penting, harga sangat berpatutan dan makeup pun boleh tahan. Pelamin pun ok. 

Nurkaseh Bridal House 
-boleh tahan jugak tengok gambar-gambar pelamin dan pengantin kat fb diorang. Ingat nak datang kedai sekali tutup. 

So, rasa-rasanya korang tahu aku pilih yang mana kan. Hehe. Hasil mak andam akan di review selepas majlis ye. ^_^



***
Leganya...1 lagi perkara besar dah settle. 
berharap aku buat pilihan yang tepat.




SEGMEN : JOM TINGKATKAN FOLLOWERS SAMPAI LEBAM

Aku terjumpa satu segmen ni kat blog Nasuha
rasa macam nak join jugak..hehe
Yelah korang pun tahu, follower aku cuma sorang. Sedih kan..
Walaupun sorang, tapi tu blogger popular tau, Kak Ana. 
Thanks kak, follow blog saya. Hee
So disebabkan itu, aku join segmen dari blog MerepekGILA ni..


***



Meh aku printscreen follower aku ek. 
Tak boleh letak followers, sebab sorang je kan. Kih3



Ok lah sekian entry khas untuk mencari sesiapa yang sudi memfollow aku yang malu-malu meoww ni...

Untuk lebih paham sila ke MerepekGILA yep.. 

Daaaaaaaa...........


Doorgift Nikah

Assalamualaikum.

Cerita persiapan perkahwinan lagi. 

Sekarang aku tengah mencari idea doorgift untuk majlis pernikahan nanti. Rasanya nak bagi Yaasin, niat sedekah untuk arwah abah aku sekali. Tapi tengah fikir jugak, nak bagi yang custom made ke ready made yang jual2 kat kedai buku tu. Aduhai ni pun nak pening ke syg oiii. Opkoss la..tapi akak aku cakap, kita jangan fikir nak terlalu sempurna sangat, takut majlis tak seperti dibayangkan, sendiri jugak yang kuciwaaa ye tak... 


Cantik kan. Hijau lumut pilihanku.

Semua ni tentang budget jugak. Hasil pertanyaan dengan pakcik google, kalau beli yang ready made harga dalam RM0.90 - RM1.30, kalau nak custom made lebih kurang RM 1.50 dan ke atas. Custom made mestilah lagi cantik sebab boleh request nama kita kat situ kan.

Hmmmm, masih berfikir lagi. 

Mak aku pun cadangkan bagi Yaasin, lepas tu tambah Bunga Telur. Sebenarnya bunga telur ni dah ada kat rumah, recycle Kak Ct aku punya masa dia kawin ritu. Wah, jimat dah kat situ kan. Tang jimat-jimat ni aku suka. Heheheee..