Friday, 31 August 2012

Epy Besday..Epy Merdeka !!!!


Epy Besday Rynn!!!!




Hehe..tu pic besday aku tahun lepas. Tahun ni takde dapat lagi. Hehe. Sekarang aku dah melangkah genap ke umur 24. Muda lagi rupanya aku ni. Hee.

Hasil nukilan anak-anak buah tersayang

Tengok betapa kreatifnya diorang ni. Wish pakai pinggan yang diorang dah  guna buat makan kek. ♥ u olls.

Tahun lepas aku celebrate masa raya ke 2 bersama keluarga kat kampung. Diorang buat surprise kek untuk aku. Terharu tau. Menangis aku masa diorang suruh aku bagi ucapan. Mana tak touching kan, diorang susah payah buat tu untuk aku. Tak silap aku ni 1st time sambut besday. Kecik2 dulu tak mampu.

Tahun ni pulak aku sambut besday kat Stadium Nasional Bukit Jalil sempena Perhimpunan 55 Tahun Kemerdekaan, Janji Di Tepati. Meriah kan 1 Malaysia sambut gitu. Keh3

Apalah hadiah yang aku akan dapat dari En Tunang nanti kan.

Semoga aku diberikan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki, bahagia dunia dan akhirat serta perancangan yang telah dibuat berjalan dengan lancar. Amin.








Thursday, 30 August 2012

Persiapan Kahwin 4 : Photographer (DONE)

Untuk photographer lak, aku malas nak search banyak-banyak. Malas nak pening-pening. Aku survey 2 je. Kang kalau aku survey sampai 5 6 ade pulak yang masuk tanjung rambutan nanti. Hee. Malas nak cerewet-cerewet dah. 

Yang 1 ni aku terjumpa kat fb kawan. Boleh tahan jugak gambar-gambar yang dia ambil. Yang 1 lagi pulak aku pernah survey untuk majlis tunang dulu, tapi tak jadi amik.

Tanya punya tanya, dua-dua ada kelebihan masing-masing. Tapi yang 1 ni dia ada sediakan video sekali lebih kurang dalam 5 minit camtu. Aku tanya Alan video 5 minit tu ok tak. Dia kata ok. 

So, macam dah nampak sinar di situ. Hehe. 


Sapa lah yang bertuah tu kan. Hehe


Nanti dah confirm aku bagi tahu kat sini photographer mana yang aku ambil ye.


Rehatkan otak sekejab

Assalamualaikum.

Dalam aku sebok-sebok search photographer untuk kedua-dua majlis semalam, Alan mesej ajak sambut ulang bulan yang ke 4. Hehe.

Ape lagi kan, aku pun jom aje la. Nak rehatkan otak sekejab dari memikirkan majlis aku yang tak berapa nak siap lagi tu.

Takde la celebrate macam mana pun, just pergi makan sama dekat Umai Lake D' Cafe. Sebenarnya teringin nak makan kat Perantau Hill, dia punya Chicken Chop dia memang terbaikkkk. Sekali belum beroperasi lagi daa sempena cuti raya. Kempunan aku, last2 pergi Umai. situ sedap jugak. Tapi lagi sedap dekat Perantau.



Kebetulan duduk meja pun no 4. Hehe

Hilang sikit rasa penat otak ni. Hilang jugak rindu kat Alan. Heheheeee.

Rasanya photographer macam dah nak settle. Yahoooooo... :)



Wednesday, 29 August 2012

Persiapan Kahwin 3 : Baju Nikah (DONE)

Assalamualaikum.

Owh, sibuk2 aku fikir untuk uruskan borang dan kursus nikah, rupanya baju nikah belum tempah. Bukan baju aku sorang, Alan pun sama.

Matilaaaaa....

Nak pakai baju apa nanti kan. 

Kain aku dah beli buat hantaran masa tunang haritu. Ada ke lagi ek tailor nak amik tempahan baju aku ni. Tinggal 2 bulan lagi ni. Nasib badan laa tak nak tempah awal2. Padan muka sendiri. -_-"

Lagi masalah aku tak tahu tukang jahit yg ok dengan harga yang berpatutan. Hehe, nak yang ok tapi nak murah. Tak nak lari budget.  


Ohh cantiknye baju pengantin ni. 

Minat design kain dia

Antara 2 baju ni..aku minat yang atas. Tang baju la..tang kain aku minat yang bawah. Ntah la. Tengok la macam mana nanti.  Kalo dah jumpa tailor yang ok, aku try la mintak design macam ni. Mana yang bersesuaian dengan jenis kain yang aku beli tu.Kalau tak boleh aku buat baju kurung moden biasa jek la. 

Harap-harap aku dapat jumpa tailor dan tempah dalam minggu ni jugak. 

Update, 3/9/2012

Puas aku tanya dgn pakcik google pasal tailor kat area Bandar Baru Bangi, akhirnya aku jumpa banyak yang review pasal 1 butik ni. Nama butik dia Dzihni. Katanya buatannya cantik dan kemas, harga pun berpatutan. So semalam aku try tengok butik ni. Alamak, macam dah tak beroperasi lagi. Ala mana lagi aku nak cari butik ni kan. 

So, baru kejab tadi aku call no yang aku ambil kat website dia, rupanya masih beroperasi lagi, leganya. Ahad dia tutup. Mungkin malam ni aku nak hantar baju nikah aku. Lagi cepat lagi bagus.

Apa-apa nanti aku review k. 

Update, 6/9/2012

Rupanya ramai ye yang cari tailor utk baju nikah korang, yelah baru   bape hari entry pasal baju nikah ni dah masuk top 5 dlm blog aku yang tak seberapa ni. Hehe.

Just nak update, malam tadi aku dah tempah baju nikah di butik Dzihni. Sampai di butik aku tengok macam dah nak tutup, almaklumlah sampai pukul 9.10 pm macam tu. Alan ajak tanya dulu. 

Rasa macam panjang sangat dah entry ni. Sambung kat sini k. ^_^








Tuesday, 28 August 2012

Ya Allah Permudahkanlah Urusanku


Ya Allah,

Tiba-tiba aku rasa buntu/stress sebab aku kena terkejar-kejar untuk persiapan kahwin aku. 

Tengok countdown kat sebelah tinggal 2 bulan 1 minggu  5 hari. 
Ohhh.

Masa tunang pun aku ambil masa lebih kurang 2 bulan 
untuk siapkan semua, inikan pulak kahwin. 

Boleh ke aku. 





Ya Allah, aku bermohon kau permudahkanlah segalanya.

Serius rasa nak menangis sekarang ni.






Persiapan Kahwin 2 : Borang Nikah

Assalamualaikum.

Harini aku nak cerita tentang borang nikah. Untuk aku yang takda pengalaman menguruskan semua ni, aku rasa macam Ya Allah, susahnya. Nak uruskan wali, saksi, ujian HIV dan interview tu semua. Tambah pulak aku duduk jauh dari kampung kan. Nak uruskan semua tu memerlukan cuti. Ye cuti ye cik-cik puan sekalian. Cuti tahun aku memang banyak, tapi nak mintak cuti dengan alasan uruskan hal kahwin macam malu pulak. Hehe.

Sebab aku takda pengalaman, aku kena lah tanya orang yang berpengalaman. So aku call kakak aku, Kak Ct malam tadi. Dia kata senang je. Pot pet pot pet, aku dah nampak jalannya.

Tapi aku terpaksa menyusahkan kakak aku yang ada kat kampung tu, Kak Eton. Aku tak tanya dia lagi, tapi harap-harap dia dapat bantu aku. Aku nak mintak tolong dia ambilkan borang nikah kat Pejabat Agama Kota Tinggi. 


Johor punya borang dalam tulisan Jawi

Aku pun memerlukan pertolongan Mak untuk wali dan saksi-saksi aku sediakan salinan I/C diorang. Nanti aku balik tinggal nak uruskan untuk dapatkan tandatangan diorang semua. 

Aku bukan nak lepas tangan, tapi aku kena buat macam ni sebab aku tak banyak masa nak selalu balik kampung. Kalau boleh memang aku nak uruskan sendiri. 

Lepas selesai urusan borang, aku kena buat ujian HIV. Aku cadang nak amik cuti hari Isnin untuk buat semua urusan. 

Semoga perancangan aku berjalan dengan baik. Otak aku berfikir je ni nak uruskan apa pulak lepas ni. Ok, lepas ni sesi searching Mak Andam + photographer lak. Harap2 jumpa yang berpatutan dan cantik.. :)







Monday, 27 August 2012

Persiapan Kahwin 1 : Kursus Pra Perkahwinan (DONE)

Assalamualaikum.

Ok harini aku dah bersiaran dari pejabat. Hehe, dah naik kerja lepas seminggu bercuti raya. 

Harini aku dah memulakan langkah pertama untuk persiapan pernikahan aku. Semangat kan. Hehe. Bukan apa aku hanya ada 2 bulan je untuk uruskan semuanya. Tarikh pernikahan aku sudah ditetapkan, Jumaat 9 11 12. Persandingan pulak mungkin Krismas nanti. Tak sangka boleh jadi secepat ni. Sebenarnya perancangan kami bulan 2 tahun depan. Dup dap dup dap. Eh kalo aku amik date 10 11 12 cantik jugak ek. Baru aku perasan. Tu tak penting yang lagi penting keberkatan hari Jumaat. Sebab Mak Alan memang berniat nak kami bernikah hari Jumaat. 

So pagi-pagi tadi aku dah search tempat untuk kursus kahwin area Putrajaya. Jumpa AlShahir ni. Call Encik Rizal untuk urusan booking tarikh. Ni benda wajib ok sebelum uruskan borang nikah semuanya. Aku booked 8 - 9 September ni. Dia minta aku sms Nama dan Tarikh nak booking. Nanti datang just bawa salinan I/C dan yuran RM80.00. Biasanya kan ada yang pergi sendiri atau dengan kawan-kawan, tapi aku memang pilih untuk pergi bersama tunang aku. Nasib la Alan duduk area sini je, kalau tak payah jugak nak dapat pergi saing-saing kan.

Setakat ni, ni aje yang aku dah uruskan. Baru 1. Ada banyak lagi yang aku nak uruskan untuk nikah ni. 

Borang nikah - settle tempat Alan dulu.
HIV Test 
Interview kahwin
Batal air sembahyang - pening nak pilih rantai leher/tangan
Mak Andam - pening jgk
Photographer - pening jgk
Goodies Bag - tak pk lagi
Juadah makan/minum - mak uruskan, hee

Yang penting untuk majlis nikah ni, aku taknak bazirkan untuk benda-benda yang tak penting.



Sedikit info untuk pasangan negeri Johor..klik sini. :)







Thursday, 23 August 2012

Cerita 3 bulan, 3 minggu, 3 hari

Assalamualaikum &  Selamat Hari Raya Aidilfitri.

Owh mood raya menyebabkan aku malas untuk mengarang ayat mengupdate mea ni. Banyak yang aku nak coretkan, tapi tunggu aku rajin ek. Hee

Dikesempatan ini, aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin kepada semua pembaca Mea. Kalau ada lah ye. Hehe. Tahun ni tahun terakhir aku beraya sebagai seorang single, sedihnye. Tahun depan InsyaAllah aku sudah bersuami. Hehe

Semalam, AZRYNN genap 3 bulan, 3 minggu, 3 hari bertunang. Dan semalam jugak, kami telah mendapat tarikh untuk melangsungkan pernikahan dan majlis persandingan kami. Kedua belah pihak sudah bersetuju. Panjang ceritanya, nanti aku ceritakan di lain entry ye.

Macam-macam perasaan aku sekarang. Takut pun ada, nerverse pun ada, sedih pun ada, seriau pun ada, suka pun ada, macam-macam ada.

Kami kena buat persiapan lebih awal dari apa yang dirancang. Inilah yang dinamakan 'kita hanya merancang, Allah yang menentukan'. 

Aku berharap inilah yang terbaik untuk kami berdua.

Ya Allah, kau permudahkanlah urusan hambamu ini. Sesungguhnya hanya Kau yang Maha Mengetahui tiap-tiap sesuatu.








Thursday, 16 August 2012

VIDEO : SPARTAN PUASA..sumpah lawak

Assalamualaikum.

Saja nak share dengan korang pasal video ni. Alan yang tunjuk video ni kat aku. Memang lawak abis. Terkekeh-kekeh aku nengoknye. Aku tengok doploh kali pun still nak gelak lagi. Memang salute la kat orang yang buat video ni. 


Siapa puasa sila angkat tangan dan jerit HAU HAU HAU...hahahaaa

sumber : Ayampenyek

Wednesday, 15 August 2012

Baju Raya, Tudung Raya

Assalamualaikum.

Alahai sedih rasa. Baju raya baru ada sepasang. Tu pun lama dah tempah kat kampung. Nasib la teringin nak beli ritu, kalo tak mungkin sepasang pun takda. Bukan takda duit nak beli, tapi semangat nak beli tu takda. Tengok2 kat kedai baju semua tak berkenan. Alan pun sama. Camna ni, raya tingal 2 3 ari jek lagi.

Kasut raya pun takda, tudung pun tak cari lagi. Haih, sempat lagi ke nak shopping2 ni.  
-_-"