Friday 11 April 2014

Cucu Emakku yang ke 20

Assalamualaikum.

Nak share baby Abang Ali aku yang saing bersanding dengan aku aritu. Kebetulan kami mengalami nasib yang sama bulan aje lain2, isteri abang aku keguguran aku pulak pregnant luar rahim. 2 bulan selepas tu aku dapat berita gembira isteri abang aku pregnant balik. 2 bulan lepas tu pulak aku pregnant. Alhamdulillah, rezeki Allah. 



Sayalah si bujang comel tu. Hihi. 
Nama saya Muhammad Izz Zharif bin Muhammad Ali. 
Lahir pada 31 Mac 2014, saya ingat nak keluar sama besday dengan ayah saya, 27 Mac tapi tak dapat pulak. 
Berat saya masa lahir 3.73kg jam 6.30 petang. 
Emsemkan saya... ^_^


Aku tak sempat lagi nak jenguk si comel ni. Belum berkesempatan nak balik kampung. 

Semoga Izz menjadi anak yang soleh ye. Berjaya dunia dan akhirat. Dengar cakap ibu dan ayah. Tunggu kawan gaduh Izz keluar nanti ye....


No comments: