Friday, 14 February 2014

Minyak Kelapa Dara Tanamera

Assalamualaikum.

Waktu rehat tengahari tadi, aku dan kengkawan opis pergi melawat sorang akak opis aku ni baru bersalin. Alhamdulillah lepas beberapa hari warded sebab baby songsang, akhirnya selamat juga baby dilahirkan secara normal. Comel sangat baby Kak Mas tadi, nama dia Arisa Humairah. Seindah nama secantik rupa.  



Macam biasa, bila orang baru bersalin ni soalan yang akan ditanya macam mana bersalin, jahit pulak macam mana. Tang soalan jahit ni buat aku seriau. Sakit bersalin tu memang dah confirm2 la aku akan rasa kan, tapi bila tang nak kena jahit ni aku seriau betol. Ngeri dengar kena jahit hidup2. Tapi Kak Mas kata dia kena bius. Ada yang cerita pengalaman masing-masing tak kena bius. 

Kebetulan tadi, aku tanya pada sorang pegawai aku, dia bersalin tahun lepas. Dia kata masa bersalin anak pertama dan kedua, dia kena gunting bagi memudahkan baby keluar. Bila bersalin yang ketiga, Alhamdulillah koyak secara semulajadi dan jahit pun sikit saja. Lebih mudahlah nak dibandingkan dengan anak pertama dan kedua. Aku tanyalah dia ada amalkan apa-apa ke. Katanya dia amalkan minum dan sapu Minyak Kelapa Dara Tanamera. Macam pernah dengar produk ni. Dia kata nak tau lebih cuba google.


sumber : pacik google

Aku pun terus tanya pacik google, rupanya ramai dah yang menggunakan minyak ni sebagai salah satu ikhtiar untuk memudahkan proses bersalin. Bila kandungan 30 minggu guna secara sapu dan bila dah mencapai kandungan 37 minggu pulak, sapu dan minum.

Orang kata mana ada bersalin tak sakit kan, kalau ni dapat mengurang atau memudahkan, tak salah kan untuk dicuba. 




6 comments:

adnil linda said...

tu la...rse mcm pregnant kali nie nak cube pkai minyak kelapa dara...smoga x sakit..hihihi

cik mah said...

Aaa dear...cik mah pun amalkan minyak kelapa dara....sapu n minum...since 35 minggu...alhamdulillah dipermudahkan...

meazrynn said...

Adnil

jom kita cuba sesama.. :)

meazrynn said...

Cik mah

awk guna jgk ye..memang senang ea..cerita la sikit pengalaman awak... :)

Azie Suhaimi said...

tengah cari info psl minyak kelapa dara, terjumpa blog ni...now dah follow..hihi...jemput ke blog azie ye :)
www.aziesuhaimi.blogspot.com

MAT NOR said...

Wife saya pun baru start minum minyak kelapa dara bila kandungan 30 minggu. Harap-harap mudahlah bersalin normal untuk 1st baby kami.