Monday, 10 March 2014
Wednesday, 5 March 2014
Kari Ikan Merahku cukup Mamak
Assalamualaikum.
Alhamdulillah, sejak mengandung ni skill memasak aku makin bertambah pulak. Aritu kan aku ada bagitahu pasal aku tak pandai masak kari. Kali ni aku dah berjaya. Semalam balik kerja dengan gigihnya aku masak kari ikan merah ni. Macam biasa macam-macam doa aku baca nak bagi kari ni sodap. Sekali Hubby rasa, katanya kari ikan merah aku lagi sedap dari MIL masak.Matila kalo MIL baca ni. Hehehe...
MIL ada cerita kat aku aritu, masa mengandungkan Hubby dulu masak apa semua jadi, ingat anak perempuanlah. Keluar-keluar bebird. Adakah baby pun sama?. Hehe. Nak tahu kena tunggu baby keluar lah ek...
Alhamdulillah, sejak mengandung ni skill memasak aku makin bertambah pulak. Aritu kan aku ada bagitahu pasal aku tak pandai masak kari. Kali ni aku dah berjaya. Semalam balik kerja dengan gigihnya aku masak kari ikan merah ni. Macam biasa macam-macam doa aku baca nak bagi kari ni sodap. Sekali Hubby rasa, katanya kari ikan merah aku lagi sedap dari MIL masak.
MIL ada cerita kat aku aritu, masa mengandungkan Hubby dulu masak apa semua jadi, ingat anak perempuanlah. Keluar-keluar bebird. Adakah baby pun sama?. Hehe. Nak tahu kena tunggu baby keluar lah ek...
Monday, 3 March 2014
Checkup 28 minggu @ 7 bulan
Assalamualaikum.
Pejam celik pejam celik dah 7 bulan usia kandungan aku. Hasil checkup pagi tadi Alhamdulillah result minum air gula 2 minggu lepas normal. Berat sekarang dah mencecah 51.7kg. Time mengandung je aku boleh rasa berat macam ni, kalau tak memang taklah. Hehe. Tadi jugak kena enjet kancing gigi untuk kali kedua. Sakit ooo, mesti kebas tak hilang 3 4 hari macam masa enjet yang pertama dulu. Nurse kata tahan je la ye, aku jawab takpelah nurse untuk baby saya relakan aje. Lepas tu nurse cakap 1st untuk diri sendiri dulu kedua baru untuk baby. Hihi.
Mulai dari minggu ni, waktu checkup akan bertukar kepada 2 minggu sekali. Hoho, makin dekat dah ni. Berdebar pun ada excited pun ada. Dan mulai esok jugak aku dah start kena kira gerakan baby.
Barang baby pun ada beli sikit. Lepas service kereta hari Sabtu, terus ke Manjaku Bangi untuk survey dan beli barang baby. Orang tua-tua kata tak elok beli barang baby awal-awal, bila dah masuk 7 bulan kira oklah. Tapi bila dah membawak perut yang semakin membesar ni, aku jadi cepat penat dan letih. Lepas tu pulak, kalau boleh nak pergi tempat yang ada aircond je. Yelah dengan cuaca sekarang ni kan, lagi 1 bila panas aku jadi rimas. So bila dah penat dan rimas aku ajak Hubby balik rumah, apa yang dah diplan semua tak jadi. Sempat beli 4 barang je kot. Takpelah baby, nanti kita shopping lagi ek...

Monday, 24 February 2014
Scan 4d
Assalamualaikum.
Selesai skodeng baby 2 minggu lepas. Memang kami tersangat-sangat excited nak tengok baby. Alhamdulillah, hasil detail scan baby sihat sempurna, cuma baby besar sikit dari usia kandungan sebenar. Alamak, risau pulak kami jadinya, takut baby besar nanti susah pulak nak melahirkan.
Baby malu-malu masa tengah scan tu. Dua-dua tangan asyik kat muka je. Penat doc tekan-tekan perut aku nak bagi baby tukar posisi, baby buat tak layan je. Bila doc asyik tekan-tekan perut, baby ketuk tangan dia ke atas, boleh nampak kat skrin. Hehe, marah la tu orang kacau dia tengah beristirehat. Ikut perangai siapa la tu kan Ayah. Hehe..
So, nampak muka baby sipi-sipi je la. Kesian ibu ayah tau baby, bayar mahal-mahal sikit je baby tunjuk muka, nak surprise la kononnye tu ea. Tapi yang bestnya, baby senyum kat kami, nasib doc sempat captured. Jantina pulak memang nampak jelas dan nyata. Biarlah rahsia dulu ye. Kot2 mana tahu keluar2 lain pulak. Tak malu anak ibu ni tau, tang bawah baby tunjuk ea, tang muka sorok pulak. Hehe.
Lepas ni dah bolehlah ibu ayah nak shopping barang baby. Kalau tak nak beli macam tak confident je, biru ke pink. Hehe...
Macam muka sapa lah anak ibu ni kan, ikut ibu ke ayah. Rasa macam tak puas je scan aritu, macam nak buat scan lagi. Tapi fikir2 balik ongkosnya baik beli barang baby kan... :)
Selesai skodeng baby 2 minggu lepas. Memang kami tersangat-sangat excited nak tengok baby. Alhamdulillah, hasil detail scan baby sihat sempurna, cuma baby besar sikit dari usia kandungan sebenar. Alamak, risau pulak kami jadinya, takut baby besar nanti susah pulak nak melahirkan.
Baby malu-malu masa tengah scan tu. Dua-dua tangan asyik kat muka je. Penat doc tekan-tekan perut aku nak bagi baby tukar posisi, baby buat tak layan je. Bila doc asyik tekan-tekan perut, baby ketuk tangan dia ke atas, boleh nampak kat skrin. Hehe, marah la tu orang kacau dia tengah beristirehat. Ikut perangai siapa la tu kan Ayah. Hehe..
So, nampak muka baby sipi-sipi je la. Kesian ibu ayah tau baby, bayar mahal-mahal sikit je baby tunjuk muka, nak surprise la kononnye tu ea. Tapi yang bestnya, baby senyum kat kami, nasib doc sempat captured. Jantina pulak memang nampak jelas dan nyata. Biarlah rahsia dulu ye. Kot2 mana tahu keluar2 lain pulak. Tak malu anak ibu ni tau, tang bawah baby tunjuk ea, tang muka sorok pulak. Hehe.
![]() |
| Hi Ibu Ayah..comel kan saya. |
Macam muka sapa lah anak ibu ni kan, ikut ibu ke ayah. Rasa macam tak puas je scan aritu, macam nak buat scan lagi. Tapi fikir2 balik ongkosnya baik beli barang baby kan... :)
Wednesday, 19 February 2014
Kopok Leko ooo kopok leko
Assalamualaikum.
Ada tak sesapa nak pergi Terengganu? Hehe, bukan apa aku teringin sangat nak makan keropok leko Tok Beng. Sampai sekarang teringat-ingat rasa dia. Sedap sangat. Sampai cari online. Tapi sajalah tanya dulu kot2 ada kat sini orang teganu ke kan, bolehlah kirim barang sebungkus dua. Hehe, kalau takda nampaknya memang kena beli online jugak la. Nak pergi Terengganu kos lagilah tinggi kan.
Aritu ada akak opis aku pergi Terengganu, tapi sebab dia belikan keropok leko area kemaman so rasanya mestilah lain kan. Haih la baby, awat lah mengidam barang yang jauh. Meleleh dah air liur ibu ni....sob3...

Tuesday, 18 February 2014
Air gula lagi...
Result checkup semalam sangat memberangsangkan, hehe dan hasilnya Jumaat ni aku kena minum air gula lagi. Uhuk3. Sebulan punya berat naik 3kg. Sekarang ni berat aku dah cecah 50kg. Total berat 50.5kg. Wow, aku suka. Hehe. Tapi yang aku tak suka kena minum air gula. Nurse pun musykil nak kata aku ada keturunan kencing manis takde lah pulak.
Alahai macam mana nak bagi naik 500g je, dengan selera makan aku tengah membuak-buak ni. Lepas makan nasi aku mesti nak ngonyeh2 benda lain. Kadang-kadang tu tahan-tahan jugak la tapi kesian kat perut aku ni. Hehe.
Cerita pasal detail dan 4d scan esoklah ye..lupa nak copy gambar baby.

Friday, 14 February 2014
Minyak Kelapa Dara Tanamera
Assalamualaikum.
Waktu rehat tengahari tadi, aku dan kengkawan opis pergi melawat sorang akak opis aku ni baru bersalin. Alhamdulillah lepas beberapa hari warded sebab baby songsang, akhirnya selamat juga baby dilahirkan secara normal. Comel sangat baby Kak Mas tadi, nama dia Arisa Humairah. Seindah nama secantik rupa.
Macam biasa, bila orang baru bersalin ni soalan yang akan ditanya macam mana bersalin, jahit pulak macam mana. Tang soalan jahit ni buat aku seriau. Sakit bersalin tu memang dah confirm2 la aku akan rasa kan, tapi bila tang nak kena jahit ni aku seriau betol. Ngeri dengar kena jahit hidup2. Tapi Kak Mas kata dia kena bius. Ada yang cerita pengalaman masing-masing tak kena bius.
Kebetulan tadi, aku tanya pada sorang pegawai aku, dia bersalin tahun lepas. Dia kata masa bersalin anak pertama dan kedua, dia kena gunting bagi memudahkan baby keluar. Bila bersalin yang ketiga, Alhamdulillah koyak secara semulajadi dan jahit pun sikit saja. Lebih mudahlah nak dibandingkan dengan anak pertama dan kedua. Aku tanyalah dia ada amalkan apa-apa ke. Katanya dia amalkan minum dan sapu Minyak Kelapa Dara Tanamera. Macam pernah dengar produk ni. Dia kata nak tau lebih cuba google.
Aku pun terus tanya pacik google, rupanya ramai dah yang menggunakan minyak ni sebagai salah satu ikhtiar untuk memudahkan proses bersalin. Bila kandungan 30 minggu guna secara sapu dan bila dah mencapai kandungan 37 minggu pulak, sapu dan minum.
Orang kata mana ada bersalin tak sakit kan, kalau ni dapat mengurang atau memudahkan, tak salah kan untuk dicuba.

| sumber : pacik google |

Thursday, 13 February 2014
26 minggu
Assalamualaikum.
Alhamdulillah, esok genap baby 26 minggu dalam perut ibu. Makin tak sabar ibu ayah nak tunggu baby keluar. Dalam masa yang sama takut jugak. Hehe. Ibu asyik mimpi baby dah keluar je. Hihi, macam mana lah rupa baby kan, macam ibu ke macam ayah.
Yang paling buat ibu ayah teruja, sekarang ni baby dah pandai bagi respon kalau ibu ayah tepuk-tepuk manja perut ibu, sekali ibu tepuk kadang-kadang berkali-kali baby balas. Kalau ibu ayah cakap-cakap dengan baby pun baby dah pandai bagi respon tendang-tendang perut ibu. Perasaan ibu ayah Allah je yang tahu.
Ahad ni ibu ayah nak pergi buat 4d scan untuk baby tau. Nak tengok perkembangan baby. Yang paling ibu ayah tak sabar nak tau baby ni boboy ke gegel. Hehe. Ibu ayah tak kesah baby boboy ke gegel yang paling penting baby membesar dengan sihat dan sempurna. Nanti baby jangan malu-malu pulak tau.

Tuesday, 11 February 2014
Asam Pedasku cukup masam
Assalamualaikum.
Ahad lepas adalah hari yang sangat menggembirakan aku. Hehe, takdelah apa sangat pun, sebenarnya aku dah berjaya masak asam pedas. Ye..asam pedas. Lauk favorite Hubby selain dari kari aku fail jugak masak kari. Hehe. Kesian kan aku. Sebelum ni kalau masak je mesti tak menepati selera Hubby. Bukan selera Hubby je, tekak aku pun rasa macam pelik. Sedih tau bila lauk kegemaran suami aku tak boleh nak masak. Dan semalam, yippiiii aku berjaya. Macam-macam doalah aku baca nak bagi sedap kan. Alhamdulillah, menjadi. Tak habis-habis Hubby puji asam pedas aku. Kembang semangkuk aku kejab. Hehe. Gambar lupa nak amik. Sob2..
Kari pulak aku masih belum dapat menepati selera Hubby, sebab apa aku tak pandai masak 2 jenis lauk ni. Sebabnya aku kan anak jawa so mak aku jarang masak 2 jenis lauk ni. Balik balik ayam/ikan masak kicap. Hehe. Bila mak aku jarang masak lauk ni, secara automatiknya aku pun kurang gemar dan kurang pandai nak masak. Takpe aku akan belajar sampai pandai. Sabar ek encik suami. Hehe.
Semalam jugak 1st time aku buat dessert puding roti dan hasilnya pun menjadi. Ambil resepi kat internet lepas tu aku derhaka ikut suka. Hihi, anak buah aku, Idah kebetulan datang petang semalam puji puding roti tu. Alhamdulillah, lepas ni bolehlah buat lagi. Gambar pun tak amik jugak.
Boring betol entry takda gambar ni. Tapi apa pun seronok bila apa yang kita masak orang makan dengan sangat berselera. Semangat nak masak pun makin berkobar-kobar....

Subscribe to:
Posts (Atom)